Tuesday, April 28, 2015

10 makanan pilihan yang naik harga sejak 5 tahun lepas

 
bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com
Posted by Mohd Shubhi 
Posted in Kembara Malaysia
 
Ada banyak makanan pilihan yang boleh kita beli dan makan hanya dengan pergi ke gerai-gerai biasa sahaja. Ada banyak gerai atau kedai akan kecil di hampir seluruh bandar dan juga pekan kecil di seluruh negara kita.

Oleh kerana 10 makanan yang akan saya senaraikan nanti adalah makanan biasa yang semua orang suka, maka kita namakannya sebagai makanan pilihan. Mudah didapati dan murah harganya.

Murah!!!, nanti dulu!

Betulkah harganya murah? atau anda masih lagi jadikan kesemua makanan tersebut sebagai makanan pilihan disebabkan dah jadi kebiasaan makan makanan itu. Bukan disebabkan faktor murah berbanding dengan jenis makanan lain.

Makanan segera barat lebih murah

Sedarkah anda sekarang bahawa makanan segera barat atau biasa kita panggil FastFood sekarang mungkin lebih murah berbanding makanan pilihan yang biasa kita makan?

Kalau tak percaya cuba pergi tengok kat McDonnald yag ada berhampiran dengan tempat anda tinggal. Mereka ada tawarkan makanan sekali dengan minuman dengan harga semurah RM6.95 sahaja.

Kemudian cuba pula anda pergi makan di gerai atau kedai mamak atau kedai kopi. Ambil makanan sekali dengan minuman. Mungkin anda akan dikenakan bayaran sejumlah RM7 ke RM10. Kebersihan dan zat makanan pilihan anda itu boleh dipersoalkan berbanding makanan di McDonald.

Makanan pilihan naik harga antara 30% ke 200%

Saya terbaca laporan berkenaan isu kenaikan harga makanan pilihan ini daripada Akhbar Focus, Edisi November 2014. Tulisan itu ditulis oleh wartawan Soo Wern Jun.

Sebelum ini tahu bahawa makanan pilihan kita semua di kedai-kedai sudah naik harga. Tapi tak pernah pulak terfikir untuk cari perbezaan harga dulu berbanding sekarang dan buat peratus kenaikan harganya. Bila ada maklumat itu, rasa seram sejuk juga jadinya.

Hanya dalam tempoh lima tahun saja, harga kesemua makanan pilihan kita selama ini telah naik daripada 30% sehinggalah paling teruk kepada 200%. Itu bukan sedikit jumlahnya. Anda sedarkah?

Apa akan terjadi dalam tahun-tahun yang akan datang dengan kenakan harga minyak petrol, kenaikan harga bahan tenaga lain dan dengan penguatkuasaan sistem GST dan sebagainya. Apakah ada yang akan mengamuk atau kurus kering tak makan selepas ini? atau adakah ada kerajaan yang akan tumbag dek tak tahan kerana masalah ini...?

Senarai 10 Makanan pilihan yang naik harga

Berikut diberikan senarai makanan pilihan yang telah naik harganya sejak 5 tahun yang lalu:

Teh tarik naik 58%

Semua orang suka minum teh tarik. Dari dulu sampai sekarang kalau pergi kedai mamak atau gerai atau restoran melayu, nama teh tarik akan naik. Harga 5 tahun dulu hanya 90 sen saja. Sekarang dah jadi RM1.20 (ada yang lebih mahal). Teh ais juga naik dari RM1.20 kepada RM1.90.

Mee goreng naik 66%

Saya suka makan mee goreng. Mudah dan lazat pula kalau pandai goreng. Kalau dulu makan mee goreng mamak harganya RM3 saja, sekarang anda perlu bayar RM5

Roti canai naik 66%

Satu lagi makana kegemaran setiap pagi atau petang jika melepak di kedai mamak. Dulu hanya 50 sen sekeping. Sekarang anda perlu bayar RM1. Roti telur pula nak dari RM1.50 kepada RM2.50 sekarang.

Nasi goreng naik naik 42%

Makan nasi goreng dulu kena bayar RM3.50 saja, sekarang dah jadi RM5, tambah telur goreng mata kerbau dia belasah lagi RM1.50, tambah pula seketul ayam boleh jadi sampai RM11

Cendol naik 116%

Ini satu makanan kegemaran kalau balik ke Bukit Mertajam. Kat sini pun ada banyak jenis cendol yang ok juga. Dulu semangkuk hanya RM1.20. Sekarang dah jadi RM2.50. Malah ada juga yang belasah sampai RM3.30 semangkuk

Char Kuey Teow naik 120%

Satu lagi makan pilihan rakyat Malaysia. Harga naikpun rakyat Malaysia tak sedar rasanya sebab makin naik harga makin banyak kedai Char Kuey Teow dibuka. Dulu sepinggan hanya RM2.50, sekarang anda perlu bayar RM5.50

Mee Kari naik 71%

Ada yang lebih suka makan mee kari berbanding mee goreng. Memang sedap juga mee kari ni tapi harganya dah naik. Dulu hanya RM3.50 satu mangkuk, sekarang bayarlah RM6 kalau nak makan juga.

Satay naik RM200%

Ini memang makanan pilihan yang akan habis dulu kalau dibuat jamuaj makan di masjid atau di surau. Kalau nak beli sendiri sekarang agak parah juga sebab kenaikannya yang amat melampau. Dulu secucuk hanya 30 sen saja. Sekarang boleh mencecah 90 sen. Pergilah makan kalau ada banyak duit.

Mee wantan naik 140%

Saya kurang makan mee jenis ini. Rasanya orang cina suka makan mee wantan ni. Harganya dulu hanya RM2.50, sekarang dah jadi RM6

Nasi daun pisang naik 36%

Ada kedai yang sediakan makan nasi dalam daun pisang. Memang sedap dan popular kat KL. Harganya dari RM5.50 kepada RM7.50 sekarang. Itu belum ambil ayam atau kari ikan.
    Sebenarnya ada banyak lagi makanan pilihan yang kesemuanya naik harga gila-gila. Mungkin nasi lemak saja yang tak naik harga. Dulu RM1 sekarang juga RM1. Tapi dulu gunungnya besar, sekarang ciput kecil.

    Apa pandangan anda terhadap kenaikan harga makanan pilihan di atas? apakah anda sedar bahawa selepas ini dengan penggunaan sistem GST, kesemua harga makanan itu akan dinaikkan lagi harganya? apa nak buat heh!
     
    comments:
    1. Anonymous
      Masa aku student dulu, bajet makan aku sehari RM 3 sahaja. Nasi kosong 40 sen, sepotong ikan 40 sen, sejemput sayur 40 sen, total RM 1.20 sekali makan, air kosong free. Sehari 2 kali makan. Kdg kdg tu, tghari mkn nasi, ptg mkn roti je. Tu yg BMI aku sekitar 16 je tu. Skrg ni budak budak skrg RM 10 pun tak cukup. Ni lps GST tmbh berat la lg, 2 org anak aku kat kolej pulak tu tahun dpn ni. Baik la anak aku tak berderet, 3 lg tu jarak jauh sikit. So psgn psgn muda, jumlah dan jarak anak anak pun kena ambik kira lps ni, perancangan awal, mudah mudahan tak sempit nanti, boleh la jugak mintak tolong abang kakaknya pulak bantu adik adik bila masa adik adik kat kolej / U nanti., mcm aku ngan abang aku dulu dulu.
      1. memang jauh beza. Tambah parah budak sekarag tak reti jimat pulak tu..
    2. Anonymous
      Memang....mak cik bg belanja pd anak mak cik yg kat IPTA seminggu RM 150.00. Kalau dah sebulan kiralah sendiri. Agaknya esok2 bila anak ini dah berjaya boleh ke bagi duit pada emaknya macam tu? Tepuk dada tanya iman.
      1. Maksudnya dia belanja sehari RM21 lebih... tak ada dewan makan subsidi ke kat IPTA tu..?
      2. Anonymous
        Pesan kat anak anak, belanja IPTA abang kakak mak ayah tanggung, adik adik pulak nanti, abang kakak yg dah kerja pulaklah tanggung.
        Utk hari tua kita, kot la umur panjang, simpan dan menabung / melabur dr sekrg, jgn harap anak anak, buat stress kecewa je nanti. So duit simpanan / pelaburan jgn perabis utk anak anak, beri sekadar keperluan, utk diri sendiri dan pasangan kena la ada secukupnya, sekurang kurangnya sekadar tidaklah kita mengharap bantuan org lain dihari tua nanti, org kata persediaan persaraan dunia. Persediaan persaraan Akhirat pulak jgn dilupa (wal tanzur nafsun ma qaddamat li ghad - 59:18).
    3. Nasi kosong je yang dulu aku beli RM0.40 je sekarang dah naik jadi RM1.00 ikut tempat. Belum lagi cerita makanan lain. Memang kena banyak prepare dari segi kewangan la untuk masa depan yang semakin naik harganya. Harga tak selamanya kekal sama.
      1. betul tu, baik beli lauk sedikit dan balik masa nasi pakai rice cooker lebih jimat rasanya
      2. Anonymous
        Masa student dulu dulu utk berjimat kita org buat geng / kump makan, adalah dlm 10-15 org. Nasi masak sendiri, lauk kongsi kongsi beli kat akak yg rumah dekat dekat dgn kolej kitaorg, bayar tiap tiap hari, seingat aku dlm rm15 utk mkn malam aje, sbb tghari mkn sendiri sendiri. Mkn malam kumpul geng geng mkn sama sama pakai dulang, seronok jugak tu. Jadi kenang kenangan sampai skrg.
    4. Anonymous
      Alhamdulillah tempat aku masih lagi murah char kui tew dan mee kari 4'higgit shj tapi sedap..
    __._,_.___

    No comments:

      as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda