HIKMAT BERLAPAR
1. Membersihkan hati dan menyinarkan akal.
2. Menghilangkan penyakit malas dan
mengurangkan tidur.
3. Memudahkan diri untuk banyak beribadah
kepada Allah swt. dan tekun bekerja.
4. Menahan nafsu syahwat agar dapat
menggelakkan diri dari perbuatan maksiat dan mungkar.
5. Meringankan perbelanjaan supaya dapat
selalu bersedekah kepada orang miskin dan yang memerlukannya.
6. Menyihatkan badan dan menolak penyakit.
7. Sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat
Allah swt dan ingat orang yang tidak memperolehinya.
AKIBAT KEKENYANGAN
1.
Hati buta dan mewarisi kebodohan kerana wap menyerupai gula berkumpul di
otak.
2. Timbul penyakit malas dan banyak tidur.
3. Rasa berat untuk bekerja dan tidak lazat
untuk berzikir disebabkan kesesatan hati yang menjadi hijab antara hati dan
zikir.
4. Nafsu tidak tertahan kepada dunia dan
bercita-cita untuk berbuat perkara mungkar dan maksiat.
5. Perut sentiasa berhutang."Apakah
yang engkau akan makan pada hari ini. ?"
6. Timbul sifat kedekut pada harta.
7. Banyak penyakit kerana ia berpunca
daripada sisa makanan di dalam perut.
8. Lupa kepada orang yang lapar dan
susah. Nasihah90
PENILAIAN MASA BAGI SESEORANG
SATU :
Bagi manusia yang belum mempunyai
kesedaran; dibiarkannya masa berlalu dengan percuma. Dia tidak merasa dikejar,
lalu terbuanglah masa dengan sia-sia.
DUA :
Bagi manusia yang ada sedikit kesedaran tentang erti waktu dalam
kehidupan beragama. Ia mengatur
kehidupannya supaya terlaksana setiap tugas dan kewajibannya.
TIGA : Bagi manusia yang sanngat mendalam
kesedarannya terhadap waktu dan penuh tanggungjawab akan bersungguh-sungguh
memelihara kehidupannya. Ia akan berkorban apa saja untuk Allah dan suka
berbuat kebajikan kepada orang lain walaupun terpaksa bersusah payah.
No comments:
Post a Comment