Maaf. Ampun. Tak ingat adanya Hari Ibu dalam bulan Mei ni. Ingatkan Hari Guru je. Yalah…kan kat Malaysia ni, banyak sangat hari-hari yang hendak disambut. Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kanak-Kanak, Hari Pekerja, Hari Guru, Hari Kelahiran, Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Hari Deepavali, Tahun Baru China, Hari Krismas, Perayaan Gawai Dayak, Hari Peladang, …waduuhh….banyaknya.
Hari Ibu di Malaysia biasanya disambut setiap tahun pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Ini bermakna, kalau merujuk kepada kalendar yang ada di depan mata ni, Hari Ibu bakal disambut pada 10 Mei iaitu minggu ini. Dengan kebaikan dan daya ingat adik tercinta, Rosemawati; dia mengirimkan coretan ini melalui e-mail saya dan saya kongsikan pula bersama dengan teman-teman Laman Menulis Gaya Sendiri. Coretan ini sungguh mengharukan.
Orang kata aku lahir dari perut mak. Bukan orang katalah…memang betulpun mak yang melahirkan aku.
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya……..
Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya……
* Buat ibu ku yang aku sangat kasihnya Hajah Puteh Bt Ahmad
Posted by MohdArshad at 8:44 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment