Sunday, October 12, 2014

Kem Cuti Sekolah 2014

KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI KE 6 TAHUN 2014




Keruntuhan akhlak dikalangan remaja Malaysia kini dikatakan amat meruncing. Krisis moral membimbangkan. Perangkaan... statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Ini dapat dilihat daripada kes-kes sumbang muhrim,penagihan dadah,pembuangan bayi,perhubungan seks bebas, bohsia/bohjan, lari dari rumah, rasuah, pecah amanah, peminum arak, ecstasy dan kes jangkitan HIV/AIDS. Kesemuanya menunjukkan angka pertambahan dari tahun ke tahun.



“Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat”



Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan.



Maka , Kem Bina Insan Cemerlang (Sesi ke 6 - Tahun 2014) ini memfokuskan kearah “Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia” dan bermatlamatkan kearah pembangunan Rohani, Jasmani, Intelektual, Emosional dan Sosial golongan remaja.



Modul program akan diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian, penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA(Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti kecergasan serta kepimpinan.



Para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Rohani” bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI ”



Program Kem Bina Insan Cemerlang" Sesi Ke 6



• Remaja muslim & muslimat diantara berumur dari 8 tahun hingga 20 tahun



• Tempat di kursus ini dijalankan di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhamad Abdul Latif Saleh Al Farfour Al Hasani, Pondok Batu Gajah , Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka



• Tarikh mula kursus pada 23/11/2014 (Ahad) hingga 21/12/2014 (Ahad ) sekitar 4 minggu



• Pendaftaraan semua peserta jam 10.00 pagi pada 23/11/2014 di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhamad Abdul Latif Saleh Al Farfour Al Hasani, Pondok Batu Gajah , Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka (Lokasi Pondok terletak di sebelah kiri tepi Lebuh Raya AMJ dari Melaka Ke Mukim Sebatu/Sg Rambai,Melaka)



• Yuran seorang peserta adalah RM 500 termasuk tenaga pengajar, kitab,makanan dan tempat tinggal.



• Hubungi Ustaz Zaharuddin Tel: 014-7191674, Ustaz Khairul Azman Tel: 017-7010501, Ustaz Nezam Ismail Tel: 012-3419683, Ustaz Zulkifli Tel : 012-7005469 dan Norsam Wahab Tel :012-6298546



Monday, July 21, 2014

9 pahlawan islam yang terhebat dalam sejarah Islam

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam
1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

Tuesday, March 18, 2014

ALLAHYARAMAH PUTEH BINTI AHMAD

AS SALAM

KEPADA SEMUA PEMBACA

IBU SAYA ALLAHYARAMAH PUTEH BINTI AHMAD TELAH KEMBALI KE RAHMAHTULLAH PADA HARI SELASA 11/3/2014 JAM 11.30 PAGI
 
SEMOGA ROH ALLAHYARAMAH DI CUCURI RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT..AMIN

SEMOGA SEMUA PEMBACA DAPAT MENYEDEKAHKAN AL FATIHA KEPADA ROH NYA.

AMIN DAN TERIMA KASIH

YANG BENAR
NORSAM


Monday, January 27, 2014

Ciri-Ciri Khusus Islam Rabbaniyyah

Ciri-Ciri Khusus Islam : Rabbaniyyah

Rabb adalah perkataan arab yang dinisbahkan kepada Allah. Perkataan manusia rabbani, contohnya, membawa maksud, manusia yang berpengetahuan tentang Allah, berpegang teguh dan beramal dengan ajaran Allah. Firman Allah yang bermaksud : Akan tetapi (ia berkata), ‘hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajar al-kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya’ (ali-Imran 79)

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-khashoish al-ammah lil Islam menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah itu adalah meliputi empat aspek :

i. Rabbaniyyah al-ghoyah (tujuan/matlamat)

Rabbaniyah al-ghoyah atau rabbaniyyah dari sudut tujuan, mengambarkan betapa setiap matlamat atau tujuan sesuatu usaha, amal, cita-cita, sasaran, perjuangan, pengorbanan dan halatuju kehidupan manusia haruslah dalam acuan dan kerangka menuju dan mencapai keredhaan Allah.

Firman Allah : Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Rabbmu, maka pasti kamu akan menemuinya’ (al-Insyiqaq 6)

Firman Allah : Dan tiadalah Aku mencipta jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Ku (adz-Dzariyyat 56)

Firman Allah : Katakanlah : ‘sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku, hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam, tiada sekutu bagi Nya, dan demikian itulah aku diperintahkan dan aku adalah orang yang pertama menyerah diri (kepada Allah) (al-An’am 162-163)

ii. Rabbaniyyah al-wijhah (persepsi)

Rabbaniyyah al-wijhah membawa maksud : Sesuatu persepsi, tanggapan dan worldview adalah dilihat melalui kerangka kacamata atau acuan yang dipandukan oleh Allah. Sebagai contohnya bagaimana Allah menyebut dalam al-Quran bagaimana persepsi dan worldview rabbaniyyah berkaitan dengan tentang kehidupan dunia dan akhirat.

Firman Allah : Katakanlah : Matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja (dan ahkirnya akan lenyap), dan balasan hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang yang bertaqwa dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikitpun (an-Nisa’ 77)

Firman Allah : Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahgiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu dari dunia. Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah engkau melakukan kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan (al-Qasas 77)

Firman Allah : Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya (hartabenda, pengaruh). Sehinggalah kamu masuk ke lubang kubur. Jangan sekali-kali (bersikap sedemikian), kamu akan mengetahui kelak (akibat buruknya). Sekali lagi (diingatkan), jangan sekali-kali, kamu akan mengetahuinya kelak. Demi sesungguhnya kamu akan mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Demi sesungguhnya kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Selain dari itu, sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmati) (at-Tahaathur 1-8)


iii. Rabbaniyyah al-masdar (sumber)

Rabbaniyyah al masdar bermaksud : segala sumber dan akar umbi kepada kehidupan di seluruh alam ini adalah berpunca dari acuan Allah dan mengembalikan sumber yang menjadi rujukan serta sandaran peraturan kehidupan manusia seluruhnya kepada ketetapan Allah.

Firman Allah : Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah lah (datangnya)… (an-Nahlu 53)

Firman Allah : Dan Kami turunkan kepada mu (Muhammad) al-Kitab (Quran), untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang yang berserah diri. (an-Nahlu 89)

Friman Allah : Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri dari kalangan kamu, sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya, sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Firman Allah : Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu … (Yunus 94)


iv. Rabbaniyyah al-manhaj (sistem)

Rabbaniyah al-manhaj bermaksud setiap sistem, peraturan, kaedah, dan undang-undang bagi menyempurnakan kehidupan insaniah manusia adalah berteras dan berasaskan kepada acuan Allah.

Firman Allah : Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (ad-din) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (al-Jaatsiyah 18)

Firman Allah : Barangsiapa yang mencari selain dari Islam sebagai ad-Din , nescaya akan ditolak (oleh Allah) dan di akhirat ia akan termasuk ke dalam golongan yang rugi.

Perayaan Memperingati Maulid Nabi Yang Mulia

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath, Negeri Melaka &Maahad Tajdid Islami

Dengan taufiq daripada Allah ta`ala

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath, Negeri Melaka (PMKT) dan Maahad Tajdid Islami menjemput semua ke majlis Perayaan Memperingati Maulid Nabi Yang Mulia yang akan dilaksanakan dengan izin Allah dibawah bimbingan  Prof. Dr. Al-Imam Muhammad Abdul Latif  Shalih Al-Furfur Al-Hasani Hafidhahullah.

Keterangan Majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh         : Pada 29 Rabi`ul Awwal 1435 H bersamaan 31 / 1 / 2014 M.
Hari            : Jum`at malam
Masa           : 7.15 Petang hingga pukul 11 : 30 malam.
Tempat        : Dewan  Bestari Asmavilla, Air Keroh, Melaka.

Kami menjemput Tuan / Puan dan semua yang ingin menghadirkan diri bersama-sama dalam perayaan  Islam Nabawi  yang hadhari ini, dan jemputan ini bersifat umum kepada semua muslim dan muslimat.

Persembahan nasyid-nasyid dan secara kelompok, melantunkan pujian kepada Rasulullah S.A.W daripada Kumpulan Tajdid Islami bersama Penasyid Masyhur Al-Ustaz Asy-Syaikh Sayyid Arsyid.

Sehubungan tersebut, kami merayu tuan / puan untuk menyumbang seberapa ikhlas bagi membayai bersama kami dan segala sumbangan tuan / puan yang dirahmati Allah s.w.t boleh disalurkan kepada akaun PMKT seperti dibawah:-

1. No Akaun :   2-54068-0000014-5
Nama       :   Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath 
        Bank         :  RHB BANK BERHAD


2. No Akaun : 039-202-200447-6
Nama        :  Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka 
Bank         :  BANK AMISLAMIC

3.
No Akaun :04015010061846
Nama        :  Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka(PMKT) 
        Bank         :  BANK ISLAM

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath, Negeri Melaka (PMKT) dengan ini mendoakan agar tuan / puan di berkati Allah SWT dan dibuka pintu rezeki , di penuhi segala hajat didunia dan akhirat dan semoga isteri / suami dan anak-anak menjadi penyejuk mata hati

Sebarang pertanyaan sila lawati web kami di www.pmkt.com.my atau di fb : pmkt melaka

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1435


  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda