KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI KE 5 TAHUN 2013
Keruntuhan
akhlak dikalangan remaja Malaysia kini dikatakan amat meruncing. Krisis moral
membimbangkan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan
remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Ini dapat dilihat daripada
kes-kes sumbang muhrim,penagihan dadah,pembuangan bayi,perhubungan seks bebas,
bohsia/bohjan, lari dari rumah, rasuah, pecah amanah, peminum arak, ecstasy dan
kes jangkitan HIV/AIDS. Kesemuanya menunjukkan angka pertambahan dari tahun ke
tahun.
“Sebenarnya
tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah
dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi
dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang
ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat”
Islam
sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.Pendidikan
Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan
aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang
menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan.
Maka
, Kem Bina Insan Cemerlang (Sesi ke 5 - Tahun 2013) ini
memfokuskan kearah “Kecemerlangan
Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia” dan bermatlamatkan kearah pembangunan Rohani, Jasmani,
Intelektual, Emosional dan Sosial golongan remaja.
Modul
program akan diperkasakan dengan Modul
Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi
secara sihat. Panduan pemakaian,
penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat
pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam
solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM
BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA(Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti
kecergasan serta kepimpinan.
Para
peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Rohani” bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI ”
Program Kem Bina Insan Cemerlang" Sesi Ke 5
- Remaja muslim & muslimat diantara berumur dari 8 tahun hingga 21 tahun
·
Tempat di Pondok Padang Temu beralamat di Madrasah AI-Hasanah, Kampung Padang Temu,Melaka
·
Tarikh mula kursus pada 23/11/2013 (Sabtu) hingga 21/12/2013 (Sabtu) sekitar 4 minggu
·
Pendaftaraan semua peserta jam 10.00 pagi pada 23/11/2013 di Pondok Pdg Temu,Melaka
·
Yuran seorang peserta adalah RM 500 termasuk tenaga pengajar, kitab,makanan
dan tempat tinggal.
·
Hubungi Ustaz Zaharuddin Tel:
014-7191674, Ustaz Mohd Adlee Majid Tel: 013-4123699,Ustaz Khairul Azman Tel: 017-7010501, Ustaz Nezam Ismail Tel: 012-3419683, Ustaz
Zulkifli Tel : 012-7005469 dan Norsam Wahab Tel :012-6298546
·
Sebarang sumbangan bagi membantu pembangunan pondok amat
dialukan , sebarang pertanyaan sila hubungi penama diatas.Sila lawat kami di www.pmkt.com.my atau di facebook : pmkt
melaka dan mohon untuk di wawarkan kepada rakan muslim anda.
No comments:
Post a Comment