Wednesday, September 30, 2009

BIODATA RASULULLAH SAW

I received an email forwarded to me, and I think it would be nice to share this data to everybody else on the net. It help us to recap what we have forgotten over the years.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

  • Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Dikota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemanioleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

  • Khadijah Binti Khuwailid
  • Saudah Binti Zam’ah
  • ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra’


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

  • Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

  • Thuwaibah
  • Hamzah
  • Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
  • Halimah Al-Saidiyyah
  • Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  • Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
  • Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
  • ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

  • Al-Harith
  • Muqawwam
  • Zubair
  • Hamzah ***
  • Al-’Abbas ***
  • Abu Talib
  • Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
  • Abdul Ka’bah
  • Hijl
  • Dhirar
  • Umaimah
  • Al-Bidha (Ummu Hakim)
  • ‘Atiqah ##
  • Arwa ##
  • Umaimah
  • Barrah
  • Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Catatan oleh : Cromosome

Warkah usang buat abang

Abang, Maafkanlah Utih kerana menulis akan warkah ini buat tatapanmu. Tidak pernah Utih terniat untuk menyakiti hatimu yang terlalu besar itu tetapi niat Utih adalah suci kerana Utih tidak sanggup untuk terus berpura-pura dengan kenyataan ini.

Adakah abang tahu bahawa selama ini betapa Utih menderita dengan sesungguhnya. Utih menderita dalam senyuman. Utih tidak sanggup lagi untuk terus menghadapi dan mengharungi akan penderitaan ini. Cukuplah Utih seorang yang menderita, pada ketika itu Utih merasakan bahawa Utih tak mampu untuk melihat ibu dan adik-adik yang bertiga yang masih tidak mengerti apa-apa itu juga turut menderita akan keperitan hidup ini. Utih tak sanggup melihat Acik, Usu dan juga Adik mengalami penderitaan sekejam ini.

Abang tahu tak? Selama ini aruah abah dan ibu sungguh berbangga dengan kejayaan abang, maklumlah anak seorang pengayuh beca boleh menjejakkan kakinya ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Aruah abah mencanang-canangkan ke seluruh kampung bahawa anak abah itulah yang paling bertuah sekali dikalangan penduduk di kawasan Kampung Setinggan Roda Tiga. Seboleh-bolehnya aruah abah ingin satu Malaysia mengetahui tentang kejayaan anaknya, kalau kesampaian biar satu dunia pun akan melopong mendengarkan kejayaan abang itu. Dengan mulut yang tersengih-sengih, aruah abah mengharung keperitan hidupnya semata-mata ingin melihat abang berjaya! Apa yang aruah abah inginkan selama ini telah abang capai tetapi Utih merasakan bahawa aruah abah masih lagi berputih mata sekiranya aruah abah masih hidup lagi. Menitis air matanya bila melihatkan kedaifan keluarganya yang masih belum ada pembelaan. Merembes air matanya bila melihat kemewahan hidup abang disamping Kak Erdy. Mungkin sekiranya aruah abah masih bernyawa lagi, kesalannya tidak akan lekang daripada mulutnya mengenangkan masih tuanya yang dibiarkan oleh abang.

Tujuan Utih melayangkan warkah ini adalah sebagai meluahkan segala isi hati yang Utih pendam selama ini. Utih sungguh kesal kerana kelancangan ini kerana Utih sedar bahawa kelancangan ini akan menjauhkan abang dengan Utih serta keluarga lagi tetapi tidak mengapalah abang. Utih ingat lagi pesan ayah yang terakhir. Wasiat ayah yang terakhir buat Utih. Aruah abah meminta Utih menjaga ibu dan juga adik-adik Utih yang bertiga itu. Aruah abah meminta Utih berjanji tidak akan mensia-siakan mereka. Utih pada masa itu hanya mampu termanggu lantaran menganggukkan kepala Utih semata-mata tidak mahu melihat aruah abah merayu-rayu dikali terakhirnya. Utih termanggu dalam sedar bahawa Utih ini menanggung tanggungan yang maha besar sedangkan usia Utih belum pun menjangkau 17 tahun pada ketika itu.

Hati Utih tertanya-tanya kenapa Utih yang dipinta? Kenapa tidak abang selaku anak yang sulung? Sedangkan Utih selama ini adalah anak pungut dalam keluarga ini yang dipilih. Kenapa Utih yang diwasiatkan bebanan ini. Kenapa tidak abang selaku pewaris sulung Keluarga Mohammad Diah. Kenapa anak pungut yang tidak tahu hujung pangkalnya seperti mana yang pernah abang lontarkan kepada Utih tempohari dulu, yang dipilihnya untuk menanggung bebanan ini.

Abang tahu tak betapa ibu bersusah payah untuk menanggung abang di luar negeri sehingga barang-barang kemas pusaka Opah Midah tergadai di Kedai Leong Seng. Ibu sanggup bergadai dan menjual harta pusakanya semata-matanya untuk melihat abang berjaya sehinggakan kerana itulah Utih terpaksa bekerja selepas tamatnya Peperiksaan SPM Utih kerana tidak mahu melihat ibu menderita lagi. Utih sanggup menolak tawaran ke Pusat Pengajian Luar Negeri semata-mata tidak mahu melihat ibu menderita dan terus menanggung penderitaan ini. Biarlah abang mendapat kejayaan abang terlebih dahulu dan memperolehi ijazah yang abang idam-idamkan. Utih sanggup menanti sehingga abang pulang kerana mengikut perkiraan Utih, sudah pastilah abang akan membantu Utih dalam menyara kehidupan Utih di dalam kampus kelak. Tapi sayang impian dan harapan hanya tinggal menjadi abu dan berterbangan Tiada irama yang mengundang kesedihan ini tetapi senandung itulah yang memaksa Utih untuk terus sedar akan kedudukan Utih dan keluarga di sisi abang. Utih dan keluarga bukan lagi menjadi kesayangan abang. Kami telah abang ibaratkan semacam sampah yang tidak berharga sehingga Utih teringat lagi peristiwa di pagi Hari Raya Aidil Fitri setahun yang lepas. Ibu menitiskan air matanya mengenangkan anak yang diharapkannya selama ini rupanya adalah pohon dedalu yang hidupnya tidak layak untuk dikasihani sebaliknya kehidupannya hanyalah untuk menghancurkan kehidupan insan lain. Ibu teresak-esak menangis nasib malangnya bila abang sendiri menghalau ibu dari rumahnya pada malam 27 Ramadhan itu. Adakah dengan kesalahan terpecahkan pasu antik Kak Erdy di ruang tamu itu sehingga abang sanggup memperlakukan ibu sebagai seorang pengemis yang boleh dihalau-halau tanpa ada sebarang kasih dan simpati abang. Hina sangatkah ibu di mata abang? Adakah tinggi nilainya pasu antik tersebut sehinggakan melebihi nilai kasih sayang abang terhadap ibu yang banyak berkorban buat abang selama ini. Tidakkah abang tahu bahawa Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Tidakkah abang tahu betapa remuknya hati ibu sehinggakan kami adik beradik turut menangisi keadaan ibu yang selepas itu demam tak kebah. Seminggu lamanya ibu terlantar kelesuan. Tiada langsung kemeriahan Hari Raya yang dapat kami gambarkan ketika itu. Ibu mungkin terperanjat dengan sikap anak kesayangannya selama ini. Siapa sangka, anak yang dibelai dan dijaga dengan penuh kasih dan sayang itu akhirnya menghalau ibunya sendiri dari rumahnya. Anak yang dijaga dengan penuh kasih dan sayang akhirnya menjadi racun dalam hidup bila ianya tidak tahu membezakan antara pengorbanan suci seorang ibu dengan kasih seorang isteri. Utih sendiri tiada niat untuk menghina kedudukan Kak Erdy tetapi Utih kesal kerana Kak Erdylah abang berubah sikap sehingga kami dipandang jijik di mata abang.

Abang ingat tak lagi, tanggal 7 Februari 1994? Semasa abang meminta ibu mengirimkan sejumlah wang sebanyak RM7,000 bagi tujuan abang kembali ke tanahair, ibu begitu kebingungan bagi mencari wang sebanyak itu itu. Akhirnya ibu bernekad untuk menggadaikan segala harta pusakanya yang masih ada lagi dalam simpanannya itu. Harta Pusaka tinggalan Opah Midah. Tapi tidak cukup dengan itu, ibu merayau-rayau memohon hutang daripada jiran-jiran sebelah menyebelah. Kasihan Utih melihat ibu merayu-rayu jiran terdekat untuk membantu kepulangan abang itu. Dan akhir sekali Utih terpaksa mengeluarkan wang simpanan kerja Utih selama ini yang tidak sampai RM2,000 itu untuk membantu abang. Bukan niat Utih untuk mengungkit-ungkit segala yang Utih serahkan itu tetapi Utih kesal kerana Utih yang selama ini berpenat lelah mengumpul duit bagi tujuan melanjutkan lagi pelajaran setelah sekembalinya abang dari luar negeri akhirnya terkubur begitu sahaja. Mungkin duit tersebut bukannya rezeki Utih tetapi rezeki abang. Tapi Utih sungguh kesal dengan kepulangan abang dengan segulung ijazah itu akhirnya membawa penderitaan kepada Utih dan keluarga. Ibulah orang yang paling sedih dengan kejadian itu. Kegembiraannya hanya seketika dan ianya bertukar menjadi muram apabila melihat abang berjalan keluar daripada lapangan terbang tanpa mempedulikan ibu. Ibu yang bersusah payah datang dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur hanya untuk menyambut kepulangan abang tapi malangnya ibu hanya dapat melihat abang sekali imbas kerana abang sudah lupa bahawa abang adalah anaknya. Yang Utih tahu cuma abang bersalam dengan ibu dan kemudian menghala keluar dengan seorang perempuan di sisimu. Akhirnya Utih mendapat tahu bahawa perempuan itu adalah isteri abang yang sah. Yang telah abang nikahi di luar negeri lagi. Yang telah abang nikahi dengan duit yang telah ibu kirimkan tempohari. Rupa-rupanya RM7,000 itu adalah habuan hangus perkahwinan abang dengan Kak Erdy. Tapi kenapa pula abang tidak mahu memperkenalkan Kak Erdy kepada ibu. Abang nampaknya terlampau memandang hina

ke arah ibu mungkin kerana pakaiannya yang tidak sesempurna insan lain yang turut berada di lapangan terbang tersebut. Utih tahu mungkin kerana pakaian ibu tidak menunjukkan bahawa ibu adalah besan Keluarga Datuk Harun, pemilik kilang besi waja di selatan tanah air. Besan ibu pun seolah-olah memandang ibu dengan pandangan yang hina dan seolah-olah ibu ini adalah dari kaum HARIJAN. Abang pun kejam dengan tidak mempedulikan kehadiran ibu. Agaknya abang malu beribukan balu seorang penarik beca? Malu beribukan Hatimah Binti Mohammad. Malu dengan kedaifan ibu. Utih tahu bahawa mungkin abang malu dengan Kak Erdy dan juga keluarga mentua abang yang kaya raya itu lantaran itu tidak layak untuk bersekongkol dengan ibu.

Abang tahu tak, selepas peristiwa itu ibu termangu sendirian umpamakan orang bodoh di ceruk dapur. Utih jugalah yang membantu ibu dalam segala hal. Utih jugalah yang menjadi abah dan ibu kepada Acik, Usu dan Adik. Mereka terlalu kecil untuk mengetahui masalah dunia ini. Mereka masih belum mengerti dengan kehidupan yang penuh kepura-puraan. Seminggu selepas itu, ibu tak habis-habis menangis dan meracau menyebut-yebut nama abah. Nama abang juga tidak lekang daripada mulutnya. Tapi sayangnya walaupun abang telah diberitahu namun bayangan abang tidak kelihatan. Agaknya abang malu untuk menjejakkan kaki abang ke pondok buruk Mohammad Diah lagi. Pondok yang telah uzur keadaannya sehinggakan pondok kambing Pak Leman pun lebih kukuh daripada pondok kami. Utih tahu bahawa abang takut untuk mengotorkan kaki abang ke pondok buruk ini. Siapalah kami di mata abang. Sepi dan tiada berpenghuni. Kami hanyalah sekadar bayangan yang tidak pernah wujud lagi dalam hidup abang sehinggakan abang sanggup membuang kami jauh-jauh.

Abang tahu tak, kehidupan ibu selepas itu tidak tenteram dengan perasaan rindunya yang terlampau mendalam buat abang. Ibu asyik terkenang-kenang abang sehinggakan pada 25 Ramadhan 1994 itulah ibu merayu agar Pak Leman, sepupu aruah ayah mencarikan ibu sebuah teksi untuk ke Kuala Lumpur bagi bertemu dengan abang. Utih tahu tujuan murni ibu adalah semata-mata ingin menjemput abang balik berhari raya tahun ini Biasanya pada ketika inilah ramai insan yang pulang berhari raya ke kampung halaman tetapi malangnya ibu pula yang pergi meninggalkan kami untuk bertemu dengan abang. Tapi abang terlalu kejam sehingga menyebabkan ibu pulang dengan kehampaan dan penuh dengan tangisan air mata. Kami akhirnya merayakan hari lembaran pada tahun itu sama seperti tahun-tahun yang lepas walaupun ibu sering terbayang-bayangkan bahawa Hari Lembaran tahun ini adalah tahun yang paling meriah sekali buat ibu. Maklumlah anak kesayangan ibu akan berhari raya buat pertama kalinya dengan ibu dan keluarga sejak 5 tahun merayakannya di perantauan.

Utih tahu bahawa warkah Utih kali ini memang terlalu kejam dan terlalu perit untuk abang tatap. Bukan niat Utih untuk melukakan hati abang tetapi Utih hanya sekadar ingin melepaskan keluhan yang seringkali ibu hantui diri Utih selama ini. Utih tiada berniat untuk mengungkit-ungkit kejadian itu tetapi Utih sedar bahawa Utih siapalah di dalam keluarga Mohammad Diah, hanya sekadar anak angkat Lainlah abang anak kesayangan aruah abah dan juga ibu.

Abang tahu tak? Siapa yang bersusah payah menjaga abang sewaktu abang kecil sehinggalah mendapat ijazah. Siapa yang paling banyak bergolok dan bergadai? Siapa yang telah menjadi mangsa keadaan? Cuba abang jawabkan pertanyaan ini? Utih sendiri semakin bosan dengan sikap abang. Utih bernekad bahwa Utih tidak punya abang pun di dalam dunia ini lagi. Abang Utih yang bernama Akmaluddin itu telah mati di luar negeri. Abang Utih yang bernama Akmaluddin itu telah terkorban di puncak kejayaannya. Abang Utih yang bernama Akmaluddin itu telah meninggalkan dunia kemiskinan ini. Utih sedih. Utih Kesal. Utih kecewa.

Abang tahu tak? Sekiranya Utih dilahirkan sebagai seorang lelaki sudah pastilah Utih tidak akan menyesali segala tindakan abang itu. Utih mampu menanggung segala tanggungjawab ini tetapi Utih hanyalah seorang perempuan yang lemah untuk menanggung segala tanggungjawab ini. Utih tak layak menjadi abah dan ibu kepada Acik, Usu dan juga Adik. Utih adalah insan yang lemah. Utih tidak berdaya.

Agaknya sememangnya takdir yang menentukan segala-galanya. Abang semakin bongkak dengan kehidupan abang yang mewah. Kami di sini bagaikan melukut di tepi gantang dan tiada siapa yang pedulikan nasib kami. Ibu semakin hari semakin kurang sihat dan kestabilitas hidupnya semakin terancam serta jiwanya semakin gundah. Abang tahu tak selepas itu, kami kehilangan segala-galanya. Kami kehilangan ibu tempat kami bergantung dan kami papa dalam pencarian yang masih jauh lagi.

Pagi itu, ibu menyebut-yebut nama abang di pembaringan. Nafasnya semakin payah dan hidupnya semakin tertekan. Utih menangis semalaman mengenangkan nasib ibu. Agaknya inilah nasib dan ketetapan yang telah Tuhan tetapkan. Utih cuba melawan tapi Utih hanyalah sekadar seorang perempuan dan tidak mampu untuk menangkis segala-galanya. Yang mampu Utih lakukan adalah membacakan surah Yassin di sisi ibu. Acik, Adik dan Usu kelihatan sayu dan sedih. Yang tidak dapat Utih menahan perasaan hati seorang insan yang bergelar perempuan ini apabila Acik terkulai layu di pangkuan Utih setelah melihat bagaimana siksanya panggilan Tuhan itu. Acik terkulai bila melihat mata ibu yang tersengkang melihatkan penderitaan kami dan akhirnya ibu telah pergi buat selama-lamanya. Usu menjerit memanggil nama ibu. Adik bertempiaran lari keluar rumah. Di luar raungan adik semakin galak. Utih hanya mampu mengeluarkan air mata kesedihan dengan penuh kekesalan. Abang tidak mampu menghadirkan diri abang dengan alasan terlalu sibuk dengan urusan perniagaan. Ya, urusan keduniaan abang. Masa itulah Utih tahu bahawa abang Utih tidak pernah wujud dan Utih kini menjadi ibu dan abah kepada Adik, Acik dan Usu. Utih menangis sepuas-puasnya selepas jenazah ibu dibawa ke tanah perkuburan. Utih meraung-raung memanggil nama ibu. Utih dapat merasakan betapa sedih hati seorang ibu yang ingin menatap bayangan anak kesayangannya sebelum ajal memanggilnya. Hati Utih tiba-tiba disentuh oleh seribu kepiluan. Entah mengapa Utih lupa bahawa semua itu suratan Ilahi. Utih lupa bahawa semua itu ketetapan Yang Maha Esa.

Mujurlah Mak Limah dan Mak Esah yang memujuk Utih agar mengucap berbanyak-banyak. Ingat akan Yang Maha Kuasa. Tapi Utih merasakan kegelapan dalam kehidupan Utih sehinggakan Mak Limah dan Mak Esah terpaksa mendakap Utih bagi mententeramkan perasaan Utih. Utih merasakan bahawa kehidupan Utih tamat sampai di sini sahaja. Utih menangis sepuas-puasnya.

Abang tahu tak? Peninggalan Ibu, Utihlah tempat Adik, Acik dan Usu bergantung. Abang tahu tak? Lihatlah kekejaman abang dalam membalas susu yang pernah ibu suapkan ke mulut abang? Lihat sahajalah bagaimana abang membalas laungan Qamat oleh abah di telinga abang sewaktu abang mula melihat cahaya? Abang juga lihatlah bagaimana abang membalas segala jasa-jasa kedua ibu bapa abang?.

Abang tahu tak!!! Utih sudah kehilangan segala-galanya dan kini Utih kesepian dalam memelihara Acik, Adik dan Usu. Utih ingin mendidik mereka agar mereka tahu untuk mengenali dunia ini dan mengenali erti sebuah pengorbanan. Utih ingin mendidik mereka bahawa kepayahan dan kesusahan itulah yang mengajar manusia untuk terus hidup dalam kematangan dan Utih ingin mengajar mereka menghargai pengorbanan ini. Utih ingin mereka lebih berjaya berbanding dengan abang dan Utih ingin segala-galanya buat mereka biarpun Utih yang menderita.

Hanya sekian sahajalah warkah usang Utih buat tatapan abang yang entah jauh dikelilingi oleh kemewahan dunia dan hanyut dalam kemodenan dunia penuh kepalsuan ini. Utih berharap agar segala kata-kata Utih yang tertera di atas warkah usang ini, sekiranya menguris hati abang, anggaplah bahawa itu semua adalah satu kenyataan yang pahit buat abang dan sepatutnya abang telan.

Maafkan Utih, abang!
Hasil Karya: Utih

Nota : Buat mereka yang masih meraikan kasih sayang ibu bapa , maka didoakan tuan / puan mendapat kasih sayang daripada Allah S.W.T

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?"

Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?".

Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendstermereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaunFacebook?

Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu. Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg.

Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity(AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara.

Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC). AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah

[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama adaundergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik

[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel

[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka

[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC. AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran

[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin. Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook

[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)

[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression

[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan. Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari

[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175

[10]. Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk. Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini

[11]. Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008

[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati.

Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita.

Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].

Disediakan oleh,Nur Syamimi Mohamad Napis

Tuesday, September 29, 2009

Sakit badan lama memandu

Kegembiraan memang dapat digambarkan dalam diri kita apabila tibanya Syawal. Malah ada yang sanggup memandu berjam-jam lamanya tanpa henti untuk segera sampai ke kampung.
Namun sedarkah kita akan bahaya yang mungkin boleh menimpa jika tidak memberi peluang tubuh badan dan minda kembali segar sepanjang pemanduan tersebut.

Kemalangan sering berlaku apabila kita pulang semula ke rumah untuk bekerja selepas menghabiskan cuti di kampung. Minda yang kurang semangat untuk balik bekerja semula serta ciri-ciri pemanduan yang tidak ergonomik juga merupakan faktor penyebab kemalangan ini.

Perancangan dan persediaan pemanduan ini amat penting bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini seperti kemalangan dan kesakitan seluruh badan kita daripada berlaku.

Sistem tubuh badan utama yang mungkin akan berlaku kepenatan dan gangguan akibat pemanduan yang jauh ini adalah Sistem Otot dan Tulang (musculoskeletal system); Sistem Jantung dan Pengaliran Darah (cardivascular system); Minda atau Psikologi (psychology) dan sistem-sistem lain badan

Kesemua sistem badan ini saling berkaitan dan memberikan tanda dan aduan akibat pemanduan yang jauh. Kepenatan Sistem Otot dan Tulang banyak bergantung kepada sejauh mana keselesaan kita semasa memandu di mana faktor reka bentuk dan posisi kerusi kenderaan semasa memandu amat penting bagi mengelakkan kepenatan ini.

Reka bentuk kerusi pada kenderaan mestilah mampu memberikan ciri-ciri ergonomik yang baik kepada tubuh badan. Kerusi kenderaan anda mestilah mempunyai penyokong di bahagian leher dan tulang belakang bahagian pinggang (waist/lumbar) dan di bahagian leher (cervical). Ciri ini perlu ada pada setiap apa jua jenis kenderaan sama ada kenderaan mahal atau murah, kenderaan persendirian atau syarikat.

Lumbar roll atau cervical roll boleh dibeli di farmasi atau pusat membeli-belah untuk diletakkan di kerusi pemanduan anda jika sekiranya kenderaan anda tidak mempunyai ciri ergonomik ini.
Posisi kerusi pemanduan anda mestilah membenarkan sendi-sendi berada pada kedudukan berfungsi dengan selesa (functional position) di mana pergelangan kaki dalam kedudukan 90 darjah, lutut dalam kedudukan bengkok 45 darjah ke 60 darjah manakala sendi pinggul dan badan berada di kedudukan tegak 80 darjah ke 90 darjah.

Kedudukan ini akan menyebabkan otot tubuh badan kita bertindak secara seimbang dan akan menggunakan tenaga yang minimum sepanjang perjalanan kita.
Otot-otot tubuh badan kita akan menggunakan tenaga yang lebih bagi menampung daya luaran yang ditanggung disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem tulang apabila duduk di kerusi yang jauh ke belakang atau jauh ke depan.

Posisi kerusi yang betul, selain mengelakkan kepenatan otot ini juga memberikan ruang pandangan yang luas dan membolehkan kita bertindak balas dengan cepat apabila sesuatu perkara tidak diingini berlaku seperti memperlahan atau memberhentikan kenderaan dengan serta-merta.

Ia juga mengelakkan otot-otot mata kita daripada mengalami kepenatan akibat terlalu fokus terhadap jarak pandangan dan kenderaan di hadapan kita.

Pemanduan tidak ergonomik
Tanda-tanda dan aduan berikut mungkin akan anda alami akibat pemanduan yang jauh dan keadaan tidak ergonomik semasa memandu:

Keletihan serta mengantuk akibat kepenatan otot-otot bahagian mata.

Psikologi kurang fokus dan kurang sabar semasa memandu akibat gangguan bekalan darah ke otak.

Sengal atau sakit otot (muscular aching) di bahagian leher, bahu, belikat, tulang belakang serta kaki.

Bengkak di bahagian kaki atau kesekatan saluran peredaran darah (thrombosis) akibat gangguan bekalan darah balik dari kaki dan lain-lain aduan.

Apa yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan keadaan seperti di atas daripada berlaku ialah dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

Rancang perjalanan dan waktu pemanduan yang betul.

Cukup rehat sebelum melakukan pemanduan dan berehat sebentar pada setiap 1 ke 2 jam pemanduan.

Tentukan kerusi kenderaan anda mempunyai ciri ergonomik dan memberikan sokongan pada badan.

Melakukan senaman regangan di bahagian leher, bahu, siku, tangan, tulang belakang serta kaki sebelum, semasa dan selepas pemanduan. Lakukan regangan 5 - 10 regangan dengan menahan 8 - 10 saat pada setiap regangan pada bahagian-bahagian tersebut.

Lakukan senaman pengaliran darah (circulatory exercise) di kaki seperti membengkok dan meluruskan sendi lutut dan pinggul, mengerakkan sendi pergelangan kaki mengikut arah/lawan jam atau dengan mengetatkan (contraction) dan mengendurkan (release) otot kaki semasa pemanduan 10 - 15 kali.

Digalakkan memakai stokin pencegah pembekuan darah atau travel stockings bagi mengelakkan bengkak atau deep vein thrombosis (DVT) jika anda mempunyai sejarah penyakit jantung dan salur darah, paru-paru, renal, diabetes atau anda sedang mengandung.

Lakukan senaman otot-otot mata dengan melihat pokok-pokok yang berwarna hijau, memandang pemandangan yang jauh serta dekat atau membuka mata dengan luas dan rehat beberapa kali bagi mengekalkan perjalanan darah ke bahagian otot-otot mata.

Niat atau set minda anda tentang gambaran yang menggembirakan untuk anda balik semula bekerja selepas cuti hari anda.

Minda yang positif akan memberi semangat untuk anda pulang dengan selamat ke rumah atau tempat kerja selepas bercuti raya

Berkat Sayang dan muliakan kucing

Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji.

Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya.

Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh

Siapakah Sayyid Ja’far al Barzanji

Siapakah Sayyid Ja’far al Barzanji ?
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Ulama Ahlu Sunnah Wal Jama’ah
Keturunan dan Kelahirannya :

Nama beliau ialah Ja’afar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qutb al Arif Sayyid Rasul ibn Abdus Sayyid ibn Abdur Rasul ibn Qalandar ibn Abdus Sayyid ibn Isa ibn al Hussain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdul Karim ibn al Qutb al A’zam al Ghauth al Fard al Jami’ Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn AbduLlah ibn Ismail al Muhaddith ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja’afar al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainal Abidin al Sajjad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al Imam Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib.

Tarikh Kelahiran

Pada hari Khamis awal bulan Zulhijjah 1126 Hijrah di Madinah al Munawwarah

Perkataan ‘Barzanji’ yang dinisbahkan kepada namanya diambil dari nama kampung asal keturunannya.

Latar Belakang Pendidikannya

Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu ‘anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa’idi radiyaLLahu ‘anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu ‘anhu. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu ‘anhu

2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu ‘anhu

3. Sayyid ‘AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu ‘anhu

Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama’ yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

1. Syeikh ‘AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari

2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi

3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi

2. Sayyid Ahmad al Tobari

3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al ‘Ujaimi

4. Sayyid Mustafa al Bakari

5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri

Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma’ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.

Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.

Sanad Jami’ Al Sahih Imam Bukhari

Sayyid Ja’far al Barzanji belajar daripada,

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada

2. Syeikh Ibrahim al Dir’i, belajar daripada

3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada

4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada

5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada

6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada

7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada

8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada

9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada

10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada

11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada

12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada

13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada

Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.

Sanad Sohih Muslim

Sayyid Ja’far al Barzanji, belajar daripada

1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada

2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada

3. Al Hafiz Muhammad ibn ‘Ala’ al Babili, daripada

4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada

5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada

6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada

7. Abi al Nu’aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada

8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada

9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada

10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada

11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada

12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada

13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada

14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada

15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada

Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid ‘AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.

Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan ‘Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu ‘alaihi wasallam.

Hubungan Sosial

Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu ‘anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.

Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.

Akhlaknya

Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu’, hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara’, berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.

Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta’ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta’ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama’ yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :

سقى الفاروق بالعباس قدما
و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك وسيلة لهم وهذا
وسيلنا إمام العارفينا

“Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu ‘anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu ‘anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja’far radiyaLlahu ‘anhu, maka diturunkan hujan kepada kami”

Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu ‘anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu ‘anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu ‘anhu berdoa :

اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون

Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami.” Anas radiyaLlahu ‘anhu menyebut, “Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka.”

Sila lihat di dalam Kitab Syifa’ al Saqqam karangan Syeikh Taqiyuddin al Subki H:171.

Kewafatannya

Beliau wafat pada Hari Selasa selepas Asar 4 Sya’ban 1177 Hijrah.

Sumber Rujukan: Haji Muhammad Fuad Kamaluddin al Maliki, Al Bayan 8, Cet Pertama 2008, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Malaysia.

Posted by shafifah

Monday, September 28, 2009

RAYA SEBENAR RAYA

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas.

Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita.

Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu.

Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji.

Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya.

Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini.

Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka.Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman.

Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi.

Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak. Amin..

Dari mailbox admin,kredit kepada penulis

KHUTBAH 'EIDULFITR

Allah hu akbar Allah hu akbar Allah hu akbar
la ila haillallah wallah hu akbar
Allah hu akbar walillah hil hamd
La ila haillallah huwala na'budu illa iyya humukhlisin nalahuddin
walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun, walau karihal munaafiquun
La ila haillallah hu wahdah, sodaqo wa'dah, wanaso ro'abdah
wa a'azzanjudahuu wahazamal ahzaa bawahdah
La ila haillallah wallah hu akbar
Allah hu akbar walillah hil hamd

Kemudian saya naik menyampaikan khutbah. Setelah memuji ALLAH dan membaca ayat 20 surah Al-Fath,
"Alhamdulillah hillazi arsala rasu lahu bil huda wadiinil haq, liyuz hiro hu 'aladdiinikullih, walau karihal musyrikuun", saya memperingatkan diri saya dan para jemaah dan hadirin supaya bertaqwa kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kita mati melainkan dalam Islam.
Saya memanjat syukor kerana diberi kesempatan untuk meraikan hari yang di anugerahkan ALLAH kepada umat Islam. Anugerah kerana kemenangan kita memerdekakan diri daripada belengu nafsu, penjajahan iblis dan syaitan. Satu perjuangan yang sukar, sebagaimana sabda Rasulullah saw "mujahiddin nafsi-perang melawan diri sendiri".
Puasa mengajar kita erti mencapai matlamat taqwa sebagaimana yang disebut dalam Al-Baqarah 183, "Ya aiyuhallazi na aamanu kutiba 'alaikumussiyyam, kama kutiba 'alallazi namin qoblikum, la 'allakum tattaaquun".
Taqwa ertinya sebagaimana disebut Saidina 'Umar ra, apabila ditanya sahabat apa itu taqwa, Saidina 'Umar menjawab dengan bertanya semula. "bagaimana kamu jika berjalan dimalam hari yang gelap gelita dijalan yang penuh ranjau dan duri dalam keadaan mata tertutup". Jawab sahabat, "sudah tentu kami akan berjalan dengan penuh hati-hati wahai 'Umar". Kata Saidina 'Umar, "itulah kehidupan didunia, penuh ranjau dan duri yang kamu tidak nampak". Tanya Saidina 'Umar lagi, "bagaimana kamu dikala itu datang seorang bermata celik membawa jamong memimpin kamu melalui jalan itu".
Sahabat menjawab, "sudah tentu sangatlah mudah perjalanan kami". Lantas Saidina 'Umar menjawab, "itulah yang disebut ALLAH dalam al Baqarah:2/3, "Zaa likal kitaa bula roy bafii, hudal lil muttaqin; allazi nayu' minu nabil ghoib: Al Quran, kitab yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi penyuluh dan petunjuk bagi orang yang bertaqwa, iaitu orang yang beriman dengan perkara yang ghaib (yang dia tidak nampak)".
Sebab itulah Rasulullah berpesan dalam khutbatul wida', "berpeganglah kamu kepada AlQuran dan sunnahku, nescaya kamu tidak sesat". Lalu ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 185, "syahru ramadhonallazii unzilafiihil quraanu hudallinnas, wabaiyinati minal huda wal furqan , sesungguhnya dibulan Ramadhan diturunkan AlQuran sebagai penyuluh dan petunjuk bagi manusia, dengan penuh keterangan dan bukti mengenainya, supaya ianya menjadi al furqan, iaitu pembeza kehidupan kamu".
Dengan menjalani kehidupan berdasarkan Al Quran dan sunnah, kita akan dapat membezakan yang mana halal haram, dosa pahala, 'adil zalim, hak batil, benar palsu, Islam dan bukan Islam!
Dan puasa mengajar kita erti Iman. Kalau 'ibadah lain orang akan nampak amalan kita. Solat, haji, zakat dan lain-lain, semuanya orang nampak. Namun puasa suatu 'ibadah yang orang tidak akan nampak dan tahu. Hanya ALLAH dan kita sahaja yang tahu. Itulah iman-meyakini perkara yang ghaib.
Dan puasa mengajar kita erti kesyumulan Iman dan Islam. Walau bagaimana cantik amalan puasa kita, daripada tarawih berjema'ah, diikuti tadarrus, kemudian pada dini malam, kita bangun tahajjud dan sunat taubat, kemudian bersahur. Setelah bersahur, kita ke masjid mendirikan tahiyyatul masjid dan fajar. Setelah berjema'ah suboh, kita bertalaqi AlQuran.
Sebelum ke pejabat, kita sempat mendirikan dhuha 08 roka'at. Dalam perjalanan kepejabat, kita memasang CD Syeikh 'Abdul Rahman Syudais. Tiba di pejabat, kita membuat kerja diringi CD zikir munajat. Masuk zohor kita ke surau pejabat, mendengar tazkirah zohor, kemudian zohor berjema'ah diiringi dengan ba'diyah. Kita menyambung kerja dengan alunan zikir munajat dan nasyid. Masuk 'asar kita bersama kekawan kesurau berjema'ah. Sambil menunggu untuk pulang, kita membaca AlQuran dua tiga muka. Dalam perjalanan pulang, kita memasang CD Syeikh Sa'ad Al Ghamidi.
Sepanjang hari kita lebih banyak diam walaupun sebelumnya kita kaki sembang. Kita lebih banyak memutar buah tasbih, walaupun sebelumnya kita banyak menjetik buah carrom. Bila kekawan mengumpat mengata, kita lebih banyak beristighfar walaupun sebelumnya kita ni dikenal sebagai Radio burok FM stereo, ketika berjalan dibandar kita banyak tunduk dan bertasbih, walaupun sebelum tu pantang nampak dahi licin punggung bulat, di bazar dan supermarkat kita membeli sekadar yang perlu, walaupun dulu sampai taukeh supermarket tahu kita juara shopping.
Macam tu punya bagus dan baik kita lalui puasa, namun sampai dirumah, setelah mandi dan berserban jubah menunggu magrib jam 07.15pm, tepat jam 07.14 kita ambil kurma sebiji, bismillah dan kita makan. Isteri kita pun tegur, "hai abang, belum masuk waktu lagi tu, ada lagi seminit". Lalu kita jawab, "alahai engkau Minah, dari pagi abang puasa sikit punya bagus, dengan segala tahajjud, quran, zikir dan munajat, takkanlah seminit pun ALLAH nak kira!".
Kita semua tahu, macam mane hebat puasa kita, macam mane champion puasa kita, namun seminit yang kita tolak itu bukan ALLAH tolak seminit, tetapi ALLAH tolak seluruh puasa kita hari itu.
Begitulah bila ALLAH berfirman "Ya aiyuhal lazi na aamanud khuluu fissilmi kaaffah-hai orang beriman, terimalah, pakailah, hiduplah, gunalah, peluklah Islam itu sepenuhnya (jangan kamu tolak dan ingkar walaupun setitik)".
Namun dalam kehidupan kita bangsa Melayu beragama Islam dalam negara yang diisytihar Islam, berapa punya banyak syariat Islam kita ingkar dan tolak, dan ada yang yang kita ubah dan kita labelkan sebagai Islam.
Kita letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi AlQuran sebagaimana terkandung dalam Artikel 4 Perlembagaan. Hingga menyebabkan pemakaian serban disekolah-sekolah menjadi haram (saperti yang diisytihar oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Meor Attiqurrahman), hingga pemakaian jilbab dan purdah menjadi haram di jabatan Kerajaan (saperti dalam kes Halumatussa'adiah);
Kita daulatkan undang-undang Kanun Kesiksaan yang dibawa oleh Lord Reid la'natullah hi 'alaih, dan kita enggan laksanakan hudud, qisas dan ta'zir.
Kita masih bertafaakur dihadapan patung-patung Tugu Negara pada Hari Pahlawan, Hari Angkatan Tentera, Hari Polis dan banyak lagi walaupun muzakarah ke 19 Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan 22 tahun lepas pada 08.10.1987 bahawa perbuatan itu adalah syirik dan mesti dihentikan serta merta. Lebih malang kita mengesahkan perbuatan itu dengan mengadakan majlis bacaan yaasin.
Kita biarkan wanita Islam dipaksa berpakaian seksi, ketat dan terbelah sana sini di syarikat Air Asia, MAS dan lain-lain, walaupun AlQuran meletakkan wanita ditempat yang sangat mulia sehingga ada surah ALLAH turunkan khusus mengenai wanita sahaja iaitu AnNisaa'.
Malah kita sampai keperingkat menukar ayat AlQuran bilamana ALLAH menyuruh kita rejam penzina, sebat si pemfitnah dengan qazaf dan lain-lain,; namun kita menukarnya kepada denda dan kita labelkan undang-undang itu sebagai Enakmen Jenayah Syariah Islam!!
Dan kita maki hamun dan marah apabila 'ulama' menegur dan menasihatkan kita bahawa perbuatan kufur, syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar saperti itu tidak membawa kita ke syurga!
Dalam khutbah kedua, saya memperingatkan diri saya dan para jemaah bahawa hidup didalam fitrah akan memberikan kita keyakinan, ketenangan dan keamanan. Sebagaimana ikan yang tinggal didalam laut, walau bagaimana masin laut itu, tetapi sedikitpun tidak menjejaskan si ikan kerana ia duduk didalam alam fitrahnya. Namun ikan yang tidak masin sedikit pun walaupun tinggal didalam laut masin begitu lama, sebaik sahaja ia keluar dari alam lautan fitrahnya, dan pergi ke pantai, dalam tempoh tak berapa lama, kita campak sedikit garam makan masin piauw lah si ikan itu!
Begitulah manusia, selagi ia hidup di alam fitrah AlQuran dan sunnah, selagi itu ia tidak akan dimasinkan oleh lautan kufur, syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar. Namun sebaik sahaja ia keluar daripada alam fitrah AlQuran dan sunnah, hanya dengan sedikit garam kufur, syirik, fahsyad maksiat dan mungkar, ia akan menjadi rosak binasa dalam tempoh yang tidak lama!
Sebaik sahaja kita hidup dialam fitrah AlQuran dan sunnah, dan menjalani kehidupan berdasarkan AlQuran dan Sunnah, insyallah apabila kita dipanggil mengadap ALLAH, kita akan dipanggil dengan begitu manja dan sayang oleh ALLAH saperti dalam surah AlFajr, "Ya aiyatuhannafsul mutma'innah, irji 'i ila robbi kiro dhiyatam mardhiah, fad khulii fi 'ibadii, wad khulii jannati-hai jiwa yang tenang, kembalilah engkau dalam keadaan redho dan meredhoi, masuklah kedalam golongan hambaKu, masuklah kedalam syurgaKu".
Sebab itulah kita bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan kita ni'mat Islam dan Iman.
Walaupun Abu Tolib duduk tinggal bersama Nabi, melindungi Nabi, makan minum tidur sebantal dengan Nabi, namun dia tidak mendapat ni'mat Iman & Islam. Walaupun Abu Lahab @ Abdul Uzza Abdul Mutallib menyambut maulidurrosul yang pertama, memberi susu pertama Nabi dimuka bumi ini melalu hamba tercintanya Suwaibah, bukan sahaja dia Pak saudara Nabi, malah ia hidup berjiran dengan Nabi, Hinggakan menjadi besan Nabi bila anak lelakinya 'Utbah dan 'Utaibah berkahwin dengan Umi Kalsum dan Rokaiyah anak perempuan Nabi, namun Abu Lahab berakhir dengan kekufuran dan menjadi manusia terkutuk.
Daripada 6.3 billion manusia yang hidup hari ini, hanya 1.8 billion mendapat ni'mat Iman & Islam. 4.5 billion manusia yang hidup bersama kita dimuka bumi hari ini bukan sahaja kufur, neraka jahanam tempat mereka nanti abadan-abada (selama-lamanya).
Saya juga memperingatkan diri saya dan para jema'ah supaya mengamalkan sunnah Nabi didalam menyambut 'Eidulfitr. Selain daripada berpakaian cantik dan berwarna warni, kita hendaklah datang ke masjid melalui satu jalan dan balik melalui jalan berlainan, dan singgah ziarah kerumah-rumah yang kita lalui.
Saya juga mencadangkan agar dimasa hadapan solat 'Eid dibuat dipadang bukan lagi didalam masjid sebagaimana 'amalan Nabi. Selain syi'ar, ia juga memberi peluang wanita yang haid untuk turut sama. Selain bersalam dan mengucapkan selamat hari raya, lebih afdhal diiringi dengan ucapan "taqobbalallah minna waminkum-moga ALLAH menerima semua 'amal 'ibadah kalian dibulan Ramadhan", dan hendaklah dijawab "minna waminkum taqobbal ya kareem-moga ALLAH menerima 'amal 'ibadah kamu juga".
Begitu cantik ajaran Islam, selain do'a mendo'akan, kita juga mendapat pahala atas ucapan itu. Saya juga memperingatkan diri saya dan para jema'ah supaya jangan membazir, dan jangan dihabiskan masa dengan beraya bersama peti tivi. Amat malang bagi umat Islam zaman moderen ini, menjadikan tivi, movie dan mawi sebagai akrab handai, dan meninggalkan saudara mara, jiran dan sahabat handai.
Moga ALLAH memberikan kita keampunan, dan menganugerahkan kita hidayah dan istiqomah. Moga 'Edulfitr ini mengembalikan umat islam kezaman kegemilangan kita, zaman dimana kita menjadi khoirah ummattin, umat yang diikuti dan dicontohi, bukan kerana kita kaya, bukan kerana kita moderen dan hebat, bukan kerana kita punya bangunan tertinggi jembatan terpanjang mobil tercanggih ekonomi yang hebat, tetapi kerana "ta' muru nabil ma'ruf, watan hau na 'anil mungkar, watu' minu nabiillah-kerana kita menyeru kepada yang ma'aruf, mencegah kemungkaran, dan kita beriman kepada ALLAH".
Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar, walillah hilhamd.
Salam 'Eidulfitr dengan ucapan taqobbalallah minna waminkum.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin

'Malam 7 Likur' amalan bidaah

'KUALA LUMPUR: Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam.

Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam.

Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu.

"Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni," katanya ketika dihubungi.

Ustaz Abu Hassan turut mempersoalkan, kenapa malam yang dikatakan tujuh likur itu sahaja lampu mesti dipasang?

Beliau tidak menafikan ada sesetengah umat Islam menganggap pada malam 27 itu adalah malam Lailatul Qadar sebab itulah mereka menerangkan suasana rumah mereka dengan cahaya lampu atau pelita.

"Sebenarnya, Nabi SAW sudah berkata Lailatul Qadar adalah sepuluh malam terakhir yang kita tidak tahu bila malamnya. Bukannya pada malam 27 Ramadan.

"Sebab malam 27 likur itu tidak ada di dalam nas. Kita bukan suruh orang itu hidupkan malam itu dengan lampu, kita suruh hidupkan malam itu dengan amal ibadat, sebab itu malam sepuluh terakhir, jangan tidur!" tegas tokoh agama itu.

Justeru, Ustaz Abu Hassan menegaskan, amalan karut itu wajar dihentikan dengan segera jika masih ada lagi sesetengah umat Islam yang mengamalkannya.

"Bagi saya kalau hendak pasang juga lampu, biarlah ianya dimulakan pada awal Ramadan sehingga akhir bulan itu. Kalau kita hendak muliakan Ramadan awal lagi kita sudah pasang lampu," katanya.

Malam tujuh likur biasanya diamalkan di kampung-kampung yang mana hampir keseluruhan rumah akan disinari dengan cahaya lampu terutama menjelang Syawal, bagaimanapun amalan ini sudah sebati dalam masyarakat Islam pada hari ini.

Cara melajukan capaian internet

Cara melajukan capaian internet anda..

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

Dari mailbox admin. Kredit kepada penulis.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia
dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah
'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa
tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan
besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak
juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari
melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada
anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini
akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri
mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan
lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang
curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita
yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita
tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga
maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،

فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟


فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا

ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang
sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka
disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi
respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang
dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan
benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana
kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata
dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai
sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji
dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS
apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh
lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui
bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat
dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat
(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang
menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman
lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah
kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri
memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang
starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada
jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan
lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah
semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan
sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa
sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan
yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa
terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki
sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat
tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa
sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya
akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri
atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku
secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus'
kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam
salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang
berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan
bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang
tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan
keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut
Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

funkgrands@yahoo.com

Sunday, September 27, 2009

5 Perkara Yang Kita Mahukan

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1:wajah yang cantik
2:duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
kata nabi saw:-
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yangnyenyak

sampaikanlah daripada nabi muhammad (saw) itu walaupun satu ayat

Mengapa Saya Melemparkan Kasut Kepada Bush


Muntahar Al-Zeidi, wartawan Irak yang melemparkan kasut kearah George W. Bush,dibebaskan dari penjara minggu lepas. Al-Zeidi dihukum tiga tahun penjara namun hukuman itu kemudian dikurangi menjadi satu tahun. Banyak yang ingin tahu apakah motif serangannya terhadap Bush yang kemudian menjadi titik sejarah itu.


Sekarang saya sudah bebas. Tapi negara saya masih menjadi tawanan perang. Telah banyak orang berbincang mengenai tindakan saya, tentang keberanian dan kepahlawanan, simbol dan tindakan simbolik.


Tapi, sederhana saja, bagi saya: apa yang memaksa saya untuk bertindak seperti itu adalah ketidakadilan yang menimpa rakyat saya, dan bagaimana para penjajah amerika memalukan tanah air saya dengan menginjak-injaknya.Selama beberapa tahun terakhir, lebih dari satu juta orang telah mati oleh peluru penjajah dan Irak sekarang dipenuhi lebih dari lima juta anak-anak yatim, jutaan janda dan ratusan ribu orang cacat. Banyak jutaan orang yang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar negeri.Kami pernah menjadi suatu bangsa di mana orang Turki, Kurdi, Asiria, Sabean dan Yazid berbagi roti setiap harinya.


Kami berkongsi rasa lapar di bawah blokade/sanksi selama lebih dari satu dekad. Kesabaran dan solidariti kami tidak membuat kami lupa kepada penindasan amerika ( sebelum mereka menjajah). Kini penjajahan mencerai-beraikan kami, saudara dari saudara, tetangga dari tetangga. Menghambat kami dari rumah ke khemah-khemah pelarian dan tempat kematian. Saya bukanlah pejuang, tapi saya mempunyai pendirian dan sikap.


Memalukan sekali melihat negara saya begitu dihina, Baghdad dibakar, dan rakyat kami dibunuh. Ribuan peristiwa yang begitu tragis bersarang di kepala saya, ini mendorong saya untuk melakukan konfrontasi. Skandal di Penjara Abu Ghraib. serangan keatas Fallujah, Najaf, Haditha, Sadr, Basra, Diyala, Mosul, Tal Afar, dan setiap inci tanah kami yang terluka.


Saya berjalan di atas tanah yang terbakar dan melihat dengan mata kepala sendiri penderitaan mangsa, mendengar dengan telinga saya sendiri jeritan anak-anak yatim dan mereka yang bersedih. Yang lebih parah adalah perasaan malu yang teramat dan menghantui saya kerana saya tak mampu berbuat apa-apa. Setelah menyelesaikan tugas kewartawanan dalam melaporkan kejadian harian, sementara saya membersihkan sisa-sisa runtuhan rumah-rumah rakyat Irak, atau darah yang terkena pakaian, saya selalu merapatkan gigi dan berjanji akan membalas dendam terhadap mangsa dan korban di Iraq.


Kesempatan itu datang, dan saya menerimanya. Saya mengambilnya dari kesetiaan kepada setiap titisan darah yang menitik dari mangsa mangsa yang tidak bersalah, dari setiap jeritan ibu yang berduka, dan dari jeritan anak-anak yatim piatu, kepiluan dan kesedihan oleh mangsa perrkosaan. Saya berkata kepada orang-orang yang mencela saya, apakah anda tahu berapa banyak rumah yang sudah ibinasakan ?


Berapa kali kah kasut-kasut mereka telah menginjak darah mangsa yang tidak bersalah? Mungkin kasut adalah jawaban yang paling tepat ketika semua nilai itu dilanggar.Ketika saya melemparkan kasut kearah George Bush, saya menyampaikan penafian terhadap pembohongannya dengan penjajahan terhadap negara saya, berterusan mencuri kekayaan negara saya, menghancur infrastrukturnya, dan yang lebih perit, mengusir anak-anak lelaki kami, -ramai yang hilang sehingga sekarang.


Saya mohon maaf, jika saya menyalah gunakan tugas kewartawan ini. Apa yang saya lakukan hanyalah luahan perasaan dan hati nurani seorang warganegara yang melihat tanah airnya dinodai setiap hari. Kewartawanan ditangisi di bawah naungan penjajahan yang tidak boleh bersuara lebih dari suara patriotisme. Dan jika patriotisme boleh berbicara, maka kewartawanan/profesionalisma harus bersama dengannya. Saya tidak melakukannya supaya nama saya masuk terpapar dalam sejarah atau untuk keuntungan kebendaan.


Yang saya inginkan hanyalah untuk membela negara saya. (guardian) http://www.eramuslim.com/

Saturday, September 26, 2009

Berkasih Sayang tanpa Ucapan

Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam.

Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya.

Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.

Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya.

Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang. Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga
muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya.

Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan.

Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.

Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.

Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya.

Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.

Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu.

Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu.

Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu.

Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya.

Moga - moga Allah s.w.t melimpahkan rahmatnya kepada Teman saya ini.

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda