Wednesday, November 18, 2009
Dalil Allah atas hambaNya
(Mereka kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah MahaPerkasa lagi Maha Bijaksana.Surah An Nisaa, ayat 165
Katakanlah: "Allah mempunyai hujah yang jelas lagi kuat; maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya".Surah Al An'aam, ayat 149
(Kami turunkan Al Qur'an itu) agar kamu (tidak) mengatakan: Bahwa kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan saja sebelum kami, dan sesungguhnya kami tidak memperhatikan apa yang mereka baca."Surah Al An'aam, ayat 156
Atau agar kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya jika kitab itu diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka." Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyatadari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yangberpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksaan yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling.Surah Al An'aam, ayat 157
Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata. "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyatakepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang karenanya) kamu akanditimpa siksaan yang pedih."Surah Al A'raaf, ayat 73
Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datardan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan.Surah Al A'raaf, ayat 74
Wallahu A`lam bish-Showab.
Tuesday, November 17, 2009
SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.
INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."
Tuan / Puan yang budiman sempena kedatang awal muharram , tolong cari dan raikan majlis anak2 yatim yang akan diadakan pada 9/10 muharram 1431H..rugi ......kalau tidak joint.....
Monday, November 16, 2009
Sejauh Mana Cinta dan Sayang Kita Pada Allah
Mungkin kita rasakaan cinta dan sayang pada kekasihlebih hebat kerana kita tidak pernah sekali pun memilikinikmat rasa cinta dan sayang pada Allah.
Kita semua mengakui kita menyayangi Allah. Tetapi berapa kali kita mengingati Allah didalam sehari? Kita tidak perlu menipu diri kita. Ketika anda membaca artikel ini, adakahanda mengingati Allah? Ketika kita melakukan apa jua aktiviti seharian, adakah kitamengingati Allah.
Di dalam hidup kita sehari, kita akan bangun pagi, mandi, bersihkan diri, pakai baju,makan, pergi kerja, berkerja, balik kerja, bersama anak isteri/suami dan akhirnya tido.Itulah aktiviti asas yang kita lakukan seharian. Namun di dalam semua aktiviti asastersebut, berapa banyak kita berdoa sebelum melakukan semua aktiviti itu? Sejauhmana kita meminta izin daripada Allah untuk melakukannya?
Berdoa untuk keselamatan adalah berbeza dengan meminta izin. Sebagai contoh,sewaktu ingin mandi, berapa ramai yang meminta izin pada Allah untuk mandi?Terlupakkah kita bahawa air itu kepunyaan Allah. Tidak sedarkah kita nikmat mandi ituadalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita?
Sewaktu ingin pergi kerja, sejauh mana kita meminta izin daripada Allah untuk pergikerja? Sedarkah kita tenaga kita untuk pergi kerja tersebut adalah milik Allah. Sedarkahkita bahawa kenderaan yang kita naiki hanya dapat bergerak dengan izinn Allah?
Nah! Sekarang kita tanya sekali lagi adakah kita benar-benar cinta dan sayang padaAllah? Jika ya, mengapa kita tidak meminta izin daripada Allah di dalam melakukansetiap aktiviti kita?
KURANG AJARNYA KITA BUKAAN?
Kenapa saya berkata begitu?
Jika kita menggunakan hak orang tanpa meminta izin, kita dikatakan kurang ajar. Kitaakan dimarah, dimaki, dicaci dan sebagainya. Disebabkaan hal ini kita seringkalimeminta izin dengan baik dan hormat sekali kepada tuan punya barang sebelum kitamenggunakannya.
Tetapi bagaimana dengan Allah? fikirkanlah.
Kita sedar kini tahap cinta dan sayang kita pada Allah. Sekarang kita mula sedar,patutlah doa kita jarang dimakbulkan Allah.
Kita seringkali berkata bahawa Allah tidak makbulkan doa kita kerana mungkin Allahnak beri lagi baik. Mungkin juga kita kata Allah belum lagi nak beri waktu ini. Tetapikenapa di dalam Quran Allah ada berfirman “Mintalah kepadaKu, akan Aku makbulkandoa hambaKu”.
Sebenarnya kerana kita tidak cinta dan sayang kepada Allah dengan sebenar benarnya.Kita banyak lupa Allah berbanding ingat. Kita hanya ingat di dalam Solat danitupun kadang kala jika khusyuk sahaja.
Berapa ramai di antara kita berdoa kepada Allah supaya Allah berikan rasa cinta dansayang kepadaNya? Orang yang beriman itu bukan sekadar bergetar hatinya malahberdebar hatinya apabila menyebut nama Allah. Inilah perkara yang kita terlupa didalam kita hidup BerTuhan.
Maka setelah anda membaca artikel kali ini, barulah anda faham mengapa doa kitasusah untuk dimakbulkan Allah. Kerana kita tiada rasa cinta dan sayang kepada Allah.Walaupun kita mengaku kita cinta dan sayang, tetapi semua itu hanyalah dusta sahajajika kita jarang meminta izin daripada Allah sebelum melakukan apa jua aktiviti sehariandan berdoa agar Allah berikan perasaan cinta dan sayang kepadaNya.
Bagaimana untuk kita wujudkan rasa cinta dan sayang pada Allah? Saya akan beritahucaranya yang termudah dan pasti perasaan itu datang. Tidak kira pada sesiapa pun.Sejahat mana orang pun, pasti perasaan cinta dan rasa sayang kepada Allah akanwujud. Tunggu artikel akan datang.
Sentiasa positif dan hidup BerTuhan.
Catatan : Omar Bin Mohd @ Ismail
Khusyuk dalam solat
pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan
mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang
bermaksud:
"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."
Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.
Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :
"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara
keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT
semata-mata.
Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua
itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.
Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."
Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu
pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam
keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau
sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah
boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.
Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan
kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya,
senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.
Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil
seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.
Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada
menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang
ringgit habis.
Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap
Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan
Allah SWT.
Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT,
seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang
mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat
lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.
Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk
menghampiri Allah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang.
Firman Allah Taala yang berbunyi:
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
[Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]
Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna,
maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Wallahu ta'ala a'lam. Wassalamu.
Saya teringat kepada perempuan-perempuan itu
Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan.
Hem… Siapakah yang saya teringat itu? Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah. Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka.
Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.
Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana?
Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.
Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.
Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.
Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.
Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.
Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”
Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?
Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata,“Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?
Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata,“Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.
Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.
Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan.
Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.
*Blog pengirim: Wonderdai'e
Penulis asal: Hilal Asyraf aka laksamana dari Langit Ilahi
Mutiara Kata Ibnu Qayyum
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan
tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan
tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t.
Di dalam hati manusia juga ada kesedihan, kegelisahan dan
tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan
padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qada dan qadar-Nya serta sentiasa sabar menemui-Nya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat si hamba itu.
Adab Berhadapan Dengan Suami
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangansuka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikapsuka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akanmenambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkatkaki meninggalkanrumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagaidenda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suamikembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama.Sambutlah suamidengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangankita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabatkeegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila diamenyakiti hati isteri hendaklah banyak ersabar,jangan cepat merajuk.Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangaikeanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akancepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalauyang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kakimeraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segeradipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlahhari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangunsegera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supayatidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Janganisteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isterisudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut seleraisteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api,janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akangembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadimangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkansikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranyasedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklahsegera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itukelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebutakan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semuasuami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri olehjari-jemari halus isterinya,sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomirumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju danseluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayusugi.Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaantersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayusugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukan lah kehendaksuami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingindilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaanletih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isterikecualilah jika uami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kitahadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahumungkin wang ituamat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telahmenghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteritidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelummelakukan sesuatu tindakanbukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnyatapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan paraisteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suamiberada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaanberwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau denganisterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri jugamerupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai diaminta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlahminuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan didalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apamataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak darimembeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di sampingtidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.
Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya danbersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangandengan syariat.
Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepadamereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiaptindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnyamenjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
Wassalam..
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
As Salam, Tempat bersama keluarga yang memboleh anda mampu ke sana dan tak ramai yang tahu. "Home stay & chale" sekitar RM80-R...