Tuesday, September 13, 2011

Siapakah itu Mujaddid dan apa peranan mereka?

Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja. Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka. Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola. Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekali gus hilang kekuatan umat Islam.

Siapa itu Mujaddid?

Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.' Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dab Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.

Peranan Mujaddid.

Setiap Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang paling utama dizaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz masaalah besarnya ialah kepimpinan. Maka Beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan. Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula bekaitan dengan memahami hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh. Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai penggabungan ilmu atau menyatukann ilmu. Dan begitulah seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah swt.

Kita berada diawal kurun ke 15.

Seorang Mujaddid telah muncul diawal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat. Mujaddid akhir atau Mujaddid bongsu ini ada keistimewaan tersendiri. Diantaranya Mujaddid bongsu ini diberi kuasa pemerintahan. Perjuangannya bensambung kezaman empayar Islam pimpinan Al Mahdi. Beliau juga adalah orang kanan Al Mahdi bergelar Putera Bani Tamim(PBT). Perjuangan PBT bersama Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel. Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid termasuk PBT yang sangat tidak difahami oleh para ulama sezaman kecuali diri Mujaddid itu sendiri faham kerana difahamkan secara ilham oleh Allah swt. Di kalangan Mujaddid hanya dua orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid bongsu Putera Bani Tamim di kurun ke 15 ini. Peranan PBT ini amat besar kerana dizamannya umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah dizaman Mujaddid terdahulu semuanya terhimpun dizaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid bongsu ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masaalah yang banyak serta berbagai jenis itu.

Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu ini namun gagal?

Yahudi gagal memusnahkan Putera Bani Tamim kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal perjuanganya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan PBT itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap PBT serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid PBT ini. Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka PBT serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi.

Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah dizaman ini. Kerana melalui pimpinan PBT serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan.


Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh PBT dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan PBT. Malang sungguh umat Islam termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga Bush juga berusia panjang agar dia dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan PBT dan kebenaran Islam. Juga agar Bush dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Bush sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel

Hijrah, Tajdid dan Mujaddid


Matan hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا.

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kepada umat ini pada awal setiap seratus tahun orang yang akan memperbaharui (mengislah/mentajdid) baginya agamanya." (Hadith riwayat Abu Dawud: 3740, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain: no. 8592. Al-Baihaqi, Al-Bazzar, At-Tabarani, Abu Nu’aim dan lain-lain).


Huraian hadith:
Proses memperbaharui (islah atau tajdid) dalam hadith berkenaan adalah bertujuan bagi mengembalikan umat Islam kepada pegangan Islam yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, dan mengeluarkan mereka dari kepincangan dan kekotoran yang menyelaputi agama mereka. Maka sejak berzaman kita saksikan, setiap kali umat Islam mengalami kemunduran, maka Allah s.w.t. akan melahirkan individu atau golongan dalam umat Islam yang mewakafkan hidup mereka demi membaikpulih umat Islam, memulihara dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Definisi yang sebenar kepada perkataan tajdid sebagaimana yang dibawa oleh sunnah dan diperkatakan oleh ulama' Islam dan para fuqaha' ialah: ”Menghidupkan batu tanda agama setelah ia tertimbus, menyambung apa yang terburai, menerangkan sunnah daripada bidaah, dan menghidupkan amalan yang dipelajari daripada al-Quran dan sunnah”.

Berkata Syeikh al-Ghazali dalam menerangkan makna sebenar istilah ini: "Tajdid ialah mempertahankan usul daripada apa yang merobeknya, menggilapnya daripada kesamaran yang menyelubung, menjernihkannya daripada kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian sehingga hilang segala kotoran atau menyapu debu yang melitupi gambar yang terbiar lama tanpa penjagaan."

Tajdid dalam Islam ialah kembali kepada asal yang unggul yang menjadi sumber kemuliaan manusia iaitu al-Quran dan sunnah. Ia tidak mungkin difahami kecuali dengan mendekatkan diri dengan tokoh-tokoh ikutan yang membebaskan diri hanya untuk kebenaran, serta menjulang panji-panji ini. Mereka adalah pelopor kebaikan dan sebagai rahmat kepada manusia. Mereka adalah ukuran keadilan dan neraca kemuliaan kepada umat manusia. (Rujukan: protajdid.blogspot.com )

Penentuan Mujaddid

Hadith di atas ini menyatakan kepada kita bahawa Allah akan membangkitkan kepada umat ini di awal setiap seratus tahun orang yang akan memperbaharui (mengislah atau mentajdidkan) baginya agamanya. Apabila para ulama di zaman tabi’in mengangkat Khalifah ’Umar bin ’Abdul ’Aziz yang lahir pada tahun 60H dan wafat pada tahun 101H sebagai mujaddid tanpa ada pertikaian mengenainya, maka dapat kita fahami bahwa kefahaman ulama salaf terhadap hadith ini ialah seorang mujaddid itu mestilah hidup di akhir suatu kurun sehingga ia meninggal dunia di awal kurun yang berikutnya.

Bagaimanapun sebahagian ulama yang terkemudian meluaskan lagi kefahaman dalam menentukan siapa mujaddid ini sehingga ulama yang meninggal dunia di pertengahan kurun berikutnya pun masih dianggap mujaddid, bukan sekadar di awal kurun. Misalnya Syeikh Badruddin al-Hasani (w. 1354H) di Syam disebut oleh ramai ulama Syam sebagai tokoh mujaddid dalam kurun ke-14H. Jika demikian, antara 1 – 60 tahun pertama dalam suatu kurun itu adalah tempoh kemunculan mujaddid. Tempoh yang lama ini nampaknya memberi peluang kepada ramai tokoh untuk dapat diangkat sebagai mujaddid!

Kefahaman yang luas demikian mungkin dapat dipertikaikan, kerana tokoh-tokoh yang cemerlang sentiasa muncul dalam setiap masa dan sepanjang zaman yang mungkin dapat diangkat sebagai mujaddid, sama ada di awal kurun, pertengahan separuh pertama, pertengahan kurun, pertengahan separuh kedua dan juga akhir kurun. Ini bersesuaian dengan hadith:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ. [رواه البخاري (6767) عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، ومسلم (3544) عَنْ ثَوْبَانَ، واللفظ له]

Terjemahan: “Sentiasa ada satu kumpulan di kalangan umatku yang zahir di atas kebenaran, tidak memudaratkan mereka orang yang meninggalkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah (hari kiamat) sedang mereka tetap berkeadaan demikian”.

Justeru, kefahaman ulama salaf terhadap hadith tersebut perlu diambil kira. Berdasarkan kepada penelitian umum, kebanyakan ulama mengangkat seseorang tokoh itu sebagai mujaddid di antara 1 – 30 tahun pertama sahaja atau lebih sedikit dalam sesuatu kurun itu. Ketika penulis menulis huraian ini (1hb. Muharram 1431H), kita sudahpun melangkaui 30 tahun pertama kurun ke-15H ini. Ia bermakna, tokoh-tokoh mujaddid ummah ini sudahpun muncul serta telah meninggal dunia dan bakinya mungkin masih hidup pada masa ini. Antara tokoh yang masih hidup yang dikatakan sebagai mujaddid ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi.

Kebanyakan ulama juga berpendapat bahawa mujaddid itu tidak semestinya satu orang sahaja. Bolehjadi mujaddid itu ramai bilangannya. Bolehjadi juga ia mewakili berbagai bidang keilmuan seperti bidang fiqh, hadith, tafsir, akidah, usul, tasawuf dan sebagainya. Bolehjadi juga ia mewakili sudut politik, ekonomi, sosial, sains dan lain-lainnya. Bolehjadi juga ia mewakili sesuatu tempat atau suatu negeri. Dan bolehjadi juga ia mewakili suatu mazhab atau suatu kelompok. Pendapat ini adalah lebih tepat, kerana ketokohan individu seperti Khalifah ’Umar bin ’Abdul Aziz yang memiliki kesemua kriteria mujaddid dari segi politik, sosial, ilmu, kerohanian dan pembangunan ummah adalah sukar dicari tolok bandingnya sehingga sekarang.

Seperkara yang selalu juga bermain difikiran saya ialah jika Imam al-Mahdi yang akan muncul diakhir zaman itu juga adalah mujaddid, maka berkemungkinan masanya untuk muncul pada awal kurun ke-15 ini sudah berlalu (Allah lebih Maha Mengetahui). Walaupun setengah golongan yang tersesat sudahpun menentukan Imam al-Mahdi mereka sendiri seperti golongan Syiah dan al-Arqam di Malaysia. Jika benar demikian, bermakna Imam al-Mahdi mungkin akan muncul di akhir kurun ini dan terus lanjut hingga awal kurun berikutnya, iaitu kurun ke-16H (yakni sekitar tahun 1500H). Lintasan minda ini hanya sekiranya kita mengambil kira pendapat Imam al-Suyuti - berdasarkan riwayat-riwayat hadith - bahawa tempoh umur umat Islam ini ialah sekitar lebih kurang 1500 tahun atau lebih sedikit sahaja!!! والله أعلم

Ya Allah, ampuni kami...ampuni kami... tetapkan kami di atas jalan-Mu.

Login or register to post comments Feed: http://sawanih.blogspot.com/ Original article

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda