Wednesday, May 19, 2021

Monday, October 12, 2020

Kenapa hati tak tenang

 Kenapa hati tidak tenang: 


1. Selalu tinggal solat, lengah solat atau tidak cukup solat 5 waktu

2. Selalu berdosa

3. Melukakan hati ibubapa, suami, isteri atau saudara

4. Sukar memaafkan

5. Bakhil

6. Kurang mengingati Allah

7. Hutang

8. Hasad dengki 

9. Cemburu teruk

10. Baran

Sunday, October 11, 2020

Doa yg makbul

 Tiga syarat wajib untuk mendapat doa yang makbul .


1. Ada nama Allah SWT

2. Ada nama Rasulullah SAW

3. Ada doa untuk ibubapa


Kongsikan untuk kebaikan bersama ☺️

Friday, October 02, 2020

Amalkan sunat hari jumaat

 Amalkan sunat hari Jumaat :


1. Memotong kuku

2. Mandi sunat dan mengurus tubuh.

3. Membaca surah al-Kahfi 

4. Banyakkan sedekah

5. Memakai pakaian yang elok

6. Memakai wang-wangian

7. Doa bersungguh-sungguh

8. Berselawat 1000 x

9. Hadir awal ke Masjid

10. Banyakkan solat sunat.

Wednesday, September 16, 2020

Nak tenang hati

Saat marah, Istighfar. 

Saat gembira, Alhamdulillah. 

Saat sedih, Selawat dan Zikrullah. 

Saat sunyi, Asmaul Husna. 

Nescaya, tenang hati. ✨

Ubat

 Aku teringat satu sharing Ustazah aku,

"Ubat rindu ialah sunat hajat, ubat cinta ialah sunat tahajud, ubat dosa ialah sunat taubat, ubat penyakit ialah selawat"

Jom amalkan 🙂

Diam

 Diam ni ada 4 sebab:

1) Memerhati

2) Terasa Hati

3) Tenangkan hati

4) Dah takda hati


Korang yg mana satu skrg ni? 🤔

Tuesday, September 01, 2020

Penyakit pengamal tarekat

 10 PENYAKIT PENGAMAL TAREKAT


Disampaikan oleh Tuan Guru Dr. Haji Jahid Bin Haji Sidek, Mursyid Tarekat Naqsyabandi Khalidi & Tarekat Qadiriyah.


Terdapat pelbagai penyakit batin yang sukar disedari oleh pengamal tarekat yang boleh membinasakan perjalanan zahir dan batin mereka kepada Allah. Antaranya ialah :


1. TERASA ADA AMALAN


Maksudnya seseorang itu merasakan bahawa dirinya itu telah banyak berbuat amal soleh ; banyak sembahyang, puasa, zikir, banyak sedekah dan sebagainya lagi. Jika ada rasa demikian maka rosaklah perjalanan keruhaniannya. Rasa yang demikian itu bukan sahaja akan menimbulkan sifat riak, ujub dan sebagainya tetapi ianya boleh menyebabkan syirik atau menyengutukan Allah. Oleh kerana itu seseorang salik itu dikehendaki merasa-rasakan secara bersungguh-sungguh bahawa segala amalnya yang soleh itu adalah kurnia Allah semata-mata, hal Allah semata-mata, dari Allah semata-mata.


Setelah rasa begitu dapat dihayati sebenar-benarnya, maka InsyaAllah ia akan dikurniakan oleh Allah Tauhid Af’al atau tauhid pada perbuatan Allah, di mana seorang itu pada peringkat tersebut dapat melihat keEsaan perbuatan Allah semata-mata akan tercapailah ketiga-tiga syarat bagi penerimaan amal iaitu ikhlas, fana’ (amalan diri dalam perbuatan Allah) dan benar-benar berasa bahawa tidak ada daya dan kekuatan kecuali Allah semata-mata. Kesimpulannya : Bila terasa ada amal maka Tauhid Af’al tidak akan tercapai.


 2. PANJANG ANGAN-ANGAN NAFSU KEDUNIAANNYA


Khalifah Ali (r.a.) pernah menyebutkan bahawa panjang angan-angan nafsu keduniaan itu adalah punca segala kesalahan atau dosa. Orang yang panjang angan-angan nafsu keduniaannya itu sentiasa lena dihanyutkan oleh pelbagai jenis angan-angannya itu. Pada setiap saat hatinya berkata-kata: “Aku akan buat ini, buat itu. Kalau aku buat ini akan jadi begini dan kalau aku buat yang lain akan jadi begitu…”


Tegasnya ia akan dilamun oleh pelbagai fikiran dan rancangannya sendiri yang tidak akan ada titik perhentiannya sama sekali. Hal demikian adalah mengambarkan bahawa orang tersebut jahil terhadap Tauhid, sebab orang yang jahil Tauhid menurut Ibn Ata’illah hatinya sentiasa berkata: “Apakah yang akan aku buat”.


Orang yang benar Tauhidnya pula menurut beliau, hatinya sentiasa berkata : ”Apakah yang Allah akan buat terhadap dirinya itu”. Di samping itu orang yang panjang angan-angan keduniaan itu hatinya akan menjadi gelap disebabkan pelbagai gambaran kebendaan sentiasa memenuhi ruang dihatinya sehingga Allah tidak akan mendapat ruang dihati lagi, padahal hati itu untuk Allah. Nabi saw bersabda, ertinya : ”Hati itu rumah Allah” Maksudnya hati itulah tempat yang dipilih dan dibersihkan oleh Allah dan dimuliakan sebagai jalan perhubungan antara Allah dengan hambaNya. Oleh itu hati itu tidak boleh dimasuki sesuatu yang lain dari Allah.


Samalah keadaan hati itu seperti Kaabah, kerana Kaabah itu adalah dikatakan sebagai Rumah Allah. Kalau Kaabah itu mesti bersih dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kesuciannya, maka begitu jugalah dengan hati, ia mesti bersih dari sesuatu yang mengotori ruang hati serta menggelapkannya.


Dari angan-angan keduniaan itu maka akan timbullah pelbagai sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, gemar kemasyhuran dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa sebahagian daripada angan-angan keduniaan itu ialah angan-angan seseorang itu mengenai akhirat, tetapi cita-cita dan angan-angan itu telah dikotori oleh pelbagai kehendak nafsunya.


Ramai orang terjerat di dalam perangkap ini tidak dapat menyedari dirinya itu sendiri. Misalnya, seseorang itu membanyakkan usahanya berzikir siang dan malam, tetapi hati kecilnya terlintas bahawa dengan berbuat demikian maka ia akan cepat menjadi wali atau menjadi seorang Syeikh atau lekas fana’ dan sebagainya.


Sepatutnya ia bercita-cita supaya dapat ma’rifatullah dan keredhaanNya. Demikian juga seorang salik yang berhenti dari kerja mencari rezeki atau berhenti dari belajar Ilmu Islam kerana didorong supaya cepat naik maqam atau cepat mencapai matlamat perjalanannya ; kononnya jika ia menumpukan zikir dan beramal ibadat sahaja maka cepatlah sampai kepada matlamat yang dituju. Sebenarnya hal demikian itu masih dipenuhi nafsu keduniaan yang pada zahirnya macam cita-cita akhirat.


3. HATI BERKATA ATAU TERLINTAS BAHAWA DIRINYA TELAH MENCAPAI TARAF WALI


Sifat demikian adalah berlawanan dengan kehendak Allah, kerana Allah melarang seseorang itu dari perbuatan mengaku diri sendiri itu suci dan bersih. Allah berfirman, maksudnya : “Maka janganlah kamu mengaku bahawa diri kamu itu suci. Dialah (Allah) yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang bertaqwa”.


Nabi bersabda yang bermaksud :

“Tanda kecelakaan (masuk neraka) itu empat perkara" :


1 - Lupakan dosa-dosa yang dilakukan, pada hal dosa-dosa itu masih utuh di sisi Allah.


2 - Ingatkan pelbagai kebaikan yang dilakukan, pada hal ia tidak tahu samada kebaikan itu diterima atau ditolak oleh Allah.


3 - Memandang orang yang di atas mengenai hal keduniaan.


4 - Memandang orang yang di bawah (lebih rendah) mengenai hal-hal agama. Maka Allah berfirman (kepada orang ini) : “Aku mahukan orang ini, tetapi ia tidak mahukan Aku, maka Aku pun tinggalkan sahaja”


Sebenarnya, bila seseorang itu tinggi darjatnya di sisi Allah, maka ia akan terasa rendah ; bila ruhaninya bersih, maka ia terasa kotor dan banyak dosa ; bila telah menjadi wali, maka terasa dirinya masih jauh dari kecintaan Allah. Sebaliknya, orang yang masih bergelumang dengan dosa itu biasanya merasakan dirinya sudah bersih, sudah menjadi wali Allah. Oleh yang demikian seseorang itu yang terasa telah menjadi wali itu telah tersimpang jauh dari arah perjalanannya yang sebenar. Ia tidak akan sampai ke matlamat yang dituju dan ia tetap jatuh tersungkur yang sukar untuk bangun semula.


4. SUKA DAN SENANG HATI BILA DIKERUMUNI OLEH ORANG RAMAI.


Bila ramai orang berada di sekelilingnya, kerana menyokong dan menyukainya maka ia berasa seronok, suka dan senang hati. Sebaliknya, bila orang ramai menjauhkan diri daripadanya maka ia berasa susah hati. Sifat demikian boleh merosakkan keruhanian seseorang salik, kerana pada hakikatnya ia masih memandang makhluk dan tidak memandang Allah. Di samping itu, sifat demikian itu menunjukkan bahawa ia masih sukakan kemasyhuran, kemuliaan, keagungan dan sifat-sifat lain yang seumpamanya.


Semua sifat tersebut adalah pakaian Allah bukan pakaian makhluk atau manusia. Ibrahim bin Adham berkata : ”Seseorang yang tidak meninggalkan kemuliaan kepada kehinaan, ia tidak akan sampai ke darjat orang yang solihin”. Seorang murid Syeikh Abu Yazid Al-Bustami pernah mengadu kepadanya bahawa ia telah beramal di bawah pimpinan Syeikh Abu Yazid selama 30 tahun, tetapi ia terasa tidak mendapat apa-apa perubahan, masih tetap di tahap dahulu juga, maka apakah yang menyebabkan jadi begitu? Syeikh Abu Yazid Al-Bustami menjelaskan bahawa jika muridnya itu beramal selama 1,000 tahun lagi pun, tetap tidak akan berubah keadaan dirinya itu, kecuali ia membuang semua sifat berasa mulia dan tinggi di mata masyarakat itu.


Seseorang itu dikehendaki menjadi hamba Allah, bukan hamba manusia. Bila seseorang itu suka kepada manusia, maka ia jadi hamba manusia, bukan hamba Allah. Seorang hamba Allah hanya sibuk dengan Allah, senang dengan Allah, cinta hanya terhadap Allah, harapannya hanya pada Allah dan tidak kepada yang lain.


5. BERASA PUAS HATI DENGAN PELBAGAI BAYANGAN MIMPI


Sifat tersebut akan mendorongkannya untuk berpegang terhadap pelbagai tafsiran mimpi yang dialaminya itu. Lama kelamaan ia akan disesatkan oleh syaitan menerusi tafsiran-tafsiran mimpi itu sendiri, tanpa dapat menyedari kesalahan dirinya itu sampai bila-bila. Malahan setiap ia beramal, maka ia mengharapkan untuk mendapat mimpi yang baik-baik atau yang ia anggap dapat menguntungkan dirinya.


Bagaimana akibatnya nanti bila dia itu bermimpi bahawa si pulan itu berzina, si pulan bin pulan itu mesti dibunuh dan sebagainya lagi? Tentu akan menimbulkan fitnah besar di dalam masyarakat. Ternyata orang yang berpegang terhadap mimpi itu telah hanyut dari tujuan perjalanannya yang dirumuskan dalam doa munajatnya sendiri.


6. BERASA JINAK, SERONOK TERHADAP WIRID ATAU ZIKIR YANG DILAKUKAN


Sifat ini juga dilarang, kerana ianya boleh melalaikan seseorang itu dari mengingati Allah yang sebenar. Apa yang disuruh oleh Allah ketika berzikir atau berwirid itu ialah mengingati Allah, seronok dan senang hati terhadap Allah, bukan terhadap wirid dan zikir yang dibaca itu. Jika seronok dan senang hati dengan wirid dan zikir yang dibacakan itu, maka samalah juga ia seronok mendengar lagu atau nyanyian dari penyanyi.


Sifat tersebut akan menjadi hijab, kerana seseorang akan terhenti di tahap wirid dan zikirnya itu sahaja, sedang perjalanannya yang sebenar masih jauh lagi.


Bagaimana jika seseorang itu mendapat mimpi ? Jika mimpi itu baik maka hendaklah ia bersyukur dan jika sebaliknya maka hendaklah ia berlindung dengan Allah, jalan terus, jangan dihiraukan sangat mimpi itu.


7. BERASA LAZAT DAN PUAS HATI TERHADAP NATIJAH-NATIJAH ZIKIR AL-WARIDAT


Demikian juga pelbagai pemandangan ruh atau mata hati terhadap rahsia-rahsia perjalanan menuju Allah itu adalah juga termasuk di dalam makna al-waridat itu. Di kalangan ahli Tariqat di Malaysia ini, al-waridat itu di istilahkan sebagai natijah-natijah zikir. Al-Imam Al-Ghazali mengibaratkan orang yang berasa seronok dan lazat dengan al-waridat itu seperti anak-anak kecil yang menangis, lalu diberikan gula-gula atau anak-anak patung, maka iapun merasa seronok lalu diam dan berhenti dari menangis, kerana ia puas hati dengan gula-gula atau anak-anak patung itu.


Al-Imam Al-Ghazali juga menggambarkan bahawa perjalanan ruhani seseorang menuju Allah itu dapat disamakan dengan perjalanan seseorang menemui raja yang bersemayam di atas singgahsana di dalam istananya ; bila seseorang yang mahu menemuinya maka keluar dari rumahnya untuk menemui raja itu, sudah tentu akan mengambil masa yang lama disebabkan perjalanannya yang jauh itu ; dalam perjalanannya itu tentu ada kampung, kebun, ladang, dan pelbagai pemandangan lagi, bila sampai di kawasan istana pula tentulah pemandangan lebih menarik dan indah. Jika seseorang salik itu tertarik dengan pemandangan-pemandangan itu semua dan berasa seronok, sudah tentulah ia akan terlupa tujuan asal untuk menemui raja itu.


Apa yang paling membahayakan ialah seseorang itu berasa telah sampai kepada raja yang dituju, pada hal ia masih jauh lagi dari istana atau mungkin juga ia masih berlegar-legar di halaman istana. Oleh yang demikian, maka sifat berasa lazat, seronok dengan al-waridat itu menjadi hijab hati atau ruhani yang merosakkan perjalanannya. Lebih hebat lagi bila seseorang itu telah dihantui dan dicandui oleh perasaan seronok dan lazat dengan al-waridat tersebut. Di tahap tersebut, orang tersebut akan dihanyutkan oleh al-waridat itu sendiri, sehingga bila satu masa nanti al-waridat terasa tidak ada maka hati kecilnya mula berprangsangka buruk terhadap Allah, dirinya sendiri, terhadap gurunya dan para sahabatnya.


Bagaimana mahu menerima al-waridat itu? Terimalah dengan bersyukur kepada Allah, jika ianya tidak berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah Nabi dan jika tidak berlawanan dengan kata-kata ulama yang arifbillah. Tetapi janganlah dihiraukan sangat al-waridat tersebut. Jika al-waridat tersebut berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau pandangan ulama arifbillah, maka hendaklah ianya kita sisihkan sahaja, jangan pandang langsung.


Di sinilah letaknya bahawa seseorang itu mesti terus menimba ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf, kerana tanpa ilmu sukar untuk menentukan al-waridat itu haq atau bathil.Seorang yang tidak mahu mengerjakan sembahyang, tidak mahu menceburkan diri dalam masyarakat atau sebagainya, pada hal gurunya tidak ada mengajarkan demikian adalah berpunca dari kesilapannya sendiri iaitu terlalu berpegang terhadap al-waridat, walaupun ia jahil mengenai Al-Quran, Sunnah Nabi dan pandangan para ulamak yang sebenarnya.


8. DIAM, NEGATIF TIDAK POSITIF TERHADAP JANJI-JANJI BAIK ALLAH


Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik, malahan Allah menyuruh supaya para hambaNya itu berlumba-lumba untuk berbuat berbagai kebaikan. Allah berfirman, maksudnya : “Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk membuat pelbagai kebaikan”. (Surah Al-Anbia : Ayat 90)


Kebaikan yang Allah perintahkan untuk dilakukan selain daripada perkara-perkara yang difardhukan adalah terlalu banyak. Oleh itu seseorang itu, setelah menunaikan yang difardhukan, maka hendaklah ia aktif, cergas dan bersegera berbuat kebaikan itu.


Ingatlah bahawa orang yang berhenti (waqif) itu adalah orang yang masih mula berjalan, seorang salik pula adalah berjalan terus (sair) sedang seorang yang telah sampai kepada hakikat (wasil) pula adalah sentiasa terbang, bukan hanya ruhaniyahnya tetapi juga aspek zahirnya.


Contoh kita ialah Nabi Muhammad S.A.W. Tidakkah Baginda itu sentiasa aktif, cergas dalam hidupnya untuk berbuat kebaikan yang sebaik-baiknya. Sebab itulah Allah menyatakan bahawa hamba-hamba Allah yang sebenarnya itu ialah mereka yang mendengar ajaran Allah lalu melakukan yang terbaik sekali.


Maksudnya : “Hamba-hamba Allah yang sebenar itu ialah mereka yang mendengar ajaran Allah lalu diikuti (dibuat) yang lebih dalam lagi dalam perkara-perkara yang membantu menyempurnakan amalan salik”.


9. BERPADA DENGAN BERPEGANG KEPADA SANGKAAN-SANGKAAN SAHAJA


Perjalanan ruhaniyah adalah amat sulit dan banyak liku-likunya yang mudah menyesatkan, lebih sulit dan lebih bahaya lagi jika dibandingkan dengan perjalanan didalam hutan dara yang terlalu tebal. Oleh itu ia perlukan ilmu yang tepat dan benar sebagaimana yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi serta yang terdapat di dalam kitab-kitab yang mu’tabar.


Jika seseorang hanya berpandu kepada sangkaan-sangkaannya sahaja, sudah tentulah ia akan sesat. Dari sudut yang lain pula dapat kita gambarkan bahawa jalan keruhanian itu seperti sebuah cermin yang bersih, tetapi ada garis pembahagi sebelah kiri dan kanan ; sebelah kiri adalah iblis dan kesesatan sedang sebelah kanan adalah yang hak atau yang benar yang dikehendaki oleh Allah.


Tetapi garis pembahagi di cermin yang memisahkan kiri dan kanan itu tidak nampak dan terlalu sukar untuk dilihat sehingga orang yang berjalan di atasnya telah jauh terseleweng ke kiri, tetapi ia masih yakin berada di sebelah kanan (Ia telah sesat, tetapi ia merasakan masih berada di dalam kebenaran).


Hanya bila kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah serta pandangan ulamak yang arifbillah sahajalah yang dapat menyedarkan diri samada kita telah sesat atau berada di dalam kebenaran Allah. Kebanyakan kesesatan dan tindakan serta tingkah laku pengamal-pengamal ilmu tasauf yang menyalahi syariat Islam adalah berpunca

dari sangkaan-sangkaan mereka sendiri seperti yang disebutkan itu.


10. MENIPU ALLAH


Perbuatan menipu Allah ini banyak berlaku di kalangan orang-orang yang jahil, terutamanya seseorang yang jahil murakkab iaitu ia jahil dan tidak mahu belajar serta tidak mahu mendengar kebenaran yang disampaikan kepadanya, malahan ia bersikap bodoh sombong dengan sifat kejahilan dirinya itu.


Contoh-contoh perbuatan menipu Allah itu ialah seperti tidak mahu sembahyang kononnya ia telah melakukan sembahyang daim (hatinya terus sembahyang tanpa putus) , berjudi itu rezeki yang Allah beri juga seperti sumber-sumber rezeki lainnya, kerana hakikat rezeki itu datangnya dari Allah belaka ; berdoa itu syirik kerana bila berdoa bererti menuduh Allah tidak tahu untuk mengurus diri para makhluknya, sembahyang itu syirik kerana ada niat sengaja aku sembahyang, tidak sembahyang dosa besar, dosa besar diampunkan, tetapi syirik tidak diampunkan.


Oleh itu tidak buat sembahyang adalah lebih baik daripada melakukannya. Kata-kata si jahil seperti itu adalah merupakan kata-kata loyar buruk semata-mata. Mereka akan dimasukkan ke neraka oleh Allah dengan cara yang amat menyakitkan hatinya.


Tegasnya Allah akan berloyar buruk terhadap mereka. Misalnya, orang itu akan dimasukkan di dalam satu bekas dan bekas itu dimasukkan ke neraka, bila mereka bertanya mengapa mereka dimasukkan ke neraka, maka Allah menjawab bahawa Allah tidak membakar mereka tetapi hanya mahu membakar bekas itu sahaja! Wallahua’lam.

Tuesday, August 18, 2020

Kenapa lepas kahwin lebih baik Duduk rumah sendiri

 

Kenapa lepas kahwin suami isteri perlu duduk rumah sendiri bukan rumah mak atau mertua?

1. Rumah kita duduk adalah rumah mertua. Jadi kita kena ikut rules mereka. Jangan memandai ubah apa yang dah sebati dalam rumah.

2. Duduk sebulan dua ok lagi. Masih mesra senyum-senyum. Tapi lama-lama mertua akan mula nampak perangai menantu yang dia rasa tak suka dan tak patut. Baru kahwin ni nak ubah tabiat tu makan masa sikit.

3. Adakalanya kita tidur balik selepas solat subuh time hari minggu. Tidur dan bangun lewat sikit dah kena perli pemalas. Dah nampak tak elok dah dimata mertua. Mula masam muka dalam rumah. Aura jadi makin negatif.

4. Dalam rumah ada abang ipar, kakak ipar, adik ipar. Semua mak mertua suruh duduk sekali sebab bilik dah buat banyak. Dah tak ada privacy dengan suami nak manja-manja sangat dalam rumah.

5. Ramai dalam rumah pakat duduk dengan mertua, akan jadi isu pasal bil elektrik, air. Yang pakai ekon setiap masa tak nak bayar lebih. Anak pula tak hulur duit kat mak ayah buat bayar bil. Kena perli, hati dah tak tahan, mula tak sua muka.

6. Bila nak masak makanan tak boleh masak untuk suami saja. Kena masak untuk semua. Kadang dah masak, turun nak makan je makanan tu adik, akak atau abang ipar berkeluarga dah melantak makan. Kecewanya hati.

7. Nak keluar tengok tv rancangan kegemaran pun susah sebab kuasa remote dekat orang lain. Sebab bukan rumah sendiri. Tumpang duduk rumah orang. Bila masuk bilik kata tak pandai 

8. Bila pertama kali duduk rumah mertua, memang rasa kekok nak biasakan diri. Jadi banyak benda nerves dan tak biasa. Mertua akan nampak kita tak pandai serba serbi tak reti nak tolong.

9. Isteri ni nak sangat-sangat ada rumah sendiri yang boleh dia hias, nak ada dapur untuk masak dengan peralatan dapur sendiri dan sebagainya. Isteri akan rasa dia dihargai.

10. Isteri tak setiap masa nak pakai tudung dan kain labuh setiap dalam rumah. Jadi bila ada rumah sendiri dia bebas nak pakai apa pun termasuk nak pakai lingerie kat ruang tamu. Kalau tengok pun, suami sendiri. Takde hal. Sudah halal. Kat ruang tamu pun on.

11. Bila duduk rumah sendiri, jauh sikit, perasaan sayang kat mertua lebih tinggi. Sebab tak jumpa selalu. Rasa rindu tu akan ada. Bila jumpa sembang pun nampak mesra.

12. Kat rumah sendiri bila silap masak, garam terlebih sepaket, masak hangit pun sendiri saja tau dengan suami. Tak la kena bahan dengan mertua. Memang akan down kata tak reti masak. Biasalah menantu baru nak belajar masak.

13. Suami isteri pasti bergaduh. Itu biasa la dalam rumahtangga. Bila duduk rumah sendiri, apa jadi pun tak adalah siapa tahu dan tak ada yang akan masuk campur api apikan lagi. Biasa kejap dan sikit hal saja. Tapi bila ada masuk campur, jadi besar. Hasut sana sini dah keluar cerita bukan-bukan.

14. Kahwin ni satu proses kehidupan berpasangan. Jadi kena belajar duduk rumah sendiri berdikari hadapi susah senang. Belajarlah. Suami jangan ambil mudah.

15. Suami bila dah kahwin, susah macam mana pun perlu usaha cari rumah sendiri. Tak kisah sewa pun asalkan duduk bersama isteri dan anak. Usahalah sikit untuk family. Isteri mungkin cakap tak kisah tinggal dengan mertua tapi dalam hati dia tak sama.

16. Suami kalau tak boleh berpisah dengan mak sampai mak tu meraung-raung tak bagi pindah, carilah rumah berdekatan dengan mak tu. Janji tak serumah dengan mak. Sebelah pun tak apa. Ada masa lapang, singgah saja rumah mak tu.

17. Mak jangan terlalu manjakan anak laki sampai dah kahwin berbulu atas bawah pun tak pandai nak buat keputusan. Bagilah ruang anak laki berdikari dan biarkan dia cari dan duduk rumah sendiri. Percayalah dekat anak laki tu.

Jadi, suami belajarlah duduk rumah sendiri dengan isteri. Mak mertua menangis tak bagi pindah pun, kata anak tak sayang mak, susah nak jumpa cucu itu semua drama 15minit sahaja.

Lepas dah duduk rumah sendiri, mak tu ok saja.

Laki dok rumah mertua biasanya ok je dia. Tapi tidak kepada isteri bila duduk rumah mertua.

Rumahtangga yang kita bina ni, jagalah baik-baik. Ini adalah amanah. Bila duduk rumah sendiri, suami akan rasa lebih bertanggungjawab.

kredit : Hafiz Mansor

Sunday, August 16, 2020

Nikmat mana yang kau dustakan

 Tadi dgr ikim fm,


“Nikmat Allah ni banyak tuan2. 

Mungkin anak kita tak berjaya, tk dapat jadi doktor, tk dapat jadi peguam gaji besar macam tuan2 nak. 


Tapi dia tak pernah tinggi suara dkt tuan2, selalu jaga mak ayah dia.

Itulah antara nikmat terbesar Allah bagi kat tuan2.”

Wednesday, August 05, 2020

Ayah

6 Perkara Ayah Tak Pernah Beritahu Kita,

1. Ayah penat
2. Ayah tak cukup duit
3. Ayah mahu dekat dgn kita
4. Ayah mahu kita jadi lebih baik
5. Ayah tak menyesal berkorban
6. Ayah dah cuba sehabis baik utk keluarga

Hargailah sementara masih ada.

Thursday, June 18, 2020

10 PUNCA HATI JADI GELAP

10 PUNCA HATI KITA JADI GELAP DAN KERAS:

1. Suka melihat maksiat.
2. Suka melihat najis.
3. Suka bercakap kotor.
4. Suka berfikiran kotor.
5. Tidak solat.
6. Tidak baca al-Quran
7. Tidak bertahajjud.
8. Tidak berzikir.
9. Tidak berdoa.
10. Sombong dan angkuh.

Sebarkan..

Friday, May 29, 2020

Amalkan sunat hari jumaat

Amalkan sunat hari Jumaat :

1. Memotong kuku dan urus badan
2. Mandi sunat dan mengurus tubuh.
3. Membaca surah al-Kahfi
4. Perbanyakkan sedekah
5. Memakai pakaian yang elok
6. Memakai wang-wangian
7. Doa bersungguh-sungguh
8. Berselawat 1000 x
9. Perbanyakkan solat sunat

Saturday, May 16, 2020

JAMBU ALAS - DIDI KEMPOT


Didi Kempot - Jambu Alas Lirik lagu dan artinya dalam bahasa indonesia:

Kelingan manis eseme
Teringat manis senyumnya
Trus kelingan ramah gemuyune
Terus teringat ramah candanya
Tresno lan kasih kasih sayange
Cinta dan kasih, kasih sayangnya
Karep atiku kelakon dadi bojone
Mau hatiku menjadi suaminya

Sayange wis nduwe bojo
Sayangnya sudah punya suami
Nanging aku nduk uwis kebacut tresno
Tapi aku sudah terlanjur cinta
Nelongso rasaning ati yen aku nganti
Sedih rasa di hati kalau aku
Rak klakon melu nduweni
Tidak tidak bisa ikut memiliki

Jambu alas kulite ijo
Jambu alas kulitnya hijau
Sing di gagas uwis duwe bojo
Yang di fikirkan sudah punya suami
Ada gula ada semut
Ada gula ada semut
Durung rondho ojo direbut
Sebelum janda jangan direbut

Sumpah ning bathin
Sumpah di hati
Kulo niki sampun kawin
Bila aku tak jadi nikah
Nganti sak iki
Tekad sekarang
Mboten pengen golek ganti
Tidak ingin mencari pengganti


Sumpah ning bathin mas
Sumpah di hati bang
Kulo niki sampun kawin
Bila aku tak jadi nikah
Nganti sak iki
Tekad sekarang
Ora pengen golek ganti
Tidak ingin cari pengganti

Jambu alas nduk manis rasaneo
Senadyan tilas tak enteni randhane
Meski bekas aku tunggu jandanya
Sayange wis nduwe bojo
Sayangnya sudah punya suami
Nanging aku nduk uwis kebacut tresno
Tapi aku sudah terlanjur cinta
Nelongso rasaning ati yen aku nganti
Sedih rasa di hati kalau aku
Rak klakon melu nduweni
Tidak tidak bisa ikut memiliki

Jambu alas kulite ijo
Jambu alas kulitnya hijau
Sing di gagas uwis duwe bojo
Yang di fikirkan sudah punya suami
Ada gula ada semut
Ada gula ada semut
Durung rondho ojo direbut
Sebelum janda jangan direbut

Sumpah ning bathin
Sumpah di hati
Kulo niki sampun kawin
Bila aku tak jadi nikah
Nganti sak iki
Tekad sekarang
Ora pengen golek ganti
Tidak ingin cari pengganti
Jambu alas nduk manis rasane
Jambu alas dek manis rasanya
Senadyan tilas tak enteni randhane
Meski bekas aku tunggu jandanya

Kelingan manis eseme
Teringat manis senyumnya
Trus kelingan ramah gemuyune
Terus teringat ramah tertawanya
Tresno lan kasih kasih sayange
Cinta dan kasih sayangnya
Karep atiku kelakon dadi bojone

Mau hatiku perlakukan jadi suaminya


Banyu Langit - Almarhum Didi Kempot

Lirik dan Terjemahan Bahasa Indonesia Lagu 'Banyu Langit' - Didi Kempot

Sworo angin, angin sing ngreridu ati
Suara angin, angin yang menggoda hati
Ngelingake sliramu sing tak tresnani
Mengingatkanku padamu yang kucintai
Pingin nangis ngetokke eluh neng pipi
Ingin menangis keluarkan air mata di pipi
Suwe ra weruh senajan mung ono ngimpi
Lama tak melihat walaupun cuma di mimpi

Ngalemo, ngalem neng dodoku
Bermanjalah, bermanja di dadaku
Tambanono roso kangen neng atiku
Obatilah rasa rindu di hatiku
Ngalemo, ngalemo neng aku
Bermanjalah, bermanja di dadaku
Ben ra adem kesiram udaning dalu
Biar tak dingin tersiram hujan semalam

Banyu langit sing ono nduwur khayangan
Air langit yang ada di atas khayangan
Watu gedhe kalingan mendunge udan
Batu besar tertutup mendung hujan
Telesono atine wong sing kasmaran
Basahi hati orang yang sedang jatuh cinta
Setyo janji seprene tansah kelingan
Janji setia sampai saat ini selalu teringat

Ademe gunung merapi purba
Dinginnya gunung merapi purba
Melu krungu swaramu ngomongke opo
Ikut mendengar kau berkata apa
Ademe gunung merapi purba
Dinginnya gunung merapi purba
Sing neng langgran Wonosari Yogyakarta
Yang ada di langgran Wonosari Yogyakarta

Janjine lungane ra nganti suwe suwe
Janjinya pergi tak akan lama
Pamit esuk lungane ra nganti sore
Pamit pagi tak sampai sore
Janjine lungo ra nganti semene suwene
Janjinya pergi tak selama ini
Nganti kapan tak enteni sak tekane
Sampai kapan, ku tunggu kapanpun datangnya

* Maaf , lirik dan senikata lagu di ambil dari web di Indonesia , dan pihak Admin tak tahu bahasa Jawa.
   Semoga Allah swt menerima aruwah Didi Kempot pada hari selasa (Bulan Ramdhan ) tahun 2020.

  Penyanyi campursari Didi Kempot meninggal dunia di Solo, Jawa Tengah, Selasa (5/5/2020). Didi Kempot diketahui meninggal dunia pada usia 53 tahun pukul 07.30 WIB. petikan kompas,

https://www.youtube.com/watch?v=4eGt0acQnlM


 




Monday, November 18, 2019

Beberapa makanan yang dianjurkan untuk tidak dikombinasikan

As Salam

Beberapa makanan yang dianjurkan untuk tidak dikombinasikan untuk dimakan secara bersama-sama. Makanan-makanan tersebut antara lain:
Jangan minum susu bersama makan daging.
Jangan makan ayam bersama minum susu.
Jangan makan ikan bersama telur.
Jangan makan ikan bersama daun salad.
Jangan minum susu bersama cuka.
Jangan makan buah bersama minum susu

Demikianlah Pola makan Rasulullah, semoga bisa diterapkan dalam kehidupan sehari-hari.
Sekian
Wassalam

AG CERA NUTRITION


AG Nutrition International adalah platform utk anda mengubah nasib anda dan keluarga anda daripada kesihatan dan juga pendapatan. AG baru bermula, anda berada di kedudukan yang terawal, kedudukan yang selamat,  kedudukan yang selesa untuk anda berjaya dan kejayaan yang teramat sangat.

AG Cera  adalah makanan kesihatan/makanan sampingan/vitamin dan bukan ubat sebab tiada dadah, bahan terlarang, yeast,mould dan mercury (Singapura Test Lab No Rujukan: HAS-1905-02863)
 Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.”
(Riwayat ad-Dailami)

Ini selaras dgn AG Cera "Let food be the medicine and medicine be the food"

Produk AG Cera mempunyai sijil Malaysia Halal MS 1500: 2009(Rujukan:1 209-05/2019), Kementerian Kesihatan Malaysia (Rujukan:230419/04/187), GMP, HHCAP.

AG Nutrition International mula operasi seawal bulan Mei 2019 , dimana sahamnya di punyai oleh 3 tokoh anak muda @ 100%  bumiputara yang merupakan bekas director syarikat marketi level (MLM) yang berupaya menjana hampir 10.4 juta Ringgit Malaysia dalam bidang jualan produk pyhotosains dan merupakan rakan kongsi bagi seluruh rangkaian Alpha Group (AG).

Pemilik AG adalah professional dalam kerjaya mereka sebelum ini, dimana mereka adalah bekas  pengurus bank Citibank , Maybank dan seorang lagi adalah Engineer.

Pakej Penyertaan AG yang sungguh murah dan berbaloi hanya serendah RM300 – RM 3600 (Basic , Premium , Elite) , anda tak perlu pandai, tak perlu sekolah - universiti,tak perlu modal besar, tak perlu sewa pejabat, tak perlu pengalaman dan lain- lain lagi , namun anda mampu berjaya dan kaya bersama AG Nutrition disebabkan segalanya maklumat ada hanya di hujung jari (system online).

Beserta Team Support yang kuat dan mantap, insyallah anda diberi peluang untuk menganjurkkan preview ditempat anda dengan PERCUMA!!! tanpa melibatkan kos kewangan anda berserta dengan adanya penceramah2 (upline) yang hebat dengan bantuan khidmat nasihat kami, kami percaya  mengapa anda TAK perlu gagal kali ini.

Untuk makluman AG Cera telah menembusi di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunie, Thailand dan 7 negara Afrika (dalam poses Arab Saudi , Qatar, United Kingdom).

Program ini baru hampir  5 bulan dan mengikut AG Cera keahlian mencecah hampir 10 ribu orang , dan  produk berjaya di jual 7 juta dan sekitar 200k produk untuk belian semula.







NORSAM WAHAB
TEL : 016 7044766

Pola makanan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam

Dalam berbagai aktivitas dan pola kehidupan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam memang sudah dirancang oleh Allah subhaanahu wa ta’ala sebagai contoh teladan yang baik (uswah hasanah) bagi semua manusia. Teladan ini mencakup berbagai aspek kehidupan termasuk dalam hal pola makan yang bermuara pada kesehatan tubuh secara keseluruhan.
Kesehatan merupakan aset kekayaan yang tak ternilai harganya. Ketika nikmat kesehatan dicabut oleh Allah subhaanahu wa ta’ala, maka manusia rela mencari pengobatan dengan biaya yang mahal bahkan ke tempat yang jauh sekalipun. Sayangnya, hanya sedikit orang yang penduli dan memelihara nikmat kesehatan yang Allah subhaanahu wa ta’ala telah anugerahkan sebelum dicabut kembali oleh-Nya.
Karena Allah telah menegaskan kepada kita bahwa Beliau (Rasulullah) adalah teladan, inilah teladan yg bisa kita ikut bagaimana pola makan Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam agar Sehat dan berberkah dan mendapatkan amal.
Asupan awal kedalam tubuh Rasulullah adalah udara segar pada waktu subuh. Beliau bangun sebelum subuh dan melaksanakan qiyamul lail. Para pakar kesehatan menyatakan, udara sepertiga malam terakhir sangat kaya dengan oksigen dan belum terkotori oleh zat-zat lain, sehingga sangat bermanfaat untuk optimalisasi metabolisme tubuh. Hal itu sangat besar pengaruhnya terhadap vitalitas seseorang dalam aktivitasnya selama seharian penuh.
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam pernah bersabda :
“Dua nikmat yang sering kali manusia tertipu oleh keduanya, yaitu kesehatan dan waktu luang”. (HR. Bukhari no. 6412).
Dalam hadist lain disebutkan Rasulullah shallallahu’alaihi wa Sallam bersabda,
“Nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada seorang hamba pada hari kiamat kelak adalah ketika dikatakan kepadanya, “Bukankah Aku telah menyehatkan badanmu serta memberimu minum dengan air yang menyegarkan?”
(HR. Tirmidzi: 3358. dinyatakan shahih oleh Syaikh al-Albani).
Menurut Indra Kusumah SKL, S.Psi dalam bukunya “Panduan Diet ala Rasulullah”, kesehatan sering dilupakan, padahal ia seakan-akan bisa diumpamakan sebagai mahkota indah di atas kepala orang-orang sehat yang tidak bisa dilihat kecuali oleh orang-orang yang sakit.
Sepintas masalah makan ini tampak sederhana, namun ternyata dengan pola makan yang dicontohkan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam. Beliau terbukti memiliki tubuh yang sehat, kuat dan bugar.
Ketika Kaisar romawi mengirimkan bantuan dokter ke Madinah, ternyata selama setahun dokter tersebut kesulitan menemukan orang yang sakit. Dokter tersebut bertanya kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam tentang rahasia kaum muslimin yang sangat jarang mengalami sakit.
Seumur hidupnya, Rasulullah hanya pernah mengalami sakit dua kali sakit. Pertama, ketika diracun oleh seorang wanita Yahudi yang menghidangkan makanan kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam di Madinah. Kedua, ketika menjelang wafatnya.
Pola makan seringkali dikaitkan dengan pengobatan karena makanan merupakan penentu proses metabolisme pada tubuh kita. Pakar kesehatan selama ini mengenal dua bentuk pengobatan yaitu pengobatan sebelum terjangkit penyakit atau preventif (ath thib Al wiqo’i) dan pengobatan setelah terjangkit penyakit (at thib al’ilaji).
Dengan mencontoh pola makan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan (attadawi bil ghidza).
Hal itu jauh lebih baik dan murah daripada harus berhubungan dengan obat-obat kimia senyawa sintetik yang hakikatnya adalah racun, berbeda dengan pengobatan alamiah Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam melalui makanan dengan senyawa kimia organik.
Beberapa gambaran pola hidup sehat Rasulullah berdasarkan berbagai riwayat yang bisa dipercaya, sebagai berikut:
1. Di pagi hari, Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam menggunakan siwak untuk menjaga kesehatan mulut dan gigi. Organ tubuh tersebut merupakan organ yang sangat berperan dalam konsumsi makanan. Apabila mulut dan gigi sakit, maka biasanya proses konsumsi makanan menjadi terganggu.
2. Di pagi hari pula Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam membuka menu sarapannya dengan segelas air dingin yang dicampur dengan sesendok madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al Qur’an, madu merupakan syifaa (obat) yang diungkapkan dengan isim nakiroh menunjukkan arti umum dan menyeluruh. Pada dasarnya, bisa menjadi obat berbagai penyakit. Ditinjau dari ilmu kesehatan, madu berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus-usus dan menyembuhkan sembelit, wasir dan peradangan.
“Sesungguhnya Rasulullah saw minum air zamzam sambil berdiri. “(Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’, dari Husyaim, dari `Ashim al Ahwal dan sebagainya,dari Sya’bi, yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)
“Sesungguhnya Rasulullah saw menarik nafas tiga kali pada bejana bila Beliau minum. Beliau bersabda : “Cara seperti ini lebih menyenangkan dan menimbulkan kepuasan.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Hammad,keduanya menerima dari `Abdul Warits bin Sa’id, dari Abi `Ashim, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
“Minuman yang paling disukai Rasulullah saw adalah minuman manis yang dingin.”(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Umar, dari Sufyan, dari Ma’mar, dari Zuhairi, dari `Urwah, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
3. Masuk waktu dhuha (pagi menjelang siang), Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam senantiasa mengonsumsi tujuh butih kurma ajwa’ (matang). Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam pernah bersabda, “Barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindungi dari racun”.
Hal itu terbuki ketika seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah pada sebuah percobaan pembunuhan di perang khaibar. Racun yang tertelan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam kemudian dinetralisir oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Salah seorang sahabat, Bisyir ibu al Barra’ yang ikut makan tersebut akhirnya meninggal, tetapi Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selamat dari racun tersebut.
4. Menjelang sore hari, menu Rasulullah biasanya adalah cuka dan minyak zaitun. Selain itu, Rasulullah juga mengonsumi makanan pokok seperti roti. Manfaatnya banyak sekali, diantaranya mencegah lemah tulang, kepikunan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Roti yang dicampur cuka dan minyak zaitun juga berfungsi untuk mencegah kanker dan menjaga suhu tubuh di musim dingin.
“Keluarga Nabi saw tidak pernah makan roti sya’ir sampai kenyang dua hari berturut-turut hingga Rasulullah saw wafat.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin al Matsani, dan diriwayatkan pula oleh Muhammad bin Basyar, keduanya menerima dari Muhammad bin Ja’far, dari Syu’bah, dari Ishaq, dari Abdurrahman bin Yazid, dari al Aswad bin Yazid, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
Sya’ir,khintah dan bur, semuanya diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan “gandum” sedangkan sya’ir merupakan gandum yang paling rendah mutunya. Kadang kala ia dijadikan makanan ternak, namun dapat pula dihaluskan untuk makanan manusia. Roti yang terbuat dari sya’ir kurang baik mutunya sya’ir lebih dekat kepada jelai daripada gandum.
Abdurrahman bin Yazid dan al Aswad bin Yazid bersaudara, keduanya rawi yang tsiqat.”Rasulullah saw. tidak pernah makan di atas meja dan tidak pernah makan roti gandum yang halus, hingga wafatnya.”(Diriwayatkan oleh `Abdullah bin `Abdurrahman, dari’Abdullah bin `Amr –Abu Ma’mar-,dari `Abdul Warits, dari Sa’id bin Abi `Arubah, dari Qatadah, yang bersumber dari Anas r.a.)
“Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Saus yang paling enak adalah cuka.”
Abdullah bin `Abdurrahman berkata : “Saus yang paling enak adalah cuka.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Shal bin `Askar dan `Abdullah bin`Abdurrahman,keduanya menerima dari Yahya bin Hasan,dari Sulaiman bin Hilal, Hisyam bin Urwah, dari bapaknya yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
“Rasulullah saw bersabda : “Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkahi.”(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Ahmad az Zubair, dan diriwayatkan pula oleh Abu Nu’aim, keduanya menerima dari Sufyan, dari ` Abdullah bin `Isa, dari seorang laki-laki ahli syam yang bernama Atha’, yang bersumber dari Abi Usaid r.a.)
5. Di malam hari, menu utama makan malam Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu mengonsumsi sana al makki dan sanut. Menurut Prof. Dr. Musthofa, di Mesir deudanya mirip dengan sabbath dan ba’dunis. Mungkin istilahnya cukup asing bagi orang di luar Arab, tapi dia menjelaskan, intinya adalah sayur-sayuran. Secara umum, sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi yang sama yaitu menguatkan daya tahan tubuh dan melindungi dari serangan penyakit.
6. Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam tidak langsung tidur setelah makan malam. Beliau beraktivitas terlebih dahulu supaya makanan yang dikonsumsi masuk lambung dengan cepat dan baik sehingga mudah dicerna. Caranya juga bisa dengan shalat.
7. Disamping menu wajib di atas, ada beberapa makanan yang disukai Rasulullah tetapi tidak rutin mengonsumsinya. Diantaranya, tsarid yaitu campuran antara roti dan daging dengan kuah air masak. Beliau juga senang makan buah yaqthin atau labu air, yang terbukti bisa mencegah penyakit gula. Kemudian, beliau juga senang makan buah anggur dan hilbah (susu).
“Nabi saw memakan qitsa dengan kurma (yang baru masak).”(Diriwayatkan oleh Isma’il bin Musa al Farazi, dari Ibrahim bin Sa’id, dari ayahnya yang bersumber dari `Abdullah bin Ja’far r.a.)
Qitsa adalah sejenis buah-buahan yang mirip mentimun tetapi ukurannya lebih besar (Hirbis) “Sesungguhnya Nabi saw memakan semangka dengan kurma (yang baru masak)”(Diriwayatkan oleh Ubadah bin `Abdullah al Khaza’i al Bashri, dari Mu’awiyah bin Hisyam,dari Sufyan, dari Hisyam bin `Urwah, dari bapaknya, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
8. Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang beliau berolahraga sambil bermain dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Pernah pula Rasulullah lomba lari dengan istri tercintanya, Aisyah radiyallahu’anha.
9. Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam tidak menganjurkan umatnya untuk begadang. Hal itu yang melatari, beliau tidak menyukai berbincang-bincang dan makan sesudah waktu isya. Biasanya beliau tidur lebih awal supaya bisa bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup dibutuhkan oleh tubuh karena tidur termasuk hak tubuh.
10. Pola makan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam ternyata sangat cocok dengan irama biologi berupa siklus pencernaan tubuh manusia yang oleh pakar kesehatan disebut circadian rhytme (irama biologis).

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda