Friday, March 06, 2009
MIMPI RASULLULLAH DAN KHULAFA' AR-RASYIDIN
Bismillahi Rahman ar Rahim…
Alhamdulillah, Segala - gala puji hanya bagi Allah.Kesempatan menghadiri majlis zikr beberapa minggu yang lepas menyegarkan ingatan pada kekasih Allah, habibuna Rasulullah saw. Apatah lagi saat mendengarkan lantunan Maulid Ad – Dibaie yang indah, dikelilingi pula para habaib yang mana silsilah keturunan mereka sampai kepada Nabi Muhammad saw. Selawat dan salam moga senantiasa tercurahkan ke atas Rasul utusan Allah, pada tiap kerdipan mata dan hembusan nafas, sebanyak segala sesuatu yang terhitung dalam pengetahuan Nya .
Inginku nukil sebuah kisah seorang insan pilihan Allah yang diberi kesempatan bertemu baginda Nabi melalui mimpi pada tarikh keramat 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 Ogos 2006. Moga – moga tulisan yang hina ini mampu menjentik hati- hati mereka yang cintakan Nabi.
Saya menerima berita dari seorang sahibah dan berita itu heboh dikalangan kami bahawa ada seorang kakak yang dipilih Allah untuk mimpi bertemu Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, selepas menerima berita gembira yang mengejutkan itu, saya dan dua orang sahibah mengatur ziarah ke bilik beliau di Mahallah Safiyyah dalam debar dan tidak sabar…
Sebenarnya kakak yang saya maksudkan sudah lebih kurang setahun menanggung sejenis penyakit yang tidak tahu apa puncanya. Dia diuji dengan sakit yang rasanya seperti ditikam – tikam dengan pisau dibahagian belakang badan. Pernah satu ketika beliau muntah bersama segumpal rambut yang keluar dari kerongkong. Selera makannya hilang sehinggakan berat badannya susut sehingga 13kg. Agak lama juga beliau tidak ke kelas kerana sakit yang ditanggung membuatkan beliau tidak mampu untuk berdiri mahupun berjalan. Beliau juga menguatkan diri untuk berwudhu dalam 2 hingga 3 kali sehari dan wudhu itu dijaganya dengan baik untuk ibadah sepanjang hari (Subhanallah.)
Dan…pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir ke kuliyah. Beliau bangun
kira – kira jam 4.30 pagi untuk solat. Beliau menggagahkan diri yang lemah, memapah dinding dan apa yang dapat membantu beliau untuk berdiri. Selesai berwudhu, beliau jatuh tersungkur, seperti ada yang menolak keras dari belakang.Pada waktu itu, beliau sudah tidak mampu berdiri, hanya mampu untuk merangkak perlahan ke bilik.Beliau kemudiannya rebah dibahagian depan bilik. Mungkin disebabkan sakit yang tidak tertanggung, beliau spontan meniatkan “Ya Allah kiranya mati itu baik untukku, Aku redha…tapi kiranya Engkau inginku terus hidup,aku ingin mendengar kata – kata semangat dari Rasulullah saw sendiri.. “
Beliau kemudiannya pengsan, Pada waktu itu sahabat – sahabat sebilik runsing kerana kondisi beliau dalam keadaan yang amat membimbangkan. Masing – masing tidak putus dengan doa. Kira – kira jam 11 pagi, dalam tidur itulah……..beliau bermimpi sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat,dan berada di sebuah tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Seperti diceritakan beliau, tiba – tiba hadir seorang insan dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira – kira dalam jarak 2 meter. Wajahnya tidak dapat dinukil dengan kata – kata. Cantik , mendamaikan, seindah – indah kejadian dan sakit yang ditanggungnya terasa lenyap. Kakak itu tertanya – tanya. Siapakah insan istimewa ini ? Dan kemudiannya Hamba Allah itu mengatakan
“ Assalamualaikum.. Ana Rasulullah…” Subhanallah baginda Nabi rupanya !
Dari ceritanya, Baginda Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau, diselempangkan di atas bahu baginda.
Sempat saya bertanyakan tentang janggut Baginda Nabi dan kata kakak tersebut, Beliau nampak dgn jelas akan mata Baginda Nabi yang mulia, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”, (enti (kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi) - Allahuakbar !
Saya nukil dari cerita kakak itu lagi…
Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwasallam berkata: QalAllahu Ta’ala; “InnaAllaha ma’assobirin”, - ‘Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa seakan bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Katanya lagi, walau pun baginda hanya membaca sepotong dari ayat Al Quran, tapi oleh kerana keindahan dan keelokan bacaan Nabi, bacaan tersebut terasa terlalu istimewa dan sungguh sempurna.( Bukankah kata Ummul mukminin Akhlaq Baginda saw adalah Al Quran ) Nabi kemudiannya memanggil nama kakak itu dan berbicara,
“ Dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana”. Ketika Nabi menyebut nama kakak tersebut, lantas terlintas di hatinya ‘Ya Allah,betapa Baginda kenal akan ummat Baginda’. Ya Rasulullah... Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, yang memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti…” ( Ameen Ya Allah.. ) Selepas itu Nabi kita lafazkan, “Ummati.., ummati.., ummati...”, dan kakak tersebut terlihat Nabi seakan menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi walau kakak tersebut seperti merintih “Jgn pergi Ya Rasulullah…”
Beliau katakan beliau sendiri tidak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada kita, ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih melihat kita, ummatnya di akhir zaman ini – Wallahua’lam...
Pada saat itu, bilik tersebut diselubungi rasa sayu,semuanya menyambut salam Baginda saw dan semua yang hadir menangis, mungkin juga dinding – dinding dan kipas yang mendengar turut menangis , tak mampu rasanya membendung air mata lantaran rindu pada baginda Nabi, juga saat mengenangkan betapa kita ummat yang amat terhutang budi pada baginda Nabi. Sungguh, kata – kata tidak layak dan tidak mampu bahkan tidak cukup untuk menggambarkan jasa dan kasih sayang Rasulullah pada kita…
Diceritakan lagi….
Dan….usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas menjalar ke seluruh badan dan setiap penjuru tubuhnya rasa di tikam - tikam. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. Katanya “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwasallam “.
Kemudian beliau tidur dan pada waktu itu beliau rasakan berada di tempat yang tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...”.
Dengan izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau pula. Salah seorang daripadanya memberi salam dan memanggil namanya, kemudian berkata “ Rasulullah Sallalahu’alaihiwasallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin”. ( Masya Allah !) Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali. Subhanallah, Saidina Abu Bakr memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia !!
Saat itu kami berlumba – lumba pula bertanyakan tentang sahabat baginda yang agung.
Kata kakak tersebut lagi, apa yang beliau nampak Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar mempunyai wajah yang tegas, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali, agak kecil orangnya. ( Subhanallah…Subhanallah… Subhanallah….)
Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.”. kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“ Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka menpelajari dari keduanya apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu”.
Cerita kakak itu lagi….
Pada saat itu kakak tersebut paling tertarik melihat Saidina Umar Al-Khattab kerana beliau membaca ayat Quran itu dgn begitu bersungguh-sungguh sampai terpejam mata beliau. Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang selalu mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitang yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “ Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Sahabat - sahabat sebilik hairan dan pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah. Mereka kemudiannya meminta beliau berdiri dan Alhamdulilah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. katanya ‘Ya Allah, penyakit ana dah sembuh’. Semua sahabat yang ada di situ gembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Taala “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum tentu dapat menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan..’
Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu.
Beliau tak henti – henti menasihati kami dan berkata.. “ Adik – adik…tak rugi jika kita bersabar…”
Alhamdulillah, beliau sekarang sembuh sepenuhnya, InsyaAllah, dari penyakit yang ditanggung hampir setahun itu (walau sebelum ini beliau berubat di merata tempat, berjumpa doctor pakar, perubatan Islam dan sebagainya namun masih tidak sembuh) dan akhirnya Rasulullah saw datang memberikan syifa’nya.
Syukur pada Allah… begitulah pengalaman berharga yang ingin dikongsi bersama, agar hati – hati kita terus melimpah – limpah dengan rasa kasih pada Rasulullah saw, di setiap masa dan ketika..Mengingati Rasulullah saw tidak seharusnya dihadkan hanya pada bulan – bulan tertentu sahaja, apatah lagi jika ‘sampai hati’ membidaahkan majlis- majlis maulid yang mana didalamnya, ada bibir – bibir yang sedang berselawat dan berzikir...ada hati – hati yang terpenuhi dengan cinta Nabi...ada mata – mata yang menangis kerana rindu...
Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan yang layak kita jadikan andalan untuk bertemu baginda Nabi. Teringat kata – kata Tuan Guru kami yg dihormati Syeikh Nuruddin Al Banjari, yang mana lebih kurang katanya, tidak mustahil untuk seseorang mimpi bertemu Nabi, kerana mungkin dengan kelebihan selawatnya atau ibadahnya atau tahajudnya, atau ujian yang menimpanya maka dia dipilih Allah untuk bertemu baginda Nabi.
Dan… andai diri miskin dengan selawat, fakir dengan tahajud, tak mampu dalam ibadah, tak berupaya dalam zikir, maka janganlah sesekali kita miskin dengan niat yang baik . Rugilah andai tak berupaya walau untuk mengandalkan secebis rasa rindu pada Kekasih Allah. Alangkah!
Mudah – mudahan hati yang terselit rasa kasih pada Rasulullah saw menjadi asbab dihindarkan Allah dari azabNya yang Maha Dahsyat ! dan kata – kata ini bukannya sekadar omongan kosong, kerana ianya bersandar pada sepotong Hadith.
Rasulullah saw bersabda. “ Sesiapa yang mengasihiku,ia akan bersamaku di Syurga….”
Dan….Akhirnya, saya memohon ampun dari Allah jika ada apa – apa khilaf berbanding dengan cerita sebenar Kakak tersebut. Setakat ini yang mampu diusahakan. Syukran pada sahibah yang sudi berbincang, menyelak kembali kenangan dan berkongsi ‘ flow ‘ cerita agar ia dapat mengelakkan salah
faham kami sepanjang bersama dengan kakak tersebut. Jazakillah buat ukhti yang dimaksudkan.(Tu….yang sedang tersenyum…) Moga Allah memberi kefahaman kepada para pembaca seperti mana dengan kefahaman yang Allah inginkan.
Semoga ada manfaatnya disisi Allah. Amen.
Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi’ahu ‘ ilmullah.
http://ummulbarakah.multiply.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment