Ketika kita membaca kalimat diatas maka didalam hati kita sudah tersirat bahwa kalimat ini akan langsung membuat alergi bagi sebagian kelompok muslimin, saya akan meringkas penjelasannya secara ‘Aqlan wa syar’an, (logika dan syariah).
Orang itu bertanya tentang puasa senin, maksudnya boleh atau tidak?, Rasul saw menjawab : hari itu hari kelahiranku, menunjukkan hari kelahiran beliau saw ada nilai tambah pada pribadi beliau saw, sekaligus diperbolehkannya puasa dihari itu. Maka jelaslah sudah bahwa Nabi saw termasuk yang perhatian pada hari kelahiran beliau saw, karena memang merupakan bermulanya sejarah bangkitnya islam. Walaupun mimpi tak dapat dijadikan hujjah untuk memecahkan hukum syariah, namun Ini menunjukkan bahwa pembacaan Syair di masjid tidak semuanya haram, sebagaimana beberapa hadits shahih yang menjelaskan larangan syair di masjid, namun jelaslah bahwa yang dilarang adalah syair syair yang membawa pada Ghaflah, pada keduniawian, namun syair syair yang memuji Allah dan Rasul Nya maka hal itu diperbolehkan oleh Rasul saw bahkan dipuji dan didoakan oleh beliau saw sebagaimana riwayat diatas, dan masih banyak riwayat lain sebagaimana dijelaskan bahwa Rasul saw mendirikan mimbar khusus untuk hassan bin tsabit di masjid agar ia berdiri untuk melantunkan syair syairnya (Mustadrak ala shahihain hadits no.6058, sunan Attirmidzi hadits no.2846) oleh Aisyah ra bahwa ketika ada beberapa sahabat yang mengecam Hassan bin Tsabit ra maka Aisyah ra berkata : “Jangan kalian caci hassan, sungguh ia itu selalu membanggakan Rasulullah saw”(Musnad Abu Ya’la Juz 8 hal 337). Diriwayatkan bahwa Imam Al hafidh Taqiyuddin Assubkiy rahimahullah, seorang Imam Besar dan terkemuka dizamannya bahwa ia berkumpul bersama para Muhaddits dan Imam Imam besar dizamannya dalam perkumpulan yang padanya dibacakan puji pujian untuk nabi saw, lalu diantara syair syair itu merekapun seraya berdiri termasuk Imam Assubkiy dan seluruh Imam imam yang hadir bersamanya, dan didapatkan kesejukan yang luhur dan cukuplah perbuatan mereka itu sebagai panutan, dan berkata Imam Ibn Hajar Alhaitsamiy rahimahullah bahwa Bid’ah hasanah sudah menjadi kesepakatan para imam bahwa itu merupakan hal yang sunnah, (berlandaskan hadist shahih muslim no.1017 yang terncantum pada Bab Bid’ah) yaitu bila dilakukan mendapat pahala dan bila ditinggalkan tidak mendapat dosa, dan mengadakan maulid itu adalah salah satu Bid’ah hasanah, |
Tuesday, May 11, 2010
Maulid Nabi SAW
Beza Hadith Qudsi Dengan Hadith-hadith Lain
Hadith Qudsi Ulama’ hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi adelah perkataan Nabi S.A.W yg disebut dgn mengatakan Allah telah berfirman, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.iaitu titah Allah yg disampaikan kepada Nabi melalui jalan ilham atau mimpi,lalu Rasulullah menyampaikannya kepada ummat dgn perkataannya sendiri dan menyandarkannya pada Allah, sedang hadith2 lain tidak. bahagian nama-nama hadith: Hadith Mutawatir Hadith Masyhur atau Mustafidh Hadith Sahih 1-adil- orang Islam yang baligh,beraqal, tidak buat dosa besar, tidak berterusan buat dosa kecil dan tidak buat perkara-perkara yang jatuhkan maruah dan kehormatan diri 2-Dabid- orang yang cukup kuat ingatan untuk ingat apa yang didengar dan mudah mengeluarkannya bila perlu, termasuk menulis hadith yang didengar dan disimpan sampai benar-benar sah diriwayatkan orang daripadanya. 3-Sejahtera dari keganjilan- sejahtera riwayatnya dari perbezaan dengan bertambah atau berkurangan pada sanad atau matan hadith jika dibandingkan dari riwayat orang-orang kepercayaan. 4-Sejahtera dari ‘illat - sejahtera dari sigar-sigar yang dapat meburukkan atau mencacatkan hadith. hadith sahih boleh dijadi hujjah dalam hukum Islam. Hadith Hasan hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang yang meriwayatkannya adil, sejahtera dari keganjilan dan ‘illat, tapi kurang dabidnya *Hadith Hasan Sahih Hadith Da’if Hadith Marfu Hadith Mauquf Hadith Mursal Hadith Muttasil Hadith Mahfuz Hadith Jayyid Hadith Mujawwad dan Thabit Hadith Maudu’ |
Dato' Tuan Shaykh Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad

Dato' Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad – Beliau dilahirkan pada 23 Safar 1356H bersamaan 5 Mei 1937. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato' Shahbandar, Rasah. Kemudian meneruskan pengajiannya di Singapura bersama bapa saudaranya Tuan Haji Abdul Rasyid, dan kemudian di Sekolah Agama al-Atas, Johor Bahru hingga tahun 1956. Pada tahun 1957, beliau melanjutkan pelajaran di al-Mashor, Pulau Pinang. Kemudian tahun 1961 beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Maahad al-Kaherah dan seterusnya menuntut di Universiti al-Azhar, Cairo pada tahun 1967 hingga 1974.
Pengalaman dalam perkhidmatan :
• Bertugas sebagai guru Agama di Sekolah Agama Menengah Tinggi Bukit Merbah pada tahun 1974
• Menjadi Qadhi di Daerah Kuala Pilah dan Jempol sehingga tahun 1981.
• Menjawat jawatan Ketua Penerangan Agama dan merangkap Imam Besar Negeri Sembilan dari tahun 1981- 1984.
• Menjawat Ketua Penerangan Agama dan memangku Qadhi Besar bermula pada 31 Oktober, 1984 hingga bulan Ogos 1987.
• Bermula 10 Ogos, 1987 bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus hingga sekarang.
BIODATA MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Pada tahun 1943 Y.B Dato' Mufti memulakan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sega, Rantau. Selepas itu bapa Y.B Dato' berpindah ke Mukim Nyatoh dan Y.B Dato' bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nyatoh. Selepas British kembali memerintah Malaysia Y.B Dato' mula belajar di Sekolah Kebangsaan Dato' Shahbandar Haji Ahmad, Rasah hingga tamat pada kelas 6.
1950 - Belajar di Madrasah Khairiah Singapura disamping belajar dengan bapa saudara Tuan Haji Abd. Rashid.
1951 - Berpindah ke Madrasah Al-Atas Johor Bahru – belajar agama di sebelah pagi di Madrasah Al-Atas dan di sebelah petang belajar di Sekolah Agama Air Molek.
1956 - Lulus Kelas Khas dan mendapat No. 3 daripada 1000 orang penuntut. Dan pada tahun yang sama lulus syahadah al-Iftida‘iyah di Madrasah tersebut.
Pada awal 1957 berpindah ke Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang hingga 1960. Kemudian lulus ujian dan dilantik menjadi guru sementara di Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang.
Bulan Ogos 1960 bertolak ke Al-Azhar. Mula-mula belajar di Maahad Al-Bu‘us. Oleh kerana al-Azhar menerima perubahan baru zaman Sheikh Mahmud Shaltud dan Dr. Mohd Bahai, Menteri al-‘Aukuf. Semua pelajar-pelajar diarah menerima sistem baru palajaran sains dan agama di al-Azhar dan saya diantara yang kekal sehingga mendapat shahadah Senawi di Maahad al-Kaherah.
1965 - Mendapat sijil menengah al-Azhar.
1966 hingga 1973 - Mengaji di Universiti al-Azhar dalam kuliah al-Syariah al-Qanun.
1973 - Lulus Sarjana al-Azhar.
Sepanjang di Mesir beliau terlibat dengan Persatuan Melayu Mesir (PMRAB). Menjawat beberapa jawatan terpenting Persatuan tersebut dan berkawan rapat dengan ramai sahabat di Malaysia sekarang diantaranya Dr. Yusof Nor, Dr. Abdul Hamid Othman, Dato' Hashim Yahya, Ust. Azizan Abdul Razak, Sheikh Mohsin, Dr. Ismail Ibrahim, almarhum Tan Sri Sheikh Mohsin, Ust. Fadhil Nor, Dr. Daing Sanusi, Ust. Sulaiman Yasin, Dato' Nik Aziz dan pelajar-pelajar Brunei , Singapura , Indonesia , Filipina dan Muldip dan terlibat bersama-sama rakan Malaysia membentuk Pakatan Mahasiswa Asia Tenggara. Tamat pengajian pada tahun 1973 dan berada di Malaysia pada tahun 1974.
1974 - Bertugas sebagai Guru Sementara di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban
1976 - Menjadi Qadhi Daerah Kuala Pilah / Jempol dan Hakim Mahkamah Syariah Daerah Kuala Pilah dan Jempol.
10.9.81 - Dilantik menjadi Ketua Pegawai Penerangan merangkap Imam Besar Masjid Negeri.
10.7.84 - Ketua Pegawai Penerangan memangku Qadhi Besar Negeri Sembilan dan Hakim Mahkamah Qadhi Besar seluruh Negeri Sembilan. Dalam tempoh ini beliau telah dihantar menghadiri beberapa kursus yang diadakan samada di Kuala Kubu, JAKIM, 2 minggu menghadiri kursus Imam-Imam di Sabah atas kerjasama Kerajaan Malaysia dan Libya . Kemudian kursus Imam-Imam seluruh dunia di Mesir selama 3 bulan (Mac – Jun 1986) bersama-sama 11 orang Pegawai Agama seluruh Malaysia atas pilihan JAKIM.
Sepanjang menjadi Qadhi telah dihantar menghadiri beberapa kursus Qadhi-Qadhi seluruh Malaysia .
1987 - Dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sehingga sekarang.
Sepanjang berkhidmat beliau dikurniakan 3 pingat :
1983 - PJK
1986 - PMC
1988 - DSNS
Bayangkan kalau ini kisah anda..!!
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku.
Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 tahan, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, iaitu guru mengajinya.
Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat laporan polis dan medical check-up, anak aku dah macam orang hilang ingatan, histeria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar dipulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku yang lalu. Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, mungkin adalah dari kesilapan lampau aku.
Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 tahan, 2 tahun dahulu. Pada awalnya hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dengan isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada gadis ini. Aku namakan dia Ayu.
Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap-luap. Tau-tau la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak &^%$ dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, aku nak pegang pun dia tak bagi, cium apatah lagi. Aku juga menipu Ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan dia berjalan lancar selama 5 bulan.
Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke. Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal ke dalam minuman Ayu. Lepas aku tengok dia high, aku cepat-cepat bawa dia check-in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap-luap, aku bersetubuh dengan Ayu tanpa Ayu sedari. Nikmatnya tak terkata. Namun selepas menyedari keesokkan paginya, aku menyesal, Ayu pulak menangis sekuat hati.
Dalam keadaan huru-hara tu, aku berjanji pada Ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku fikir nak nikah dengan Ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut. Selepas berjanji dengan Ayu, aku pun menghantar pulang ayu ke rumah sewanya. Sambil Ayu menangis teresak-esak, Ayu merayu jangan tinggalkan dia dalam keadaan macam ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku, nak nikah juga dalam masa terdekat.
Nak dijadikan cerita, balik saja ke rumah, tiba-tiba isteriku melayan aku dengan baik sekali, kemudian aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteri, sambil melihat wajah anak-anak ku yang masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku. Aku masih sayang pada isteriku.
Bile terfikir tentang Ayu, aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteriku. Sejak itu isteriku melayan aku dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada Ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku.
Janji yang aku taburkan pada Ayu, hanya janji manis saja. Aku cuba jauhkan diri aku pada Ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi. Satu hari yang tak disangka, apabila aku pulang ke rumah, aku nampak kereta Ayu di depan rumah aku, aku tercari-cari Ayu di mana dia. Dalam perjalanan menuju ke rumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh. aku panik, tapi apa yang terjadi aku akan hadapi.
Bila melangkah masuk ke rumah, aku lihat Ayu merayu-rayu melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri aku memberitahu perempuan gila ini, mendakwa telah menjalin hubungan dengan aku dan dia mahu aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknya menendang dan menampar Ayu sepuas-puasnyA. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita Ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain.
Tanpa rasa bersalah aku menarik Ayu dan menghalau dia keluar dari rumah. Menangis Ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mahu rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dengan nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu mengandung? Aku hampir pengsan lagi. Dan Ayu juga melafazkan aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol. Lepas tu Ayu terus menghilangkan diri.
Selepas kekecohan itu, isteriku face-to-face dengan aku, siapa Ayu? Aku dengan tenang mengatakan Ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama. Oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati dia, dia naik syok dengan aku. Isteriku tak puas hati tapi dia siap warning jika benar aku takde apa-apa affair dengan Ayu, dia maafkan aku, kalau tak dia akan minta cerai.
Kerana sayangkan isteri aku bersumpah memang aku tiada affair dengan Ayu. Keesokkan harinya, aku cuba call Ayu untuk memutuskan hubungan dengan Ayu. Sebaik Ayu mengangkat telefon terus dia histeria dan menyumpah-nyumpah aku. Sumpah yang aku masih teringat-ingat. "AKU DOAKAN SEMUA KETURUNAN KAU MATI KENA ROGOL" ....KATA AYU.
Semenjak itu, Ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar Ayu sudah meningal dunia tahun lepas. Sekarang bila aku terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib aku, anak-anak aku. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari Ayu, tapi Ayu sudah tiada. Aku bingung. Setiap malam aku buat sembahyang sunat taubat. Tapi bayangan Ayu selalu hadir dalam minda ku.
Dan yang paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku. Perit. Sungguh perit. Ya, kisah aku lebih kurang sama seperti dalam cerita-cerita rekaan yang selama ni kita tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar-benar berlaku, hingga aku terkelu sendirian. Terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yang menyindir. Tapi memang aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup. Hidup aku, hidup keluarga aku dan hidup insan lain.
Tatkala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru. memikirkan hal anak aku, aku hampir kemalangan kerana tak fokus langsung semasa memandu. Anak aku sekarang semakin histeria, dia tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut, bingung, menangis. Aku dan isteri sangat sedih. Anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah dia berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu.
Kami takut dia bunuh diri atau mencederakan diri. Setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku, minggu lepas kami ada bawa dia berjumpa kaunselor, tapi nampaknya anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi. Isteriku menangis dan aku menahan sebak. Kaunselor kata bawa bila keadaan anak ku reda sikit nanti. Sekarang mungkin dia rasa tak selamat nak berjumpa orang asing.
Anak ku juga tak berapa nak makan, kami risau dia akan sakit. Aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suka bersendiri, kadang-kadang terdengar dia menyanyi sorang-sorang, risau juga takut dia alami gangguan emosi. Dia terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil dia tau apa yang bakal dia alami bila dewasa kelak.
Jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku diampunkan. Berbalik pada kisah Ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada menghubungi sepupu dia, Kay. Kay yang memberitahu aku yang Ayu sudah meninggal dunia. Kesnya terkena buatan orang. Yang aku tak berapa pasti, Kay memberitahu Ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri aku.
Selepas itu, Ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang dia tanggung, Kay beritahu mujur Ayu keguguran bayi, kalau tidak macam mana dia nak hadapi keluarga dan masyarakat. Hmmm, aku mengucap panjang tanda keinsafan.
Selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampungnya meminang Ayu, tapi Ayu menolak, Ayu jelaskan pada Kay, dia tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnya. Aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.
Jejaka tu berang bile Ayu menolak pinangannya. Lepas tu hidup Ayu terus porak peranda. Puas dibawa berubat, akhirnya Ayu menghembuskan nafas terakhir. Kay kata Ayu terkena santau dari siam. Siapa yang buat wallahualam. Selepas Kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan. Sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup orang lain. Bukan sekali, tapi dua kali gus.
Mengenai anak ku ini, kejadian hitam yang berlaku ke atasnya mungkin kerana kecuaian aku dan isteri juga. Sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji. Tetapi selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah orang ni lagi. Pada malam itu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. Pelajar lain tidak hadir lagi kerana masih ada yang belum pulang dari kampung beraya. Masa kejadian itu isterinya ke rumah orang untuk beraya. Kalau aku periksa dulu dan tau hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan dia pergi mengaji malam tu. Tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check.
Aku pun hairan, dalam banyak-banyak perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi mangsa? Aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat. Kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan orang berpengaruh dan melibatkan kanak-kanak bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh. Kadang-kadang aku geram sangat. Geram pada lelaki tu. Nak saja aku kerjakan dia cukup-cukup. Aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun kes ni pasti terbongkar. Kalau penduduk kawasan rumah aku tau, aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak-anak yang lain.
Akhir-akhir ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah. Hidup kami tidak lagi ceria. Tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama-sama, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga. Aku masih sebak. Malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih kerana anak ku masih kecil.
Nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak-anak anda di mana mereka berada, pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana-mana lelaki, walau se-alim mana pun. Ya, kadang-kadang sebagai ibu bapa kita hanya menyerahkan anak kita pada guru sekolah, guru tuisyen, guru mengaji, tukang gaji, driver, guard. Tapi kita tak pernah pun amik tau siapa mereka. Ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.
Sekian.
Sumber: http://zai6973.blogspot.com
Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?
| Oleh ZALILA ISA SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya. Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik. Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia. Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok. Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal. Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu. Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka. Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar. Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua. Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya. Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebaginya. Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita. Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan. Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita. Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila. Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu. Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.” Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan emmelihara maruah kerana Allah. Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya) Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya: “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...” Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan. Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat. Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat. Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden. Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu. Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin. Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik. Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu. Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah. Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu. Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari) Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara. |
Sunday, May 09, 2010
Lamakah Kita di Kubur?
Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.
Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;
Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965
"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"
Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru
"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.
"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "
Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di
Muhammad Z
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya
Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.
"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.
"Ya Allah..."
Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
"Allahumma as aluka khusnul khootimah"
Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.
Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.
"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."
Inilah ilmu daripada guruku,
Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.
Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:
1) Kasyaf Mata
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.
2) Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.
3) Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya masin seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.
4) Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.
5) Kasyaf Hati
Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, "Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah". Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.
Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya. Sekian.
Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah, manakala menghina mereka bererti juga menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata-kata dan sebagainya, adalah petanda mati dalam su'ul khatimah (penamat yang buruk).
Sebab itu juga Allah berfirman dalam hadis Qudsi lain:
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya" . (Riwayat Al Bukhari)
Berkata seorang ulama yang arif dalam tulisannya bahawa: "Wali Allah atau kalimah jamaknya aulia Allah. Wali juga bererti pemimpin. Boleh juga diberi erti kekasih yang dilantik oleh Allah. Jadi seseorang ulama yang mencapai darjat wali Allah ini adalah seorang kekasih Allah yang dilantik oleh Allah untuk memimpin. Wali Allah adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin dan orang-orang suci-Nya".
Ulama Sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam-macam jenis atau peringkat wali yang dilantik, oleh Allah dengan syarat-syarat perlantikan yang hanya Allah juga mengetahuinya.
Di bawah disenaraikan antara wali-wali besar yang sebahagiannya bukan sahaja memerintah negeri dan negara bahkan memerintah dunia:
i. Sahabat-sahabat Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam terutama Khulafa’ur Rasyidin.
ii. Imam mazhab [dalam ilmu feqah dan tauhid] terutamanya imam mazhab yang empat.
iii. Para mujaddid terutamanya Sayidina Umar Abdul Aziz [mujaddid kurun pertama] dan Imamul Mahdi [mujaddid kurun ke-15].
iv. Para perawi hadis seperti Imam Bukhari, Imam Termizi dan Imam Muslim.
v. Pengasas-pengasas tareqat seperti Tareqat Naqsyabandiah, Ahmadiah, Qadariah, Aurad Muhammadiah dan lain-lain.
vi. Ulama-ulama besar sufi seperti Imam Hassan Al Basri, Syeikh Junaid Al Baghdadi, Syeikh Abu Yazid Bustami, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Imam Al Ghazali, Syeikh Abu Hassan Syazali, Imam Sayuti, Imam Nawawi, Syeikh Ramli dan ramai lagi.
vii. Di kalangan wanita, antaranya ialah Sayidah Nafisah dan Rabiatul Adawiyah. Juga isteri-isteri Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam dan puterinya Siti Fatimah Az Zahrah
Terdapat wali yang orang tidak kenal kewalian dan kemuliaan mereka disangka gila. Misalnya Uwais Al-Qarni, yang hidup sezaman dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda.
Kewaliannya diberitahu oleh baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sendiri kepada Sayidina Umar Al-Khattab dan Sayidina Ali Abi Talib karamallahu wajhah. Begitu juga dengan sahabat Huzaifah al-Yamani, walaupun tidak terkenal dalam bidang kepimpinan tetapi banyak mengetahui rahsia-rahsia kerohanian. Malah Sayidina Umar radhiAllahu `anhu pun merujuk kepadanya. Demikian lagi peranan Nabi Khidir `alaihi salam di zaman Musa `alaihi salam.
Wali-wali yang tersembunyi ini pada lahirnya tiada apa-apa keistimewaan. Tetapi sebenarnya mereka adalah manusia yang sangat penting pada dunia. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1. Do'a mereka sangat makbul. Iaitu permintaan mereka Allah tunaikan. Rintihan mereka Allah beri perhatian.
2. Walaupun tidak memimpin dan tidak terkenal, namun sikap hidup serta percakapan mereka menjadi ikutan dan tiruan orang-orang sekeliling. Ertinya, adanya mereka di satu-satu tempat sudah cukup untuk mengubah akhlaq manusia.
3. Dengan adanya orang-orang seperti mereka di muka bumi ini, maka Allah masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua manusia termasuklah yang derhaka. Juga Allah pindahkan atau alihkan azab dan bencana tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang-kurangnya azab itu dibuat bertahap-tahap, berperingkat- peringkat hinggalah berpeluang bagi manusia menyelamatkan diri dan bertaubat. Sedangkan kalau azab itu diturunkan, sekaligus secara menyeluruh, habislah manusia ini.
4. Ada hadis mengatakan, kerana mereka inilah (orang-orang soleh dan wali-waliNya) dunia belum dikiamatkan.
Sebagai golongan istimewa di sisi Allah, mereka dianugerahkan penghormatan dengan berbagai kelebihan dan kemuliaan berupa karamah yang tidak diberi pada manusia biasa (orang awam). Justeru itu, tidak hairanlah di kalangan orang-orang ramai akan mengaitkan cerita-cerita tentang karamah apabila memperkatakan darihal peribadi seseorang wali itu.
Dalam pada itu, orang awam umumnya hanya mengenali karamah-karamah berbentuk zahiriah atau karamah hissi iaitu kejadian-kejadian luarbiasa yang mencarik adat dan berlaku pada wali-wali dan dapat dilihat dengan mata kasar.seperti karamah boleh berjalan di atas air, boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari setempat ke setempat dengan sekelip mata dan sebagainya.
Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi karamah anugerah Allah pada para aulia yang dipanggil karamah maknawiyah. Karamah berbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dilihat dan diketahui oleh orang-orang yang mempunyai ketajaman mata hati.
Keistimewaan karamah maknawiyah antara lain ialah kata-katanya memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan kebaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan cakap-cakapnya. Biasanya karamah bentuk ini lebih menonjol pada para wali yang memimpin umat di samping dikurniakan juga karamah zahiri atau hissi.
Ini kerana bukan senang memimpin orang ramai kepada kesedaran beragama dan amalan Islam, lebih-lebih lagi zaman sekarang di mana orang ramai begitu sibuk dengan kehidupan dunia hatta menilai agama pun berdasarkan kedudukan, dan pengaruh wang ringgit.
Walaupun terdapat sesetengah orang hebat berceramah di sana sini dan dapat menghimpun ribuan orang mendengarnya, tetapi sayangnya para pendengar tak boleh membuat perubahan melainkan dalam soal-soal ibadat khusus sahaja. Manakala kehidupan seharian mereka tetap bercampuraduk dengan aneka maksiat.
Di sinilah peranan wali Allah yang memiliki karamah maknawiyah yang layak memimpin umat manusia kerana akhlaq dan tuturkatanya dapat menarik orang ramai kembali kepada cara hidup Islam tengah-tengah suasana kehidupan yang penuh munkar. Tidak mustahil berlakunya dengan sekali dia berceramah, berpuluh orang boleh buat perubahan.
Contoh karamah maknawiyah lagi ialah dapat merasa kelazatan beribadah tanpa diusahakan bersungguh-sungguh, dapat ditinggalkan maksiat tanpa susah-susah mujahadah, dapat istiqamah dengan sesuatu amalan seperti boleh berada di tikar sembahyang beberapa minit lebih awal pada setiap waktu solat fardhu dan sebagainya.
Atau karamah dapat mempertahankan wuduk untuk tempoh yang lama seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani, Uwais Al-Qarni, Rabiatul Adawiyah dan umum para wali Allah yang solat Subuh dengan wuduk solat Isyak. Dan mereka sentiasa dalam keadaan berwuduk setiap waktu dan ketika.
Nyatalah dari kedua-dua bentuk karamah ini, karamah yang lebih utama adalah karamah maknawiyah kerana ia boleh menyelamatkan tuanpunya diri daripada api neraka. Ada wali yang dikurniakan satu bentuk karamah sahaja, ada yang dapat kedua-dua sekali, bahkan ada wali yang berdoa kepada Allah agar tidak dikurniakan karamah terutama karamah zahiriah kerana takut tidak dapat menjaga nikmat Allah itu.
Bagaimanapun, kedudukan aulia di sisi Allah tidak ditentukan oleh karamah. Sesetengah wali tidak ada apa-apa karamah, tapi dia tetap mulia pada pandangan Allah. Cuma banyak wali dikurniakan karamah kerana melaluinya Allah hendak kuatkan agamaNya (sebagai hujjah mempertahankan kebenaran) dan untuk memberi pengajaran atau menambah keyakinan pada diri wali itu sendiri.
Bagi wali yang menjadi pemimpin, sama ada pemimpin negara, masyarakat atau jemaah, karamah merupakan kemudahan untuk mengatur masyarakat. Ini berlaku pada beberapa orang wali seperti Tokku Paloh, Tuk Kenali, Syeikh Muhammad Nur al-Kholidi, Syeikh Said al-Linggi dan Tuan Hussein yang terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin jemaah pengajian di Tanah Melayu.
Ada wali yang tidak memimpin masyarakat secara langsung tetapi memainkan peranan tersendiri sebagai pendidik masyarakat. Seperti kata seorang ulama: "Pemimpin tidak rasmi ialah orang yang diikuti akhlaq dan sifatnya (sikapnya) tanpa dia sedar". Kita dapati setiap orang wali itu berperanan mengikut syakilah (bakat) masing-masing. Secara umum, mereka adalah penguat agama dan pembawa kesejahteraan pada masyarakat serta umat.
Dalam sejarah, ada wali yang menjadi pemimpin negara seperti Khulafa' al-Rashidin (Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), Sayidina Umar al-Aziz, Muhammad al-Fateh, Sultan Murad (bapa kepada Muhammad al-Fateh), Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan lain-lain. Ada juga wali yang menjadi pemimpin peringkat negeri seperti beberapa orang di kalangan para sahabat (Sayidina Bilal, Abu Ubaidah, Sa'ad Abi Waqqas, Sa'id Amir al-Jumahy dan lain-lain), kalangan wali songo di Tanah Jawa dan lain-lain.
Ada pula wali yang seperti tidak bermasyarakat tetapi kehadiran mereka menyebabkan masyarakat dapat tumpang barakah, seperti Uwais al-Qarni. Orang sepertinya terkenal di langit tapi tidak terkenal di bumi hingga riwayat hidupnya pun tidak diketahui orang. Wali tetap ada di setiap zaman. Setiap seorang wali yang meninggal, Allah akan menaikkan orang lain menggantikannya sebagai wali mengikut darjat-darjat tertentu. Cuma antara menonjol atau tidak menonjol mereka di tengah masyarakat.
Petikan dari buku Tujuh Wali Melayu
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...