Saturday, December 29, 2012

DERMA / INFAK /SUMBANGAN SAMBIL DAPAT PERLEPASAN CUKAI

S SALAM

ANDAKAH  ORANG YANG DI PILIH UNTUK BANTU KAMI MENJAYAKAN KERJA-KERJA DAKWAH INI BAGI ANAK-ANAK YATIM , FAKIR , MISKIN DAN OKU.
“Sesungguhnya pemberian TUAN/PUAN , kami tidak akan memandang terhadap apa yang diberi sebaliknya bila kami melihat tuan / puan dipilih Allah sebagai makhluknya yang kaya maka yang kami Nampak Allah Yang Bernama ‘Al-Ghaniyyu’ (Yang Maha Kaya) menzahirkan kekayaannya kepada makhluknya yang bernama tuan / puan .”

Tuan/ Puan yang dikasihi, bilamana Tuan / Puan menghulurkan cek / wang tunai bagi bentuk infak , zakat , derma , sumbangan yang melihat Allah yang bernama ‘Al-Mokti’ (Yang Maha Pemberi) menyatakan sifatnya melalui tangan yang mulia Tuan / Puan untuk memberikan kepada kami yang bersifat ‘Al-Faqir’ (Maha Berhajat Kepada Pertolongan Allah).

Maka pada hari ini kita “Kami warga PMKT memandang tuan / Puan yang memberi dengan Allah, Kami menerima dengan Allah. Tuan / Puan menjumpai kami kerana Allah, berpisah kita kerana Allah.

Pihak PMKT sedang berusaha untuk membangunkan satu pusat pengajian pondok bagi pengajian Kitab-Kitab Turath dan Ma’ahad Tajdid Islami di mana anggaran kasar  kos pembinaan Pondok Pengajian Batu Gajah, Merlimau menelan belanja bagi pembinaan sebuah surau 2 tingkat dengan kemudahan pembelajaran yang di anggarkan sekitar RM 3.5 juta , insyallah segala sumbangan pihak tuan/ puan dapat melayakkan perlepasan cukai pendapatan / syarikat secara tahunan di bawah subseksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967, rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.7084 di namakan Tabung Pembinaan Pondok Pengajian dan berkuatkuasa dari 01/01/2012 hingga 31/12/2014

Malahan di peringkat negeri juga mendapat
kelulusan memungut derma khairat daripada pihak  Majlis Agama Islam Melaka di bawah no rujukan MAIM/W/751/10-Klt.2
 
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 012-6298546 atau email kepada norsam@pmkt.com.my, keterangan mengenai pmkt sila lawat di www.pmkt.com.my atau di facebook : pmkt melaka.

Mohon di sebarkan / hebahkan kepada rakan-rakan anda.
Sekian
NW

MULUT BERBAU

Bau mulut yang kurang enak mengundang masalah untuk kita bercakap ataupun beramah mesra. Apatah lagi jika kerja kita memerlukan berinteraksi dekat dengan seseorang.

Bagi mereka yang sudah berkahwin juga selalu mengalami masalah mulut berbau namun tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan masalah tersebut.

Antara punca yang menyebabkan mulut berbau adalah faktor merokok, ataupun kita sendiri tidak sedar ada gigi rosak ataupun berlubang yang membawa kepada pembiakan bakteria seterusnya menyebabkan mulut berbau.

Ikuti tip-tip ini untuk menyah bau mulut secara total.

Mengunyah setangkai bunga cengkih setiap hari
Mungkin cara ini tidak ramai yang berani cuba, tapi jika sudah tidak tahan dengan bau mulut sendiri apa kata anda cuba untuk kesenangan orang sekeliling juga.

Kumuh dengan air garam
Sedia maklum di dalam mulut terdapat banyak kuman yang membiak, dengan menggosok gigi setiap hari masih tidak mampu menyah bakteria secara total yang ada di dalam mulut. Oleh itu apa kata anda cuba tip ini, selepas makan kumuh dengan air yang dicampur sedikit garam. Ulang proses yang sama sebanyak tiga kali. Buat proses ini seminggu dalam tiga kali.

Kunyah sedikit beras yang telah dibersihkan
Ini adalah petua yang diturunkan dari nenek moyang kita. Ambil beberapa butir beras yang telah dibasuh dan kunyah hingga lumut di dalam mulut. Proses ini adalah paling ringkas dan mudah. Selamat mencuba!

Thursday, October 25, 2012

MAJLIS MAULID SETIAP MINGGU

Jemputan kepada semua muslim dan muslimat ikhwan/akhwat untuk bersama dengan majlis maulid yang akan di pimpin oleh Imam Al-Madras...ah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah iaitu Yang Amat DiKasihi, Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Arif Billah Al-Murabbi Al-Mursyid Al-Syeikh Prof Dr. Muhammad Abdul Latif Bin Al-Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy pada besok malam Jumaat 26/10/2012 selepas solat mahgrib di maahad tahjid al islami di dalam kawasan Pondok Padang Temu.


Aturcara majlis -> Selepas solat majlis selawat 92000

bacaan zikir,burqah dan qasidah

Majlis Muhadarah

(nota : Majlis ini diadakan tiap-tiap hari jumaat pada setiap bulan ( 4 x sebulan)

sila rujuk di web pondok www.pmkt.com.my dan fb mereka di pmkt melaka



Wednesday, August 29, 2012

6 Tips lahirkan sifat istiqamah dengan tarbiah Ramadhan


Kedatangan Syawal bersama dengan berlalunya Ramadan begitu banyak menginsafkan diri kita untuk lahir sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Ramadan ternyata memberi kebahagiaan, di dalamnya ada kedamaian malah jiwa kita begitu dekat kepada Maha Pencipta.



Berdoalah selalu semoga Allah mempertemukan kita Ramadan akan datang. Ganjaran pahala yang Allah tawarkan pada bulan ini tidak mungkin ditemui di bulan lain.



Allah mensyariatkan puasa supaya nafsu kita dapat dikalahkan. Mengekalkan konsisten selepas Ramadan itulah menjadi matlamat utama.



Ia proses manusia kembali semula kepada fitrahnya. Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti orang-orang yang terdahulu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah ayat 183).



Tarbiah Ramadan terbukti mampu melahirkan manusia yang memiliki keperibadian ting gi. Semakin tinggi nilai takwa seseorang, semakin banyak manfaat yang diberikan kepada orang di sekelilingnya.



Berdasarkan hadis nabi, baginda menjelaskan pintu syurga dibuka seluas-luasnya, manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya di sepanjang Ramadan ini.



Keikhlasan akan melahirkan kesungguhan dalam melaksanakannya serta mencapai apa yang diharapkan. Peluang itu sentiasa terbuka buat kita semua walaupun Ramadan tahun ini hanya berbaki sehari saja lagi.



Perpisahan dengan Ramadan bermakna kita meninggalkan kesempatan meraih pahala berlipat kali ganda selain ‘terlepas’ kesempatan memperoleh keampunan Allah terhadap dosa yang tidak mampu kita kira banyaknya.



Sebab itu, jangan kita sia-siakan detik perpisahan ini. Teruskan amalan berzikir, membaca al-Quran, munajat, memohon keampunan dari Allah. Renungi dan menangislah kerana kita akan berpisah dengan kemuliaan dan keberkatan Ramadan.



Pensyarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Shukri Hanapi berkata, matlamat khusus puasa Ramadan adalah bagi menimbulkan rasa ketakwaan kepada Allah SWT.



“Ramadan bermatlamat mendidik umatnya menjadi individu lebih beriman dan bertakwa sepanjang masa, bukan untuk tempoh atau musim tertentu saja.



“Kejayaan tarbiah Ramadan boleh dilihat daripada tingkah laku serta amalan dalam kehidupan seseorang. Umat Islam perlu berusaha mengekalkan prestasi ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan ini dalam bulan berikutnya supaya ia selari dengan matlamat khusus Ramadan,” katanya.



Beliau berkata, beberapa langkah boleh diamalkan bagi mengekalkan istiqamah amal soleh selepas Ramadan.



“Pertama, sentiasa memohon pertolongan Allah supaya terus diberi hidayah dan keteguhan iman. Allah memuji orang yang sering berdoa supaya sentiasa diberikan hidayah.



“Allah berfirman yang bermaksud, “(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu;

sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya” (Surah Ali ‘Imran ayat 8).



“Kedua, sentiasa menghadiri majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah dan tazkirah. Ketiga, berusaha mengenali dan menghayati sejarah hidup sahabat, tabi’in dan orang soleh melalui pembacaan atau kuliah agama.



“Keempat, sentiasa menjaga dan menitikberatkan perkara fardu seperti solat lima waktu dan mengqada’ puasa Ramadan yang pernah ditinggalkan.



“Kelima, sentiasa melakukan ibadah sunat walaupun sedikit. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang istiqamah (berterusan atau konsisten) walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



“Keenam, memperbanyakkan berzikir kepada Allah dan sentiasa beristighfar kerana ia adalah amalan yang mudah dilakukan. Manfaatnya sangat besar iaitu dapat menguatkan iman dan hati.



“Ketujuh, melakukan taubat nasuha supaya tidak kembali ke lembah kehinaan.

Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang bertaubat,” katanya.



Menurutnya, Indeks Prestasi Utama (KPI) puasa Ramadan dinilai berdasarkan perubahan tingkah laku dan amalan seseorang Muslim yang menjalani ibadah puasanya.



“KPI pekerja lebih bersifat kuantitatif, manakala KPI puasa Ramadan bersifat kualitatif atau dalam bentuk yang tidak boleh dihitung peratusannya.



“Manusia mudah menuruti apa saja keinginannya meskipun keinginan itu sesuatu yang tidak baik, mengganggu serta merugikan orang lain.



Sebab itu, dalam Islam terdapat perintah supaya memerangi hawa nafsu.



Allah berfirman yang bermaksud, “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jathiyah ayat 23).



“Puasa yang dilaksanakan membuatkan seseorang terus mempertahankan keinginan yang baik, meskipun peluang melakukan penyimpangan terbuka luas,” katanya.



Menurutnya, segala nikmat yang dimiliki perlu di syukuri dengan membuat perbandingan dengan golongan lain yang barangkali terpaksa mendapatkan sesuatu dengan penuh kesukaran.



“Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain dapat memberikan keinsafan bagaimana beratnya keperitan yang terpaksa mereka tanggung.



“Umat Islam di sesetengah negara ada yang tidak mempunyai bekalan makanan, minuman dan barang keperluan harian seperti yang berlaku di Syria, Palestin serta Rohingnya,” katanya.



Beliau berkata, puasa melahirkan sifat jujur dan amanah dalam diri yang berpaksikan takwa kepada Allah.



“Apabila sifat ini terbina dalam diri, logiknya tidak akan timbul masalah mencuri tulang pada waktu bekerja, datang lewat ke tempat kerja, pecah amanah, tidak jujur, rasuah dan penyelewengan di kalangan umat Islam.



“Tidak dinafikan, dalam bulan Ramadan kita sentiasa menepati masa; berbuka tepat pada waktunya, begitu juga ketika bersahur kita akan berhenti apabila tamat waktunya.



“Lebih hebat lagi, kita boleh menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid yang selama ini tidak mampu dilakukan. Justeru, sifat menepati masa ini perlu dibawa setiap masa bukan pada bulan Ramadan saja,” katanya.



Menurutnya, faktor ganjaran turut memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku dan amalan manusia sepanjang Ramadan.



“Terdapat pelbagai ganjaran dalam bulan Ramadan. Walaupun ganjaran pahala itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun kepercayaan kita terhadapnya ditunjangi keimanan, nas dan dalil.



“Pada penghujung Ramadan umat Islam seharusnya semakin seronok meningkatkan amal ibadat. Orang berpuasa seperti pelumba lari; semakin hampir ke garisan penamat, semakin laju lariannya.



“Jika tidak ada sikap ingin menang, cepat lemah semangat dan lalai, sudah tentu mereka mudah tertewas. Sejarah kehidupan generasi salafus soleh dulu, semangat beribadah mereka cukup tinggi hinggakan sanggup bergilir-gilir tidur, bangun dan saling mengejutkan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan qiamullail.



“Malah Perang Badar Kubra juga tercatat sebagai sejarah hebat buat umat Islam kerana berlaku ketika tentera Islam berlapar dan dahaga kerana berpuasa,” katanya

memaafkan amalan mulia


Posted by epondok di Ogos 28, 2012
Oleh Zawawi Yusoh

HARI raya patut menjadikan kita gembira kerana selama sebulan kita menjalani ujian untuk menjadikan diri kita insan bertakwa kepada Allah SWT.
Kini, tiba giliran Aidilfitri di mana kita pulang dalam keadaan fitrah iaitu bersih hati hasil didikan tarbiah Ramadan.
Ia membersihkan diri kita daripada sifat bakhil, individualistik kemudian menanamkan sifat pemurah, kasih sayang serta tolong menolong.
Amalan sunat yang dikerjakan di seperti solat tarawih, solat tahajud, membaca al-Quran, bersedekah dan berzakat adalah pembersih hati daripada sifat keji (mazmumah).
Sambutan hari raya tidak hanya dapat memakai baju baru, rumah baru, sofa baru, tetapi lebih penting menyambut raya dengan jiwa baru.
Tidak bermakna jika perangai masih tidak berubah, ego, malas, dan sering melanggar disiplin.
Sebab itu, ibadah puasa pada bulan Ramadan perlu berteraskan akidah, begitu juga dengan Aidilfitri. Perbuatan bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram mesti dielakkan.
Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain memang dituntut dalam Islam sehingga ia dijanjikan sebagai ganjaran yang begitu besar sekali. Malang sekali apabila perbuatan memohon dan memberi hanya menjadi budaya dan bukannya dihayati semangatnya.
Dalam surah Ali-Imran, ayat 134-136, maksudnya: “Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Dan, orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui.
Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.”
Apakah makna memaafkan?
1. Melupakan hasrat membenci mereka.
2. Membatalkan niat membalas dendam.
3. Membatalkan hasrat menghukum mereka.
4. Membatalkan untuk menyimpan perasaan dendam.
Bagaimanakah cara sebenar memohon dan memberi maaf?
Bagi pemohon maaf, ungkapan memohon maaf itu hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas, rendah hati dan penuh kekesalan serta berazam tidak mengulanginya lagi.
Pemberi maaf pula, kemaafan yang diberi perlulah diberi dengan tulus ikhlas, penuh sedar bagi melupakan kesalahan dan tidak lagi mengungkit-ungkit.
Ada yang mengatakan ketika memohon maaf, kita perlu menyenaraikan segala kesalahan yang kita lakukan supaya pihak satu lagi maklum mengenainya.
Namun, dalam semangat Aidilfitri ini, apabila meraikan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan, mengapa kita tidak terbuka hati untuk memaafkan silap dan salah seseorang?
Sudah tentu kita juga ada melakukan kesilapan. Ingatlah perintah Allah dalam surah al-A’raaf, ayat 199 yang menuntut kita memilih untuk memaafkan.
Memohon maaf dan memberi maaf bukanlah sukar untuk dilaksanakan dalam bulan Syawal ini selepas kita melengkapkan ibadat puasa selama sebulan.
Apabila saling bermaafan, tiada lagi rasa benci dan dendam di hati.
Yang lahir dari hati ialah perasaan kasih sayang serta persefahaman sekiranya dijana dengan baik, dapat menghasilkan permuafakatan yang menguntungkan ummah

Muhasabah: Adakah amal Ramadhan kita diterima oleh Allah s.w.t?

 
 
Generasi awal Islam merupakan generasi terbaik umat ini. Adalah sesuatu yang rasional untuk kita melihat contoh-contoh generasi terbaik ini. Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali r.h.m membawakan beberapa contoh tentang kerisauan generasi salaf/tiga generasi terawal Islam berkaitan pengabulan amalan kebaikan mereka oleh Allah s.w.t.
كان السلف الصالح يجتهدون في إتمام العمل و إكماله و إتقانه ثم يهتمون بعد ذلك بقبوله و يخافون من رده و هؤلاء الذين : { وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آَتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ
Imam Ibn Rajab berkata: Generasi Salafussoleh berusaha bersungguh-sungguh dalam beramal dan menyempurnakannya. Selepas itu mereka akan menjadi sangat risau tentang penerimaan (Allah) ke atas amalan yang dilakukan. Mereka sangat takut jika amal-amal mereka ditolak.  Mereka inilah yang disebut dalam ayat yang bermaksud: Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang penuh khuatir, sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka [Al Mu’minun : 60].
 
روي عن علي رضي الله عنه قال : كونوا لقبول العمل أشد اهتماما منكم بالعمل ألم تسمعوا الله عز و جل يقول : { إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ}
Diriwayatkan bahawa ‘Ali r.a berkata: Mereka (generasi salaf) lebih mengambil berat tentang penerimaan amal berbanding dengan amal itu sendiri. Adakan kalian tidak pernah mendengar Allah s.w.t berfirman : Sesungguhnya Dia (Allah) hanya menerima (amalan-amalan) daripada mereka yang bertaqwa [al-Maidah : 27]
 و عن فضالة بن عبيد قال : لأن أكون أعلم أن الله قد تقبل مني مثقال حبة من خردل أحب إلي من الدنيا و ما فيها لأن الله يقول : { إنما يتقبل الله من المتقين }
Fudhalah bin ‘Ubaid berkata: Seandainya aku mengetahui Allah menerima amalan aku walau seberat biji benih, itu lebih aku cintai daripada dunia dan isinya. Ini kerana Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan-amalan) mereka yang bertaqwa.
قال ابن دينار : الخوف على العمل أن لا يتقبل أشد من العمل و قال عطاء السلمي : الحذر الاتقاء على العمل أن لا يكون لله
Ibn Dinar berkata: Perasaan takut bahawa amalan tidak akan diterima itu lebih kuat daripada amalan itu sendiri. ‘Atha’ as-Salami berkata: Berhati-hatilah menjaga amal agar ia takut-takut ia dilakukan bukan kerana Allah.
و قال عبد العزيز بن أبي رواد : أدركتهم يجتهدون في العمل الصالح فإذا فعلوه وقع عليهم الهم أيقبل منهم أم لا قال بعض السلف كانوا يدعون الله ستة أشهر أن يبلغهم شهر رمضان ثم يدعون الله ستة أشهر أن يتقبله منهم
Abdul Aziz bin Rawwad berkata: Aku melihat generasi salaf sangat bersungguh-sungguh melakukan amal soleh. Apabila mereka telah melakukannya, timbul pula perasaan risau adakah amalan itu diterima atau tidak.
Sebahagian generasi salaf menyatakan : Mereka akan berdoa kepada Allah enam bulan (sebelum Ramadhan) agar Ramadhan dapat bertemu dengan mereka, kemudian mereka berdoa selama enam bulan (selepas Ramadhan) agar Allah menerima amalan-amalan mereka.
خرج عمر بن عبد العزيز رحمه الله في يوم عيد فطر فقال في خطبته : أيها الناس إنكم صمتم لله ثلاثين يوما و قمتم ثلاثين ليلة و خرجتم اليوم تطلبون من الله أن يتقبل منكم كان بعض السلف يظهر عليه الحزن يوم عيد الفطر فيقال له : إنه يوم فرح و سرور فيقول : صدقتم و لكني عبد أمرني مولاي أن أعمل له عملا فلا أدري أيقبله مني أم لا ؟
Pada satu hari raya Aidilfitri, Umar bin Abdul Aziz keluar lalu berkata di dalam khutbahnya: Wahai manusia! Sesungguhnya kalian telah berpuasa ikhlas kerana Allah selama tiga puluh hari. Kalian telah bangun beribadah di waktu malam selama tiga puluh malam, dan kalian telah keluar pada hari ini menuntut daripada Allah agar amalan-amalan kalian diterima.
Sebahagian generasi salaf, jelas kelihatan pada wajah mereka kesedihan pada hari raya Aidilfitri, lalu mereka disoal: Bukankah ini adalah hari untuk bergembira?
Mereka menjawab: Engkau betul, akan tetapi aku adalah seorang hamba, Tuan aku menyuruh aku beramal, tetapi aku tidak tahu adakah Dia akan menerima amalan aku atau tidak.
رأى وهب بن الورد قوما يضحكون في يوم عيد فقال : إن كان هؤلاء تقبل منهم صيامهم فما هذا فعل الشاكرين و إن كان لم يتقبل منهم صيامهم فما هذا فعل الخائفين
Wahab bin al-Warid melihat sekumpulan manusia bergelak ketawa di hari raya, lalu dia berkata: Seandainya mereka adalah orang yang diterima puasanya, adakah ini perilaku manusia bersyukur? Jika puasa mereka tidak diterima, adakah ini perilaku manusia-manusia yang takut.
و عن الحسن قال : إن الله جعل شهر رمضان مضمارا لخلقه يستبقون فيه بطاعته إلى مرضاته فسبق قوم ففازوا و تخلف آخرون فخابوا فالعجب من اللاعب الضاحك في اليوم الذي يفوز فيه المحسنون و يخسر فيه المبطلون
Al-Hasan berkata: Sesungguhnya Allah menjadikan Ramadhan sebagai medan perlumbaan untuk makhluk-makhluknya berlumba-lumba melakukan ketaatan untuk memburu keredhaanNya. Sebahagian manusia mendahului perlumbaan lalu mereka lah yang menang. Sebahagian yang lain tercicir di belakang lalu merekan insan yang diulit kekecewaan. Sungguh pelik mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa pada hari kejayaan orang-orang yang baik, dan hari kerugian orang-orang jahat.
[Lathoif al-Maarif m/s 181]
------------------
Bukanlah tujuan tulisan ini menyuruh kita bersedih dan bergundah gulana di hari raya. Sungguh bergembira di hari raya adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Hanya sahaja tulisan ini satu sesi muhasabah awal kita di awal Syawal untuk kita membanyakkan doa agar amalan-amalan Ramadhan kita diterima Allah s.w.t.

Awas!! 6 Makanan Tiruan Yang Merbahaya Dari Negara China

 

pemudacheh.blogspot.
 
Sememangnya kita sudah ketahui, semua perkara-perkara pelik kebanyakannya datang dari China, dahlu pernah seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan telur palsu yang dikatakan dijual secara meluas di seluruh dunia.
 Namun bukan itu sahaja yang palsu, sebenarnya ada banyak lagi cuma tidak dihebah-hebahkan. Pada kali ini kami akan membawa anda menerjah beberapa makanan palsu yang dihasilkan di China
 
1)Kacang walnut palsu
Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang ori dan digam.
 
2)Madu lebah palsu
Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu.Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.
 
3)Daging lembu palsu
Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi. Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser.
 
4)Beras palsu
Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras.”Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik,” kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.
 
5)Telur palsu
Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air.Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur.Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan memori dan demensia.
 
6)Ban kitar semula
Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.
Harap benda-benda macam ni tak sampai kat Malaysia.. susah untuk kita mengenalpasti makanan yang “original” dengan makanan yang “palsu”. Kepada semua pembaca blog Addin berhati-hatilah dalam membeli makanan..
 

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda