Monday, November 21, 2016

BERDERAI AIR MATA


19 hrs
Lubuk Viral
BERDERAI AIR MATA ðŸ˜­ðŸ˜­
Petang tu Azhar, isteri dan anaknya ke pelantar ikan. Si isteri minta udang segar. Azhar beli udang 2 kilo RM70.
Di tepi mereka ada sorang pakcik tu ambil ikan yang agak berbau, kami panggil ikan baja.
Pakcik itu bayar RM2. Anak Azhar (Iqram) cakap, pakcik hendak bagi makan kucing ke?
Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau.
Pakcik itu terus gosok kepala anak Azhar (Iqram) sambil berkata “anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.
Azhar tergaman, lalu mintak maaf sangat-sangat dgn pakcik tu. Orang2 di pelantar ikan semua terdiam. Iqram terus nangis, Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing.
Terus Azhar beli ketam dan udang dekat pakcik itu. Berat juga pakcik tu mau ambil tapi bila lihat Iqram nangis.. dia gosok kepala Iqram lagi, ucap terima kasih.
Malam tu bila isteri hidangkan ikan masak steam dan udang goreng, terus airmata Azhar berderai, emak makan apa dekat kampung malam ini?
Sewaktu Azhar kecil dulu, beliau juga lalui perkara yang sama, emak kutip ikan yang tidak sesuai buat keropok di dalam tong ikan untuk lauk nasi kami sekeluarga.
Hari ini Allah swt ingatkan Azhar lagi dari mana Azhar datang. Sebenarnya kesusahan itu nikmat, merasai kesukaran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezeki Nya.
Di atas rezeki kita ada hak untuk mereka.
Ya Allah ya Rabbku... tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmah Mu, jauhkanlah kami dari bangga diri ya Allah.
Ya Allah ya Rabbku . ..jauhi lah kami dr bangga diri
Sumber FB: Hazaruddin Abdullah

Wednesday, November 09, 2016

Makanan Terbaik Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah

Makanan Terbaik Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah


Makanan sunnah yang akan dikongsikan di sini amatlah istimewa. Ini kerana makanan-makanan ini telah disebutkan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi, tentang khasiat dan kelebihannya. Subhanallah! Hanya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Firman Allah SWT dalam surah al-An'aam ayat 99:


"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dan mayang- mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun- kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman." - Surah al-An'aam : 99


1. Buah Delima

Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya." - Surah Al- An'am ayat 99






Khasiat buah delima:
  • Kaya dengan unsur zat besi.
  • Proses pembinaan darah merah. Mengurangkan risiko penyakit anemia.
  • Mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.
  • Mengandung potassium yang besar isipadunya.
  • Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degup jantung agar tetap normal.
  • Meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur.
  • Mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah.
  • Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.


2. Kismis

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadith yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut."

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.


Khasiat kismis:
  • Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
  • Kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
  • Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.

3. Kurma

Firman Allah SWT dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."



Khasiat kurma:
  • Terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.
  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
  • Makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


4. Habbatus sauda'

Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim



Khasiat habbatus sauda’:
  • Terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
  • Terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati) - Hadith Sahih Bukhari Muslim



5. Za'faran

Sayidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir. "





Khasiat za’faran / saffron:
  • Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin).
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga peransang tenaga batin.
  • Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.



6. Madu

Firman Allah: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" - Surah An-Nahl ayat 68-69.




Khasiat madu:
  • Mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.
  • Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega.
  • Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).


7. Zaitun

Firman Allah: "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" - Surah Al-Mukminin ayat 20.

Khasiat zaitun:
  • Penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
  • Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
  • Mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.


8. Buah Tiin

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Khasiat buah tiin:
Mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan.
Satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan.
Dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
Tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.

KESIMPULAN
Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah SWT yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah kita menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah sekadar usaha kita untuk mendapatkan kesihatan.Percayalah dengan nama Allah, Insya-Allah akan dapat keberkatan dan kebaikan.

Wallahu'alam

15 SIMPLE SUNNAH YANG SELALU ORANG ISLAM ABAIKAN

15 SIMPLE SUNNAH YANG SELALU ORANG ISLAM ABAIKAN 

Simple Sunnah#1 

1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan
2.Tutup Kepala bila masuk tandas. 

Simple sunnah#2 

1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur 

Simple sunnah#3 

1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah. 

Simple sunnah#4 

1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. 

Simple sunnah#5 

1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas 

Simple sunnah#6 

1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri. 

Simple sunnah#7 

1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^) 

Simple Sunnah#8 

1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim. 

Simple Sunnah#9 

1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan. 

Simple Sunnah#10 

1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk. 

Simple sunnah#11 

1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2) 

Simple sunnah#12 

1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2. 

Simple sunnah#13 

1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian. 

Simple sunnah#14 

1. Mananan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis. 

Simple sunnah#15 

1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yang sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yang besar. 

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda