IKHLAS ialah menyengajakan perbuatan semata-mata mencari keredaan Allah Swt dan memurnikan perbuatan dari segala bentuk kesenangan duniawi.
IKHLAS mesti membebaskan hati dari dikuasai oleh keinginan-keinginan yang bersifat sementara, seperti: kemewahan, kedudukan, popularity, mengharapkan simpati dari orang lain, pemuasan hawa nafsu, dan penyakit hati lainnya.
IKHLAS adalah dampak positif dari Tauhid yang sejati, iaitu tindakan mengesakan Allah Swt. dalam peribadatan dan memohon pertolongan.
Keutamaan IKHLAS
Firman Allah Swt: “Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam…”. (Q.S. al-An’am: 162).
“Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah, dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerena (menjalankan) agama…” (Q.S. al-Bayyinah:5).
“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Q.S.al-Kahfi: 110).
Tanda-tanda KeIKHLASan:
1. Takut akan populariti.
Seseorang yang ikhlas sentiasa merasa khawatir dirinya popular di kalangan masyarakat, dan berusaha agar reputasi yang menyangkut diri dan agamanya tidak tersebar luas, apalagi jika ia tergolong manusia yang disegani dan terpandang. Oleh kerana itu, bersikap zuhud terhadap kedudukan, jawatan dan populariti lebih berat daripada bersikap zuhud terhadap harta,makanan dan keperluan seks.
2. Mengakui kekurangan diri.
Hatinya tidak pernah terjangkit penyakit bangga (ujub) terhadap amal perbuatan mahupun status dirinya. Sentiasa khawatir bahawa kejahatan yang pernah dilakukannya tidak diampuni Allah Swt. Ia selalu cemas bahawa semua kebaikan yang dikerjakannya tidak diterima Allah Swt.
3. Cenderung menyembunyikan amal kebajikan.
Ia lebih suka tergabung dalam kelompok akar pokok. Akar itu merupakan tunjang utama pokok, kerana hidup dan matinya sangat bergantung padanya, sedangkan akar pokok itu sendiri tidak terlihat oleh manusia kerana tertanam di perut bumi.
4. Menyamakan tugas seorang Jeneral dengan tugas seorang prajurit.
Sabda Rasulullah Saw.: “Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya di jalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan,ia benar-benar menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minum, ia benar-benar melaksanakannya.”
5. Mengutamakan keredaan Allah Swt. daripada keredaan manusia.
Firman Allah Swt: “Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam…”. (Q.S. al-An’am: 162).
6. Cinta dan marah kerana Allah Swt.
7. Sabar terhadap panjangnya jalan.
Ia akan tetap berdakwah dan berjihad di jalan Allah Swt. Ia tetap tegar meskipun jalan yang hendak ditempuh masih jauh, kemenangan yang akan diperoleh masih belum pasti, kejayaan masih jauh dari harapan, dan meskipun ia harus menghadapi pelbagai kesukaran kerana kecenderungan dan sikap manusia yang berbeza-beza. Semua cabaran itu tidak menyebabkan ia menjadi malas, letih dan putus asa sehingga berhenti ditengah jalan.
8. Merasa gembira jika kawannya memiliki kelebihan.
Seseorang yang ikhlas selalu memberikan kesempatan kepada orang lain yang mempunyai kemampuan. Ia memberi peluang orang itu tampil dan berperanan tanpa merasa iri hati dan mendendam. Ramai penguasa yang berusaha keras mempertahankan kekuasaannya dengan dalih bahawa mereka lebih mampu memimpin kapal yang sedang berlayar, dengan alasan demi kepentingan rakyat dan agama.
Posted by Kamal Azhari Zuhra at Thursday, May 07, 2009
Labels: Bengkel ESQ
No comments:
Post a Comment