Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri tidak pernah menghulurkan sumbangan pada mana mana Pusat Tahfiz
Semoga kita ambil iktibar dari musibah yang berlaku
Bagan Serai Kampung HalamanKu added 6 new photos.
PANDANGAN DARI SEORANG CREW
YANG MEMERHATI.
YANG MEMERHATI.
Saya berkesempatan melawat pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung. Setakat jam 8.00pm 14 September, 24 adik2 telah kembali ke pangkuan ilahi.
Bila baca news, macam2 cerita yg diterima. Cuma ada beberapa perkara yg netizen sentuh saya nak betulkan. Ini berdasarkan pemerhatian saya sahaja.
1. Pusat tahfiz ni bukanlah pusat tahfiz yang dhaif seperti kebanyakan pusat tahfiz di pedalaman. Ini pusat tahfiz yang agak maju. Bangunan yang terbakar tu seperti bangunan asrama yg elok. Bangunan konkrit. (ada sebuah asrama PICOM yg lebih kurang sama binaan mcm pusat tahfiz ni). Jadi ada tohmahan sekolah tahfiz membunuh adalah tidak benar. Ini sebuah bangunan standard asrama sekolah dan layout plan sdg menunggu kelulusan bomba.
2. Punca kebakaran bukanlah lintar pintas. Pendawaian baru dan disahkan suruhanjaya tenaga. Ada kemungkinan dari perkara lain. Pihak bomba mengesahkan api yg marak dalam masa yg sgt singkat tidak menampakkan punca dari Litar pintas. (Berita Harian, 14 Ogos). Pihak polis dan bomba sedang menyiasat punca kebakaran. Tak perlu buat kesimpulan khianat dan sebagainya. Kita tunggu hasil siasatan sebelum membuat apa2 telahan.
3. Menteri2 pun keluar mcm2 statement. Antaranya tiada kelulusan M&E (TS Noh Omar) & tiada ciri2 keselamatan (DS Tengku Adnan). Saya harap tiada lagi statement yang tidak wajar dari pak2 menteri buat masa ini. Statement2 ini seperti melepaskan batuk di tangga. Buat masa ini, biarlah keluarkan statement yg baik utk menjaga hati ibubapa mangsa yg terlibat.
Saya menyokong statement dari menteri KKLW Dato Ismail Sabri. Giat MARA akan menjalankan audit menyeluruh ke pusat2 tahfiz dan membantu secara percuma utk pendawaian. Ini langkah yg amat baik dan statement yg sgt bertanggungjawab dari seorang menteri yg dipilih rakyat.
Kerajaan melalui NBOS (National Blue Ocean Strategy) boleh menggabungkan agency di bawahnya seperti Bomba untuk kelulusan, JKR untuk submission plan, Giat Mara (Pendawaian dan kelengkapan) bg membantu pusat tahfiz yg berdaftar.
4. Kepada netizen. Jgn dicemuh pengurusan dan pengetua pusat tahfiz. Ada yang meminta pengetua bertanggungjawab atas kematian anak2 ini. Ya betul, pengetua mengatakan ini anak2 syurga dan mereka mati syahid.
Bukanlah bermaksud beliau lepas tangan dan hanya berserah pada takdir. Sistem pembelajaran tahfiz sgt berlainan dgn sistem sekolah biasa. Hubungan antara pengetua dan anak2 tahfiz bukan sekadar guru dan murid. Hubungan mereka seperti bapa dan anak2. Bapa yg memberi ilmu yg terbaik utk anak2. Sesetengah tahfiz, merekalah bapa yg mencari makan dan minum untuk anak2. Pengetua ini kehilangan 24 orang anak2 kesayangannya. Itu yg berlaku di sini.
Bukan bermaksud saya menyebelahi pusat tahfiz ini. Kita tidak berada di pihak mereka. Mereka mengadakan pusat tahfiz ini bukan sebagai business. Kebanyakan pusat tahfiz ini bukan saja dihuni oleh anak2 yg ingin mendalami pengajian AlQuran tetapi juga oleh anak2 yatim yg ingin tumpang berteduh.
Ya mungkin ada setengah pusat tahfiz dimanipulasi oleh pihak tertentu tetapi bukan kesemuanya.
5. Ambil iktibar dari kejadian ini. Mungkin ada pusat tahfiz di sekeliling kita yg memerlukan bantuan. Jumpa pihak pengurusan dan hulurkan bantuan dan derma. Sekalipun bukan wang ringgit, mungkin keringat dan pengalaman kita diperlukan. Jangan asyik salahkan mana2 pihak.
6. Yang ada anak2 di sekolah tahfiz, minta pihak sekolah adakan fire drill di waktu malam. Buat secara mengejut. Kalau boleh, libatkan pihak bomba.
7. Juga ingatkan anak anak di asrama, tentang bahaya electrical overloads. Pekakas elektrik seperti sterika, periuk nasi, cerek air antara yg mempunyai nilai watt yg tinggi dan tidak sesuai digunakan serentak pada satu2 outlet socket elektrik. Begitu juga anak anak di asrama agar jangan terlalu kreatif dgn memasak menggunakan sterika. Atau memasak air menggunakan baldi dan tangkal pemanas sahaja.
8. Kepada pihak bomba, boleh adakan audit di sekolah sekolah tahfiz untuk elakkan kejadian ini berulang. Adakan lawatan ke sekolah tahfiz dan sekolah2 berasrama bagi memudahkan pematuhan spesifikasi dan kelulusan di buat.
9. Cadangan menutup pusat pusat tahfiz yang beroperasi tanpa permit memang mudah dan langkah cepat dalam menangani lambakan pusat tahfiz. Tetapi adakah ini yang terbaik?
Perlu diingat penutupan pusat tahfiz menyebabkan anak2 tahfiz perlu dipindahkan sekolah. Bagaimana dengan anak2 yatim? Nak dipindahkan ke mana?
Banyak pusat tahfiz dan rumah anak yatim ini hidup disebabkan sumbangan orang ramai untuk membeli makanan dan keperluan harian.
Kos yg agak tinggi diperlukan untuk mambangunkan infra bg memenuhi spesifikasi kelulusan bomba. Di mana nak dicari dana ini?
10. Akhir kalam, marilah kita sama sama sedekahkan alfatihah kepada mangsa yang terlibat. Anak2 ini adalah anak syurga. Mereka meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu Allah. Mereka meninggal ketika Alquran di dalam hati mereka.
Alfatihah
Sekian
Nota : Di sini saya memperturunkan berapa maklumat dari kawan saya yang pernah bertugas di pondok pengajian di sebelah selatan Malaysa , ingin menyatakan mereka yang mudah menghukum sebelum menilai sesuatu seperti berikut :-
1.Bukan mudah mengadakan sebuah pondok pengajian dan mahaad tahfiz , dengan kerenah Majils Agama , juga kena dapat kelulusan Pejabat kesihatan , Bomba , Polis dan Kementerian Pelajaran bahagian Agama.
2. Bagi Pejabat Majils Agama Negeri , setakat nie tiada garis panduan apa perlu yang di lakukan oleh pihak yang ingin menubuhkan Pondok Pengajian dan Mahaad Tahfiz. Mereka boleh mengajikan pegawai di bahagian lain, namun mereka lupa untuk meletak pegawai dalam pembinaan pondok pengajian / mahaad , sebab tu tiada garis panduan bagi mereka yang ingin mendaftar/ membina pondok / mahaad ( kalau dilihat dalam soal pembangunan)
Pegawai mereka cakap macam macam , semua yang mereka cakap banyak yang tiada tertulis, ..pandai pandailah pihak Pondok Pengajian dan Mahaad Tahfiz. Mereka tak menolong ...lepas tangan .......cakap macam senang je....Berurusan dengan mereka amat memilukan sebab kena lihat a) pembangunan pondok/mahaad 2) topik/syalbus pengajian pondok/mahaad.
3.Bila melihat pembangunan pondok/mahaad - tiada garis panduan macam mana nak bangunankan, bagi soal tanah macam nak beli atau di wakafkan dan juga macam mana nak pindahkan nama kepada pihak Pondok Pengajian dan Mahaad Tahfiz , macam mana nak dapat sumbangan , macam mana nak belanjakan , macam mana nak buat buku kira-kira serta contoh format,laporan yang patut dikemukan .........apa yang mereka tahu pihak pentadbir pondok /mahaad ada tak mengkhaskan surau atau masjid pondok/mahaad kepada majlis agama tak ? , tanah dah ditukarkan kepada majlis agama tak ??? dan masa surau dan masjid dibina ada tak ikut arah kiblat ??? , itu mereka sebok dan tanya ??? ..yang lain tak ambil peduli .....ikut macam macam mana halatuju pondok/mahaad bergerak..
Kalau tak jadual mereka , mereka tak beri kelulusan ikut arah kiblat ??? dan mereka tak tanya macam mana nak convert tanah , plan pembangunan , pembangunan pondok/mahaad , cf , bomba ...dan seterus 13 kelulusan dari pihak berwajib. Maka terpaksalah kami mengunakan perkidmatan consulatan semasa pembangunan pondok. Jadi masa kami bangunkan pondok nasib baik semua perkara ini dapat di gabungkan ....maka dapat cf dari pindak majlis tempatan ,dan perlu ada jalan masuk dan jalan keluar , kena ada jalan excess keluar , laluan angin , gas pemadam api , kena ada pihak bomba menjalankan fire drill di pondok bersam pelajar / guru / warden / kakitangan sokongan.
4. Bila melihat bab perbelanjaan , lansung tak diambil peduli oleh pihak Majlis Agama samada pelajar ini ada berapa orang pelajar , guru , warden dan kakitangan sokongan, topik pengajian ..walaupun semua maklumat ini diberikan kepada pihak Majlis Agama / pihak polis semasa memohon kebenaran / kelulusan pondok / mahaad ....namun semua ini atas macam mana nak digerakan oleh mudir , kena fikir macam mana nak dapat sumbangan (wang wakaf , wang derma , yuran belajar ) vs perbelanjaan (pengurusan pondok/mahaad dari segi perbelanjjan makan , kos api air , kenderaan buku dan alat tulis, gaji , serta kos pembangunan atau maintenance pondok/mahaad )
Tiada surat yang dikeluarkan bagi membantu perbelanjan pondok/mahaad dan mereka juga diberi peluang untuk mendapat bantuan / duit wakaf / tabung dari dana Majlis Agama Negeri ....jika ada yang dapat bantuan untuk hari raya (jika ada)..dan kalau ada bantuan per kapita ..itu pun setahun sekali ...itu pun kena buat surat memohon, kertas kerja .....??? dan macam paling penting pihak mudir berdaftar Majlis Agama ....jadi yang tak berdaftar (daftar dalam proses) dan tak berdaftar ...pandai pandailah nak hidup....
Ini menyebakan kebanyakan pihak mudir pondok / mahaad terpaksa minta bantuan orang ramai yang simpati dengan mereka diatas perbelajaan pondok , ini berlaku kepada semua pondok /mahaad di Malaysia. Tiada bantuan dari wang zakat .....atau mana mana pihak ....mereka hidup macam peminta sedekah......kalau kita lihat sedihnya pelajar pondok / mahaad ...namun mereka tak pernah mengeluh .....akhir pelajar ini akan membantu membina rakyat yang hormat pada Allah Dan Rasuallah ini kerana pihak mudir ikhlas dan tawakal sebab semua itu atas kehendak Allah sw.t.
5. Bila melihat topik/syalbus pengajian pondok/mahaad. , mereka kena fikir macam mana nak latih pelajar yang buta huruf , baru belajar , matang belajar , guru , warden , syalbus pengajian pondok ....ustaz dan uztazah , kelulusan mereka apa topik yang mereka ajar ...bagi mahhad tahfiz ....macam mana bentuak hafalan , sebutan , tajwid , bentuk bacaan ....yuran yang di tinggalkan oleh ibubapa tak banyak RM300 - 500 sebulan semua itu kena fikirkan oleh mudir... duit makan , api air , kenderaan , pengajian .....dan sebagainya...kalau tak bayar(yuran) ....takkan nak halau pelajar......semua itu yang di tanggung oleh mudir...sebab tu kebanyak guru dan warden dan kakitangan sokongan mendapat gaji last ...sebab masa duit duit pondok/mahaad merudum .......mereka adalah golongan (gaji mereka) yang digunakan untuk bayar bil bil perbelanjaan makanan dan sebagainya sebab semua itu kena bayar (tiada pekedai yang besetuju hutang / berbulan bulan) . Mereka tak mengeluh pun....buat macam biasa ....sebab mereka yakin hidup ini penuh dugaan dan yakin dengan janji Allah swt.
Sekian
Admin
No comments:
Post a Comment