> ~Rahsia Wanita~
> >
> > 1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
> >
> > 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.
> >
> > 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus
di
tengah jalan).
> >
> > 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan
lelaki lain.
> >
> > 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!
> >
> > 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.
> >
> > 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia
akan lakukan apa saja.
> >
> > 8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
> >
> > 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
> >
> > 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.
> >
> > 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
> >
> > 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
> >
> > 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum
sebarangan.
> >
> > 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
> >
> > 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
> >
> > 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
> >
> > 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
> >
> > 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
> >
> > 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.
> >
> > 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.
> >
> > 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!
> >
> > 22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
> >
> > 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
> >
> > 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
> >
> > 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
> >
> > 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..
> >
> > 27. Senjata wanita adalah airmata!!
> >
> > 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan
rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
> >
> > 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
> >
> > 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment