Friday, August 31, 2018

6 punca isteri keluar rumah

6 PUNCA ISTERI KELUAR PINTU BELAKANG

Isteri ini anugerah dan amanah utk org lelaki. Jagalah baik². Kebanyakkan suami hari ini tidak beri tumpuan pada isteri. Akibatnya kebelakangan ini banyak kes isteri keluar ikut pintu belakang berlaku. Menurut kajian Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, beberapa faktor telah dikenalpasti sbg punca berlakunya kejadian isteri keluar pintu belakang.

Antaranya ialah:

1➡mengambil daun pandan,serai dan kunyit yg ditanam di belakang rumah
2➡menjemur kain baju di ampaian
3➡membakar ikan terubuk
4➡memberi mkn ayam itik.
5➡bersembang dgn jiran blkg rmh
6➡bagi makan kucing
7➡pintu hadapan rosak

Sekian terima kasih🤣🤣

Tuesday, August 21, 2018

Gengkhis mengajar umat Islam

Gengkhis mengajar umat Islam

KETIKA umat Islam diserang tentera Tatar, hampir seluruh Wilayah Islam dijajah. Antara yang terawal adalah Wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol.

Pada satu peringkat di Khurasan, Tatar tidak berdaya menghadapi umat Islam di Kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam:

"Sesiapa yang menyerahkan senjatanya dan menyertai tentera Tatar, mereka akan selamat. Namun barangsiapa yang enggan, mereka pasti akan menerima penyesalan."

Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah kepada dua pihak. Pihak pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata:

"Seandainya mereka mampu memerangi kita, tak mungkin mereka menawarkan sedemikian. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu antara dua kebaikan; menang ke atas mereka atau syahid penuh bahagia!"

Namun pihak kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berkata:

"Wajarkah kita sengaja menumpahkan darah sendiri, dalam keadaan kita tahu bahawa kita tidak akan mampu menentang mereka? Tidakkah kalian lihat bilangan dan kelengkapan mereka?"

Genghis Khan terus mengambil peluang dari pertelingkahan ini. Dia mengutus surat berikutnya khusus kepada pihak kedua yang sanggup menerima tawaran. Dalam surat tersebut, dia berjanji akan memberikan tampuk kekuasaan Bukhara kepada pihak tersebut dengan syarat mereka menumpaskan pihak pertama.

Tawaran itu menyebabkan pihak kedua rambang mata. Terus mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah. Sanggup mereka memerangi saudara sendiri bagi pihak Tatar.

Pertempuran pun berlangsung. Akhirnya tumpaslah pihak yang teguh mempertahankan prinsip di tangan pihak yang menjual agama dengan habuan dunia.

Apa yang menyedihkan, pihak yang menerima tawaran Tatar itu tidak dianugerahkan apa yang dijanjikan. Sebaliknya senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan diarahkan supaya disembelih kesemuanya.

Genghis Khan mengungkap satu kata-kata yang sangat masyhur:

"Kalaulah mereka boleh dipercayai, mustahil mereka sanggup memerangi saudara sendiri demi kita. Padahal kita orang asing bagi mereka..!"

10 pengajaran dari cerita di atas:

1.     Taktik pecah dan perintah, strategi ampuh menghadapi Islam zaman berzaman.

2.     Aqidah perjuangan yang lemah punca tidak yakin dengan janji kemenangan dari tuhan.

3.     Habuan takhta dan harta mudah menggugat keikhlasan perjuangan.

4.     Pabila dunia menguasai diri, saudara sendiri pun sanggup dikhianati.

5.     Mempercayai bulat-bulat kata-kata musuh adalah kebodohan yang membinasakan.

6.     Islam tidak kalah kerana agama ini. Sebaliknya kalah kerana penyelewengan orang Islam sendiri.

7.     Dedak musuh itu beracun. Dan racunnya mampu membunuh jamaah.

8.     Pengkhianat tidak akan bahagia. Nikmat mereka hanya sementara.

9.     Pentingnya untuk berpegang kepada prinsip. Walau menyusahkan (tampak syadid), ia perisai pertahanan yang utuh!

10.     Tidak ada kerjasama dengan bukan Islam dalam menentang sesama Islam.

Tiga kata-kata hikmah yang perlu diambil iktibar:

1. 
  ما أشبه اليوم بالأمس
"Alangkah samanya hari ini dengan semalam."

2.   
لا تقتلوا أسودكم فتأكلكم كلاب عدوكم
"Jangan kamu bunuh singa di kalanganmu, nescaya kamu akan dimakan oleh anjing di kalangan musuhmu."

3. 
  من لا يتعلم التاريخ يعلمه التاريخ
"Barangsiapa tidak belajar dari sejarah, maka sejarah akan mengajarkannya kembali."

Thursday, August 16, 2018

Mahalnya qurban

Realiti hari ini..

Astro = rm540 setahun
biasa la tu..

Internet : rm1500 setahun
biasa la tu..

Bil Telefon : rm600 setahun
biasa la tu..

Rokok:rm1440 setahun (minimum).

Jalan2 mkn angin : RM10 ribu setahun.

Korban RM650 setahun. 😭 mak aiii.Mahalnya.. Manala aku mampu.

Twitter : tarbiah sentap

Thursday, August 09, 2018

LELAKI BERISTERI empat

LELAKI BERISTERI EMPAT

Isteri PERTAMA
Biasa-biasa saja, sering dicuaikan,
biasanya tidak di ambil berat.

Isteri KEDUA
Agak cantik, agak diperhatikan.

Isteri KETIGA
Cantik, diperhatikan.

Isteri KEEMPAT
Sangat cantik, lumayan, sangat diperhatikan dan disanjung dan sangat diutamakan.

Waktu pun berlalu begitu cepat dan tibalah saat sang suami tersebut nazak, lalu dipanggilnya keempat2 orang isterinya.

Dipanggilnya isteri KEEMPAT yang paling cantik dan ditanya,

"Mahukah kamu ikut menemaniku ke alam kubur ?"

"Maaf, cukup sampai disini saja aku ikut bersama mu."

Saat dipanggil isteri KETIGA yang  cantik, sering diperhatikan dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab,

"Maaf, aku hanya akan menghantarmu sampai di kuburan mu saja."

Kemudian dipanggil isteri KEDUA yang agak cantik dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab,

"Baik, aku akan menemanimu, tapi hanya sampai di liang lahad saja, setelah itu selamat tinggal."

Si suami sungguh kecewa mendengar semua itu.

Tetapi inilah kenyataan dalam kehidupan dan menjelang kematian.

Lalu dipanggillah isteri PERTAMA dan ditanya hal yang sama, si suami tak menyangka akan jawabannya,

"Saya akan menemanimu kemanapun kamu pergi dan akan selalu mendampingimu hingga hujung nyawa".

MAHU TAHU SIAPA ISTERI PERTAMA SAMPAI KEEMPAT ITU ??

Isteri KEEMPAT adalah,
"HARTA dan KEKAYAAN"
Mereka akan meninggalkan jasad kita ketika saat kita meninggal.

Isteri KETIGA adalah,
"TEMAN - TEMAN" kita,
Mereka akan menghantar jasad kita hanya sampai di saat kita disemayamkan.

Isteri KEDUA adalah,
"KELUARGA KITA",
(Saudara &Teman Dekat Kita )
Mereka akan menghantar kita sampai jenazah dikuburkan,  mereka akan meninggalkan kita setelah jenazah kita dimasukkan kedalam liang lahad.

Isteri PERTAMA adalah,
"AMAL dan IBADAH" kita,
kerana Amal dan Ibadah kita inilah
yang paling setia mendampingi kita saat menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

RENUNG-RENUNG KAN~

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda