Sunday, October 24, 2010
Adab bersin
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak." (Sahih Muslim)
Huraian:
1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan "alhamdulillah", sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan "yarhamukallah" sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan "Yahdiinaa wayahdiikumullah". Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan 'al-hamdulillah' selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.
4. Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan "Yarhamukallah" dengan ucapan "Yahdiina wayahdii kumullah", dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan "Afakallah" (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan "Yarhamukallah".
5. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.
Sumber: JAKiM

Sunday, October 17, 2010
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
Sumbangan : Iskandar Hassan
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.
Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.
Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Saturday, October 16, 2010
DOA DAN ZIKIR BERHUBUNG DENGAN JALAN SULUK
| Sesiapa yang memilih untuk memisahkan dirinya daripada dunia supaya dia dapat menghampiri Allah hendaklah tahu ibadat-ibadat seperti doa dan zikir yang sesuai untuk tujuan tersebut. Melakukan ibadat tersebut memerlukan suasana yang suci dan sebaik-baiknya berada di dalam keadaan berpuasa. Bilik khalwat biasanya berhampiran dengan masjid kerana syarat bagi salik perlu meninggalkan bilik khalwatnya lima kali sehari bagi mengerjakan sembahyang berjemaah dan pada ketika tersebut hendaklah menjaga dirinya agar tidak menonjol, menyembunyikan diri dan tidak berkata-kata walau sepatah perkataan pun. Sesiapa yang di dalam suluk hendaklah mengambil langkah tegas untuk lebih menghayati dan mematuhi prinsip-prinsip, dasar-dasar dan syarat-syarat sembahyang berjemaah. Setiap malam, ketika tengah malam, salik mestilah bangun untuk mengerjakan sembahyang tahajjud, yang bermaksud suasana jaga sepenuhnya di tengah-tengah tidur. Sembahyang tahajjud membawa symbol kebangkitan setelah mati. Bila seseorang berjaya bangun untuk melakukan sembahyang tahajjud dia adalah Pemilik hatinya dan pemikirannya bersih. Agar suasana jaga ini tidak rosak dia tidak seharusnya melibatkan diri dengan kegiatan harian seperti makan dan minum. Sebaik sahaja bangun dengan menyedari dibangkitkan daripada kelalaian kepada kesedaran, ucapkan: "Alhamduli-Llahi ahyani ba'da ma amatani wa-ilaihin-nusyur- Segala puji bagi Allah yang membangkitkan daku setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua akan dibangkitkan dan kembali kepada-Nya". Kemudian bacakan sepuluh ayat terakhir surah al-‘Imraan, iaitu ayat 190 - 200. Selepas itu mengambil wuduk dan berdoa: "Kemenangan untuk Allah! Segala puji untuk-Mu. Tidak ada yang lain daripada-Mu yang layak menerima ibadat. Daku bertaubat dari dosaku. Ampuni dosaku, maafkan kehadiranku, terimalah taubatku. Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan. Wahai Tuhanku! Masukkan daku ke dalam golongan mereka yang menyedari kesalahan mereka dan masukkan daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih yang memiliki kesabaran, yang bersyukur, yang mengingati Engkau dan yang memuji Engkau malam dan siang". Kemudian dongakkan pandangan ke langit dan buat pengakuan: "Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, tiada sekutu, dan aku naik saksi Muhamamd adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Daku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu. Daku berlindung dengan keredaan-Mu daripada murka-Mu. Daku berlindung dengan-Mu daripada-Mu. Aku tidak mampu mengenali-Mu sebagaimana Engkau kenali Diri-Mu. Aku tidak mampu memuji-Mu selayaknya. Daku adalah hamba-Mu, daku adalah anak kepada hamba-Mu. Dahiku yang di atasnya Engkau tuliskan takdir adalah dalam tangan-Mu. Perintah-Mu berlari menerusi daku. Apa yang Engkau tentukan untukku adalah baik bagiku. Daku serahkan kepada-Mu tanganku dan kekuatan yang Engkau letakkan padanya. Daku buka diriku di hadapan-Mu, mendedahkan semua dosaku. Tiada Tuhan kecuali Engkau, dan Engkau Maha Pengampun, aku yang zalim, aku yang berbuat kejahatan, daku menzalimi diriku. Untukku kerana daku adalah hamba-Mu ampunkan dosa-dosaku. Engkau jualah Tuhan, hanya Engkau yang boleh mengampunkan". Kemudian menghadap ke arah kiblat dan ucapkan: "Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan membesarkan-Nya". Kemudian ucapkan sepuluh kali: "Segala kemenangan buat Allah". Kemudian ucapkan sepuluh kali: "Segala puji dan syukur untuk Allah". Kemudian ucapkan sepuluh kali: "Tiada Tuhan melainkan Allah". Kemudian lakukan sembahyang sepuluh rakaat, dua rakaat satu salam. Nabi s.a.w bersabda, "Sembahyang malam dua, dua". Allah memuji orang yang bersembahyang malam. "Dan di sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang sunat untukmu, supaya Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji". (Surah Bani Israil, ayat 79). "Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur, dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan penuh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan". (Surah as-Sajadah, ayat 16 & 17). Kemudian pada akhir malam bangun semula untuk mengerjakan sembahyang witir tiga rakaat, sembahyang yang menutup semua sembahyang-sembahyang pada hari itu. Pada rakaat ketiga selepas al-Faatihah bacakan satu surah dari Quran, kemudian angkatkan tangan seperti pada permulaan sembahyang sambil ucapkan "Allahu Akbar!" dan bacakan doa qunut. Kemudian selesaikan sembahyang seperti biasa. Setelah matahari terbit orang yang di dalam suluk perlu melakukan sembahyang isyraq, sembahyang yang menerangi, dua rakaat. Selepas itu melakukan sembahyang istihadha' dua rakaat, mencari perlindungan dan keselamatan daripada syaitan. Pada rakaat pertama selepas al-Faatihah bacakan surah al-Falaq. Dalam rakaat kedua selepas al-Faatihah bacakan surah an-Nas. Bagi mempersiapkan diri untuk hari itu lakukan sembahyang sunat istikharah, sembahyang meminta petunjuk Allah untuk keputusan yang benar pada hari itu. Pada tiap rakaat selepas al-Faatihah bacakan ayat al-Kursi. Kemudian tujuh kali surah al-Ikhlas. Kemudian pagi itu lakukan sembahyang dhuha, sembahyang kesalihan dan kedamaian hati. Lakukan enam rakaat. Bacakan surah asy-Syams dan surah ad-Dhuha. Sembahyang dhuha diikuti oleh dua rakaat kaffarat, sembahyang penebusan terhadap kekotoran yang mengenai seseorang tanpa boleh dielakkan atau disedari. Tersentuh dengan kekotoran walaupun secara tidak sengaja masih berdosa, boleh dihukum. Ini boleh berlaku walaupun di dalam suluk, misalnya melalui keperluan tubuh badan. Nabi s.a.w bersabda, "Jaga-jaga dari najis - walaupun ketika kamu kencing, satu titik tidak mengenai kamu - kerana ia adalah keseksaan di dalam kubur". Setiap rakaat, selepas membaca al-Faatihah bacakan surah al-Kausar tujuh kali. Satu lagi sembahyang - panjang, walaupun empat rakaat - harus dilakukan dalam satu hari semasa khalwat atau suluk. Ini adalah sembahyang tasbih - sembahyang penyucian atau pemujaan. Jika seseorang itu mengikuti mazhab Hanafi dia melakukannya empat rakaat satu salam. Jika dia berfahaman Syafi'e dilakukannya dua rakaat satu salam, dua kali. Ini jika dilakukan di siang hari. Jika dilakukan malam hari Hanafi dan Syafi'e sependapat, dua rakaat satu salam, dua kali. Nabi s.a.w memberitahu mengenai sembahyang ini kepada bapa saudara baginda, Ibnu Abbas, "Wahai bapa saudaraku yang ku kasihi. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu satu pemberian. Perhatikanlah aku akan Sampaikan kepada kamu satu yang sangat baik. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu kehidupan dan harapan baharu. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu sesuatu yang bernilai sepuluh daripada perbuatan-perbuatan yang baik. Jika kamu kerjakan apa yang aku beritahu dan ajarkan kepada kamu Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu yang lalu dan yang akan datang, yang lama dan yang baharu, yang kecil dan yang besar. Lakukan secara diketahui atau tidak diketahui, secara tersembunyi atau terbuka". "Engkau kerjakan sembahyang empat rakaat. Pada tiap-tiap rakaat selepas al-Faatihah kamu bacakan satu surah dari Quran. Ketika kamu berdiri bacakan lima belas kali: Subhana Llahi il-hamdu li-Llahi la ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar, wa-la hawla wa-la quwwata illa billahil l-‘Ali I-‘Azim. Bila kamu rukuk, tangan di atas lutut, bacakan sepuluh kali. Ketika berdiri ulanginya sepuluh kali lagi. Ketika kamu sujud bacakan sepuluh kali. Bila kamu bangun dari sujud bacakan sepuluh kali. Ketika duduk bacakan sepuluh kali. Sujud semula bacakan sepuluh kali. Duduk semula bacakan sepuluh kali. Kemudian bangun untuk rakaat kedua. Lakukan serupa untuk rakaat yang lain sehingga empat rakaat". "Jika kamu mampu lakukan sembahyang ini setiap hari. Jika tidak lakukan sekali sebulan. Jika tidak mampu juga lakukan sekali setahun. Jika masih tidak mampu lakukan sekali seumur hidup". Jadi, empat rakaat itu tasbih diucapkan sebanyak tiga ratus kali. Sebagaimana Nabi s.a.w ajarkan kepada bapa saudara baginda Ibnu Abbas, dianjurkan juga kepada orang yang bersuluk melakukan sembahyang tersebut. Selain daripada tugas tersebut orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca Quran sekurang-kurangnya sebanyak 200 ayat sehari. Dia juga hendaklah mengingati Allah secara terus menerus dan menurut suasana rohani, samada menyebut nama-nama-Nya yang indah secara kuat atau senyap di dalam hati. Ingatan di dalam hati secara senyap hanya bermula bila hati kembali jaga dan hidup. Bahasa zikir ini adalah perkataan rahsia yang tersembunyi. Setiap orang mengingati Allah menurut keupayaan masing-masing. Allah berfirman: "Hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu". (Surah al-Baqarah, ayat 198). Ingatlah kepada-Nya menurut kemampuan kamu. Pada setiap tahap kerohanian ingatan itu berbeza-beza. Ia mempunyai satu nama lagi, ia mempunyai satu sifat lagi, satu cara lagi. Hanya orang yang ditahap itu tahu zikir yang sesuai. Orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca surah al-Ikhlas seratus kali sehari. Perlu juga membaca Selawat seratus kali sehari. Dia juga perlu membaca doa ini sebanyak seratus kali: "Astaghfiru Llah al-‘Azim, la ilaha illa Huwa l-Hayy ul-Qayyum - mimma qaddamtu wa-ma akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma asrartu wa-ma anta a'lamu bihi minni. Anta l-Muqaddimu wa-antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir". Masa yang selebihnya setelah dilakukan ibadat-ibadat yang telah dinyatakan, gunakan untuk membaca Quran dan lain-lain pekerjaan ibadat. |
Friday, October 15, 2010
ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?" |
__._,_.___
Hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha..
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak. - Riwayat At-Tirmidzi
Coretan Santai : Saya dan iPhone 4
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Saya difahamkan ledakan iphone-4 sedang melanda Malaysia sekarang kini. Kami di United Kingdom telah merasainya sejak tiga bulan yang lepas. Sekarang ini jika dipandang ke kiri dan kanan, sama ada di dalam train atau sebelah kereta lain, amat mudah terlihat ‘mat saleh’ yang menggunakan i-phone 4. Semua kelihatan khusyuk membelek-belek smart phone model baru itu.
Saya adalah salah seorang yang terkena ledakan tersebut. Walau pada asalnya, tiada hasrat tetapi apabila tersebar isu antenna i-phone 4 bermasalah. Saya tergerak untuk mengetahui lebih lanjut perihal isu terbabit lalu mencari hakikat sebenar disebaliknya. Kebetulan CEO Apple Ltd, Steve Jobs baru sahaja membuat sidang media menjelaskan isu tersebut. Video penjelasannya boleh ditonton di web syarikat berkenaan.
Sidang media tersebut mendapat reaksi rencam dari komuniti teknologi komunikasi Ada yang mengecam kerana beliau cuba menyamakan masalah terbabit dengan smart phone keluaran yang lain seperti HTC Desire dan Blackberry (keluaran RIM). ada pula yang berpuas hati. Saya yang ketika itu menggunakan smart phone Nokia E71 juga mendapati bar coverage akan menurun mendadak apabila digenggam.
Saya mula meneliti hujah-hujah Steve Jobs dengan lebih serius, dari semasa ke semasa, disedari saya mula tergerak hati untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan iphone4 dan kelebihannya berbanding iphone 3G dan 3GS sebelumnya. Hasil serba sedikit penyelidikan, bacaan review di internet serta melihat sendiri iklan-iklan iPhone4 yang terdapat di web apple, saya mengambil keputusan membelinya. Khususnya apabila diberitahu berkenaan kebolehan iphone untuk teks Arabic, kitab Arab, Ensaiklopedia Hadis dan Al-Quran. Sudah lama saya memikirkan untuk mencari phone yang boleh membantu saya membuat rujukan apabila tidak berada di rumah, jauh dari kitab-kitab.
Pada 28 Julai 2010, saya menempah sebuah iPhone4 melalui web apple secara terus. Harga yang perlu dibayar adalah £499. Menunggu hampir tiga minggu, iPhone4 yang ditunggu-tunggu sampai jua, iaitu pada 12 Ogos 2010. Namun apakah kelebihan dan kelemahan iphone4 ini?. Saya kongsikan sebahagiannya di dalam artikel ini.
AKIBAT TIDAK CUKUP PERSEDIAAN ILMU
Walau sudah melakukan kajian, namun lucunya keghairahan menikmati kehebatan iPhone4 tergendala. Saya yang sebelum ini, merupakan pengguna setia telefon bimbit dan smartphone jenama NOKIA (sejak 15 tahun dahulu saya telah menggunakan nokia), kini terkena kejutan budaya. Ini disebabkan :-
- Sim card yang boleh dimasukkan ke dalam iphone adalah micro sim card. Oleh kerana saya membeli iPhone4 ini tidak melalui mana-mana kontrak telefon. Saya terpaksa mencari jalan untuk memotong sim card saiz biasa kepada saiz micro. Tiada sebarang panduan dari buku yang disediakan berkenaan cara memotong sim card anda. Ini agak mendukacitakan saya, sehingga terpaksa mencari video penerangan di web dan youtube. Rupanya ia boleh dipotong menggunakan alat khas atau gunting dan pisau. Disebabkan bimbang sim card tersalah potong, saya terpaksa melawati sebuah kedai telefon dan terpaksa memebayar £ 3 hanya untuk memotong kad sim dengan alat, sedang proses itu hanya memakan masa selama 10 saat.
- Sesudah berjaya memasukkan sim card, tergendala lagi hasrat untuk terus menggunakannya. Saya diberitahu oleh pemilik kedai telefon tadi agar pergi mendaftar iTunes di internet bagi mengaktifkan iphone saya. Hmm, bagi orang yang tidak pernah melibatkan diri dengan barangan apple dan iphone, maklumat itu cukup memeningkan kepala. Apa pula iTunes ? Tiada pula disebut di buku panduan kecil yang disediakan. Pelbagai pertanyaan dan perasaan geram melanda ketika saya memandu pulang dari kedai. Ketika itu, terdetik di minda, betapa susahnya untuk menggunakan iPhone4 ini berbanding telefon jenis Nokia. Terfikir juga, sukarnya menggunakan iPhone jika rumah anda tiada komputer dan internet, kerana sukar mendaftar iTunes.!
- Di rumah, saya mula mencari jalan memuat turun dan mendaftar di itunes, akhirnya, barulah berjaya mengaktifkan iTunes dan juga iPhone4 saya. Barulah ia boleh digunakan seperti biasa.
Begitulah kesukaran yang terpaksa dihadapi apabila kita ingin mencuba sesuatu perubahan. Walau terpaksa memakan masa hampir satu jam sebelum boleh menggunakan iPhone 4. Saya amat berharap, ia berbaloi dan menambah efisyen saya dalam mengakses maklumat, menguruskan sms, telefon, web, facebook dan sebagainya.
KELEBIHAN
Bagi sesiapa yang sedang berfikir-fikir untuk membelinya, mungkin tulisan ringkas saya ini sukar membantu anda, kerana saya bukan pakar dalam bab ini dan saya juga tidak akan memasukkan penilaian secara terperinci. Saya juga tidak akan membuat sebarang perbandingan dengan smartphone lain secara komprehensif. Mudah ceritanya, ini bukanlah sebuah review yang professional tetapi hanya celoteh peribadi. Pun begitu, saya kira ia masih boleh memberi serba sedikit perkara penting berkenaan iPhone4.
Sejak menggunakannya lebih dua bulan yang lalu, selaku orang kebanyakan, saya boleh menyebutkan beberapa kelebihannya iaitu:
1. Akses internet sangat mudah dan laju. Selain bergantung kepada kelajuan Wifi di kawasan anda, saya juga dapat melihat kelajuannya apabila menggunakan 3G ketika di luar rumah. Ia jauh lebih laju dari phone Nokia E71 saya sebelum ini. Menurt kajian ini, iphone4 mempunyai 512MB RAM, 1GHz processor (buka sini) . Itu hampir menyamai spesifikasi sebuah netbook.
2. Touch screennya sangat berkesan dan baik. Ia juga tidak akan selalu 'tertekan' dek kerana tersentuh oleh benda-benda lain seperti kunci, pen dan sebagainya ketika di dalam poket. Ini kerana touch screen iphone hanya berfungsi dengan sentuhan berhaba dari tangan. Saya masih ingat suatu ketika dahulu pernah menggunakan telephone dari jenis touch screen, asyik tertekan dan terdail kerana ia akan berfungsi asal sahaja disentuh screennya, tidak kira jari yang menyentuh atau kertas, kunci dan sebagainya. Cuma lucunya, di Negara sejuk seperti United Kingdom ini, jika kita menggunakan glove sewaktu cuaca sejuk, kita tidak akan boleh menggunakan iPhone kecuali terpaksa menekan menggunakan hidung.!
3. Screen iPhone 4 sangat cemerlang dari sudut kejelasannya, kualitinya standing sebuah TV LCD. Menonton kartun yang disewa dan dibeli dari iTunes melalui iPhone4 adalah menakjubkan. Sebuah smartphone yang hampir-hampir menyamai reka bentuk iPhone4 adalah Samsung Galaxy S, harganya lebih murah namun screennya sama sekali tidak mampu menandingi kejelasan Iphone4. Screen ini juga dibuat dari gelas dan tahan lasak dan tidak calar. At least, itu pendapat peribadi saya.
4. Terdapat pelbagai aplikasi Al-Quran di iTunes, yang percuma dan juga berbayar. Menggunakannya sangat mudah dan amat memudahkan untuk membaca, mencari dan merujuk ayat Al-Quran.
5. Terdapat pelbagai aplikasi hadis yang juga memudahkan, malah dengan processor yang laju, merujuk hadis di internet melalui browser khusus apple iaitu SAFARI. Khususnya apabila saya boleh melakukan carian dengan teks Arabic.
6. Baterinya yang tahan namun ia bergantung kepada penggunaan kita, lebih banyak digunakan internet dan 3G atau movie dan muzik, tentunya lebih cepat kehabisan bateri.
7. Pelbagai aplikasi percuma yang lain turut membantu seperti map yang berfungsi sebagai navigator, telah kerap kali saya menggunakannya sama ada ketika memandu kereta mahupun berjalan kaki. Ia amat membantu, pengalaman saya mencari destinasi di tengah kota London, sangat memudahkan.
8. Selain itu, aplikasi Wikipedia, dictionary, kompas arah, kompas solat, nilai pertukaran matawang, facebook, tesco shopping, peta underground London, lampu torch light dan terlalu banyak lagi. Saya juga cukup merasa teruja dengan aplikasi percuma bar code detector (namanya Red Laser) yang membantu membandingkan harga di pasaran hanya dengan melakukan scan bar code, akan diketahui harga barang itu di pasaran dan internet. Banyak lagi aplikasi boleh diperolehi secara percuma, termasuklah games dan lain-lain. Ringkasnya, kebiasaan saya yang sebelum ini hanya menggunakan telephone untuk sms, telefon dan sekali sekala internet, kini berubah. Banyak yang menjadi lebih mudah dengan kehadiran iPhone4 di dalam genggaman.
8. Prestasi gambar yang ditangkap adalah sederhana, layak dengan kualiti 5 megapixel. Walaupun demikian, semua gambar dan video yang ditangkap menggunakan iphone4, akan kelihatan sharp dan cantik, namun sejurus dipindahkan ke komputer desktop. Ia tidaklah secantik ketika dilihat di screen iPhone, mungkin bergantung kepada kualiti screen komputer pula.
9. Seperti beberapa smartphone yang lain, iPhone4 juga boleh disambung ke laptop anda dan boleh berfungsi sebagai usb modem, namun menggunakannya tidak semudah menggunakan smartphone Nokia seperti E71.
10. Walau harganya agak tinggi, saya berpuas hati kerana haragnya stabil dan tetap dalam tempoh yang agak lama. Lihat sahaja iPhone 3G dan 3GS, harganya telefon baru kekal sekian lama. Ia memudahkan sesiapa yang memilikinya menjual dengan harga yang masih baik. Buka sahaja ebay jika ingin melihat harganya yang stabil.
11. Anda boleh membaca pdf file di iphone anda tanpa sebarang masalah, ia secara automatis boleh dibuka atau anda perlu install aplikasi pdf reader lite (ia percuma). Tempoh download juga cepat dan pantas. Saya mendownload article ini melalui browser internet di iPhone 4 saya hanya dalam masa 30 saat sahaja. Semua attachment di email yang menggunakan format Microsoft juga boleh dibaca.
Lain-lain kelebihan boleh dirujuk di pelbagai laman web review smartphone yang professional.
KELEMAHAN
Antara kelemahan yang saya rasai dengan paling jelas adalah :
1. Fungsi smsnya; jika anda seorang yang kerap dan penghantar sms tegar. Bersms di iPhone4 adalah di bawah paras selesa. Saya katakan demikian kerana :-
- Sukar untuk menghantar sms kepada ramai sekaligus. Ia memang boleh dilakukan tetapi susunan senarai contact dan cancel terlalu dekat, sehingga amat kerap setelah saya memilih beberapa ramai individu yang ingin saya hantar sms dari ratusan senarai contact, tiba-tiba apabila tersentuh ‘cancel’, semua hilang sekaligus. Amat mengecewakan.
- Jika dihantar kepada ramai sekaligus, tiba-tiba salah seorang dari contact anda tidak valid atau sms tidak dihantar, mesej ‘sending failed’ akan muncul di iPhone4 anda, tetapi tidak dinyatakan dari kumpulan yang dihantar, siapakah diantara mereka yang failed. Anda tidak akan tahu siapa dari kumpulan itu yang tidak menerimanya.
- Tiada fungsi draft sms yang saved untuk dihantar kemudian.
- Sukar memasukkan contact dalam senarai penerima sms, kerana setiap kali dipilih, kita diperlukan untuk bermula dari huruf A semula. Katalah kita memilih seorang contact kita dengan nama 'zaharuddin', bermakna di huruf Z, tetapi sejurus di tekan, dan apabila kita ingin memasukkan nama 'Zamri', senarai akan bermula dari A semula dan perlu dicari bermula dari atas. Ini menjadikan kerja remeh dan rumit. Bukankah lebih baik jika ia menyeranaikan semua contact dan boleh di’tick’ sekali banyak. Malangnya fungsi itu tiada.
2. Senarai rekod nama panggilan yang anda dail (call out), panggilan terima (call in) dan missed call tidak tersusun dengan baik. iPhone4 hanya menyediakan senarai missed dan all sahaja. Bermakna jika anda ingin melihat senarai panggilan lalu yang dibuat, pemilik akan terpaksa mencari di senarai keseluruhan (all) yang menggabungkan call out, call in dan missed. Sememangnya ada tanda kecil yang membezakan panggilan keluar dan masuk, tetapi apabila pemilik kerap menggunakan telefon, senarainya terlalu banyak.
3. Masalah antenna yang diwarwarkan sudah tentu merupakan kelemahan, walau pemilik iPhone4 ditawarkan bumper percuma, namun kelebihan iPhone4 seperti nipis, elegan, ringan sudah tiada erti, kerana apabila terpaksa dipakaikan bumper, ia menjadi tebal, semkain berat dan tidak lagi berkilat malah bercalar kerana terlihat jelas bumper yang calar. Bumper percuma hanya boleh diperolehi setelah membuat permohonan melalui aplikasi khas di iTunes, dan saya terpaksa menunggu dua minggu sebelum menerimanya.
4. Katalah anda menyewa atau membeli filem dari iTunes, malangnya anda hanya boleh menontonnya di screen kecil iPhone4 atau komputer anda yang mempunyai iTunes. Ia tidak boleh disambung ke TV untuk ditonton dengan lebih selesa. Ya, ia sebenarnya boleh, tetapi anda terpaksa membeli kabel khusus yang tidak diberi percuma. Ia berbeza dengan Nokia N8 yang memberi percuma kabel berkenaan beserta smartphonenya.
5. Semua jenis iPhone tidak boleh membuka Adobe Flash. Walau ia sebuah kelemahan, namun orang biasa seperti saya tidak begitu merasakan keperluannya.
6. iPhone4 tidak ada slot sd card untuk mengambil data dan dimasukkan data. Semua mesti melalui itunes.
7. Anda tidak boleh save sebarang Microsoft word ke dalam iPhone4, kecuali dengan aplikasi berbayar.
8. iPhone4 juga tidak boleh berfunsgi sebagai usb thumb drive. Tetapi ia boleh menyimpan beberapa document melalui aplikasi simple drive, harganya aplikasi ini adalah £ 0.59 sahaja. Ia adalah kelemahan berbanding Nokia N8 yang dengan begitu mudah boleh berfungsi sebagai usb drive, malah semua pembeli diberikan kabelnya secara percuma. Boleh lihat cara menjadikan iPhone4 anda sebagai usb drive.
KESIMPULAN
Begitulah lebih kurang beberapa info yang mampu saya kongsikan, pun begitu saya tidaknafikan mungkin sebahagian kelemahan yang saya nyatakan telah dijumpai cara penyelesaiannya oleh mereka yang pakar. Jika anda mengetahuinya, silalah berkongsi di sini.
Kesimpulannya, saya masih merasa syukur dengan prestasi iPhone4 yang dibeli, walau sekali sekala ada terdetik rasa rugi disebabkan kelemahan yang saya sebutkan di atas. Ada juga terdetik rasa rindukan keypad, lebih lagi apabila melihat iklan Blackberry Torch. Namun melihat rating yang rendah di sini (Blacberry Torch), minat itu semakin menghilang.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
11 Oktober 2010
London, United Kingdom
Kisah professor dengan si pengayuh sampan
Posted By PakarHowTo On March 9, 2010 (1:21 am)
Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”
.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Sumber Artikel : Majalah Solusi No.16 (Sebuah majalah yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh semua orang. Maklumat lanjut, sila dapatkan majalah solusi di pasaran. TQ)
Subscribe to:
Posts (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Kenapa hati tidak tenang: 1. Selalu tinggal solat, lengah solat atau tidak cukup solat 5 waktu 2. Selalu berdosa 3. Melukakan hati ibubapa...