Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Telah bersabda Rasullullah SAW “ Akan datang satu masa atas manusia di mana mereka bersolat (bersembahyang) yang sebenarnya mereka tidak bersolat”
Sayidina Umar Al-Khattab r.a berkata dari atas mimbar;
Adakalanya seorang muslim mencapai usia lanjut hingga beruban janggutnya, namun tidak satu pun solatnya dilakukan penuh sempurna untuk ALLAH swt.
Seseorang bertanya Amirul Mukminin tersebut, “Bagaimana hal itu boleh terjadi?”
Sayidina Umar menjawab, “Kerana ia tidak menyempurnakan khusyuknya dan tawaduknya serta tidak pula menghadapkan diri sepenuhnya kepada ALLAH swt.
Sesungguhnya ALLAH berfirman dalam surah Al Mukminun; “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, (yakni) mereka yang khusyuk di dalam sembahyang mereka”.
Kemudian dalam ayat 8-11, surah Al Mukminun, Allah berfirman,
“ Dan orang- orang yang memelihara amanat ( yang di pikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara akan solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi. Yakni akan merasai syurga Firdaus, sedang mereka akan kekal di dalamnya.
Duduk depan tv tengok telenovela demi telenovela terasa sekejapkan? Pegi karnival (sebut pesta tak best..) konsert 3, 4 jam tak sedar dah maghrib kan? Duduk melayan PC, internet berjam-jam terasa macam beberapa minit je kan? Seolah-olah masa sungguh mencemburi kita..(pooorah)
Tapi kalau sembahyang atau mendengar kuliah agama hanya beberapa minit terasa lamakan? Ustaz memanjangkan sesi kuliah maghrib sampai isyak pun kita dah gelisah.
Sesekali terpaksa qada solat apabila terbatal wuduk terasa menderita sungguhkan? Atau sesekali suami terlanggar lalu tersentuh saat kita ready untuk solat terasa azab sungguh nak berwuduk semula kan?
Kenapa azab dan menderita? Sebab kita tak terasa keindahan dan seronoknya bersolat. Solat kalau sendirian pun nak cepat habis. Dah tentu banyak main short cut kan? Ambil yang rukun sahaja. Itupun pakai system express tanpa tamakninah atau macam ayam mematuk!
Selesai salam terus bangun tanpa sempat berdoa (ala…doa tu sunat je..lagipun Allah tahu apa yang aku mahu…)
Sesetengah tu berdoa “ Ya Allah yang Maha Mengetahui, doa ku hari ini sama dengan doa ku yang semalam. Kabulkan lah Ya Allah… Amin.”
Sayu kerana telah berlalu usia kita yang tidak akan kembali dan tidak akan berulang lagi. Terlalu banyak masa yang telah kita sia-siakan. Telah banyak dosa dan kemungkaran kita lakukan, sama ada dosa yang nampak atau tidak nampak. Beramal ibadah pun tak banyak mana. Itupun banyak cacat celanya. Agakagaknya Allah terima tak ibadah macam tu?
Tengok ibadah solat kita pun cukuplah. Berapa ramai yang dikalangan kita yang melazimkan solat di awal waktu? (...ala, lewat-lewatpun sembahyang jugak..)
Berapa ramai antara kita yang melazimkan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardu? (..ala, orang lain langsung tak semayang..)
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menjaga kusyuk dalam solat?
Berapa ramai yang faham makna bacaan Al Fatihah?
Berapa ramai yang faham makna setiap bacaan dalam solat baik bacaan ketika rukuk, sujud atau ketika duduk tahiyyat?
Begitulah sikap kita tentang solat yang kita akui sebagai tiang agama. Betapa tidak seriusnya kita dengan solat. Usia makin ke penghujung tapi solat masih macam budak tadika.
Hadis diriwayatkan Ibnu Jurair dari hadis Ummu Salamah’
“ Sesungguhnya ia (Rasullullah SAW) dengan susah payah berkata (dekat wafatnya); SOLAT, SOLAT, SOLAT”
Takutlah akan Allah, ingatilah Allah dalam segala urusanmu, lebih-lebih lagi dalam persoalan sembahyang. Pegang teguhlah solat itu. Jangan sampai disia-siakan, diambil mudah.
Jangan sampai mendahului imam. Jangan sampai tergoda oleh perdayaan syaitan dalam sembahyang, sehinggakan mengeluarkan kamu dari solat mu.
Solat adalah bahagian terakhir dalam agamamu. Bila lenyap akhir solatmu, maka lenyap habis agamamu.
“ Neraka wail bagi mereka yang bersembahyang yang mana mereka lalai di dalam sembahyang mereka”, Firman Allah dalam surah Al –Maun: 4-5
Dan ALLAH berfirman,” ….dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu…”
No comments:
Post a Comment