Thursday, September 30, 2010

Pengasas Pondok Pak Teh kembali ke rahmatullah





Idham Lim   
GRIK, 30 Sept: Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas. Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh mendirikan pusat pengajian itu pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya pernah menjadi kontroversi. Setelah 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah seluas 45 hektar untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa kerajaan lama berkuasa sebelum itu tetapi tidak diluluskan.

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu.
Beliau dilahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959.
Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.

Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang.Kini setelah madrasah tersebut melangkau usia lebih 35 tahun, bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Kebanyakan pengajian ilmu di madrasah Pak Teh adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab.

Kaedah pengajian di madrasah yang berasaskan sistem pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi. Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Syuzu (nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad (feqah) dan Matan Majmuk Azhari.
Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Di atas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para rasul dan nabi, syuhada dan solihin di atas kegigihannya memperjuangkan agama Allah....Amin...

Pondok Pdg Temu Buat Open House Pondok

As Salam,

Pondok Pdg Temu merupakan  pusat Pengajian kitab-kitab turath sebagai menyambung usaha ulama’-ulama’ silam dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat untuk semua. Pengajian ini akan menggunakan beberapa kitab Jawi yang masyhur dikalangan masyarakat di Alam Melayu. Kebanyakan kitab-kitab ini diajar di pondok ini merupakan sebahagian bahan rujukan oleh para ahli akademik di universiti-universiti. Kaedah pengajaran yang akan dibuat ialah membaca / membahas isi kitab dari kulit ke kulit, iaitu sehingga habis. Ia tidak akan tertumpu kepada satu-satu topik khusus dalam kitab-kitab tertentu, tetapi lebih kepada cara pengajian tradisi dengan menghabiskan sesebuah kitab itu.

Maka pihak pondok & PMKT, berbesar hati ingin menjemput tuan / puan dan semua individu yang pernah menyumbang kepada pembangunan Pondok Pdg Temu agar dapat hadir ke majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri di Pondok Pdg Temu pada 23 Syawal 1431 H @ 2/10/2010 bermula jam 3.00 ptg hingga 8.00 malam.Keterangan sila lawat http://www.pmkt.com.my/

Selamat datang dan lihat sendiri pondok yang tuan / puan sumbangankan itu..

Sekian
Otam

Monday, September 27, 2010

MENCARI KETENANGAN HATI ATAU JIWA


Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.



Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat.



Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:



"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Hati boleh baik dan jahat.



Rasa senang apabila ia dipuji.



Rasa menderita apabila di keji.



Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.



Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.



Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.



Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.



Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.



Rasa dendam apabila orang menganiayainya.



Simpati dengan orang susah.



Rasa keluh kesah apabila dapat susah.



Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.



Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.



Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.



Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia.



Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.



Lihat apa kata Allah tentang hati.



Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)



"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A’la: 14 - 15)



"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)



Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang



1. Banyak menzalimi orang

2. Banyak membuat dosa

3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa

4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat

5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala

6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah

7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman



Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.



Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.



Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.



Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

Dari tulisan Ashaari Muhammad

KISAH BENAR......

MAJLIS MARHABAN/ SELAWAT DI MELAKA Oktober 2010

As Salam,
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan

Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Kepada mereka yang sangsi terhadapa majlis yang memuji Rasulallah SAW .......saksikan dengan bukti yang diserta di bawah.

Tahun lepas dia muncul di penutup majlis dan pada tahun ini di pertengahan majlis dimana Kemera yang berbeza pada tahun lepas telah digunakan dan pada tahun ini 2 kemera yang merakam peristiwa ini .Beruntung kepada penduduk taman yang menjayakan majlis ukhwah dan selawat ini.....

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]
 
Seseorang dari Bani Kinanah bersyair:
Bagi-Mu pujian dari insan yang bersyukur
Diturunkan hujan kepada kami berkat wajah Nabi
Dia berdoa kepada Allah, Khaliqnya
Dengan doa yang menjadikan mata tertunduk
Secepat lambaian sorban, bahkan lebih cepat
Kami telah melihat hujan bak mutiara berjatuhan
Jadilah beliau seperti kata pamannya, Abu Thalib
Berwajah putih nan bersih
Dengannya Allah menyiramkan awan
Inilah kesaksian tentang berita itu
Siapa bersyukur kepada Allah, akan mendapat tambahan
Dan siapa ingkar kepada Allah, akan mendapat murka."


KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala

2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.

3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.

4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat

5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat

6. Dituliskan baginya 10 kebajikan

7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit

9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم

10. Diampunkan dosa

11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita

12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.

"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)

13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup

14. Ditunaikan segala hajat

15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala

16. Membersihkan hati dan mensucikannya

17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga

18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat

19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم

20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.

21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.

22. Menghilangkan kemiskinan

23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil

24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"

25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga

26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk

27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala

28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)

29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar

30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat

31. Diberkati umur dan pekerjaannya

32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya

33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah صلى الله عليه وسلم

34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.

35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim

38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala

39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"
Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu

 

 
Ada dikalangan penduduk dikawasan kami yang mengadakan majlis SELAWAT & JAMUAN HARI RAYA ini di rumah .......TERDAPAT BUBLE YANG KELUAR DAN DIRAKAM OLEH 2 KAMERA YANG BERBEZA SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG ……….KAMI INGAT TAHUN LEPAS , IANYA KEBETULAN ATAU KAMERA ROSAK

NAMUN PADA TAHUN INI , 2 KAMERA YANG BERBEZA / ORANG , MERAKAMKAN PERISTIWA INI …………………DAN BILA DI FOKUS IANYA MENGELUARKAN KALIMAH & BERCAHAYA ……?????

Beruntung KEPADA TUAN / PUAN YANG MENGHADARI MAJLIS SELAWAT BERBANDING MAJLIS HARI RAYA YANG DI BUAT DIPENUHI MAKAN & HAWA NAFSU SERTA GELAK KETAWA ……..

Bulan RAMADHAN DAH BERLALU.......TANPA AMAL & SEDEKAH & JARIAH &  INFAK......... APA YANG  KITA BUAT SEMUA PERKARA WAJIB SAHAJ NAMUAN ADILFITRI KINI NAMPAK MACAM SAMA JE.......MAKA TERTIPU LAH KITA DENGAN AMAL YANG SEDIKIT ……………….
ANDA TAK PERCAYA , TETAPI ITULAH YANG BERLAKU KEPADA KAMI.....MAHA SUCI ALLAH DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH.

SEGALA PUJI BAGI ALLAH.
SEGALA PUJI BAGI ALLAH.
SEGALA PUJI BAGI ALLAH.

Bagi penduduk yg tak buat majlis ini di rumah anda ...no komen ......sebab rezeki . umur , ajal dan maut bukan ditangan kita.

Sekian
Otam67

Sunday, September 26, 2010

RASA MALU

Sungguh beruntung orang-orang yang memiliki rasa malu. Islam telah memberikan tempat yang mulia bagi perasaan malu. Semaklah beberapa hadis berikut:
Salim bin Abdullah dari ayahnya, mengatakan bahwa Rasulullah S.A.W. lewat pada seorang Anshar yang sedang memberi nasihat (dalam riwayat lain: menyalahkan) saudaranya perihal malu. (Ia berkata, “Sesungguhnya engkau selalu merasa malu”, seakan-akan ia berkata, “Sesungguhnya malu itu membahayakanmu.”) Lalu, Rasulullah S.A.W.. bersabda, “Biarkan dia, karena malu itu sebagian dari iman.” (Shahih Bukhari)
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi S.A.W. bersabda, “Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Bukhari)
*Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya dengan lafal Sab’uuna ‘tujuh puluh’, dan inilah yang kuat menurut pendapat saya, mengikuti pendapat Al-Qadhi Iyadh dan lainnya, sebagaimana telah saya jelaskan dalam Silsilatul Ahaditsish Shahihah (Muhammad Nashiruddin Al-Albani, -red)
Luar biasa kan, bahwasanya rasa malu itu bahkan di masukkan ke dalam salah satu bagian dari keimanan.
Dan yang lebih luar biasa lagi adalah bahwasanya Rasulullah saw, sang teladan terbaik umat manusia, juga memberikan keteladanan dalam urusan rasa malu.
Nabi S.A.W. lebih malu daripada seorang gadis dalam pingitannya. (HR Bukhari)
Hmmm.., lalu apakah rasa rasa malu yang kita miliki bisa menghambat kita dari pengembangan diri, dari tampil di muka umum, dari memberikan koreksi terhadap orang lain, atau dari kebaikan-kebaikan yang harus dilakukan dengan kepercayaan diri (PD), dan terkadang kita masih belum terlalu PD atau masih suka sering salah, seperti misalnya, berbicara di forum formal, forum massal, atau aktivitas yang terlihat orang?
Sesungguhnya bukan itu rasa malu yang sedang kita bicarakan. Rasa malu yang sedang kita bicarakan adalah perasaan malu untuk berbuat kemaksiatan, perasaan malu terhadap Allah, dan perasaan malu kalau tidak berbuat kebaikan. Nah, itulah rasa malu yang sebenarnya.
Kalau dalam konteks rasa malu untuk tampil di depan umum, belum percaya diri, grogi, takut salah, dll, maka mungkin itu lebih tepat digolongkan ke dalam rasa minda.
Karena sesungguhnya rasa malu itu punya tempat, dan rasa malu yang baik itu pasti kan membawa kebaikan bagi pemiliknya.
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi S.A.W.. pernah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan. (Shahih Muslim)
Jadi, jangan pernah malu jika mau berkembang, belajar, ataupun bertanya, meskipun untuk hal-hal yang terdengar sepertinya “tabu” jika harus diungkapkan di forum umum.
Semak kesaksian ibunda kaum muslimin ketika berbicara mengenai keutamaan wanita-wanita Anshar, yang menyatakan bahwa (kurang lebih), sebaik-baiknya wanita adalah wanita Anshar, rasa malu yang mereka miliki tidak menghalangi mereka dari memperdalam agama.
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Seorang wanita bertanya kepada Nabi SA.W.. tentang cara wanita mandi wajib dari haid? Hadis berkata: Kemudian Aisyah menjelaskan bahwa beliau mengajarkannya cara mandi. (Di antara sabda beliau): Engkau ambil kapas yang diberi misik, lalu bersihkan dengan kapas itu. Wanita itu berkata: Bagaimana cara membersihkannya? Beliau bersabda: Maha suci Allah! Bersihkan saja dengan kapas itu. Dan beliau bersembunyi. (Sufyan bin Uyainah memberi isyarat tangan kepada kami pada wajahnya). Hadis melanjutkan: Aisyah berkata: Aku tarik wanita itu mendekati aku. Aku tahu apa yang diinginkan Nabi saw, lalu aku berkata kepadanya: Bersihkan bekas darah haidmu dengan kapas itu. (Shahih Muslim)
Semak pula pertanyaan seorang muslimah yang sedang bertanya mengenai hal (sangat mungkin) berasal dari pengalaman pribadinya.
Hadis riwayat Ummu Salamah r.a., ia berkata: Ummu Sulaim datang kepada Nabi saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi jika bermimpi? Rasulullah saw. bersabda: Ya, apabila ia melihat air (mani). Ummu Sulaim berkata lagi: Wahai Rasulullah, apakah wanita juga bermimpi? Beliau bersabda: Beruntunglah engkau. (Kalau tidak demikian), dari mana anaknya mirip dengannya. (Shahih Muslim)
Imam Ali r.a pun memiliki rasa malu, namun rasa malunya tidak menghalanginya dari mencari kejelasan dalam urusan agamanya, lihatlah bagaimana ia dengan cermat mengambil keadah untuk mengatasi rasa malunya.
Hadis riwayat Ali r.a., ia berkata: Aku adalah lelaki yang sering keluar mazi dan aku malu bertanya kepada Nabi S.A.W., karena posisi putri beliau. Lalu aku menyuruh Miqdad bin Aswad. Miqdad lalu menanyakan hal itu kepada beliau. Beliau bersabda: Hendaknya ia membasuh kemaluannya lalu berwudu. (Shahih Muslim)
Jadi, intinya, milikilah rasa malu, karena rasa malu itu memiliki keutamaan yang tinggi dalam Islam, sehingga akhirnya rasa malu itu bisa menghalangi kita dari berbuat dosa maupun kemaksiatan. Namun, tempatkan rasa malu itu pada koridornya yang benar, untuk beberapa hal, menjadi seorang yang pemalu itu tidak tepat, contohnya ketika ingin menuntut ilmu, ataupun ketika kita akan berbuat kebaikan, karena sesungguhnya rasa malu itu membawa kebaikan.
Wallahu ‘alam

Program Da’wah dan Ilmiah Guru Mulia Habib Umar Ben Hafidz di Malaysia Zulkaedah 1431H



Bersempena acara Haul Imam Abdullah Al-Haddad :

15 Oktober 2010 = Masjid Al-Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur / 1730 PM

16 Oktober 2010 = Masjid Negeri Shah Alam / 1700 PM

17 Oktober 2010 = Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya Selangor / 1730 PM

Majlis2 Haul 2010

Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

Tarikh

Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)

09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

Zon Sentral

15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

18 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan

Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

Friday, September 24, 2010

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI

> 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
> bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
> buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
> tidak boleh bimbing saya soal agama
>
>
> 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri
> selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal Wang
> hantaran Dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli
> rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
>
>
> 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas
> di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas Dan berhias
> cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju
> perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
> dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas
> pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa
> anaknya.
>
>
> 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
> saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur
> semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
>
>
> 5. Suami mahu anak ramai Dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
> belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar
> lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
>
>
> 6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang Dan puasa. Suami pun sama
> juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
>
>
> 7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
> memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami
> mahu seks tiap2 malam Dan suka liwat saya.
>
>
> 9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
> dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
>
>
> 10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
> tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
> penganggur Dan Gila main muzik sahaja. Duit TU dia nak beli gitar.
>
>
> 11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya Dan berkedudukan.
> Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama
> jenis.
>
>
> 12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga
> apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
>
>
> 13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli Dan seluar
> dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" Dan berkahwin dengan saya
> kerana menuruti kehendak emaknya.
>
>
> 14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik
> sahaja dilahirkan dahulu.
>
>
> 15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si
> anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.
> Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
>
>
> 16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa
> dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa
> mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
>
>
> 17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
> untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3
> tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
>
>
> 18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
> seminggu Dan rumah tidak boleh bersepah... Walaupun saya sedang sarat
> mengandung.
>
>
> 19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk
> belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju
> sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami
> jemput,
> kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
>
>
> 20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
> anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan Dan merosakkan
> kereta kesayangannya.
>
>
> 21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
> suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
> berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
> Terpaksalah saya menyara anak2.
>
>
> 22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
> 'takde duit'. Kalau nak beli joran Dan umpan, Ada pula. Saya perhatikan
> saja
> gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
>
>
> 23. Suami Gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka
> 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
> mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
>
>
> 24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari
> bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi
> 'bersangkak'.
>
>
> 25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
> nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
> digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami
> dibaling tahi.
>
>
> 26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
> lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka
> kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
> menganggu hidupnya.
>
>
> 27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
> setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya,
> dia
> kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
>
>
> 28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang
> dah ada tanda2 HIV.
>
>
> 29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
> saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling
> barang2
> rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
>
>
> 30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
> Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2
> ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya
> sara
> anak sementara dia di dalam penjara.
>
>
> 31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
> Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
> perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
> negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
>
>
> 32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
> kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja
> kilang nak sara anak2.
>
>
> 33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
> kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati
> saya selama ini?
>
>
> 34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
> pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang,
> upah
> sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"..
> siang
> dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
>
>
> 35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.
> Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
> kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan
> cinta" perempuan lain di badannya.
>
>
> 36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
> besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi
> selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
> Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati
> seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang
> saya dan pihak hospital.
>
>
> 37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,
> suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
> orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah
> sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
>
>
> 38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam
> kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
> beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
> Dia sendiri pun tak pernah buat.
>
>
> 39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
> mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,
> dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak
> percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara
> keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan
> silap haribulan berendam airmata...
>
>
> 40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.
> Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
> amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks
> hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik
> benar
> kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda