Monday, March 23, 2009

Nur Muhammad S.A.W ....Bukti bagi mereka yang tak percaya ...

Subhanallah.....

Lihat video ni yg diambil dari sebuah hotel dekat dengan Masjidil Nabawi.

Subhanallah..... Masyaallah.....Allahuakbar......

Lihat cahaya terang benderang di Masjidil Nabawi apabila Muazinsebut nama Nabi Muhammad (SAW) ketika azan berkumandang.....cahaya keluar daripada dalam Masjid.

Sempena bulan maulid ni marilah sama2 kita memperbanyakkan berselawat atas nabi....

ALLAHUMMA SALLI A'LA SAIDINA MUHAMMAD WA A'LA AHLI SAIDINA MUHAMMAD....

Friday, March 06, 2009

Pernahkah habib bermimpi ?

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,Rahmat dan kebahagiaan semoga selalu menyelimuti hari hari andaSaudaraku yg kumuliakan,beribu maaf selama 10 hari saya tidak online hingga tak bisa menjawab pertanyaan andasaya sebenarnya kurang berkenan menjawab namun sayapun tak berani berdusta, saya sering berjumpa dg Rasul saw, dan sesekali ada hal berupa wasiat dan nasihat.cambang dan janggut beliau sangat hitam gelap kebiru biruan dari gelapnya, wajah beliau bagaikan mutiara yg bercahaya, senyumnya tak pernah sirna dari bibir indahnya, hati serasa linu dan seakan akan mencair karena keindahan wajah Sang Nabi saw, ledzat memandang wajah beliau saw terasa linu ke sekujur tubuh seakan lebih dari 1000X rasanya ejakulasi.sekujur tubuh serasa linu tak terperikanjari jari beliau lentik dan lembut dan sangat indah, tingginya sekitar 200 cm, Imamah nya putih dan besar, kedua matanya sangat
Indah dan memancarkan kesejukan dan penuh kasih sayang, membuat orang yg memandang matanya ingin luluh dan bersimpuh berlutut dikakinya dan menangis bagaikan bayi manja yg memeluk ibunya karena tak melihat yg lebih mengasihinya selain ibunya, ucapannya dan suara beliau saw berwibawa, namun lembut dan pelahan hampir berbisik, namun jelas dan sangat merdu, duh.. saya tak akan mampu mengkiaskannya lagi.
sungguh benar ucapan Anas bin Malik ra :
Tidak pernah kami melihat pemandangan lebih menakjubkan dari wajah Rasulullah saw (Shahih Bukhari)
sungguh benar ucapan Abu Hurairah : "Wahai Rasulullah, Jika kami memandangmu wajahmu maka jiwa kami tergetar dan terangkat semakin mulia"
pernah saya sudah akan berangkat dakwah keluar kota, tapi tubuh ini penat dan sangat lelah, saya masih rebahan dan sangat berat untuk berangkat, maka saya bermimpi melihat beliau saw telah berdiri didepan pintu, memegang tas gantung dari kulit, seraya berkata dengan lembut dan tersenyum.. : "saya akan berangkat dakwah, kau mau ikut kah..?",
saya terbangun dari tidur dan kaget.., saya faham betul itu teguran lembut dari beliau saw agar saya segera berangkat, maka saya bergegas dan berangkat..
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,
Wallahu a'lam
..........Habib Munzir

Ya Habib ana sangat rindu kepada rosulullah,,,,
Ya Habib setelah membaca cerita Habib mengenai perjumpaan Habib dengan Rosulullah Saw,,,,
Wallah hati ana begitu tergetar sambil membayangkan Rosulullah sperti yang Habib gambarkan,,,
namun, ana yakin ana takkan mampu membayangkannya sekalipun....
Wallah sungguh beruntung antum ya Habib,,,,
terkadang ana sangat menginginkan berjumpa dengan Rosulullah, namun ana sadar ana hanyalah hamba yang penuh dengan dosa, hina dan setiap hari, setiap waktu, bahkan setiap detik ana selalu berbuat dosa,.......
........ana takut Rosulullah takkan sudi memandang dan akan memalingkan wajah Mulianya kepada .....ana yang hina ini .......,,, wa ana takuut sekali,,,,
Ya Habib, ketika antum berjumpa dengan Rosulullah, tolong sampaikan salam kasih sayang ana dan keluarga ana kepada Beliau,, Sampaikan ampun dan maaf ana karena mungkin selalu menyakiti hati Beliau..........
.......Namun ana tersangat...... sangat ......sangat dan sangat ingin bertemu Rosulullah suatu saat..............,namun entah kapan waktu tersebut............
........Doakan ana, keluarga ana, kullu ikhwah fillah,,,, ya Habib........
........semoga setidaknya jika tidak di dunia ini ana bertemu dan berkumpul dengan Rosulullah.....................................,,,
namun perjumpaan di akhirat yang kekal akan menjadi dambaan setiap insan yang mencintainya..............................dan yang inzin memohon agar diri ini dibawah panji Rosulullah ...........................................................,,,,dan doakan semoga ketika ajal menjemput ana kepingin sekali Rosulullah hadir menjemput ana yang hina ini .................
dengan senyuman keridhoannya dari bibir Indahnya....................
......................Doakan ana ya Habib.........
Sykron Katsiron......................
....................Semoga Ya Habib selalu dilimpahkan Allah atas berbagai kemuliaan,,,Amiiiin......

MIMPI RASULLULLAH DAN KHULAFA' AR-RASYIDIN


Bismillahi Rahman ar Rahim…

Alhamdulillah, Segala - gala puji hanya bagi Allah.Kesempatan menghadiri majlis zikr beberapa minggu yang lepas menyegarkan ingatan pada kekasih Allah, habibuna Rasulullah saw. Apatah lagi saat mendengarkan lantunan Maulid Ad – Dibaie yang indah, dikelilingi pula para habaib yang mana silsilah keturunan mereka sampai kepada Nabi Muhammad saw. Selawat dan salam moga senantiasa tercurahkan ke atas Rasul utusan Allah, pada tiap kerdipan mata dan hembusan nafas, sebanyak segala sesuatu yang terhitung dalam pengetahuan Nya .

Inginku nukil sebuah kisah seorang insan pilihan Allah yang diberi kesempatan bertemu baginda Nabi melalui mimpi pada tarikh keramat 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 Ogos 2006. Moga – moga tulisan yang hina ini mampu menjentik hati- hati mereka yang cintakan Nabi.

Saya menerima berita dari seorang sahibah dan berita itu heboh dikalangan kami bahawa ada seorang kakak yang dipilih Allah untuk mimpi bertemu Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, selepas menerima berita gembira yang mengejutkan itu, saya dan dua orang sahibah mengatur ziarah ke bilik beliau di Mahallah Safiyyah dalam debar dan tidak sabar…

Sebenarnya kakak yang saya maksudkan sudah lebih kurang setahun menanggung sejenis penyakit yang tidak tahu apa puncanya. Dia diuji dengan sakit yang rasanya seperti ditikam – tikam dengan pisau dibahagian belakang badan. Pernah satu ketika beliau muntah bersama segumpal rambut yang keluar dari kerongkong. Selera makannya hilang sehinggakan berat badannya susut sehingga 13kg. Agak lama juga beliau tidak ke kelas kerana sakit yang ditanggung membuatkan beliau tidak mampu untuk berdiri mahupun berjalan. Beliau juga menguatkan diri untuk berwudhu dalam 2 hingga 3 kali sehari dan wudhu itu dijaganya dengan baik untuk ibadah sepanjang hari (Subhanallah.)

Dan…pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir ke kuliyah. Beliau bangun
kira – kira jam 4.30 pagi untuk solat. Beliau menggagahkan diri yang lemah, memapah dinding dan apa yang dapat membantu beliau untuk berdiri. Selesai berwudhu, beliau jatuh tersungkur, seperti ada yang menolak keras dari belakang.Pada waktu itu, beliau sudah tidak mampu berdiri, hanya mampu untuk merangkak perlahan ke bilik.Beliau kemudiannya rebah dibahagian depan bilik. Mungkin disebabkan sakit yang tidak tertanggung, beliau spontan meniatkan “Ya Allah kiranya mati itu baik untukku, Aku redha…tapi kiranya Engkau inginku terus hidup,aku ingin mendengar kata – kata semangat dari Rasulullah saw sendiri.. “

Beliau kemudiannya pengsan, Pada waktu itu sahabat – sahabat sebilik runsing kerana kondisi beliau dalam keadaan yang amat membimbangkan. Masing – masing tidak putus dengan doa. Kira – kira jam 11 pagi, dalam tidur itulah……..beliau bermimpi sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat,dan berada di sebuah tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Seperti diceritakan beliau, tiba – tiba hadir seorang insan dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira – kira dalam jarak 2 meter. Wajahnya tidak dapat dinukil dengan kata – kata. Cantik , mendamaikan, seindah – indah kejadian dan sakit yang ditanggungnya terasa lenyap. Kakak itu tertanya – tanya. Siapakah insan istimewa ini ? Dan kemudiannya Hamba Allah itu mengatakan

“ Assalamualaikum.. Ana Rasulullah…” Subhanallah baginda Nabi rupanya !
Dari ceritanya, Baginda Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau, diselempangkan di atas bahu baginda.

Sempat saya bertanyakan tentang janggut Baginda Nabi dan kata kakak tersebut, Beliau nampak dgn jelas akan mata Baginda Nabi yang mulia, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”, (enti (kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi) - Allahuakbar !

Saya nukil dari cerita kakak itu lagi…

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwasallam berkata: QalAllahu Ta’ala; “InnaAllaha ma’assobirin”, - ‘Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa seakan bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Katanya lagi, walau pun baginda hanya membaca sepotong dari ayat Al Quran, tapi oleh kerana keindahan dan keelokan bacaan Nabi, bacaan tersebut terasa terlalu istimewa dan sungguh sempurna.( Bukankah kata Ummul mukminin Akhlaq Baginda saw adalah Al Quran ) Nabi kemudiannya memanggil nama kakak itu dan berbicara,

“ Dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana”. Ketika Nabi menyebut nama kakak tersebut, lantas terlintas di hatinya ‘Ya Allah,betapa Baginda kenal akan ummat Baginda’. Ya Rasulullah... Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, yang memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti…” ( Ameen Ya Allah.. ) Selepas itu Nabi kita lafazkan, “Ummati.., ummati.., ummati...”, dan kakak tersebut terlihat Nabi seakan menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi walau kakak tersebut seperti merintih “Jgn pergi Ya Rasulullah…”

Beliau katakan beliau sendiri tidak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada kita, ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih melihat kita, ummatnya di akhir zaman ini – Wallahua’lam...





Pada saat itu, bilik tersebut diselubungi rasa sayu,semuanya menyambut salam Baginda saw dan semua yang hadir menangis, mungkin juga dinding – dinding dan kipas yang mendengar turut menangis , tak mampu rasanya membendung air mata lantaran rindu pada baginda Nabi, juga saat mengenangkan betapa kita ummat yang amat terhutang budi pada baginda Nabi. Sungguh, kata – kata tidak layak dan tidak mampu bahkan tidak cukup untuk menggambarkan jasa dan kasih sayang Rasulullah pada kita…

Diceritakan lagi….

Dan….usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas menjalar ke seluruh badan dan setiap penjuru tubuhnya rasa di tikam - tikam. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. Katanya “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwasallam “.

Kemudian beliau tidur dan pada waktu itu beliau rasakan berada di tempat yang tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...”.

Dengan izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau pula. Salah seorang daripadanya memberi salam dan memanggil namanya, kemudian berkata “ Rasulullah Sallalahu’alaihiwasallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin”. ( Masya Allah !) Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali. Subhanallah, Saidina Abu Bakr memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia !!

Saat itu kami berlumba – lumba pula bertanyakan tentang sahabat baginda yang agung.

Kata kakak tersebut lagi, apa yang beliau nampak Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar mempunyai wajah yang tegas, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali, agak kecil orangnya. ( Subhanallah…Subhanallah… Subhanallah….)


Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.”. kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“ Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka menpelajari dari keduanya apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu”.

Cerita kakak itu lagi….

Pada saat itu kakak tersebut paling tertarik melihat Saidina Umar Al-Khattab kerana beliau membaca ayat Quran itu dgn begitu bersungguh-sungguh sampai terpejam mata beliau. Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang selalu mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitang yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “ Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Sahabat - sahabat sebilik hairan dan pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah. Mereka kemudiannya meminta beliau berdiri dan Alhamdulilah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. katanya ‘Ya Allah, penyakit ana dah sembuh’. Semua sahabat yang ada di situ gembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Taala “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum tentu dapat menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan..’


Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu.

Beliau tak henti – henti menasihati kami dan berkata.. “ Adik – adik…tak rugi jika kita bersabar…”

Alhamdulillah, beliau sekarang sembuh sepenuhnya, InsyaAllah, dari penyakit yang ditanggung hampir setahun itu (walau sebelum ini beliau berubat di merata tempat, berjumpa doctor pakar, perubatan Islam dan sebagainya namun masih tidak sembuh) dan akhirnya Rasulullah saw datang memberikan syifa’nya.

Syukur pada Allah… begitulah pengalaman berharga yang ingin dikongsi bersama, agar hati – hati kita terus melimpah – limpah dengan rasa kasih pada Rasulullah saw, di setiap masa dan ketika..Mengingati Rasulullah saw tidak seharusnya dihadkan hanya pada bulan – bulan tertentu sahaja, apatah lagi jika ‘sampai hati’ membidaahkan majlis- majlis maulid yang mana didalamnya, ada bibir – bibir yang sedang berselawat dan berzikir...ada hati – hati yang terpenuhi dengan cinta Nabi...ada mata – mata yang menangis kerana rindu...

Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan yang layak kita jadikan andalan untuk bertemu baginda Nabi. Teringat kata – kata Tuan Guru kami yg dihormati Syeikh Nuruddin Al Banjari, yang mana lebih kurang katanya, tidak mustahil untuk seseorang mimpi bertemu Nabi, kerana mungkin dengan kelebihan selawatnya atau ibadahnya atau tahajudnya, atau ujian yang menimpanya maka dia dipilih Allah untuk bertemu baginda Nabi.

Dan… andai diri miskin dengan selawat, fakir dengan tahajud, tak mampu dalam ibadah, tak berupaya dalam zikir, maka janganlah sesekali kita miskin dengan niat yang baik . Rugilah andai tak berupaya walau untuk mengandalkan secebis rasa rindu pada Kekasih Allah. Alangkah!
Mudah – mudahan hati yang terselit rasa kasih pada Rasulullah saw menjadi asbab dihindarkan Allah dari azabNya yang Maha Dahsyat ! dan kata – kata ini bukannya sekadar omongan kosong, kerana ianya bersandar pada sepotong Hadith.
Rasulullah saw bersabda. “ Sesiapa yang mengasihiku,ia akan bersamaku di Syurga….”


Dan….Akhirnya, saya memohon ampun dari Allah jika ada apa – apa khilaf berbanding dengan cerita sebenar Kakak tersebut. Setakat ini yang mampu diusahakan. Syukran pada sahibah yang sudi berbincang, menyelak kembali kenangan dan berkongsi ‘ flow ‘ cerita agar ia dapat mengelakkan salah
faham kami sepanjang bersama dengan kakak tersebut. Jazakillah buat ukhti yang dimaksudkan.(Tu….yang sedang tersenyum…) Moga Allah memberi kefahaman kepada para pembaca seperti mana dengan kefahaman yang Allah inginkan.
Semoga ada manfaatnya disisi Allah. Amen.

Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi’ahu ‘ ilmullah.

http://ummulbarakah.multiply.com

MIMPI RASULLULLAH

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkanoleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.2.

Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TU LUS IKHLAS kepada Allah.

Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, s edangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang -benderang.

Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Posted by tawakaltu... at
1:58 AM

15 perkara & Tanda Rezeki Berkat

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1.
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Ap
a
bila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Z
a
kat dijadikan hutang
4. Su
am
i memperturutkan kehendak isteri
5. An
a
k derhaka terhadap ibunya;
6. Sed
a
ngkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. I
a
suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Su
a
ra sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Y
a
ng menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
10. Seseor
a
ng dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Kh
ama
r (arak) sudah diminum di merata tempat
12. K
a
in sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. P
a
ra artis-artis disanjung-sanjung
14. Muzik b
a
nyak dimainkan
15. Gener
a
si akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

M
aka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Keterangan :
Duni
a
pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Kit
a
b rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

Tanda Rezeki Tidak Berkat

Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:

1 - Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.

2 - Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.

3 - Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tindak mementingkan ibadah.

4 - Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.

5 - Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.

6 - Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.

Justeru itu, umat Islam harus merenung dan mengambil iktibar jika berlaku insiden yang terpaksa mengeluarkan wang seperti kereta atau motosikal baru rosak, alat elektrik di rumah tidak berfungsi, anak tiba-tiba sakit dan memerlukan rawatan yang memerlukan belanja yang tinggi, dompet, telefon bimbit dan barang kemas hilang atau kena kebas.

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda