Monday, November 02, 2009

Kemahiran Insaniah

Oleh Dr Ismail Zain

TOLERANSI, ikhlas dan jujur dalam pergaulan akan mengeratkan persahabatan dan mencegah permusuhan.

KESERONOKAN belajar boleh dinikmati jika suasana ketenteraman di dalam sesebuah kelas itu dapat diwujudkan. Kebiasaannya murid mula berbuat bising sebaik sahaja guru selesai mengajar atau meninggalkan kelas. Pada waktu tersebut ada yang keluar ke bilik air secara berkumpulan sambil bergurau senda. Ada pula yang bermain dan kadang kala mengejek kawan dan sebagainya. Kadangkala kelakuan ini akan membawa kepada keadaan yang tegang dan berakhir dengan perkelahian.

Walaupun ada beberapa orang murid yang ingin belajar atau membuat kerja rumah tetapi gangguan yang sering melanda menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian malah mudah pula terpengaruh dengan rakan-rakan yang lain.
Untuk mewujudkan suasasana belajar yang selesa dan menyeronokkan memerlukan kerjasama semua murid di dalam kelas tersebut. Kemahiran insaniah amat diperlukan bagi setiap murid agar kerjasama yang erat serta saling hormat menghormati antara satu sama lain dapat diwujudkan.

Kemahiran insaniah ialah kemahiran mengawal serta memantapkan diri dalam urusan peribadi serta perhubungan dengan rakan-rakan yang lain. Ia berhubung rapat dengan sifat kerohanian seseorang murid yang mementingkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kemahiran insaniah harus dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi agar dapat disebatikan dengan jiwa dan diri ke arah mewujudkan insan kamil serta mampu belajar dengan lebih seronok lagi.

(a) Kemahiran mengawal diri

• Refleksi diri: Refleksi diri ialah merenungi kembali setiap tindakan yang telah kita lakukan. Dari renungan yang dilakukan seseorang itu akan menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Setiap perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri serta rakan-rakan lain ialah merupakan kelemahan diri yang harus ditangani segera.

• Toleransi : Kelemahan diri yang dikenal pasti hasil daripada proses refleksi harus dibuat penambahbaikan. Sifat mementingkan diri sendiri yang menjadi punca ke arah perlakuan yang negatif harus diganti dengan sifat toleransi. Sifat ini harus ada pada diri seseorang murid demi untuk merapatkan lagi tali persahabatan di antara rakan. Punca timbulnya perasaan marah, benci dan geram ialah disebabkan tidak ada perasaan kasih sayang serta penghormatan sesama manusia. Malah sifat dengki serta pentingkan diri sendiri ini menjadi penghalang kepada
perubahan diri.

• Keikhlasan dan kejujuran diri: Keikhlasan dan kejujuran diri amat diperlukan terutamanya apabila kita berada bersama rakan-rakan. Sifat ini memerlukan kita amanah, tidak berbohong serta sanggup membantu rakan-rakan tanpa mengharapkan sesuatu balasan. Jika kedua-dua sifat ini dapat diamalkan dalam kehidupan sudah tentu tali persahabatan dapat dieratkan serta perkara-perkara yang tidak disukai tidak akan timbul.

Untuk mewujudkan suasana ini, setiap murid perlu menganggapkan rakan-rakan mereka seperti satu keluarga di mana setiap anggota keluarga bertanggungjawab ke atas anggota keluarga yang lain. Saya pasti setiap kelas mempunyai jadual tugas ahli jawatankuasa.

Bagi menghidupkan lagi suasana bekerjasama ini, tugas-tugas khas boleh ditambah seperti Jawatankuasa Kebajikan, Jawatankuasa Bimbingan, Jawatankuasa Akhlak dan Disiplin serta sebagainya. Setiap anggota jawatankuasa perlu mengatur aktiviti sendiri untuk dijadikan program kelas tersebut yang boleh diikuti dan dimenfaatkan bersama yang seterusnya dapat menceriakan suasana di kelas tersebut.

Sumber: www.tutor.com.my

Nafsu Yang Degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Wallahualam. .

Perkara ajaib tersembunyi di dalam minda

oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Cara Kekalkan Prestasi Seks

Cara Kekalkan Prestasi Seks

Semakin usia meningkat, semakin menurun prestasi seks seseorang. Itu adalah lumrah kehidupan manusia. Dengan terjadinya fenomena begini maka wujudlah beberapa produk meningkatkan prestasi seks seperti Viagra, Tongkat Ali dan sebagainya bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi seks. Tahukah anda bahawa ada beberapa cara secara percuma yang boleh diamalkan bagi mengekalkan prestasi seks anda?
3 perkara ini mesti anda jadikan amalan hidup anda:

PERTAMA
Dalam seminggu ada 7 hari, jadi anda cuma manafaatkan 3 hari untuk berjogging selama 30min setiap hari. Kenapa mesti berjogging? Kerana ia membolehkan mengalirkan darah di seluruh tubuh anda termasuk di bahagian zakar. Jika darah penuh di zakar tanpa disekat oleh kolesterol dan lemak-lemak, bermakna zakar anda akan keras sepenuhnya. Jika zakar panjang tapi tidak keras, takde maknanya.

KEDUA
Tekan tubi (push up). tekan tubi dengan cara yang betul sekurang-kurangnya 30 kali setiap hari. Untuk permulaan, buat berapa yang boleh. Hasilnya ialah, pinggang anda pasti menjadi kuat. Tiada masalah untuk bersetubuh lama (pasti).

KETIGA
Bangkit tubi (sit up). Bangkit tubi dengan cara yang betul sekurang-kurangnya 50 kali setiap hari. Untuk permulaan juga, buat berapa yang boleh. Hasilnya, perut dan pinggang kiri kanan anda akan manjadi kuat dan susah hendak cram.

Anda cuba amalkan selama 3 minggu, tanpa meninggalkan 3 perkara di atas. Anda akan nampak perubahan pada muka anda(nampak lebih berseri), pada penampilan anda, pada kecergasan anda dan jika anda teruskan sebagai amalan kehidupan anda, Kalau anda sudah lama tidak rasa berpeluh semasa melakukan perhubungan seks, ini adalah jawapannya.

cacatan : tanyalelaki.com

5 Sifat Wanita Tidak Disukai Lelaki

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing, tidak kira lelaki ataupun wanita semuanya sama sahaja. Apa yang kita perlu lakukan ialah memahami antara satu sama lain dan cuba mengawal keadaan dengan cara yang bijak dan waras.

Sebagai wanita, anda perlu bijak memahami sikap dan tingkahlaku pasangan anda. Dari masa ke semasa anda perlu meningkatkan tahap pengetahuan anda berkaitan sikap teman lelaki atau suami anda. Oleh sebab lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi , wanita harus lebih bijak berdepan dengan perkara sebegini. Seperti yang anda tahu, lelaki lemah dengan pujuk rayu seorang wanita tidak kira si wanita itu adalah teman biasa, teman lelaki, kekasih atau isterinya sendiri. Walaubagaimanapun seorang lelaki masih tidak selesa dengan wanita yang mempunyai sifat buruk walaupun secantik mana pun wanita itu.
Berikut adalah beberapa sifat-sifat wanita yang tidak digemari oleh lelaki yang perlu anda titikberatkan untuk menjamin kebahagian anda.
1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Wanita juga dikatakan inginkan kesempurnaan, yang sememangnya mustahil untuk dikecapi. Saya rasa tidak perlu huraikan perkaran ini kerana anda boleh berfikir secara rasional tehadap sikap ini.
2. Mata Duitan
Wanita itu adalah menipu sama sekali jika dia menyatakan sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan. Itu adalah benar kerana, cuba anda perhatikan artis-artis Negara kita sudahlah. Siti nurhaliza kahwin dengan siapa? Walaupun dia sudah kaya. Norjuma pengacara TV3 kahwin dengan siapa? Orang yang berstatus datuk juga. Sememangnya susah hendak cari cinta sejati, semuanya adalah kepuraaan.
3. Suka Mengatur
Apabila wanita mempunyai peluang, wanita akan cuba mengatur kehidupan lelaki. Termasuklah cara berpakaian, bila anda boleh keluar rumah, balik dalam masa yang diberikan, tidak boleh balik lewat, tidak boleh keluar seorang, dan macam-macam perkara yang terbatas. Ini boleh membuatkan lelaki rimas dengan situasi ini.
Wanita tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Lelaki lebih suka kehidupannya tidak dikongkong oleh perkara-perkara sebegini.
4. Cemburu Buta
Cemburu tandanya sayang, betul ke? Atau cemburu tandanya bengang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki didorong untuk membuat perkara yang dicemburui itu dengan lebih kerap lagi.
Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh, lagilah dia risau.
Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.
5. Emosional
Sudah menjadi kebiasaan wanita akan mengalirkan air mata apabila sesuatu yang membuat hatinya tergores dan terluka. Tetapi wanita tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan lelaki. Jika kerap digunakan, ia dikuatiri akan membuat lelaki anda meluat. Tidak salah menunjukkan emosi yang anda itu sedang merajuk dan sebagainya, tetapi kawal-kawalah diri anda supaya teman lelaki anda tidak menjauhi anda suatu hari nanti.

Catatan : tanyalelaki.com

10 SEBAB JGN BRCINTA DGN SUAMI ORG...

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN

KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!



2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan.



Namun , jika sedia mampu dari segi zahir dan batin , mampu memimpin kamu dari rohani dan bab agama , isteri tak mampu memberi zuriat , isteri gagal tunaikan tanggung jawab...cuba fikirkan......namun yang sah apabila kamu di akad nikah.....dengan wali yang sah .....Allah yang memilih insan tersebut untuk berkhawin 1...2...3.. 4 ....jika di takdirkan kamu menjadi isteri ke 2....3 , maka kena redha dengan ketetapan Allah kerana jodoh , ajal maut , rezeki dan jodoh bukan anda yang menentukan.



Sebahagian besar maklumat di di ambil dari Cari.com. my Forum

12 cara tingkat harga diri

Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-man pihak tidak bertangungjawab .Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkanbegitu menyakitikan.Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri . Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan jelas dengan matlamat anda .

Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri .

1.Bina keyakinan diri .Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat ,bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan.Yang pasti ,ia berbentuk positif dan anda berjaya .Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha menlaksanakannya,bukan sekadar berangan-angan kosong saja .
2.Dampangi orang lainUcapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .
3.Elakkan diri daripada kesempurnaanKesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat.Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .Jadi ,potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin ,bukannya untuk mendapat kesempurnaan.Sekiranya kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda .
4.Jaga perawakan diriPerawakan diri menjadi satu factor kritikal dalam pembinana harga diri .Anda tidask perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetrapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .
5.Dapatkan kerehatanSetiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri.Anda boleh bersenam,bermeditasi,mendengar muzik ,bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perassan mendapat ketenangan .
6.Hormati diriSenaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif .Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya ,fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa cirri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda .Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri .
7. Utamakan diriLakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda,untuk anda,setiap hari.
8.Cabar potensi diriAnda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar.Inilah caranya untuk mengujipotensi diri kerana cabaran itu ,anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh .
9.Cari keistimewaan diriApabila anda tertekan atau menghadapi masalah ,kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk mengendaklikan .Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap
10.Jadilah seorang yang optismisBersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia bolehberlakupada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu.Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukan ?Nya .
11.Hindari sikap prasangkaApabila rakan anda bertindak kasar ,anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab tertentu .Cuba dekati dan fahami perasaannya .
12 Bertindak sejajar dengan nilaiKadangkala konflik nilai boleh berlaku .Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda .Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda