Sunday, May 10, 2015

Taqlid Buta Kerana Jahil & Kepentingan Politik

greenboc.blogspot

Posted by Green Boc

Zakat tak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?' 
KUALA LUMPUR - "Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman. 

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.
 

"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba panduan dari Tabung Haji tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan. 

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini. 

Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya. 

Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil. 

"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan. 

"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit. 

"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu habis ceritalah," katanya.

Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi. 

"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu. 

"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya. 

"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya. -SH 

ULASAN GB
GB melihat isu ini timbul akibat dari dua perkara. Pertama jahil keduapolitik.

Jahil kerana dijahilkan oleh sistem pendidikan agama di negara ini sekian lama. Menanamkan pendidikan agama hanya dari satu aliran iaitu mazhab Syafie. Tidak diketengahkan pandangan dan pendapat imam-imam ahli sunnah wal-jamaah yang lain seperti Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Proses penjahilan ummah ini telah berlaku zaman berzaman sehingga ajaran dari Imam Syafie saja yang dianggap "Islam" manakala yang lain tidak. Maka kesannya jadilah penganut Islam di Malaysia ini sebagai pentaksub Syafie. Sedangkan Imam Maliki adalah guru kepada Syafie. Tidak pernah mereka bertelagah, Syafie sendiri tidak menyuruh mengikut beliau membuta-tuli. Katanya: 

“Apabila kamu mendapati di dalam kitabku sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka berkatalah kamu dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggalkanlah apa yang aku kata.” Dan dalam riwayat lain: “Maka ikutlah ia (Sunnah Nabi) dan janganlah kamu berpaling-paling kepada perkataan seseorang yang lain.” 

Kedua ialah politik. Hanya semata-mata program itu berlaku di negeri Selangor maka disernag habis-habisan. Sedangkan program pelajar sekolah agama memegang anjing di negeri Johor tidak pula dihebahkan.

Tiba-tiba bangun sekalian ulamak, sekalian ustaz, sekalian mufti menghentam proram sentuh anjing di Selangor. Sehingga surat kebenaran yang dikeluarkan sendiri pun dinafikan, dituduh pula penganjur memanipulasi surat berkenaan.

Dituduhkan pula program itu konopnnya sebagai agenda "liberalisme". Bukankah jelas serangan itu bermotif politik?

Jika "liberalisme", apakah puak yang menuduh itu sanggup menuduh Imam Maliki dari ahli sunnah wal-jemaah sebagai penganjur "liberalisme" semata-mata hanya menyatakan menyentuh anjing itu tidak haram?

Ada pula mufti siap suruh peserta program itu bertaubat. Habis Imam Maliki dan para pengikutnya perlu bertaubat jugakah wahai sang mufti?

Kejahilan dan kepentingan politik menyebabkan sehingga ada pihak sanggup mengancam dan mengugut untuk membunuh penganjur program berkenaan. Konon akulah saja pembela ajaran Islam sebenar dinegara ini.

Inilah paradoks di dalam pengamalan agama di negara kita. Ini baru perbezaan pendapat ulamak di dalam kelompok "Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sendiri sudah menampakkan gejala TAQLID BUTA untuk kepentingan politik. Jikalah Imam Maliki yang berijtihad tidak haram menyentuh anjing itu bukan dari kumpulan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, (dari mazhab Syiah umpamanya), sudah tentu dah dikafirkan oleh sebilangan umat Islam di negara ini. Itupun sudah ada yang menuduh dan memfitnah penganjur program berkenaan sebagai Krisitian. 
comments:

bukan ustaz said...
Banyak lagi perkara di malaysia orang tak ikut Mazhab Syafi'e terutama bab-bab muammalat.

mengikut pendapat di dalam Mazhab Syafie, menutup muka (pakai purdah) bagi perempuan di luar rumah itu wajib...tetapi di Pejabat kerajaan, sekolah, universiti Malysia haram pula...apa macam?
IbnAbdHalim said...
Org Melayu bab agama main ikut2 saja. Mazhab Syafiepun tak kenal. Banyak yg Imam Syafie tak buat tapi diamal oleh org Melayu. Islam membaka didada org Melayu dgn tanpa ilmu.
Anonymous said...
Kita di Malaysia berpegang kpd Mazhab Imam Shafie. Jadi tak boleh sesuka hati untuk berpegang kpd mazhab yg lain kecauli dalam keadaan tertentu atau darurat. Contohnya semasa menunaikan haji. Tak batal wuduk hanya semasa melakukan ibadah tawaf sahaja, bagi memudahkan jemaah melakukan ibadah tersebut, bukan sepanjang masa berada di Mekah. Begitu juga dengan membayar zakat fitrah. Bayar dengan wang bagi menggantikan beras adalah untuk memudahkan pembayar, penerima dan pihak yang menguruskannya . bayangkan jika setiap orang yang membayar zakat fitrah, menggunakan beras, bagaimanakah keadaannya, bagaimana pihak Amil hendak menyimpannya dan bagaimana hendak diagih-agihkan, tentu akan menyusahkan.Lagipun semua orang termasukyang menerima zakat fitrah itu ada mempunyai beras. Sebabtu digantikan beras tu dengan wang ringgit. Ini berbeza dengan program Sayang Anjing, Sentuh anjing, belai anjing. Dimana daruratnya porgram itu. Memang Imam maliki tidak mengharamkan anjing, tapi Imam Maliki malah nabi Muhammad SAW juga tidak pernah menyuruh umat nya memegang dan membelai anjing dengan sengaja seperti yang dilakukan oleh penganjur.
Anonymous said...
Umat melayu mr. Beanlah katakan. Kalau umat islam sealiran dgn kita ahli sunnah wal jamaah di negara lain tahu diaorang for sure ketawa dan jadi bahan lawak kpd diaorang, nak tunjukkan disini betapa bodohnya umat islam di malaysia.

Bagi umat melayu mr. Bean, mengikut mazhab syafie bayaran zakat harus dibuat menggunakan beras beb bukan RM, so lu pertikaikan sangat lu bayarlah guna beras. Mampus amil nak angkat bertan - tan beras hasil bayaran zakat. So guna otak fikirlah mana lagi mudah nak guna beras sampai mampus amil mengangkut hasil bayaran zakat atau guna wang seperti yg kita amalkan sekarang menggunakan mazhab lain. Ingat agama islam nak permudahkan umatnya bukan nak menyusahkan umatnya.
Anonymous said...
hahaha...ambik pen dan kertas tanpa izin dari ofis..kira halal..ikut mazhab melayu
Anonymous said...
Anon 12:14

Kenapa bab lain blh guna mazhab lain dan konsep dharurah bab anjing tidak? Sedangkan negara kita negara majmuk yg ramai bukan Islam bela anjing? Bukankah elok jika umat Islam dididik jgn zalimi dan jgn takut dgn anjing?
Mat Bon said...
"... Memang Imam maliki tidak mengharamkan anjing, tapi Imam Maliki malah nabi Muhammad SAW juga tidak pernah menyuruh umat nya memegang dan membelai anjing dengan sengaja seperti yang dilakukan oleh penganjur."

Err ... kalau ikut logik di atas, bela hamsters pun tak boleh lah. Apatah lagi bela labah-labah dan ular. Hujahnya, mana ada pernah Imam mana-mana dan Nabi Muhammad SAW expressly suruh kita memegang hamsters bagai. ;)
Anonymous said...
Dalil dimana,keterangan kitab mana yg larang berpegang pada mazhab lain sesuka hati?
Adakah jatuh haram,bedosa dan masuk neraka jika berpegang pada mazhab lain sesuka hati?
Mazhab dlm pembicaraan ini adalah yg diakui oleh aliran ahli sunnah wal jamaah,iaitu shafie,hambali,hanafi dan maliki.
Kalau takdak ilmu,jgn komen..
Anonymous said...
Nabi saw penah menyuruh sentuh arnab dan burung dengan sengaja tak?
Ada otak,pakai la.
Kalau sentuh tak najis,air liur pun bkn najis) pada mazhab maliki,sengaja sentuh jadi dosa pulak ke???
Buu said...
Hohoho mana sudah anon yg pernah tinggalkan komen dgn mberi kata ngatakan pasal orang kafir dan amalan mereka hanya sia2 tu? Mana kau ea? Menurut artikel di atas, kau trgolong dlm kategori ketiga...meninggalkan ayat membuta tuli. Malu la sikit wei, ada prbezaan antara bodoh dan bodoh sombong tau. Siapa la kau dan aku nak mghakimi pasal orang kafir dan amalan org kafir, hanya Allah swt yg boleh mghukum, pesanan dri aku jgn ingat kita orang islam semua bakal ahli syurga. Dan jangab ingat orang kafir semua bakal ahli neraka, hidayah itu milik Allah. Bukan kau! So jangan suka hati kepala otak kau nak guna ayat utk myindir org.
Anonymous said...
sah anon 12:14 tu jenis x pernah pergi ke luarnegara.

Dia kata hanya guna mazhab maliki ketika tawaf saja. Itu bukan pilih-pilih ker?

Dia tak pernah pergi ke Uzbekistan lagi. Di sana di dalam masjid pun ada kaum wanita sambut tetamu.. x berlapik tangannya. Abis kena angkat wudhu setiap kali bersalam?

Ada satu cerita satu rombongan Melayu Malaysia ke negara Cina di daerah Guang zhou dimana umat Islam ramai di sana. Tiba-tiba ada satu orang Melayu kata... ramainya muallaf dalam masjid ni.. 

Aku ketika itu ketawa mendengarnya dan kasihankan dia kerana dia tidak tahu nmereka di guangzhou itu lebih lama memeluk Islam dari Melayu di Malaysia.

Serupalah dengan anon 12:14 tu... nak ketawa bila membaca komennya..
zab said...
Sejak bila haram tukar mazhab? Bila lihatkan komen kata tak boleh tukar mazhab dalam ahli sunnah wal jamaah sesuka hati, saya rasa kasihan. Tidak jatuh murtadnya bila tukar mazhab kerana semua imam yang 4 tu berdalilkan al quran dan sunnah. 
Isu ini telah membuka mata untuk melihat betapa jahilnya umat Islam mazhab melayu kita ni. 
Mazhab tu hanya school of thought. Kita boleh guna mana-mana yang sesuai dengan kita. 
Nanti ada umat melayu ni pergi amerika atau kanada kata orang amik wudhu tak sah sebab sapu pada kasut aja sedangkan umat melayu ni jahil.
Anonymous said...
Anjing, anjing .. popular betul kau ye sekarang.

Selama ni kebanyakan kita orang Melayu takut anjing. Takut digigit & takut kerana dikatakan najis (pada air liur, kulitnya bila ketika basah, & of course pada tahinya/darah/anggota dalaman lain), yg mana kalau tersentuh kena samak.

Bab samak tu le yang kadang2 ornag Melayu malas nak layan sangat anjing ni. Sebab bila nak solat salah satu syarat mesti bersih dari najis.

Cuci berak kencing manusia, atau kucing ke, tu lain beb, mudah aje..tak perlu cari tanah. Itu le yang kami diajar sejak kecik2/dulu2 , tak berubah2 sampai sekarang ni.

Bab kena gigit pulak, dikatakan anjing ni pembawa anjing gila, gigitannya agak bahaya beb.

Jadi bertahun2lah, turun temurunlah, kbnyakan org Melayu ni buat tak layan pada anjing.
Tak layan bukan bermakna memusuhinya & tak de ilmu. Cuma malas nak layan, tu saja.

Yang suka dera, sepak anjing tak pasal2 tu, tu cerita lain beb. Orang sepak anak, isteri, suami, ibu bapa pun ramai . 

Soalan aku , 'sapa nak bela anjing mulai sekarang ni sebagai pet. Sila angkat tangan'.
Anonymous said...
Apa buat susah susah bila terkena anjing saja Niat nak samak lalu ambil basuh 1 kali(gayung) air campor dengan tanah dan 6 kali( gayung) air bersih.Anjing dan babi pun makhlok Allah SWT, tetapi di larang memakan nya dan sekira terpegang samak saja.Tapi kalau nak sholat kan susah tiap kali pegang kena samak sebab kita nak jaga wuduk.
Anonymous said...
Anda mahu tanah untuk kegunaan samak 
Kami membekal tanah yang boleh di gunakan tanpa ragu ragu dan tanah tersebut di sahkan halal 

okay ..
Bagi yang ikut mahzab Maliki no problem Bagi yang mahzab Syafie untuk memudahkan anda simpan lah tanah mengikut keperluan sebulan dua bulan utk di gunakan selepas memegang anjing 

Apa yang susah cuma samak pada bahagian badan yang kena anjing Bukan kena mandi dari atas ke bawah Lagi tidak jadi masalah kalau kita pakai seluar dan baju yang khusus ketika bersama anjing Jangan benarkan anjing masuk rumah dan kita bukan pun hari hari pegang anjing mungkin seminggu sekali 

Saya angkat tangan
Anonymous said...
kalau beras boleh tukar ke duit untuk bayar zakat makna nya ada kelonggaran dan boleh berubah jugak lah 

sekarang amil makin bertambah Pergi mana mana sampai pasar malam pun ada amil Dan bila guna beras amil tak tamak Bila beras dah terlalu banyak amil kena lah hantar beras ke pejabat zakat 

Beras yang bertan tu boleh di ekspot dan sebahagian nya di simpan bila banjir atau kemarau 

Beras ada lah makanan asasi maka sebab itu zakat atas beras lebih berkat lebih baik dari duit (duit dipegang oleh orang kafir) Kalau ada amil yang guna beras maka saya pilih yang guna beras Ini pun tak tahu ke?
Anonymous said...
Menyentuh memegang anjing tidak ada sekatan sehingga lah anjing membawa wabak yang di panggil anjing gila yang datangnya dari mulut anjing 

Sekira nya anjing masih pembawa wabak penyakit gila maka Kjaan kena lah hapuskan semua anjing seperti mana Kjaan menghapus lembu dan ayam yang membawa wabak termasuk babi satu ketika dahulu

ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT

 ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad 
|
APABILA disebut nama Azmil Mustapha, majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. 


Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen, semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini.
Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit.

Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu(beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini. 

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria? 

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing). Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria. 

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana.

Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan
 perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.

Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada.

Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.

Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.

Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia.

Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.

Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.

Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.
(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato' Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A)

Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya'.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.

Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.

Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.

Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.

Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih 'terjajah'. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Inilah Fakta Unik Tubuh Manusia




Inilah Fakta Unik Tubuh Manusia

bloglist-malaysia.blogspot
duabiji.com
Posted by Muji Sudiono
 
Inilah Fakta Unik Tubuh Manusia - ternyata di tubuh manusia terdapat beberapa keunikan - keunikan lho..  mungkin jarang orang yang mengetahui akan hal ini , termasuk kita sendiri yang tidak menyadari bahwa tubuh kita itu  sebenarnya terdapat beberapa keunikan.

ingin tau keunikan yang terdapat di tubuh manusia ?


Ini Lah Fakta Unik Tubuh Manusia

  • Janggut adalah bulu yang tumbuhnya paling cepat pada manusia. Jika pria rata-rata tidak pernah memangkas janggutnya, maka hal ini akan membuatnya tumbuh hingga hampir 30 kaki dalam hidup
  • Rambut terbuat dari bahan yang sama seperti kuku.
  • Darah manusia melalui perjalanan 60.000 (96.540 km) per hari pada perjalanan melalui tubuh.
  • Sel-sel mati dalam tubuh kita akhirnya dibawa ke ginjal untuk eksresi.
  • Orang-orang dengan kulit gelap tidak akan mengkerut secepat orang dengan kulit terang.
  •  85% dari populasi dapat menekuk lidah mereka ke dalam sebuah tabung.
  • Tulang paha manusia lebih kuat dari beton.
  • Mata bayi tidak menghasilkan air mata sampai si bayi berumur sekitar enam atau delapan minggu.
  • Mata kita selalu berukuran sama sejak lahir, tapi hidung dan telinga kita tidak pernah berhenti tumbuh.
  • Setiap satu jam miliar sel di dalam tubuh harus diganti.
  • Satu dari 20 orang memiliki tulang rusuk lebih.
  • Senyum adalah ekspresi wajah yang paling sering digunakan. Senyum dapat dilakukan di mana saja dari 5 hingga 53 pasang otot wajah.
  • Hati wanita berdetak lebih cepat daripada laki-laki.
  • Mata manusia bisa membedakan 500 warna abu-abu
  • Batuk rata-rata yang keluar dari mulut kita berkecepatan 60 mil (96,5 km) per jam
  • Dalam satu hari, jantung kita berdenyut 100.000 kal1
  • Setiap orang memiliki bentuk lidah yang berbeda.
  • Dibutuhkan tujuh detik untuk makanan pergi dari mulut ke lambung melalui kerongkongan.
  • Hati manusia mampu menciptakan tekanan yang cukup untuk menyemprotkan darah sejauh 30 kaki (9 m).
  • Bersin dapat melampaui kecepatan 100 m/jam.
Demikian Fakta unik yang berada Pada tubuh manusia 
__._,_.___

Things you can to do with a PIG

Things you can to do with a PIG

Bullets, bread and beer, tambourines and toothpaste... and the 180 other things you can to do with a PIG
[Image: article-1217794-06ADC5D7000005DC-565_964x679.jpg]
By Marcus Dunk for MailOnline
Updated: 12:18 GMT, 3 October 2009


When we tuck into a bacon sandwich, few of us wonder what has happened to the other parts of the pig whose life has been sacrificed so we can enjoy a juicy breakfast.

But one inquisitive writer set out to trace where all the body parts of one porker ended up.

Christein Meindertsma, 29, said: 'Like most people, I had little idea of what happens to a pig after it leaves the abattoir so I decided to try to find out. I approached a pig farmer friend who agreed let me follow one of his animals.'
pig graphic

Identified by its yellow ear tag number, 05049, her pig trail ended with her identifying an incredible 185 different uses to which it was put - from the manufacture of sweets and shampoo, to bread, body lotion, beer and bullets.

Christein said: 'I was shocked when I began to find out just how unusual and varied the different uses for a ordinary pig were. It's almost as if these days, a pig is no longer thought of an animal - more like an industrial raw material with a mind-blowing amount of different uses.'

She found that 4.9lbs of her 16st 3lb pig went to making wine gums, while 4.8lbs went into liquorice. In this process, collagen is taken from the pig and is then converted into gelatine. This finds its way into numerous foodstuffs, where it acts as a gelling agent.

Although not all sweets in the UK contain pork gelatine, many do - including Marks & Spencer's hugely popular and aptly-named Percy Pigs sweets.

It is not only sweets that contain pork gelatine. In some beers, wines and fruit juices, pig gelatine is used to remove the cloudiness from the drink. It works as a clarifying agent by reacting with the tannins in the liquid and absorbing the cloudiness.

Some ice creams, whipped creams, yoghurts and certain butters also contain gelatine, as do certain pet foods. More surprisingly, a number of medicines also contain pig gelatine - everything from painkillers to multivitamins.

Hygiene and beauty products are also made of pig. Fatty acids extracted from the bone fat of pigs are used in shampoos and conditioners to give them their shiny, pearl-like appearance. These acids can also be found in a number of body lotions, foundations and anti-wrinkle creams. Glycerine made from pork fat is also an ingredient in many types of toothpaste.

Christein, from Holland, found that while some companies were reluctant to cooperate in her quest, others claimed that they didn't even realise their products contained elements taken from a pig because of the middle men involved in the complex distribution process.

The confusion is not helped by the fact that it is not clear on products' ingredient labels where they originally came from.

According to the Food Standards Authority, there is no legal obligation for manufacturers to specify whether the gelatine they use is from a pig or another animal. When it is specified, it is often confusingly referred to as Suilline gelatine.

According to Richard Lutwyche - a British pig farmer with more than 60 years experience, chair of the Traditional Breeds Meat Marketing Company and a member of the British Pig Association - the reasons for much of this confusion is due to the industrial-scale of much pig farming.

'In the UK, big commercial farms send their pigs to large abattoirs. The abattoir will find different markets for all the by-products,' he says. 'Everything they can't sell they have to incinerate, so it's in their best interest to sell as much as they can.

'There's an old expression that says: when it comes to pig, you can use everything but the squeal. Over the past 100 years those uses have expanded rapidly.'

Some of the surprising products that can include pig material include photographic film, which uses collagen from pig bones; shoes that use bone glue from pigs to improve the quality of the leather; and certain paints that use bone fat to enhance their glossy properties.

Some makers of cigarettes use haemoglobin from pig's blood in their filters. Apparently this element works as a sort of 'artificial lung' in the cigarette so, they claim, 'harmful reactions take place before the chemicals reach the user'.

And the next time you buy a loaf of bread you would be well advised to read the packaging. Some manufacturers use an ingredient called L-cysteine, which is a protein made from pig or other animal hair and which is used to soften the dough.

A product like Tesco's Plain Tortilla Wraps includes this ingredient. The strangest use for a pig by-product that Christein found was in bullets and explosives. Pig bone gelatine was used to help transport the gunpowder or cordite into the bullet. It is difficult not to be impressed by the sheer versatility of this animal and its parts.

Virtually nothing in a pig goes to waste. The snout from Pig 05049 became a deep-fried dog snack, while pig ears are sometimes used for chemical weapon testing due to their similarity to human tissue.

Tattoo artists even buy sections of pig skin to practise their craft on due to its similarity to human skin, while it is occasionally used with burns patients for the same reason.

Pigs make an enormous contribution to medicine, with insulin, the blood-thinning drug heparin and pig heart valves all vital.

However, for vegetarians, Jews keeping kosher, Muslims and anybody else wishing to avoid pig products, this may not be such good news.

The complex workings of the global food and processing industry have ensured that it is almost impossible to avoid pig altogether.
__._,_.___

Kerajaan sasar RM142 bilion kutipan cukai 2015



Kerajaan sasar RM142 bilion kutipan cukai 2015
Dilulus untuk paparan oleh 
KetamBatu

tranungkite.net

 CYBERJAYA 3 Nov. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM142 bilion pada tahun hadapan iaitu pertambahan RM2 bilion berbanding sasaran pada tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehingga September lalu LHDN telah berjaya mengutip RM134 bilion dan kutipan tersebut diyakini bertambah menjelang akhir tahun ini.


Beliau berkata, sekiranya tidak berjaya mencapai sasaran RM140 bilion pada tahun ini, kutipan sebanyak RM134 bilion sudah memadai kerana telah melepasi kutipan pada tahun lalu iaitu seba­nyak RM129 bilion.
"Kutipan cukai oleh LHDN sentiasa meningkat pada setiap tahun, situasi ini menunjukkan perkembangan positif kepada negara selain dapat memastikan golongan yang layak dapat menerima sesuatu yang lebih baik.
"Pada tahun hadapan kita letak sasaran RM142 bilion, ini adalah sasaran Kementerian Kewangan dan saya percaya LHDN mempunyai sasaran tersendiri, apa yang penting adalah terdapat peningkatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi LHDN 2014 di ibu pejabat LHDN, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar dan Pe­ngarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN, Asriah Shaari.
Menurut Ahmad, beliau berharap rakyat melihat tanggungjawab membayar cukai sebagai satu kewajipan kepada negara dan tidak seharusnya dianggap sebagai beban.
"Kita mahu semua pihak melihat pembayaran cukai sebagai perkara positif dan pembayar cukai sebagai orang yang patriotik, rakyat juga perlu memahami bahawa setiap ringgit yang dibayar melalui cukai dikembalikan kepada mereka dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan," katanya.
Selain itu, katanya, kepelbagaian pembaharuan yang dilaksanakan oleh LHDN juga sedikit sebanyak dapat menyenangkan pembayar cukai untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara.
"Hasil inovasi LHDN seperti e-Filing dan eZ-Hasil sememangnya telah banyak membantu pembayar cukai, selain menyenangkan hasil pembaharuan itu juga menjimatkan masa," katanya.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kejatuhan harga minyak di peringkat global, Ahmad berkata, dalam situasi itu kerajaan tidak menolak kemungkinan akan berlaku pengurangan pemberian dividen oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
"Dalam segi harga bahan api yang dijual di negara ini pula biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperhalusinya sebaik mungkin kerana Malaysia telah merancang pelbagai agenda yang terbaik kepada rakyat termasuk memperkenalkan subsidi dan mengecualikan petrol RON95 dan diesel daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST)," katanya.
__._,_.___

Peristiwa Ajaib Yang Berlaku Di Bumi Gaza

bloglist-malaysia.blogspot
paapaada2.blogspot
 
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidakmelakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat,Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkantempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi sega

Saturday, May 09, 2015

Hati beli peranti di Singapura

Hati-hati beli peranti di Singapura
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

tranungkite.net

 Singapura: Pelancong dari negara China diberi peringatan agar berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.
Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.
Ini berlaku selepas laporan media mengenai penipuan peniaga di Sim Lim Square termasuk insiden seorang rakyat China yang dibayar ganti rugi sebanyak SGD1,000 (RM2583) dalam bentuk duit syiling.
Reputasi negatif peniaga di Sim Lim Square juga mendapat perhatian di laman akhbar Vietnam yang mengingatkan rakyatnya agar berhati-hati dengan taktik licik peniaga di Singapura.
Sebelum ini seorang pelancong Vietnam diperdaya dalam urus niaga pembelian iPhone 6 sehingga terpaksa melutut dan menangis untuk meminta ganti rugi.

Bagaimanapun dia hanya diberi ganti rugi sebanyak SGD400 (RM1032) berbanding harga asal yang dibayarnya iaitu SGD950 (RM2454). - Straits Times

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda