Friday, March 06, 2009

Punca Hati Tak Bahagia

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-banayng
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.(yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll)

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian

Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Wajah - wajah syuhada

Lihatlah dan tatapilah wajah-wajah syuhada' Gaza yang tersenyum; dan mereka akan lebih tersenyum di akhirat nanti. Moga-moga aku yang hina dina ini akan menjadi sebahagian daripada mereka yang telah gugur syahid kerana mempertahankan agama ALLAH.

Amin ya Rabbilalmin
“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku, akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin” Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan "Ghazzah telah menang"

Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.



span >
ANDA MACAM MANA ....BILA NAK BOIKOT BARANGAN MASIH FIKIR 2 & 3 KALI ,
PULAK NAK MATI SYAHID, KITA SEBENARNYA DAH TERLEBIH KAYAKAN NAFSU
DAN TERPADAYA DENGAN AMAL KITA YANG SEDIKIT ITU.
Bagaimana dengan orang muda sepertipembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!
“Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi.
yusofembong.blogspot.com

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap ituantara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaaku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukurkepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yangbermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadahyang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling akucintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasaberdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran merekamelayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demikemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai darisolatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakansolat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkauhadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurgaMa'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT makapergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkandua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglahmalaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih danlemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohondan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalaukamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbangseperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepadasepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammadterhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulanRamadhan.* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalamsemua hari.Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. WallahualamKalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara MuslimMuslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orangyang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY !!

IS IT GOLD !!!!
NO IS IT DIAMOND !!!!!!
NO IS IT MONEY !!!
NO IS IT OIL !!!!!!
NO IS IT NOT WOMEN
NO IS IT NOT DRUG
NO CAN YOU GUESS ?????
THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20 TH CENTURY

BUT STILL PEOPLE GET BIND ??????
Please forward this to everyone who don't know about this fact
Most of us don't even know the actual situation.
For the all Muslim, who are sleeping , please see and just imagine if this happen to you , kids and your family , what is you reaction

Bantulah kami ......dengan apa yang ada kami bangunkan







Sebarang pertanyaan mengenai PMKT

Keterangan lanjut sila lawat di http:\\www.pmkt.com.my



Muhasabah diri

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada

Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.

Thursday, March 05, 2009

terowong baru mengancam masjid masjid al Aqsa

“Yayasan al-Aqsa” dedah terowong baru mengancam masjid ‘Ain Salwan dan bangunan berhampiran.

Jumaat, 06/02/2009 - ‘Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa’ dalam satu kenyataan pada pagi Khamis 2/5/2009 mendedahkan bahawa pihak berkuasa muzium Zionis membiayai dan merestui sebuah persatuan penempatan Zionis (Il’ad) menggali terowong baru yang terletak di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, Kampung Salwan di al-Quds, yang terletak di sebelah selatan Masjid al-Aqsa.

Penggalian terowong ini bertujuan untuk menyambungnya dengan rangkaian terowong-terowong yang telah digali di Kampung Salwan sepanjang ratusan meter sehingga sampai ke bahagian bawah Masjid al-Aqsa pada bahagian Barat Laut. Penggalian terowong yang dijalankan akhir-akhir ini juga mengancam keselamatan masjid tersebut dan juga rumah-rumah berhampiran.

Yayasan itu juga berkata dalam kenyatannya, “proses penggalian rangkaian terowong yang panjang terus dilakukan yang sesetengahnya bermula dari kawasan Ain Salwan, menghala ke arah Masjid al-Aqsa.” Beberapa hari lalu, yayasan ini telah menjalankan beberapa siri rondaan bagi kawasan masjid Ain Salwan. Dalam rondaan tersebut, didapati apa yang dinamakan sebagai “Pihak Berkuasa Muzium Zionis” melakukan penggalian terowong baru.

Rancangan itu dilaksana dan dibiayai oleh satu badan penempatan Zionis yang bernama Il’ad. Satu bahagian daripada terowong itu berjaya ditemui yang digali dari bahagian kiri masjid Ain Salwan dan bersetentang dengan jalan. Sehingga kini, 6-8 meter telah digali. Terowong itu lebarnya lebih kurang 5 meter dan tingginya mencapai ketinggian 4 meter. Pada tempat penggalian baru itu juga ditemui beberapa tangga, dinding besar, bekas-bekas tembikar, tulang dan matawang lama.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda