Friday, March 25, 2011

7 peringkat nafsu

7 peringkat nafsu

1) Nafsu Ammarah
Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan. Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah. Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan
Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(yusuf:53).
Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita. Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.

2) Nafsu Lawwamah
Peringkat nafsu ini lebih baik sedikit daripada nafsu Ammarah. Peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya. Telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu. Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam. Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ketahui. Kadang-kadang kejahatan ulama-ulama dan dosa yang mereka lakukan melebihi kejahatan yang dilakukan oleh orang jahil. Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri. Bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya. Peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor. Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri. Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina. Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tangga nafsu yang lebih baik dari sebelumnya. Tanpa perubahan yang dilakukan , mereka masih tercela dan dimurkai Allah, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari Neraka Allah.

3) Nafsu Mulhamah
Latihan yang sistematik dan istiqamah dalam mengikis sifat-sifat kesyaitanan dan kebinatangan (sifat mazmumah) akan menyucikan hati kita. Hati ibarat sebagai satu bekas, mestilah kosong dari sifat-sifat mazmumah (tercela), supaya hati itu dapat pula diisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Jiwa yang bernafsu Mulhamah adalah jiwa yang mula menampakkan keelokan pada jiwa itu. Orang yang bernafsu Mulhamah mula mendapat ilmu-ilmu terus dari Allah yang disebut ‘Ilham’atau ‘Laduni’.

Firman Allah Taala:
Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya. (As-Syam: 7-10)
Tahap nafsu ini merupakan tahap pertama dalam memasuki sempadan kewalian. Oleh kerana itu kita seharusnya berada paling minimanya di tahap nafsu ini. Walau bagaimana pun kita janganlah terus berada diperingkat nafsu ini, kerana orang yang berada diperingkat nafsu ini belum lagi mantap. Jiwa perlu digilap dan ditingkatkan lagi agar ia dapat mendaki nafsu yang lebih tinggi.

4) Nafsu Mutma’innah
Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.

FirmanNya berbunyi:
Wahai jiwa yang tenang (nafsu muta’innah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyuargaKu. (Al-Fajr: 27-30).

Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah. Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati. Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat. Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat. Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.

5) Nafsu Radiah
Apakalanya mereka yang bertaraf nafsu mutma’innah itu memperolehi inayah dari Allah dan ia bersandar kepada Syeikhnya (guru yang membimbingnya) secara keseluruhannya serta dilazimi mujahadah sehingga tetaplah dia dengan sifat-sifat yang terpuji dan hilangnya unsur-unsur riyak maka jadilah nafsunya hina, sama baginya pujian atau celaan. Dia telah masuk di dalam maqam fana, redha dengan apa yang terjadi atas dirinya tanpa tentangan maka meningkatlah maqam mutma’innah ke tahap nafsu radiah.

6) Nafsu Mardhiah
Boleh juga berlaku pandangan fana dan ikhlas akan jatuh ke dalam bahaya ujud iaitu hairankan diri. Maka ketika itu hendaklah ia memohon perlindungan daripada Allah dari hal seumpama itu dengan bantuan Syeikhnya. Tanpa bantuan Syeiknya ia tidak akan berjaya. Apabila ia telah kembali fana dan ikhlas , akan ditajallikan kepadanya redha, diampunkan dosanya yang telah lalu, digantikan kejahatannya dengan kebaikan, maka terbukalah segala pintu zauk dan tajalli, lalu tenggelamlah ia di dalam lautan Tauhid dan burung-burung rahsia akan memperdengarkannya nyanyan-nyanyian. Nafsu ini dinamakan nafsu mardhiah.

7) Nafsu Kamilah
Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali. Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita. Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Sahabat dan wali-wali besar sahaja. Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa. Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.

Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)
Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita. Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis. Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan. Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.
Menyedari tentang hal ini, maka janganlah kita tertipu oleh nafsu kita sendiri. Kerana sesuatu yang datang darinya adalah yang dapat menipu-dayakan kita. Sekiranya kita lupa dari bermuhasabah terhadapnya, kita akan dihanyutkan olehnya. Bahkan sekiranya kita gagal dalam menentang dan melawannya, kita akan diseret masuk ke Neraka.

Untuk menyelamatkan diri, kita kenalah bertakwa kepada Allah. Renungilah sebanyak manakah usia kita yang telah kita pergunakan untuk mencari kebahagian Akhirat, kerana renungan seumpama itu sebenarnya dapat membasuh hati kita.
Sabda Rasullulah SAW: Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.
Pendekkan angan-angan , memperbanyakkan berzikir pada Allah, menjauhi tegahan-tegahanNya, menahan dari mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat. Ini adalah nafsu itu berhala. Oleh itu sekirannya kita tunduk dan memperhambakan diri pada nafsu, bermakna kita telah tunduk dan menyembah berhala.

Berkata Yahya bin Muaz ra:
Bermujahadah menentang nafsumu iaitu dengan melakukan ketaatan pada Allah dan melakukan latihan-latihan (riadah kerohanian). Latihan itu ialah dengan menghindarkan tidur, mengurangkan percakapan, tahan menanggung kesakitan dan bala dari manusia serta mengurangkan makan. Maka lahirlah dari sedikit tidur itu, sucikan kemahuan. Sedikit percakapan dapat menyelamatkan diri daripada berbagai penyakit. Dengan menanggung kesakitan dari manusia akan mendapat menyampaikan maksud dan cita-cita. Dan sedikit makan akan mematikan nafsu, kerana membanyakkan makan akan mengeraskan hati dan menghilangkan cahaya. Sedangkan cahaya (nur) hikmah itu ialah lapar, sedangkan kenyang dapat menjauhkan diri dari Allah.
Rasullulah SAW bersabda: Jangan kamu mematikan hati kamu dengan memperbanyakkan makan dan minum, kerana hati akan mati seperti mana tanaman akan mati apabila terlalu banyak disiram dengan air.

Rasullulah SAW bersabda: Sesungguhnya syaitan akan menusuk masuk ke dalam tubuh anak Adam melalui tempat pengaliran darah. Maka persempitkan tempat aliran darah itu dengan berlapar.

Rasullulah SAW bersabda lagi: Tiga perkara yang membinasalkan: Hawa nafsu yang ditaati, kebakhilan yang dituruti dan hairan seseorang itu terhadap dirinya sendiri.
Sifat-sifat tercela (Mazmumah)
Sebagaimana yang kita telah ketahui , bahawa diri kita akan menjadi diri yang suci bilamana hati kita tidak dibelenggu lagi oleh sifat-sifat yang dicela atau mazmumah. Hati yang penuh dengan sifat mazmumah akan menjadikan hati sentiasa dikunjungi oleh syaitan. Kunjungan syaitan pada hati adalah merupakan kunjungan untuk menawan dan mengawal hati kita. Apabila syaitan dapat mengawal dan berkuasa pada hati kita, syaitan akan bawa hati kita menderhakakan Allah swt. Hati yang telah dikawal dan dikuasai oleh syaitan tidak akan membawa tuannya kepada mentaati Allah.

Jadi untuk menggelakkan diri kita sentiasa dalam kutukan dan kemurkaan Allah, kita perlu menyucikan hati kita dari segala sifat jahat yang selalu bermaharajalela di dalam hati kita. Kita perlu bermujahadah dan berjuang untuk mengikis buang segala sifat tercela itu bersungguh-sungguh, jangan memberi peluang langsung kepada syaitan untuk membelenggu diri kita.

Sebelum kita melalui proses bermujahadah membuang segala sifat-sifat yang keji dan jahat pada diri kita itu, perlu pula kita mengenali dan mengetahui apakah sifat-sifat buruk yang masih bertapak dalam hati kita itu. Apakah puncanya? Setelah kita mengenali jenis dan punca penyakit yang dihidapi oleh diri kita, barulah boleh kita berusaha untuk mengubati penyakit tersebut. Sama juga dengan penyakit zahir perlu diketahui terlebih dahulu apakah jenis penyakit dan apakah sebab-sebabnya. Apabila kita telah dapat mengesan jenis penyakit itu, barulah boleh kita berusaha untuk mengubatinya.

Di sini terdapat beberapa jenis penyakit yang selalu bermain-main dalam hati dan diri kita. Marilah bersama-sama kita kaji, mencari punca dan sekaligus mencari cara untuk menghindarkan diri kita daripada wabak penyakit itu. Penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kita, termasuklah pada diri saya sendiri.

Antaranya ialah :
1. Bahaya lidah 2. Marah 3. Hasad dengki 4. Bakhil 5. Sukakan kemuliaan dan kemegahan 6. Riak 7. Sombong (takabur) 8. Ujud (hairankan diri)

44 pantang larang bakal pengantin

44 pantang larang bakal pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

~utk pengetahuan saja…

Perkara Sebelum Kahwin... Dan Kemudian, Selepas Kahwin

Perkara Sebelum Kahwin... Dan Kemudian, Selepas Kahwin

1) ANGKATKAN BEG
Sebelum kahwin: "Come sayang, let me carry the bag for u. Kesian u.."

Selepas kahwin: "Beg u pun u malas nak bawak. Lain kali takyah bawak beg ar!"

2) TERSUNGKUR BATU
Sebelum kahwin: "Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!"

Selepas kahwin: "Jalan betol-betol la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu punye besar pun tak nampak!"

3) PAKAI SEXY
Sebelum kahwin: "Lawanye u pakai baju ni. Sexy! Mcm nak gigit-gigit you skarang jugak!"

Selepas kahwin: "Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Ngan babat berlipat-lipat! Tak malu ke?"

4) MANJA DI PUBLIC
Sebelum kahwin: "Manjenye syg I ni. Cium cikit syg! Firm nye pipi u!"

Selepas kahwin: "Oi! Org tengok ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak tahu malu ke orang tengok??"

5) KEMPUNAN
Sebelum kahwin: "U nak makan Burger Ramly? Ok, jap I fikir kat mana ada pasar malam. I gi cari, I belikan eh syg.."

Selepas kahwin: "Burger McDonald pun sama per! Jangan cerewet ah! Makan je, taknak sudah!"

6) KECANTIKAN
Sebelum kahwin: "Cantik nyer u hari ni.. Eyeshadow u lawa la! Berseri-seri muka u!"

Selepas kahwin: "Ape ni make up macam tepung gomak? Wayang pekji pn kalah tau!"

7) KEKAYAAN
Sebelum kahwin: "U takde banyak duit pun, I tetap sayang u. Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan."

Selepas kahwin: "Tu la, dulu taknak blajar betul-betul.. Skarang baru nak menyesal!"

8) SEX
Sebelum kahwin: "Kalau kita kahwin, hari-hari I nak main dgn u."

Selepas kahwin: "Eh, I penat tau! Ingat I robot ke? Gatal!"

9) KESABARAN
Sebelum kahwin: "Dahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh syg. Memang salah I. Jgn merajuk lagi ye syg.. I mintak maaf. Maafkan i eh?"

Selepas kahwin: "Salah u, u nk suruh I ckp sorry? Banyak cantik muka u! Dah buat salah taknak mengaku. Tau nak merajuk jer!"

10) MASAKAN
Sebelum kahwin: "Sedapnye u masak.." (Walaupun tak sedap.)

Selepas kahwin: "Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi Lemak ke nasi basi?"

11) DUIT NO PROBLEM
Sebelum kahwin: "Sayang, kite makan dekat restaurant mahal tu eh? Mahal sikit takpe lah, skali skale.."

Selepas kahwin: "Mak oi! Peh mahal! Dah la! Mee goreng mamak lagi sdap. Tak mau ah!"

12) LUV PEGI LUV BALIK
Sebelum kahwin: "Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u la syg." (Padahal semalam baru jumpa.)

Selepas kahwin: "Ah, ok bye! Tak boleh lah. Kawan I ade ni! Bye la bye la!"

13) PENGORBANAN
Sebelum kahwin: "Takper syg, I tak kisah. I sanggup buat apa sajer untuk u. I fetch you later k?"

Selepas kahwin: "U ni, I penat baru balik kerja la. Apa salahnya u balik sendiri. Manja sangat lah!"

14) JUMPA LAMBAT
Sebelum kahwin: "Takpe syg. Asalkan u selamat sampai."

Selepas kahwin: "Takpe la. Dah biasa dah!"

15) BUANG ANGIN
Sebelum kahwin: "U kentot eh syg? Hehehehehe! Cute la u ni!" *cubit-cubit*

Selepas kahwin: "Oi, asal bole kentot je eh!" *pukul-pukul badan*

PETUA-PETUA KAHWIN

PETUA-PETUA KAHWIN

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

*

Sentiasa berdoa agar disayangi.
*

Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
*

Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
*

Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
*

Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
*

Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
*

Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
*

Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
*

Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
*

Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
*

Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
*

Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
*

Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
*

Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
*

Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
*

Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
*

Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
*

Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
*

Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
*

Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
*

Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
*

Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
*

Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
*

Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
*

Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
*

Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
*

Sentiasa lakukan ibadah bersama.
*

Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
*

Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
*

Urut belakang isteri sekali sekala.
*

Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
*

Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
*

Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
*

Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
*

Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
*

Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
*

Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
*

Lebihkan isteri daripada anak-anak.
*

Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
*

Seeloknya masuk tidur serentak.
*

Belai isteri sebelum pergi kerja.
*

Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
*

Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
*

Lakukan riadah bersama isteri.
*

Pergi berkelah sekali sekala.
*

Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

http://www.syokkahwin.com

Perempuan Sebelum Dan Selepas Kahwin

Perempuan Sebelum Dan Selepas Kahwin
Perempuan ni banyak ragam. Sampai kadang kadang lelaki susah nak handle. Sebab tak faham perempuan sebenarnya nak apa. Bagi hint lain tapi hendakkan lain.

Memang tertulis perempuan ni dibekalkan dengan 9 nafsu. Maka banyak la dia punya songeh. Dah menjadi tanggungjawab lelaki melayan kerenah perempuan. Sebab lelaki ni ketua segala hal. Sebab tu akal lelaki 9 dan nafsu 1. Jadi dia boleh handle perempuan.

Tapi yang tak pahamnya, bila perempuan ni masa bujang dia kemain independent nya tapi dah kahwin jadi dependent pulak;

1 - Memandu kereta.
Time bujang dulu kemain kulu kilir bawak keta sorang sorang. berani bawak keta malam malam. Balik lewat pun tak kesah. Apa ada hal. Tapi bila dah kahwin, kedai sejengkal pun ajak laki teman. Memandu malam tak boleh, silau tinggi la, takut hantu la. Langsung tak boleh bawak keta. Kenapa, lesen kau dah mati ke? Pi renew la..

2 - Takut Berseorangan di rumah sendiri.
Time bujang dulu housemate balik kampung. Duduk rumah sorang sorang. Tengok tv sorang sorang. makan sorang sorang. Apa ada hal. Hidup jugak. Tapi bila dah kawin. Tepon kawan bujang ajak teman kat rumah sebab laki pi kursus. Takut tidur sorang katanya. Kenapa, rumah kau banyak hantu ke? pi panggil seekers pih...

3 - Tak Boleh Buat.
Time bujang dulu semua benda buat sendiri. cucuk duit, bayar segala bil, urusan bank, cari orang repair atap rumah bocor, call gas petronas. Apa ada hal. Semua beres. Tapi bila dah kawin semua harapkan laki. 'bang, bila nak itu...' 'bang bila nak ini...'. Daripada kau perempuan, membebel apa kata kau buat sendiri. cepat siap. yang dok tunggu laki kau buatkan kenapa. Banyak lagi keje lain dia nak pikir dan nak handle. Bahagi la sama rata tanggungjawab tu.
4 - Sukar Buat Keputusan.
Time bujang dulu sekecil hal hingga sebesar hal buat keputusan sendiri. Paling kurang pun tanya pendapat orang dulu. Tapi bila dah kawin sekecil kecil hal dan sebesar besar hal tanya suami. Hal besar dan melibatkan keluarga takpe. Ini hal hal seperti 'Boleh tak ayang makan dengan ofismate tghr ni?' 'Boleh tak i masak lauk kesukaan i malam ni?' 'Boleh tak saya bagi sedekah kat pengemis tepi jalan ni?'.. jangan bodohkan diri boleh tak. Ada sesetengah hak kita buat keputusan sendiri tanpa keputusan suami.

Bukan cemburu tengok perempuan lain dah bersuami. Cuma kadang kadang pelik fikir perangai perempuan. Mengada ngada terlebih had. Sampai macam tu sekali bila dah bersuami. Manja dengan suami terlampau sangat. Kalau nak tunjuk yang anda bahagia boleh, tapi dengan cara profesional boleh tak?.. jangan membodohkan diri dengan perkara remeh temeh.

* Menjadi perempuan independent atau dependant adalah hak masing masing.

Sunday, March 20, 2011

“Hukuman Tuhan”: Gabenor Tokyo tarik semula!


Oleh Ust Saiful Bahri

Bala Tuhan atau bencana alam? Konflik perbahasan yang panjang dan lama. Sekian lama menjadi perbincangan diseluruh dunia bahkan dalam dunia Islam sendiri.

Naluri beragama akan menyedari adanya kuasa besar disebalik kejadian malapetaka atau kenikmatan yang berlaku didunia ini. Tinggal lagi sejauh-mana penerimaan seseorang dikala panik atau keributan menghadapi suasana kesukaran sedemikian.

Gabernor Tokyo, Shintaro Ishihara telah menjadi serangan kemarahan di Jepun apabila didakwa mengatakan bahwa bencana yang menimpa Jepun ketika ini adalah "hukuman Tuhan". Beliau kemudiannya memohon maaf daripada orang-ramai. "(Pernyataan) itu sangat melukai orang-ramai dan mangsa korban dari Tokyo," katanya dalam siding media. "Saya minta maaf banyak-banyak."

Ishihara, 78, mengatakan kelmarin bahawa orang Jepun sekarang ini telah menjadi "serakah" dan menceritakan beberapa kes orang-orang yang terus mengambil duit pencen orang tua mereka tanpa memberitahu kematian orang tuanya.

"Hal ini (bencana tsunami ini) diperlukan untuk membersihkan pemikiran serakah tersebut." katanya kepada wartawan. "Saya pikir itu adalah hukuman ilahi."

Ishihara kemudian menarik balik kenyataan tersebut. Gabernor yang juga bertugas di parlimen negara itu mengumumkan pencalonannya untuk jawatannya bagi penggal keempat pada hari Jumat ketika Tsunami terjadi.

Ishihara sendiri dikenali kerana pandangan nasionalisme Jepunnya dan membantah kekejaman Jepun sebelum dan selama Perang Dunia II seperti Rape of Nanking.



Bagi sebuah negara maju dan canggih seperti Jepun, ianya sepatutnya menjadi peringatan besar tentang adanya hari kiamat yang lebih hebat dan menggerunkan. Kalau Tsunami di Aceh, dianggap negara miskin dan ketinggalan kemodenan. Kini Negara hebat seperti Jepun, yang pernah diambil polisi ‘pandang ke timur’ oleh negara kita, juga tak tertanggung menghadapai fenomena musibah seperti ini. Meskipun adalah peralatan hebat, peringatan awal bencana alam… kini hamper 13 ribu dikatakan menjadi korban tsunami dan kini hidup ketakutan dengan tenaga nuklear yang mereka amat bergantung harap sebagai sumber tenaga kehidupan mereka selama ini. Seolah bakal menjadi musuh kepada manusia.

Bagi umat Islam, kita telah dididik dengan peringatan ilahi ini.


فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ


Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah al-Ankabut : 40


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ


Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).Surah Ar-Rum : 41

Bagi yang beriman dengan qadha’ dan qadar ia menerimanya sebagai ketentuan ilahi. Menyedari hikmah sebaliknya serta beriman akan adanya Hari Kiamat yang lebih dahsyat.

"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya: "Apakah yang terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya” Surah al-Zilzal: 1-/ Asal

Saturday, March 05, 2011

Semangat Perjuangan Al Banna kini menular

Jatuhnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 merupakan satu tamparan hebat terhadap setiap individu Muslim yang cinta kepada agamaNya. Sejak dari saat itu, Islam telah diinjak-injak dan dihina serendah-rendahnya. Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la’natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam. Pemikiran dan budaya Barat diagung-agungkan. Al-Qur’an dan as-Sunnah dilekeh-lekehkan.


Pemerintahan negara-negara Islam pula diwariskan oleh penjajah kuffar kepada anak-anak didik mereka yang telah kosong roh Islamnya dan boleh diharap untuk meneruskan dasar-dasar penjajah. Hasilnya, tiada satu inci muka bumi Allah SWT pun sekarang ini yang terlaksana di dalamnya syari’at Allah SWT yang Maha Sempurna, yang tidak perlu diragukan lagi sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan semasa.

Namun Allah SWT tetap menepati janjiNya yang Maha Benar. Allah SWT telah menjanjikan menerusi lidah RasulNya, akan muncul setiap 100 tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaranNya dan menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para Sahabat. Umat Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin, dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan Ma’thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir. Al-Banna telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini. Meskipun umat Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain.

Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda’wah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah… Kini dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke 21, yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini dikuasai Yahudi la’natullah.

LATAR BELAKANG Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir. Ayahnya, Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur’an di masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya.

PENDIDIKAN AWAL Semasa al-Banna kecil, beliau telah diharapkan oleh ayahnya agar menjadi seorang hafiz al-Quran. Al-Banna telah dihantar kepada seorang guru bernama Syaikh Muhammad Zahran yang mempunyai ilmu yang luas dan dalam, bertaqwa serta sangat berwibawa. Cara didikan Syeikh Zahran adalah sangat keras, sehinggakan para pelajarnya, termasuk al-Banna yang masih kecil merasa terbeban dengan hafalan, membaca dan menelaah kitab-kitab, yang faedahnya hanya dapat dirasakan oleh al-Banna setelah beliau dewasa.

Setelah Syeikh Zahran semakin sibuk dengan da’wahnya, sehingga tiada kesempatan untuk terus menjadi guru di sekolah ad-Diniyah ar-Rasyad, ayah al-Banna memindahkan al-Banna ke Madrasah Idadiyah, sambil tetap menyuruh al-Banna menghafal al-Quran di rumah. Pada ketika itu, al-Banna sudah pun menghafal separuh al-Quran.
Minat dan keaktifan Hasan Al-Banna dalam berorganisasi sudah kelihatan sejak dia belajar di madrasah tersebut. Di madrasah itu, al-Banna membentuk organisasi Persatuan Akhlak Mulia (PAM), atas cadangan salah seorang gurunya, yang bertujuan untuk menegakkan akhlak mulia di lingkungan madrasah. Undang-undang pun dibuat oleh mereka sendiri, seperti siapa yang memaki saudaranya didenda 1 millim (mata wang terkecil Mesir), yang memaki ayahnya didenda 2 millim, memaki ibunya, mencela agama, bertengkar, dan sebagainya. Semua yang bertentangan dengan akhlaq mulia, dikenakan denda. Denda akan dilipatgandakan, sekiranya yang melanggar adalah anggota pimpinan organisasi, yang diketuai oleh al-Banna. Wang hasil denda dimanfaatkan untuk kegiatan sosial.

Tidak puas dengan pertubuhan yang hanya mengendalikan pelajar, al-Banna dan teman-temannya membuat organisasi asosiasi keislaman dengan nama Gerakan Anti Maksiat (GAM) untuk memberi teguran melalui surat kepada sesiapa sahaja yang melakukan maksiat. Masing-masing anggota organisasi mengawasi anggota masyarakat, yang terdiri daripada masyarakat biasa, pedagang, hingga syaikh-syaikh (ulama) sekalipun. Bila ada seseorang yang melakukan kesalahan/dosa (perbuatan yg bertentangan dengan syariat Islam) akan dikirimkan surat peringatan, yang dihantarkan secara diam-diam oleh anggota GAM. Tetapi aktiviti rahsia GAM terbongkar oleh seorang pemilik kafe, yang berjaya menangkap pembawa surat teguran yang berisi peringatan atas kesalahan pemilik kafe yang membawa penari wanita di kafenya.

Ketika berusia 13 tahun, Hasan Al-Banna melanjutkan pelajarannya ke Madrasah al-Muallimin al-Awwaliyah di Damanhur walaupun sebenarnya dia belum memenuhi syarat umur minimum 14 tahun. Hafalan al-Qurannya pun belum 100%, tetapi karena mudir madrasahnya melihat kecerdasan al-Banna, beliau memberi pengecualian. Sejak usia muda ini, Hasan Al-Banna mulai tertarik dengan gerakan sufi yang saat itu marak di Mesir. Selain mengikuti zikir tasawuf, Hasan Al-Banna pun aktif ikut halaqoh yang diadakan oleh syaikh-syaikh pemimpin sufi, terutamanya syeikh-syeikh dari tarikat Hashofiyah. Beliau sangat mengagumi tokoh utama dari tariqat ini, yaitu Syaikh Abdul Wahhab al Hashafi bin Syaikh Hasanain al-Hashafi. Penglibatan al-Banna dalam aktiviti kesufian inilah yang telah membuatkan beliau menyedari betapa perlunya pemupukan sahsiah dan akhlak individu untuk menjadi prasyarat kepada proses pengIslaman masyarakat.

Walaupun Hasan Al-Banna mengikuti gerakan sufi, tapi beliau tidak 100% menyetujui cara hidup orang-orang sufi yang berlebihan, seperti beruzlah (mengasingkan diri) dari kehidupan masyarakat umum, untuk untuk memperolehi kenikmatan beribadah untuk peribadi semata-mata. Al-Banna berpendapat bahwa uzlah adalah perlu sesekali waktu, harus tidak berlebihan, tak boleh melebihi garis syara’, karena uzlah seperti itu merupakan gudang segala kebajikan.

Al-Banna bukan sahaja hafiz al-Quran, malah menghafal 18.000 bait puisi Arab dan juga ribuan matan hadis.

BELAJAR DI KAHERAH DAN KESEDARAN REFORMASI Pada 1923, pada usia 16, al-Banna telah memasuki Fakulti Darul ‘Ulum, Azhar yang masyhur di Kaherah. Di Azhar, bila teman-temannya memakai pakaian Mesir (topi khas yg bernama tharbus), al-Banna memakai serban Arab, karena ingin mencontohi Rasululloh SAW.

Selama 4 tahun di Kaherah, beliau telah terdedah kepada hiruk pikuk politik di Kaherah pada awal 1920an, dan meningkatkan kesedaran beliau tentang kesan fahaman sekular dan Barat yang telah menembusi masyarakat Islam, hingga ke akar umbi. Inilah yang menyebabkan al-Banna begitu tersentuh dengan keadaan pemuda-pemudi Islam yang hanyut dari ajaran Islam. Al-Banna meyakini perang untuk memenangi hati dan pemikiran pemuda-pemudi adalah begitu penting untuk menyelamatkan Islam daripada serangan hebat Barat.

Semasa belajar di Kaherah, al-Banna menyelami hasil penulisan reformis Islam yang awal, termasuklah Muhammad ‘Abduh (1849-1905), yang merupakan guru ayahnya semasa di Azhar. Tetapi yang paling banyak mempengaruhi pemikiran al-Banna merupakan murid ‘Abduh, iaitu Rashid Rida (1965-1935). Al-Banna merupakan pembaca tetap al-Manar, majalah yang diterbitkan oleh Rida di Kaherah dari 1898 hinggalah kematiannya pada 1935. Al-Banna berkongsi pendapat dengan Rida mengenai merosotnya tamadun Islam berbanding dengan Barat. Al-Banna juga percaya bahawa fenomena ini hanya boleh diterbalikkan dengan hanya kembali kepada ajaran Islam yang sejati, bebas daripada segala kekotoran yang melemahkan kekuatan mesej Islam yang sebenar.

MENGAJAR DI ISMA'ILIYYAH Selepas tamat belajar di Darul ‘Ulum pada 1927, berusia 21, al-Banna telah menjadi guru bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Isma’iliyyah. Pada masa itu, Isma’iliyyah merupakan pusat pemerintahan Canal Zone dan menjadi ibu pejabat Suez Canal Company (SCC). Ia menempatkan kem tentera dan kediaman bagi pekerja Barat yang mana menjadikan pekerja dan penduduk Mesir di situ sebagai kelas kedua, iaitu menjadi buruh kasar di perusahaan-perusahaan Eropah itu. Kehidupan agama Islam yang dianut penduduk Ismailia pun terumbang-ambing dalam pertentangan khilafiah antara pelbagai kelompok tasawuf.

Tugas al-Banna yang pertama ialah meningkat kesedaran dan penyatuan aqidah di kalangan masyarakat Ismai’iliyyah. Al-Banna melihat kehadiran kuffar ke Isma’iliyyah sebagai pendudukan tentera, pengeksploitasian ekonomi, pencemaran budaya dan kehilangan maruah. Ini meningkatkan semangatnya untuk mengusir British daripada Mesir, dan umumnya, pengaruh Barat.

Daripada saat al-Banna tiba di Isma’iliyyah, beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti masyarakat. Al-Banna berusaha untuk merapatkan diri dengan orang-orang penting di bandar tersebut sambil bergaul mesra dengan seberapa banyak masyarakat umum yang boleh. Al-Banna mengadakan kelas malam untuk ibubapa pelajar dan mengadakan perbincangan yang tidak formal di masjid, kedai kopi, kelab dan rumah persendirian. Mesej asasnya ialah Mesir telah kehilangan rohnya, ia telah menjadi orang bawahan dari segi politiknya dan ekonomi yang terlalu bergantung pada orang lain, akibat daripada melencong dari jalan yang ditentukan oleh Tuhan. Ubat bagi merosotnya kekuatan negara dan masyarakat hanyalah dengan penekanan kepada Islam sebagai cara hidup.

Salah satu kelainan yang dilakukan oleh al-Banna ialah beliau memulai dakwahnya bukan di masjid kerana takut disalahertikan oleh masyarakat Isma’iliyyah sebagai gerakan tasawuf baru, tetapi di kedai kopi! Mengapa ia memilih kedai kopi? Alasan al-Banna kepada ikhwannya yang kurang setuju dengan cara yang ditempuhnya itu adalah : di kedai kopi, orang-orang sedang rileks dari kesibukan hariannya, mereka fresh untuk mendengar nasihat orang lain, sehingga sangat sesuai kalau berdakwah kepada mereka di saat yang sangat tepat itu. Pada permulaannya, sudah pasti pemilik kafe merasa terganggu, para pengunjung kedai kopi pun merasa hairan. Tetapi oleh kerana al-Banna menyampaikan dakwahnya tidak pernah melebihi 15 menit, pada hari-hari berikutnya para pemilik kafe meminta al-Banna supaya datang lagi, memberikan siraman rohani kepada para pengunjung kedai. Dalam 1 hari, tak kurang dari 10 kedai dikunjungi al-Banna secara bergilir-gilir, padahal jarak antara kedai adalah berjauhan.

LAHIRNYA IKHWANUL MUSLIMIN Pada Mac 1928, ada 6 ikhwan - yang mendapat pengaruh dari ceramah-ceramah al-Banna yg bermula di kedai kopi, yang kemudian dibawa ke musholla untuk dibimbing secara intensif - mengunjungi al-Banna, mengutarakan kesedihan hati mereka melihat perlaksanaan syari’at Islam di sekitar mereka. Bahkan mereka merasa sudah bosan melihat umat Islam terhina dan terbelenggu oleh penjajah Eropah. Al-Banna tersentuh jiwanya, dan akhirnya terjadi bai'at antara mereka bahawa mereka akan hidup bersaudara, beramal untuk Islam dan akan berjihad di jalan Islam. "Apa nama kumpulan kita ini?" tanya salah seorang di antara 6 orang ikhwan tersebut. Al-Banna menjawab: "Kita adalah saudara-saudara kandung yang berkhidmat kepada Islam. Jadi, kita ini adalah IKHWANUL MUSLIMIN (yang erti sebenarnya: saudara-saudara yang sama-sama muslim)." Itulah sejarah terbentuknya Ikhwanul Muslimin, yang lahir tanpa perencanaan. Ikhwan pada mulanya bertujuan untuk meningkat sahsiah individu dan terlibat dalam aktiviti kebajikan.

Setelah itu, al-Banna mendirikan Darul Ikhwan, dari wang yang mereka kumpulkan sendiri, iaitu dari gaji mereka yang sangat sedikit untuk ukuran saat itu. Bahkan ada salah seorang ikhwan yang harus menjual motosikalnya, karena komitmennya untuk pembangunan itu. Ikhwan yang dimaksud bernama Ali Abul A’la, yang biasanya selalu tiba tepat waktunya di setiap liqo’ (pertemuan), tetapi suatu ketika terlambat setengah jam. Al-Banna tertanya-tanya, mengapa Ali sampai terlambat? Tentunya akhi Ali tidak mau berterus terang, tetapi setelah didesak, dia mengaku bahwa dia telah menjual motosikalnya di pasar untuk memenuhi target pembangunan Darul Ikhwan. Sedangkan jarak pasar dan tempat liqo’ cukuplah jauh. Demikianlah, dari Darul Ikhwan, dibangunkan masjid. Di sekitar masjid, didirikan madrasah untuk ikhwan, kemudian untuk akhawat Ikhwan, sejak pada waktu itu, mula menyebarkan prinsip Islam, bahawa Islam itu merupakan “pegangan dan negara, perlembagaan dan perjuangan, serta satu cara hidup”.

Prinsip ini merupakan asing bagi kebanyakan cendekiawan muslim pada masa itu, yang percaya Islam hanya terbatas kepada dinding-dinding masjid sahaja. Al-Banna menyeru kepada penolakan semua fahaman Barat, menekankan agar kembali kepada asas dan ajaran Islam sebenar. Melalui Ikhwan, al-Banna telah melakukan yang lebih baik daripada pemikir-pemikir lain pada masa itu. Al-Banna berikhtiar untuk membawa perubahan yang beliau harapkan melalui pembinaan institusi dan aktiviti berterusan di peringkat akar umbi. Dalam usaha menempatkan Ikhwan dalam masyarakat, al-Banna memanfaatkan sepenuhnya social network yang telah wujud, terutamanya yang terbina di antara masjid dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang berorientasikan kebajikan.

Hubungan yang rapat ini telah diadaptasikan hingga menjadi satu struktur moden, yang menyumbang kepada kejayaan al-Banna. Diletakkan secara langsung di bawah organisasi Ikhwan ialah perniagaan, klinik dan sekolah-sekolah. Selain itu, setiap ahli digabungkan ke dalam organisasi melalui unit-unit kecil yang dipanggil usrah (keluarga).

PERKEMBANGAN IKHWANUL MUSLIMIN Pada tahun 1933, di atas kemahuannya sendiri, al-Banna dipindahkan ke Kaherah, di mana beliau turut memindahkan pusat gerakannya. Sejak dari saat itu, Ikhwan telah berkembang dengan pesat dan Kaherah menjadi pusat da’wah. Faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan mendadak ini ialah organisasi dan ideologi kepimpinan yang diterapkan oleh al-Banna.

Pada 1934, Ikhwan telah membuka lebih daripada 50 cawangan di Mesir. Pada hujung 1930an, Ikhwan telah mempunyai cawangan di setiap daerah di Mesir. Ikhwan menubuhkan banyak sekolah, masjid dan kilang. Beliau menerbitkan akhbar harian di Kaherah yang diberi nama “al-Ikhwan al-Muslimoon” yang membolehkan beliau berda’wah dengan lebih meluas, berbanding dengan syarahan. Selepas 1938, Ikhwan mula menampakkan menampakkan luarannya yang bercorak politik. Ikhwan menggesa ke arah dunia Islam yang sejati dan menolak Barat dan sekular. Ikhwanul Muslimin melihat pemikiran sebeginilah yang merosakkan asas masyarakat Islam di era moden, dan menganjurkan kembali kepada Islam sebagai penyelesaian kepada masalah dan penyakit masyarakat Islam.

Pada akhir perang dunia kedua, Ikhwan telah mempunyai 500 000 ahli yang aktif dan lebih kurang 2 kali ganda penyokong (ada sumber yang mengatakan 3 juta). Akitiviti Ikhwan mula melampaui sempadan antarabangsa. Ikhwan turut berkembang dengan pesat di Jordan, Syria, Palestin, Lubnan dan Afrika Utara. Pada awal 1950an, cawangan Ikhwan telah ditubuhkan di Syria, Sudan dan Jordan. Antara 1942-45, al-Banna banyak melawat Jordan bagi mengembangkan sayap Ikhwan di sana. Lebih daripada 2000 cawangan ditubuhkan secara keseluruhannya dan 50 di Sudan. Kemudian, pengaruh Ikhwan telah dirasai di merata tempat di dunia, di Teluk dan negara bukan Arab seperti Iran, Pakistan, Indonesia dan Malaysia.

Dalam usia yang begitu muda, al-Banna telah muncul sebagai pemimpin besar, selaku Mursyidul Am Ikhwan yang pertama. Antara yang berada di bawah pimpinannya ialah tokoh-tokoh hebat seperti Syaikh Muhibbudin Al–Khatib (seorang ahli hadis dan tokoh Jamaah Ansharus Sunnah), Syaikh Amien Al-Husaini (Mufti Palestin), Syaikh Dr Mustafa As-Siba'i (ahli hukum, intelektual dan tokoh pejuang Palestin), Syaikh Muhammad Al-Faraghy (patriot besar yang hanya mahu meninggalkan Iskandariah bila al-Banna yang menyuruhnya, bukannya British dengan segala kekuatan tentaranya).

Peningkatan yang mendadak ini mula menarik perhatian British dan anak didik mereka, iaitu ahli-ahli politik Mesir ketika itu. Mereka mendesak al-Banna untuk tidak meneruskan gerakannya, namun beliau tetap pada kedudukannya. Bahkan Richard Michael, agen CIA di Kedutaan AS di Kaherah, Mesir tampak ketakutan ketika Sirah Nabawiyah yang diajarkan al-Banna telah membangkitkan semangat perjuangan generasi muda muslim. British pernah menjemput al-Banna ke kedutaan mereka untuk jamuah teh. Beliau telah dipuji di atas personaliti dan karektornya yang baik, serta kerja-kerja kebajikan kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan janda telah diberikan tepukan yang gemuruh. British mengadakan dunia adalah terlalu fragile dan Mesir hendaklah dibina ke arah modenisasi dan kemakmuran. British membayangkan bahawa Ikhwan perlu mendapatkan pertolongan daripada British untuk terus maju.


Al-Banna mendengar dengan sabar, dan kemudian dengan berani dan tegas memberitahu duta British bahawa Mesir dan kesemua harta kekayaannya adalah milik rakyat Mesir dan masa untuk British di Mesir sudah berada di penghujung.

JIHAD DI PALESTIN Apabila tragedi Palestin berlaku pada 1946, angkatan Ikhwan merupakan antara bala tentera yang aktif. Dengan semangat jihad dan cintakan syahid, angkatan Ikhwan yang serba kekurangan adalah lebih digeruni oleh bala tentera Yahudi la’natullah, berbanding tentera-tentera kerajaan Mesir, Syria dan Jordan yang cukup lengkap dengan peralatan dan latihan, tetapi kosong roh Islam dan tiada pergantungan kepada Allah. Ini adalah bukti bahawa di sana adanya pertolongan Allah yang tidak tertakluk kepada logik akal, dan juga bukti bahawa Ikhwanul Muslimin adalah Gerakan Islam yang benar dan begitu jugalah Gerakan-Gerakan Islam lainnya yang mengikuti jejak langkah Ikhwanul Muslimin.

Angkatan jihad Ikhwan telah pun berjaya sampai ke pintu masuk Tel Aviv dan hampir mampu menguasainya, namun dinafikan oleh pengkhianatan oleh pemerintah-pemerintah Arab pada masa itu. Ini disebabkan mereka bimbang sekiranya Ikhwan mendapat kemenangan, pengaruh dan sokongan terhadap Ikhwan pasti akan bertambah dan sukar untuk disekat. Untuk itu, Raja Faruk telah memenjarakan ramai ahli-ahli Ikhwan. Perdana Menteri Mesir ketika itu, Noqrashi Pasha telah mengharamkan Ikhwan. Tidak lama kemudian, Perdana Menteri Mesir itu telah dibunuh dan kejadian itu dikaitkan pula dengan Ikhwan. Beberapa bulan berikutnya, segala aset Ikhwan telah dirampas dan beribu-ribu pemuda-pemudi Ikhwan telah ditangkap dan dipenjara.

Pada 1948, al-Banna secara lantang mengatakan bahawa kerajaan Mesir bertanggungjawab di atas kelemahan dan kekalahan tentera Arab dalam Perang Palestin I melawan Yahudi. Akhirnya, al-Banna telah diusir ke bahagian utara Mesir pada tahun 1948.

SYAHIDNYA SEORANG PEJUANG Akhirnya, satu komplot telah dirancang oleh kerajaan Mesir dan British dan dilaksanakan oleh anjing-anjing mereka untuk membunuh al-Banna. Pada 12 Februari 1949, pada hari yang cerah di sebuah pasar di Kaherah, al-Banna telah ditembak oleh agen kerajaan di hadapan bangunan Persatuan Pemuda Islam. Selepas beliau dibawa ke hospital, beliau telah dibiarkan terlantar di atas lantai dengan darah yang masih mengalir tanpa adanya bantuan dari sesiapa pun untuk menyelamatkan beliau. Dua jam selepas beliau ditembak, beliau meninggal dunia menuju Ilahi. Tiada seorang pun telah dibawa ke muka pengadilan di atas kejadian tersebut.

Al-Banna hanya berusia 43 tahun pada ketika itu. Anak perempuan bongsunya juga dilahirkan pada hari yang sama. Ibunya telah menamakannya ‘Ishtisyhad’ iaitu kesyahidan (martyrdom).

Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Allah SWT tidak membiarkan perjuangan al-Banna berkubur begitu sahaja lantaran umur dunianya yang begitu singkat. Benih-benih Islam dan kader-kader pejuang hasil tarbiyyah al-Banna tanpa penat lelah telah meneruskan perjuangan al-Banna. Al-Banna sendiri lebih suka “mengumpul orang daripada mengumpulkan maklumat ke dalam buku”, dan dengan itu beliau telah membina organisasi Ikhwan dan menyediakan panduan-panduan bagi membolehkan Ikhwan tetap hidup, walaupun tanpa kehadirannya. Hanya sedikit penulisan-penulisan yang dihasilkannya kerana kebanyakkan masanya dihabiskan untuk pentarbiyyahan. Antara bukunya yang terpenting ialah “Warkah Kepada Pelajar Muslim”, di mana al-Banna menerangkan prinsip-prinsip Gerakan Islam.

Semangat perjuangan al-Banna kini bangkit bersama kebangkitan rakyat di mesir. Mereka Berjaya menghalau Presiden Mesir Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kejayaan bukan di capai dengan mudah, mereka berjuangan dengan nyawa dan darah. Ribuan rakyat mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan, ada dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara. Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.
Kebangkitan kuasa rakyat ini memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia. Bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.

Saya mengucapkan penghargaan tahniah setingginya buat seluruh rakyat mesir yang tidak berganjak selama 18 hari, mereka bangun bersama semangat ratusan syuhada yang gugur terkorban bagi membebaskan Mesir yang penuh kebobrokan, ini membuktikan komitmen dan istiqomah mereka berdepan ujian perit menumbangkan pemimpin yang zalim.

Kemenangan ini juga pasti hadiah yang besar buat perjuang-pejuang yang syahid termasuk al-Banna. Saya cukup yakin pastinya kebangkitan ini akan menular ke seluruh dunia, dan pastinya tanda aras yang baik untuk permulaan kebangkitan semula Islam. Mungkin teori kemenangan yang kita dapat lihat di sebabkan sentakkan dari tekorbannya seseorang. 17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia. Sebenarnya setin petrol itu jugalah, yang telah membakar kemarahan seluruh rakyat . Mungkin kebangkitan itu akan bermula dengan seseorang perlu di korbankan.

Saya akhiri penulisan ini dengan kata-kata menarik dari as syahid hassan al Banna.

" Berikan aku 300 pasukan, yg mana dada mereka tersurat dengan ilmu pengetahuan, hati mereka berkilau-kilauan dengan simbahan cahaya rohani, jasad mereka terlatih, maka ketika itu kamu ajaklah aku untuk menembusi langit 7 lapisan, menembusi bumi 7 petala @ menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup" (As-syahid Imam Hassan Al-Banna) Salam peringatan sempena pemergian As-syahid Imam Hassan Al-Banna [12-02-1949]

Tasbih Perjuangan by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda