Monday, June 20, 2016

BERKE KHAN


The Patriots
June 18 at 5:34pm
BERKE KHAN – PEJUANG ISLAM YANG MENGHALANG KEMARAAN MONGOL
Siapa tahu, watak penting disebalik terhentinya kemaraan dan kegilaan bala Monggol ke atas wilayah tamadun Islam itu juga merupakan seorang berketurunan Monggol, anak kepada Jochi dan cucu kepada Genghis Khan. Jochi pula merupakan putera sulung Genghis Khan. Beliau ialah pemerintah kepada Empayar Horde Emas (Golden Horde), empayar pertama dalam kekuasaan Monggol yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi empayarnya.
Berke memulakan kariernya dalam bidang perang dan politik apabila mengikuti abang-abang dan pakciknya menyertai beberapa buah pertempuran dan peperangan di bawah kempen penaklukan Monggol. Antaranya ialah menjadi sebahagian daripada 150, 000 ketumbukan tentera yang mara daripada Siberia menawa kerajaan Islam Volga Bulgaria dan juga menundukkan puak Turki Kipchak. Berke kemudian menjadi watak penting dalam menundukkan sisa-sisa kekusaan puak Kipchak diutara Caucasus lalu mengalahkan keseluruhan puak Kipchak.
Kehebatan Berke Khan ketika zaman sebelum Islamnya adalah kesetiannya bersama Monggol dalam kempen penaklukan Eropah dan salah satu sumbangan terbesar Berke pastinya dalam Pertempuran Mohi di mana ketumbukan askar Hungary yang berjumlah 80 ribu dan dianggotai oleh unit kavalari ringan daripada Knight Templar berjaya dikalahkan begitu sahaja dengan pimpinan Batu Khan, iaitu abang kepada Berke Khan sendiri.
Batu Khan merupakan pemerintah kepada Horde Emas yang terbentang luas di bahagian barat laut empayar Monggol. Selepas kemangkatan Batu Khan, Mongke Khan yang merupakan Khan Agung Kedua Empayar Monggol selepas Genghis Khan telah menabalkan Sartaq yang merupakan anak Batu Khan untuk menjadi pemerintah Horde Emas. Namun, Sartaq dilaporkan meninggal dunia lalu digantikan pula oleh anak lelaki Sartaq yang bernama Ulaghchi. Namun sayangnya, Ulaghchi turut meninggal dunia selepas itu lalu kekuasaan di Horde Emas terus jatuh ke kekuasaan Berke.
Tertabalnya Berke menguasai Horde Emas Monggol sebenarnya merupakan sebuah helaian baru dalam sejarah Islam. Dicatatkan dalam sejarah bahawa Berke Khan kemudiannya memeluk Islam di tangan seorang ulama Sufi daripada wilayah Khawarizm yang bernama Syeikh Saifuddin. Sebaik sahaja pengislaman Berke, maka antara tindakan awal yang dilakukan oleh Berke dalam memperjuangkan agama barunya ialah menghukum komuniti Kristian di Samarkand yang telah memperlakukan komuniti Muslim di sana dengan tersangat teruk dan kejam.
Hikmah disebalik pengislaman Berke Khan ini akhirnya terserlah jua. Siapa tahu, selepas itu Hulagu Khan (sepupu kepada Berke Khan) membawa bala bencana yang tidak pernah terbayangkan dek akal kaum muslimin ketika itu. Bandaraya Baghdad habis dijarah sehingga ke titisan abu dan darah. Nyawa melayang seperti kertas yang dibakar. Apa yang berlaku pada Baghdad dan saudara-saudara seagamanya yang baru itu telah membuatkan Berke naik amuk dan marah dengan tindakan kejam Hulagu Khan dan tenteranya itu.
Sebelum itu, ketika kemangkatan Mongke Khan sebagai Khan Agung Kedua telah membuatkan Hulagu Khan yang sedang menumpukan bala askarnya ke arah wilayah-wilayah Islam di Afrika Utara dan sebahagian wilayah Islam yang bertahan selepas kejatuhan Baghdad terpaksa pulang untuk menghadiri upacara pengebumian Mongke di Mongolia, dan meninggalkan sisa baki kecil tenteranya di bawah kepercayaan jeneral perangnya yang bernama Kitbuga untuk membantai kekuasaan Mamluk yang masih bertahan di Mesir. Namun, ketika ketiadaan Hulagu inilah Pertempuran Ain Jalut yang terkenal itu berlaku pada 3 September 1260 Masihi dan kemenangan ulung dikecapi oleh tentera Islam yang diketuai oleh Saifuddin Qutuz ke atas bala Monggol. Kitbuga pula terbunuh dalam pertempuran itu.
Namun apa yang berlaku pada Pertempuran Ain Jalut hanyalah secebis daripada mimpi ngeri yang dibawa oleh Monggol. Hulagu Khan tidak berada bersama dengan bala dan ketumbukan utamanya untuk membedal wilayah-wilayah Islam di sekitar Afrika Utara ketika itu. Justeru, bagaimana nanti umat Islam mahu menghadapi Hulagu Khan nanti apabila dia pulang dari Mongolia dengan bala askarnya?
Maka ketika inilah betapa perancangan ALLAH itu sangat indah. Berke Khan, sepupu kepada Hulagu Khan sendiri mengambil tanggungjawab mempertahankan saudara seagamanya meskipun terpaksa melawan dan berdepan dengan sepupu dan sebahagian besar bangsanya sendiri. Khabar angin tentang apa yang berlaku pada Baghdad sampai juga pada telinga Berke Khan. Dicatatkan bahawa Berge Khan telah bersumpah dengan sepenuh jiwa raganya.
“Hulagu telah menjarah seluruh kota-kota umat Islam dan telah mendatangkan maut pada khalifah. Dengan bantuan daripada ALLAH, aku sendiri yang akan menebus setiap darah mereka yang tidak berdosa, yang telah ditumpahkan oleh Hulagu!”
Kedatangan Hulagu Khan semula ke Timur Tengah dan tekadnya untuk membalas dendam di atas kekalahan di Ain Jalut terbantut apabila mendapat tahu bahawa sepupunya Berke Khan telah menjalankan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Mamluk di Mesir. Dalam masa yang sama pula, Berke Khan juga telah menyokong Ariq Boke, pesaing Kublai Khan yang merupakan Khan Agung Yang Ketiga dalam berusaha menidakkan pemilikan Kublai Khan di atas takhta Khan Yang Agung selepas kematian Mongke Khan.
Terjadinya sebuah pertempuran di wilayah Causasus dan sekitar Sungai Terek (terletak di utara Caucasus, kini berada di bawah kekuasan Georgia) pada tahun 1262 antara Ilkhanate yang dipimpin oleh Hulagu Khan serta Horde Emas dibawah pimpinan Berke Khan. Hulagu dan ketumbukan tenteranya terus melancarkan serangan dan mengejar sehingga sampai ke Sungai Terek. Di Sungai Terek, Nogai Khan yang merupakan orang kanan Berke telah melakukan serangan mengejut ke atas bala ketumbukan tentera Hulagu Khan yang baru sahaja menyeberangi Sungai Terek. Serangan itu membuatkan mereka berundur dan terpaksa melintasi Sungai Terek untuk kali kedua. Lintasan kali kedua membuatkan air Sungai Terek yang sedang membeku itu retak lalu pecah dan menarik kebanyakan tentera-tentera berkuda Hulagu Khan tenggelam dalam air sungai yang sejuk membeku itu.
Meski selepas kematian kedua-dua Berke dan Hulagu (Berke meninggal dunia pada tahun 1266 di Azerbaijan), perseteruan antara Horde Emas dan Ilkhanate tidak pernah tamat begitu sahaja. Tetapi perang saudara antara Berke dan Hulagu Khan terus berlangsung sehingga sampai ke pewaris takhta mereka, berakhir dengan peleraian yang tidak dapat disimpulkan. Tetapi yang penting, ketika Berke mengisytiharkan Hulagu sebagai musuhnya, kita semua mengetahui bahawa wilayah-wilayah Islam terlindung daripada dilanggar oleh Hulagu laksana Baghdad. Bahkan ada sejarawan mengatakan kalau tidak kerana Berke, mungkin kota suci umat Islam seperti Baitul Maqdis, Makkah dan Madinah pastinya akan menjadi sasaran perlanggaran Monggol yang seterusnya!

Saturday, June 11, 2016

ERTI PEMBELAJARAN

Belajarlah BERSYUKUR walau kita KEKURANGAN.
Belajarlah IKHLAS walau kita TAK RELA.
Belajarlah TAAT walau kita BERAT.
Belajarlah MEMAHAMI walau kita TAK SEHATI.
Belajarlah SETIA walau kita BANYAK GODAAN.
Belajarlah MEMBERI walau kita TAK SEBERAPA.
Belajarlah MENGASIHI walau kita DISAKITI.
Belajarlah TENANG walau kita sedang GELISAH.
Belajarlah PERCAYA walaupun kita SUSAH.
.
MASYA ALLAH...
Semoga yang mengucapkan Aamiin & yang Membagikan mendapat pasangan yang setia, sholeh/sholehah dan menjadi keluarga yang sakinah mawadah warahmah, serta kelak dimasukkan ke dalam surga yang terindah. Aamiin.

Tuesday, June 07, 2016

Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."
Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'
Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'
Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"
Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?
** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Sunday, June 05, 2016

Muhammad Ali



Sham Kamikaze
11 hrsShah Alam
Kerana beliau ialah Muhammad Ali, nama beliau diletakkan di dinding bukan di lantai.
Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.

DOA MENYAMBUT RAMADAN





DOA MENYAMBUT RAMADAN

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…, Ya Allah, dipenghujung bulan Sya'ban ini ku kirimkan Do'a utk saudara2 ku, sahabat2 ku & orang2 yg kuhormati serta orang2 yg kucinta yg seaqidah dan se-iman denganku. Berikanlah mereka kesihatan, tawadhu' dalam Iman, keluarga yg bahagia, rezeki yg barakah melimpah ruah serta halal, serta terimalah amal ibadahnya dan pertemukanlah mereka dengan Ramadhan yg akan datang ini serta beberapa Ramadhan yg akan datang selagi Kau izinkan. Aamiin...
MARHABAN YA RAMADHAN,
Dari Wargakerja PMKT dan Mudir Pondok

TIPS MUDAH CIUM HAJARUL ASWAD



TIPS MUDAH CIUM HAJARUL ASWAD (BAWAH 10 MINIT & SKIP BERATUR)
.
Siapa yg pernah ke Masjidil Haram pasti sedar kesukaran mencium Hajarul Aswad.
Bayangkan, 1 titik kecil sebesar 1 kaki persegi diserbu seribu manusia non stop!
So pagi tadi bila saya cakap dengan Dr Azizan Osman, 'doc saya nak try cium Hajarul Aswad lepas solat subuh ni', beliau senyum & sempat bg tips :
'Ustaz jgn lupo pakai baju iron man batman superman, baru sonang!' (Mode gurau 
So lepas solat subuh je saya try. Alhamdulillah tak sampai 10 minit try, Tuhan beri keizinan.
Sahabat semua, ini soal rezeki. Ini soal keizinan Tuhan. Tapi kita selaku manusia perlu berusaha dengan strategi tepat juga kan?
Maka disini saya kongsikan strategi :
1- sblm try, jangan lupa doa banyak2 pada Tuhan agar dipermudahkan. Ini 'anjung rumah' Dia. Insyaallah bila kita minta izin baik-baik, Dia akan lorongkan prioriti & kemudahan kepada kita.
2- ikut cara biasa ramai akan beratur di rukun yamani. Itu traffic jam luarbiasa. Cuba masuk ikut multazam. (Pintu kaabah).
3- Terus ke multazam dan pastikan anda himpitkan diri ke dinding kaabah. Then just follow the flow. Orang dari belakang akan perlahan-lahan tolak anda ke Hajarul Aswad.
4- Sepanjang proses itu, jangan lupa baca banyak2 - robbi yassir wala to'assir Ya Karim. Ya Allah permudah jangan susahkan.
5- PALING PENTING : sepanjang proses ini, pastikan badan anda kekal bersandar ke dinding kaabah. Paut dinding kecil depan pengawal yang jaga batu hitam. Jika anda terpesong sikit, silap-silap terus terhumban ke belakang. Sedih bang 
6. Ketika jarak muka anda dgn Hajarul Aswad dalam semeter, bongkokkan sikit muka agar bila orang yg selesai cium ingin keluar, mudahlah anda terus susupkan muka, cium batu hitam suci itu.
Begitulah cara yg saya gunakan tadi. Cubalah, saya fikir ia lebih mudah berbanding beratur melalui lorong yg biasa orang ikuti.
Ini bukan kaedah potong line tapi cara lebih mudah yang tak ramai orang follow.
Saya kongsikan agar anda yg berhajat ke sini lebih mudah mendapat peluang, dari kebarangkalian 1:1000 kepada 1:100.
Jangan lupa untuk share tips ini dgn ramai rakan-rakan yg nak ke sini. Bila mereka berjaya cium, anda juga berjaya mendapat pahala, free 
Nanti, apabila tiba giliran anda pula, pasti Tuhan buka jalan lebih senang sebab kita telah permudahkan urusan orang lain.....
.

Friday, June 03, 2016

sifat 20

Sunnah Rasulullah
1 hr
PEMBAHAGIAN SIFAT SIFAT ALLAH
Sifat Wajib dibahagi 4 bahagian:
I – Sifat Nafsiyyah
II – Sifat Salbiyah
III – Sifat Ma’ani
IV – Sifat Ma’nawiyah
I – SIFAT NAFSIYYAH(SIFAT KEPERIBADIAN)
Maksudnya sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal jika Allah tidak disifatkan dengan sifat ini. Atau boleh juga dikatakan sifat untuk menentukan adanya Allah, di mana Allah menjadi tidak mungkin ada tanpa adanya sifat tersebut. adapun yang tergolong sifat ini hanya satu iaitu sifat wujud.
1- Sifat Wajib: Wujud
Ertinya: Ada
Sifat Mustahil: ’Adam
Ertinya : Tidak Ada
Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.
II – SIFAT SALBIYAH
Maksudnya sifat yang menolak apa yang tidak layak bagi Allah. Atau dikatakan juga sifat yang digunakan untuk meniadakan sesuatu yang tidak layak bagi Allah. Sifat Salbiyah ini ada lima sifat yakni, 2- Qidam, 3- Baqo’, 4- Mukhalafatu lil hawaditsi, 5- Qiyamuhu binafsihi, 6- Wahdaniyyah.
2-Sifat Wajib: Qidam
Ertinya: Sedia/terdahulu/tidak ada permulaanya
Sifat Mustahil: Huduts
Ertinya: Baru
Allah Taala itu sedia/terdahulu, tidak ada permulaanya. Mustahil Allah itu didahului oleh ‘Adam (ada permulaanya).
3- Sifat Wajib: Baqa’
Ertinya: Kekal
Sifat Mustahil: Fana’
Ertinya: Binasa
Allah itu bersifat kekal. Mustahil Ia dikatakan fana (binasa)
4-Sifat Wajib: Mukhalafah Lilhawaditsi
Ertinya: Tidak sama dengan yang baru
Sifat Mustahil: Mumatsalah Lilhawaditsi
Ertinya: Sama dengan yang baru
Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baru yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baru.
5-Sifat Wajib: Qiyam Binafsihi
Ertinya: Berdiri dengan dirinya sendiri
Sifat Mustahil: Ihtiyaj Ila Mahal Wa Mukhashshash
Allah Taala itu berdiri sendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya dan berdirinya tidak memerlukan tempat tertentu
6-Sifat Wajib: Wahdaniyah
Ertinya: Esa
Sifat Mustahil: Ta’addud
Allah itu Maha Esa zat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai zat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.
III – SIFAT MA’ANI
Maksudnya sifat yang diwajibkan bagi zat Allah suatu hukum atau sifat yang pasti ada pada zat Allah. Sifat ini terdiri dari tujuh sifat, 7- Qudrat, 8- Iradah, 9- Ilmu, 10- Hayat, 11- Sama’, 12- Bashar dan 13- Kalam.
7-Sifat Wajib: Qudrah
Ertinya: Kuasa
Sifat Mustahil: ’Ajez
Ertinya: Lemah
Allah Taala itu Maha Berkuasa, apapun boleh dilakukannya. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.
8-Sifat Wajib: Iradah
Ertinya: Menentukan
Sifat Mustahil: Karahah
Ertinya: Terpaksa
Allah itu Menentukan segala-galanya, semua terjadi dengan ketentuan Allah, Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa menentukan segala galanya
9-Sifat Wajib: ’Ilim
Ertinya: Mengetahui
Sifat Mustahil: Jahil
Ertinya: Bodoh
Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahu atau bodoh.
10-Sifat Wajib: Hayah
Ertinya: Hidup
Sifat Mustahil: Maut
Ertinya: Mati
Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu boleh mati, dianiyaya atau dibunuh.
11-Sifat Wajib: Sama’
Ertinya: Mendengar
Sifat Mustahil: Shamam
Ertinya: Tuli
Allah Taala itu mendengar. Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.
12-Sifat Wajib: Bashar
Ertinya: Melihat
Sifat Mustahil: ’Ama
Ertinya: Buta
Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.
13- Sifat Wajib: Kalam
Ertinya: Berkata-kata
Sifat Mustahil: Bakam
Ertinya: Bisu
Allah Taala itu berkata-kata atau berbicara. Mustahil Allah Taala itu tidak berbicara atau bisu.
IV – SIFAT MA’NAWIYAH
Maksudnya sifat Allah yang dilazimkan atau tidak boleh dipisahkan dengan Sifat Ma’ani. Sifat Ma’nawiyah adalah sifat yang mulazimah atau menjadi akibat dari sifat ma’ani. Sifat ini terdiri dari tujuh sifat, yakni 14- Kaunuhu Qadiran, 15- Kaunuhu Muridan, 16- Kaunuhu Aliman, 17- Kaunuhu Hayyan, 18- Kaunuhu Sami’an, 19- Kaunuhu Bashiran, 20- Kaunuhu Mutakalliman.
14- Sifat Wajib: Kaunuhu Qodiran
Ertinya: Keberadaan Allah Maha Kuasa
Sifat Mustahil: Kaunuhu ’Ajizan
Ertinya: Keberadaan Allah lemah (tidak berkuasa)
Allah Taala keberadaanya amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.
15- Sifat Wajib: Kaunuhu Muridan
Ertinya: Menentukan
Sifat Mustahil: Kaunuhu Mukrahan
Ertinya: Terpaksa
Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa
16- Sifat Wajib: Kaunuhu ‘Aliman
Ertinya: Maha Mengetahui
Sifat Mustahil:Kaunuhu Jahilan
Ertinya: Bodoh
Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil/bodoh atau tidak mengetahui.
17- Sifat Wajib: Kaunuhu Hayyan
Ertinya: Hidup
Sifat Mustahil: Kaunuhu Mayyitan
Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil Allah itu boleh mati atau dibunuh.
18- Sifat Wajib: Kaunuhu Sami’an
Ertinya: Mendengar
Sifat Mustahil: Kaunuhu Ashamma
Ertinya: Tuli
Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.
19- Sifat Wajib: Kaunuhu Bashiran
Ertinya: Melihat
Sifat Mustahil: Kaunuhu A’ma
Ertinya: Buta
Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.
20- Sifat Wajib: Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya: Maha Berkata-kata
Sifat Mustahil: Kaunuhu Abkama
Ertinya: Bisu
Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Ta’ala bisu atau tidak boleh berkata-kata.
Abu Sunnah
TMG

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda