Tuesday, November 08, 2016

40 TIPS UTK SELAMATKAN WANG ANDA TAHUN 2017

40 TIPS UTK SELAMATKAN WANG ANDA TAHUN 2017
Biarlah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :
1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Pekan Taba bukan duty free
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. tukar PM ðŸ˜…
Jika rasa bermanfaat sila share pada ahli keluarga serta sahabat2 lain..

Wednesday, October 12, 2016

KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI 8 TAHUN 2016

KBIC SIRI 8 Tahun 2016
Para remaja atau muda-mudi kita adalah warisan kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara. Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa obor perjuangan kita pada masa hadapan. Mereka mestilah menjadi orang-orang yang boleh diharapkan, bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya, tetapi yang lebih penting adalah agar Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita.
“Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat”
Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan.
Modul program ini, insyallah diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat.
Panduan pemakaian, penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu’, tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA (Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dan kerohanian serta kepimpinan. Malahan para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Rohani” bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI ”
Daftar sekarang secara online sahaja di: http://kemcutisekolah.com
Tarikh : 27/11/2016 - 17/12/2016
Sila ke web site pondok di : www.pmkt.com.my atau di fb : pmkt melaka 

Tuesday, October 11, 2016

Tesco" adalah singkatan kepada Tessa Cohen

Untuk makluman anda "





Tesco" adalah singkatan kepada Tessa Cohen, isteri kepada jutawan yahudi U.K. Sir Jack Cohen yang memiliki hypermarket tersebut. jutawan ini amat kuat menyokong zionist nazi yahudi israel melalui kekayaan beliau. setiap RM yg kita beli di Tesco umpama satu peluru yg kita sumbangkan kepada israel utk membunuh saudara2 islam kita di palestin..
Tolong sampai2kan kepada saudara2 serta kawan2 semua.. mungkin ini saja jihad yang kita mampu buat setakat ini.. insyaAllah .. janji Allah sekecil2 amalan pun takkan terlepas dari pandangan-Nya.. wallahualam.
Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco..
jika org bukan islam pun mampu mengecam yahudi laknat dan bertindak, kenapa tidak kita..?
buat lah dgn tindakan, bukan hanya laungkan slogan..

Tuesday, September 20, 2016

Agaknya begini orang kuat iman menerima kematian - Allahyaram Tuan Guru Dato Dr Haron Din




Seperti ramai tahu, dunia Islam baru sahaja kehilangan seorang tokoh ulama yang hebat di mana Tuan Guru Dato Dr Haron Din telah meninggal dunia pada 16 September lalu.Pemergiannya ternyata memberi kesan kepada ramai orang terutamanya ahli kelaurga dan anak-anak muridnya di mana kisah beliau masih menjadi bualan sehingga kini.Terbaru, wartawan Tv Al Hijrah, suadara Syafiq Azman telah menemuramah adik kepada Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din iaitu Tuan Guru Datuk Abu hassan Din Al-Hafiz.
Pertemuan mereka ini penuh bermakna, Saudara Syafiq telah berkongsikan satu kisah yang cukup menarik dalam peremuan itu.Jom kita baca. Perkongsian dari wartawan Berita kami Syafiq Azman. Adinda kepada Allahyarham Datuk Dr. #HaronDin, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Ketika menemu ramah beliau mengenai sisi kehidupan DDHD sebagai seorang abang, saya jangkakan akan ada air mata yang tumpah. Sedang saya sendiri agak sukar menyusun kata-kata. Sudah pasti jika ada air matanya yang gugur, ia sesuatu yang 'mahal' dalam visual yang kami rakamkan. DAHD tampak tenang dan tersenyum. Dia yakin dan pasti, abangnya berada di tempat yang lebih baik Insya Allah. "Kami dapat berita kematiannya pada pagi itu, di sana (San Francisco) hari Khamis sudah masuk waktu Maghrib. 


Maksudnya sudah masuk malam Jumaat. Kata nabi, "sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat, akan terlepas seksa kubur", kata DAHD sambil mengukir senyuman."Lihat sahaja di Malaysia, berapa ramai yang solat jenazah ghaib dan doakan dia? Insya Allah, dia lebih baik di sana (alam barzakh)", tambahnya lagi. Begitu tenang beliau menutur kata-kata. Pelbagai soalan saya lontarkan agar hatinya terusik dan menangis. Soalan demi soalan. DAHD terus tenang dan senyum. Saya kira, dalam hatinya pasti terselit sedikit kekesalan kerana tidak dapat melihat wajah abangnya buat kali terakhir. Saya cuba memancing air matanya dengan usaha terakhir. Last resort. Sekeping gambar saya keluarkan dari fail. Gambar DDHD membonceng DAHD dengan basikal. Saya yakin, air matanya akan tumpah apabila melihat gambar ini! Tapi saya silap sekali lagi.
Beliau mengambil gambar itu sambil tergelak kecil. "Oh, ni gambar 3-4 tahun lepas. Ketika majlis allahyarham nak bina masjid baru di Perlis. Ada 5-6 buah masjid juga dia bina. Gambar ni... larat juga dia bawa saya naik basikal. Cuma kena tukar gear rendah, maklumlah, adiknya lebih berisi."  Allah, cukup tenang beliau menerima pemergian DDHD. Senyuman yang terlukis di wajahnya, gambaran tiada satu pun kedut kerisauan mengenai abangnya yang telah berpindah ke alam barzakh. Selepas sesi itu, dalam perjalanan pulang, jurukamera yang bersama saya @sirmeram menegur, ".Agaknya begini orang kuat iman menerima kematianSaya pula yang sedih mengingatkan iman sendiri.


Siakapkeli.my

Thursday, August 18, 2016

Rocket Pocket Men Malaysia


Nama Rocket Pocket Men Malaysia atau nama penuhnya Azizulhasni Awang nampaknya kini menjadi bualan ramai selepas beliau berjaya memenangi pingat gangsa dalam sukan lumba basikal kategori Keirin di Olimpik Rio, Brazil.

Lebih membanggakan ia adalah pingat pertama yang dimenangi oleh sukan berbasikal negara sejak sukan olimpik mula dianjurkan sehingga kini, jadi tidak hairanlah nama beliau kini menjadi sebut.

Disebalik kejayaan yang diperoleh ini sudah ada pengorbanan perlu dilakukan dan pengalamannya yang tersendiri yang tidak dapat dilupakan.

Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Tuan Syahril A. Kadir telah memuatnaik satu artikel yang mengimbau kembali kehebatan anak Malaysia ini yang cukup membuatkan ramai rasa terharu.

Jom kita baca.


OKLAH on a more serious note, mengapa aku sangat sentimental dengan Azizulhasni Awang. Pada yang lupa atau belum tahu, dia pernah mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester lima tahun lepas.

Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya sampai habis koyak rabak seluarnya hingga menampakkan punggung.


Namun dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan. Semuanya dia lakukan bukan saja untuk dirinya, tetapi demi menjulang nama Malaysia yang tercinta ini!

Walaupun dalam kesakitan yang amat sangat, cita-cita pemuda bertubuh kecil ini tidak pernah padam biarpun terpaksa berhadapan dengan pencabar yang lebih tinggi, lebih gagah bentuk fizikalnya semata-mata untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar dengan megahnya!


Azizulhasni juga pernah mengejutkan dunia apabila memakai sarung tangan GAZA sebagai menunjukkan sokongannya terhadap rakyat Palestin waktu Sukan Komanwel di Glasgow dua tahun lepas hingga mendapat amaran keras daripada badan sukan dunia itu, namun dia tidak peduli dan tak gentar langsung dengan amaran itu.

Jadi bila permohonannya mendapatkan HANYA sebuah basikal tidak diendahkan, aku rasa ia LEBIH TAJAM DAN MENYAKITKAN daripada tertusuk kayu itu sendiri. Kalau kita boleh merasai 'kesakitan' itu, bayangkan dia si empunya badan.

Apa salahnya dia meluahkan 'sedikit' kesakitannya...selama ini dia bermatian-matian demi negara ada pernah dia luahkan dan ada kita pernah endah? Ini bukan soal nak hentam kerajaan atau memanda menterinya, ini soal hati dan perasaan seseorang yang rasanya dipinggirkan...itu saja, kenapa perlu melantun tak tentu pasal?


Selama ini Azizulhasni tak pernah mengeluh atau komplen apa-apa pun, dia hanya pendamkan apa yang dia rasa, jadi takkan dengan hanya sedikit luahan kita dah nak cop dia sebagai besar kepala etc...siap nak bandingkan pingat gangsa dia dengan pingat perak orang lain, ni apa crita???

Apapun aku tetap puji MB Terengganu kerana berjanji untuk menyiasat perkara itu walaupun sebenarnya 'nasi dah jadi bubur'. Namun oklah bubur daripada ia bertukar basi.

Aku tutup cerita Azizulhasni dengan ucapan - kau tetap wira walau apa saja kutukan dan sindiran yang kau terima kerana isu ini.

Salute buat Jijoe, my ROCKETPOCKET MAN!

Siakapkeli.my

Saya menangis bila baca keterangan diatas......Allah yang tahu betapa besar pergorbanannya....Kepada Allah kita akan di kembalikan.

Friday, July 29, 2016

Seorang Sultan Makan Di Tangga Masjid Bersama Jemaah

Bagus sungguh beliau, tak mcm sesetengah tempat tu, kalau nak buat jamuan asyik sibuk nak siapkan tmpat vip je.
Gambar Seorang Sultan Makan Di Tangga Masjid Bersama Jemaah.. Gambar…


Tuesday, July 26, 2016

Satu Gereja Masuk Islam Setelah Mendengar Satu Pertanyaan Pemuda


Satu Gereja Masuk Islam Setelah Mendengar Satu Pertanyaan Pemuda Ini Pada Paderi. Ini merupakan satu kisah benar mengenai seorang pemuda muslim yang tinggal di Amerika. Cerita ini berlangsung pada tanggal 22 Februari 2006. Semoga Allah berikan kita kemampuan berdakwah seperti pemuda ini.

Ada seorang pemuda Arab yang barusahaja menamatkan kuliahnya di Amerika. Pemuda ini ialah salah seorang manusia yang di beri nikmat oleh Allah berbentuk pengetahuan mengenai agama Islam, bahkan ia bisa memahaminya. Selain sebagai seorang pelajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Waktu ada di Amerika, ia berteman dengan salah seorang Nasrani. Jalinan mereka akrab. Keakraban pemuda Arab itu dengan seorang Nasrani didasari harapan semoga Allah memberikannya hidayah untuk masuk Islam.

Disuatu hari mereka berdua jalan-jalan di satu perkampungan di Amerika, dan melintas di depan satu gereja yang ada di kampung itu. Si Nasrani akan masuk gereja itu, serta memohon agar pemuda Arab itu ikut masuk kedalam gereja. Semula pemuda Arab itu keberatan dengan keinginan temannya itu, namun karena ia selalu didesak, akhirnya pemuda itu juga penuhi keinginan si Nasrani itu. Lalu masuklah ia kedalam gereja serta duduk di salah satu bangku dengan hening, seperti kebiasaan mereka.

Waktu pendeta gereja itu masuk, beberapa hadirin serentak berdiri untuk memberi penghormatan. Di saat itu si pendeta agak terkejut bila  melihat beberapa hadirin.

Ia juga berkata : “Di tengah kita ada seorang muslim. Saya mengharapkan ia keluar dari sini. ”

Pemuda Arab itu tak bergerak dari tempatnya. Pendeta itu mengatakan perkataan itu berulang-kali, tetapi ia tetap tak berganjak dari tempatnya.

Sampai akhirnya pendeta itu berkata : “Aku minta ia keluar dari sini serta saya akan menjamin keselamatannya. ”

Barulah pemuda Arab itu bergerak keluar. Di ambang pintu, ia bertanya pada si Pendeta, “Bagaimana anda ketahui bila saya seorang muslim? ”

Pendeta itu menjawab, “Dari riak yang ada di wajahmu. ”

Lalu ia akan berjalan keluar. Tetapi si Pendeta ingin mengambil kesempatan ke atas pemuda ini, yakni dengan kemukakan beberapa pertanyaan. Tujuannya untuk mengaibkan serta memberi malu kepada pemuda itu, sekaligus dapat menaikkan imej agama serta gerejanya.

Si Pendeta berkata, “Aku akan membiarkan anda keluar dari tempat suci ini sesudah saya ajukan pada anda 22 pertanyaan, dan anda harus menjawabnya dengan tepat”

Sang pemuda Arab itu tersenyum dan berkata, “Silakan! ”

Sang Pendeta juga mulai bertanya dengan pertanyaan yg tidak masuk akal :
Katakan satu yang tidak akan ada duanya,
Dua yang tidak akan ada tiganya,
Tiga yang tidak akan ada empatnya,
Empat yang tidak akan ada yang limanya,
Lima yang tidak akan ada enamnya,
Enam yang tidak akan ada tujuhnya,
Tujuh yang tidak akan ada delapannya,
Delapan yang tidak akan ada sembilannya,
Sembilan yang tidak akan ada sepuluhnya,
Suatu hal yang bernilai sepuluh,
Sebelas yang tidak akan ada dua belasnya,
Dua belas yang tidak akan ada tiga belasnya,
Tiga belas yang tidak akan ada empat belasnya,
Katakan suatu hal yang bisa bernafas tetapi tak memiliki ruh!
Apa yang disebut dengan kuburan jalan membawa berisi?
Siapakah yang berdusta tetapi masuk ke surga?
Katakan suatu hal yang di ciptakan Alloh tetapi Dia mencelanya?
Katakan makhluk yang di ciptakan Alloh dengan tanpa ada bapak serta ibu!
Siapakah yang terwujud dari api, siapakah yang di’adzab dengan api serta siapakan yang terpelihara dari api?
Siapakah yang terwujud dari batu, siapakah yang di’adzab dengan batu serta siapakah yang terpelihara dari batu?
Katakan sesuatu yang di ciptakan Alloh serta dikira besar!
Pohon apakah yang memiliki 12 ranting, setiap ranting memiliki 30 daun, tiap-tiap daun memiliki 5 buah, 3 dibawah naungan serta 2 dibawah sinaran matahari? 

Mendengar pertanyaan yang aneh dan dibuat-buat tersebut pemuda itu pun tersenyum dengan senyuman mengandung keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismillah ia berkata:
Satu yang tidak mungkin ada duanya ialah Allah
Dua yang tidak mungkin ada tiganya ialah malam dan siang. Allah berfirman: “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Surat Al Isra’, ayat 12)
Tiga yang tidak mungkin ada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan perahu, membunuh seorang anak kecil, dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. (Surat Al Kahfi, ayat 71-82).
Empat yang tidak mungkin ada limanya adalah empat kitab samawi: Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur’an.
Lima yang tidak mungkin ada enamnya ialah shalat lima waktu.
Enam yang tidak mungkin ada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah menciptakan makhluk.
Tujuh yang tidak mungkin ada delapannya ialah langit yang berjumlah tujuh lapisan. Allah berfirman: “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis…” (Surat Al Mulk, ayat 3).
Delapan yang tidak mungkin ada sembilannya ialah malaikat pemikul ‘Arsy Ar-Rahman.Alloh berfirman: “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas kepala mereka.” (Surat Al Haaqah, ayat 17).
Sembilan yang tidak ada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa AS : Tongkat, Tangan yang bercahaya, Angin topan, Musim Paceklik, Katak, Darah, Kutu dan Belalang
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh adalah kebaikan, Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang berbuat kebaikan, maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al An’am : 160)
Sebelas yang tiada dua belasnya adalah saudara-saudara Yusuf.
Dua Belas yang tiada tiga belasnya adalah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Alloh : “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu. ”  Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (al Baqoroh : 60)
Tiga Belas yang tiada empat belasnya adalah jumlah Saudara Yusuf ditambah ayah dan ibunya.
Adapun yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu subuh.  alloh SWT berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At Takwir : 18)
Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan srigala.”  Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kalian”  Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “aku akan memohonkan ampun kepada Rabbku.  sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sesuatu yang diciptakan alloh namun tidak Dia sukai adlaha suara keledai.  Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jeleknya suara adalah suara keledai.” (Luqman : 19)
Makhluk yang diciptakan alloh tanpa ibu dan bapak adalah Nabi adam, Malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah iblis, yang diadzab dengan api adalah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.  Allah SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (al Anbiya)
Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-Habul Kahfi (penghuni gua)
Pemuda arab itu terus melanjutkan perkataannya.  Ia menjawab pertanyaan yang dibuat-buat dengan jawaban yang sesuai dengan firman Allah. Walaupun pertanyaan itu sengaja dibuat hanya untuk mempermalukannya, namun pemuda itu mampu menjawabnya dengan tenang. Hingga sampailah pada jawaban yang terakhir;
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting, mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah shalat lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.

Pendeta serta beberapa hadirin juga terasa takjub mendengar jawaban pemuda muslim itu. Lalu pemuda itu juga pamit saat semua sedang terbuai dalam kekaguman pada jawabannya. Tetapi sebelum pergi, pemuda itu memohon si Pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Keinginan ini disetujui oleh si Pendeta.

Pemuda ini berkata : “Apakah kunci surga itu? ” Mendengar pertanyaan itu lidah si Pendeta jadi kelu, hatinya diselimuti keraguan serta rona berwajah juga beralih. Ia berusaha sembunyikan kerisauannya . Orang-orang yang ada di gereja itu selalu menekannya agar menjawab pertanyaan itu, tetapi ia berusaha menghindar.

Mereka berkata, “Anda sudah melontarkan 22 pertanyaan  padanya serta pemuda itu dapat menjawab semua. Sementara ia cuma memberimu satu pertanyaan masuk akal, tetapi anda tak dapat menjawabnya! ”

Pendeta itu berkata : “Sungguh saya tahu jawaban dari pertanyaan itu, tetapi saya takut kalian marah. ”
Mereka menjawab : “Kami akan menanggung keselamatan anda.

Sang Pendeta juga berkata ; “Jawabannya adalah Asyhadu alla Ilaaha Illallaah wa Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. ”

Lalu si Pendeta serta orang-orang yang ada di gereja itu juga memeluk agama Islam. Sungguh Allah sudah menganugerahkan kebaikan serta melindungi mereka dengan Islam lewat tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

Cerita riil ini di ambil dari mausu’ah Al-Qishash Al-Waqi’ah lewat internet, www. gesah. net. Orang yang berakal (termasuk beberapa pendeta), sebenarnya telah mengetahui kalau Islam yaitu agama yang di turunkan pada Nabi Muhammad r serta bakal melindungi manusia dalam kesejahteraan baik didunia ataupun di akhirat. Tetapi apa yang mengakibatkan hati beberapa pendeta itu masih tertutup, bahkan condong mereka sendiri yang tutup rapat jiwanya. Semoga Alloh memberi hidayah pada mereka yang ingin berpikir.

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda