Saturday, February 07, 2009
Erdogan
Sungguh menarik kisah Erdogan mengutuk kezaliman Israel dihadapan seluruh pemimpin Dunia dalam satu Forum di Davos. Paling menarik pada ketika itu Presiden Israel, Simon Peres berada disebelahnya dan beliau bercakap sambil menudingkan jarinya kepada Presiden bangsa penzalim itu.
Inilah yang kita mahu Perdana Menteri Malaysia lakukan sebagai anak jantan agar bekas Pengerusi OIC di Malaysia ini terus mendapat perhatian dan sokongan dunia Islam. Malangnya apa yang berlaku, PM Malaysia hanya mampu mengeluarkan kenyataan sahaja tanpa apa-apa tindakan yang jelas bagi menekan Israel.
Aksi Erdogan itu tidak berhenti disitu kerana Erdogan seterusnya melangkah dengan penuh bangga dan terus berlalu dihadapan Simon dan pemimpin dunia lain walaupun Forum itu belum tamat sebagai tanda protesnya terhadap kezaliman Israel itu.
Erdogan tampak lebih disanjungi rakyatnya apabila kepulangannya dari Davos disambut oleh 5000 orang rakyatnya dilapangan terbang dengan sorakkan dan tepukkan gemuruh.
Oleh hermansamsudeen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment