Ini bukan entri lucah. Ini kebenaran yang pedih dan pahit.
Wanita Islam sekalian. Labuhkanlah baju yang anda pakai sehingga ke paras bawah punggung. Sememangnya itulah yang diarahkan di dalam syariat Islam dan juga yang beribu kali ditegur oleh para ustaz ustazah. Namun, apa yang dapat kita lihat di dalam masyarakat Malaysia, ramai wanita Islam, khususnya yang Melayu mengambil ringan akan isu baju sendat dan singkat ini dan tidak berasa risau menayangkan bentuk punggung mereka kepada lelaki bukan muhrim di tempat awam.
Ada hikmah Islam menyuruh setiap Muslimah agar melapangkan dan melabuhkan pakaian yang dipakai mereka. Sebab paling jelas ialah kerana punggung adalah bahagian tubuh wanita yang digilai secara seksual oleh para lelaki yang normal selain daripada buah dada dan faraj wanita. Disebabkan itu, Islam mahu setiap wanita Islam memelihara dan melindungi bahagian itu daripada dinikmati oleh mata-mata lelaki yang bukan suami mereka.
Punggung berisi, sengaja pakai baju yang singkat. Wanita yang lebih gedik pula akan sengaja memadankannnya dengan seluar slack atau jeans sendat untuk lebih menyerlah. Di manakah sensiviti agama dalam soal berpakaian di kalangan wanita-wanita kita hari ini ? Ramai wanita Islam kita mengikutkan rasa hati mereka yang mahu berlumba-lumba mempertunjukkan keindahan rupa bentuk badan masing-masing. "Lihatlah dunia, buah dadaku yang besar dan punggungku yang gebu !" kata hati mereka.
Wanita jenis apakah yang merasa bangga diri apabila ramai lelaki yang berselisih terpaku biji mata dan memfantasikan keseksian bentuk buah dada dan punggung yang mereka sengaja pamerkan di khalayak ramai ? Tidak rasa segan. Tidak rasa malu sebaliknya rasa bangga dan berkeyakinan pabila ramai lelaki di luar memandang mereka dengan penuh nafsu seksual. Adakah wanita yang bermaruah wajar berkelakuan sebegini rupa ?
Biarkan hanya suami yang tersayang sahaja yang boleh melihat keindahan fizikal tubuh badan anda terutama sekali bahagian punggung tersebut. Fikir-fikirkan !
Friday, August 26, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Aktiviti Tuan Guru Al-Mursyid Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif di Malaysia
TERKINI.........................
PROGRAM BERSAMA TUAN GURU SHEIKH MURSYID DI MELAKA (UMUM)
1.Masjid pdg temu , melaka pada 21/8
2. Pondok Pdg temu , Melaka pada 22/8
3.Masjid selat , melaka pada 25/8
4.Surau kg lapan, melaka pada 26/8
5. Dewan Bistasri , Asmavilla , Air Keroh , Qiamullail Perdana - semau di jemput hadir dari 11 mlm - subuh pada 26/8
5.surau at takwa , serkam , melaka pada 27/8
Keterangan sila hubungi tel 012-6109706
Tuesday, August 23, 2011
Di mana Kita...
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan
bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan
pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main
bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak
mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana
sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan
bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap
bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap
kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat.
Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi
merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak
lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya.
Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta
anak Mak yang ini.Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam
Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah
pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka
makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut
wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu
ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang
gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali
Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu
sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati
anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat
gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak
Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung
masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,
"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak
berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati
Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak
teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak
ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja
sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri
yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu
Mak sakit.
kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Along,Angah,Ateh,Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di
bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak
dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit
tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan
untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah
diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan
jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya
sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan
setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak
ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah,
Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak
untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak
malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita
jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu
turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan
ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua
dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan
anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari
ibu tanpa berjawab?

Tuesday, August 02, 2011
Tuan Guru Al-Mursyid Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif
TERKINI.........................
PROGRAM BERSAMA TUAN GURU SHEIKH MURSYID DI MELAKA (UMUM)
1.surau ust rosanan , tanjung bidara , melaka pada 18/8
2.masjid pdg temu , melaka pada 19/8
3.masjid selat , melaka pada 25/8
4.surau kg lapan, melaka pada 26/8
5.surau at takwa , serkam , melaka pada 27/8
........................................................................................................................
As Salam,

Ramdhan Kareem .
Adalah dimaklumk , bahawa bumi Malaysia , insyallah aakan didatangi oleh AL-'ALIM 'ALLAMAH
AL-'ARIF BILLAH Al-MURABBI AL-MURSYID AL-SYEIKH PROF. DR. MUHAMMAD ABDUL LATIF BIN MUHAMMAD SOLEH AL-FARFOUR AL-HASANIYY AL-DIMASYQIYY DAN AHLI JEMAAHNYA SERAMAI 13 ORANG dari syria di bulan Ramadhan 1432H ini.

Di sertakan makluman biodata Tuan Guru:-
Al-'Alim Al-'Allamah Al-„Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.Maka , disini kekuatan yang Allah S.W.T. kurniakan kepada tuan guru, Al-‟Alim Al-Al-‟Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy dalam pembentukan sakhsiyyah diri dan kegiatan ilmu beliau.
Al-Fadhil Al-Alim Al-’Arib billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy
Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha‟ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.
Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Ulamak yang lebih banyak menghulurkan tangan bimbingan ilmu kepadanya ialah bapanya sendiri, iaitu sohibussamahah murabbi agung al-„allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqeh (alim feqah), usuliyy (alim ilmu usul feqah), mutakallim (alim ilmu tauhid) dan nazzor (alim ilmu munazorah) – moga Allah merahmati dan meredhainya – . Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-„allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri „Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, – moga Allah merahmatinya –, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh „Alwi „Abbas Al-Malikiyy – moga Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya keatas mereka dan selain mereka.
Mendapat pengajian awal di sekolah rasmi dengan cemerlang sehingga berjaya menyambung ke peringkat universiti dan menamatkan pengajian dalam bidang syari‟ah melalui penulisan tesis kajian berbentuk ilmiah di Universiti Syria, Damsyik. Seterusnya, tuan guru melengkapkan pengkayaan ilmunya di Universiti Al-Azhar yang ulung, dan berjaya pada peringkat Sarjana Muda (BA) Undang-undang dengan kepujian, Sarjana (MA) Feqah Perbandingan dengan Undang-undang (1972M)
5
melalui satu tesis kajian ilmiah yang dibentang dan dibahasnya dibawah tajuk “Teori Istihsan dalam Perundangan Islam dan Kesannya Terhadap Masolih Mursalah” dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama. Pada tahun 1978M, tuan guru telah membentangkan satu lagi tesis ilmiahnya di bawah tajuk “Ibn ‟Aabidiin dan Kesannya Terhadap Feqah Islami – Satu Kajian Perbandingan dengan Undang-undang”. Tesisnya ini telah dibahas dan diperdebat secara terbuka oleh barisan panel yang diketuai oleh al-„allaamah agung, al-marhum Syeikh Profesor Dr. Abdul Ghani Muhammad Abdul Khaleq – moga Allah merahmatinya –. Panel itu dianggotai oleh beberapa orang ulamak besar universiti yang rata-ratanya merupakan ulamak agung Syari‟ah Islam, dan satu barisan tokoh undang-undang. Senat Universiti pada 26hb. Julai 1978 telah menanugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan keputusan (Kepujian Kelas Pertama, dan permintaan agar dicetak tesisnya itu dengan tanggungan daripada pihak universiti untuk dijadikan tesis tukaran diantara universiti-universiti dunia) oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.
Tuan guru sentiasa mengajar dalam kelas-kelas ilmu dan kelas-kelas umum, dan menyampaikan kuliah ilmu tentang syari‟ah, Bahasa Arab dan Usuluddin. Tuan guru telah mengasaskan satu pergerakan ilmu yang telah melahirkan barisan pekerja yang terpilih dan membuahkan hasil yang cukup baik. Tuan guru mempunyai kelas-kelas ilmu untuk orang awam di beberapa buah masjid, antaranya Masjid Jami‟ Al-Saadaat Aqsob, Damsyik dan Masjid Jami‟ Al-Darwisyiyyah, Damsyik .
Kegiatan tuan guru amat banyak, antaranya ialah:-
1. Gerakan ilmu seperti pengasasan Mujamma, Masjid Al-Aqsoob Al-Islami.
2. Majma‟ Ilmiyy ‟Aali telah diwujudkan di bawah Mujamma‟ ini pada tahun 1410H / 1990M, dimana sekitar 80 orang profesor daripada serata dunia Islam dan Arab telah menjadi ahli anggota majlis tertingginya.
3. Pembentukan sebuah akademi ilmu peringkat pengkhususan dengan nama “Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam” telah dilahirkan di bawah Mujamma‟ ini.
4. Maahad al-Quran dan Pusat Qiraat dengan nama “Pusat Qiraat Al-Quran Al-Allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy”.
5. Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam mempunyai tiga peringkat pengajian, iaitu Ijazah pertama atau Sarjana Muda (BA), Ijazah Pengkhususan atau Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D).
6. Menulis tesis dan artikel dalam pelbagai bidang dan tajuk, dan tulisan-tulisannya itu kebanyakannya telah diterbitkan oleh beberapa majalah, seperti:- Majalah Majma‟ Al-Lughah Al-Arabi, Damsyik. Majalah Al-Faisal dan Majalah Al-Arabiyyah, Saudi Arabia. Majalah Nahj Al-Islam, terbitan Kementerian Agama, Republik Arab Syria. Majalah Ath-Thaqafah Ad-Dimasyqiyyah (bulanan). Majalah At-Tamaddun Al-Islami, Damsyik.
6
Majalah Al-Mauqif Al-Adabi, Syria. Majalah Tisyriin (Mingguan). Majalah Tisyriin Timur Tengah.
7. Memberi ucapan dan membuat pembentangan dalam beberapa Persidangan Antarabangsa yang dihadirinya seperti:-
Persidangan Penubuhan Akademi Feqah Islam Antarabangsa Mekah Al- Mukarramah pada bulan Jun, 1983M. Tuan guru menjadi ketua rombongan (lantikan khas daripada Presiden) yang terdiri daripada beberapa orang menteri dan ketua-ketua kementerian negara menghadiri persidangan ini. Akademi Feqah Islam Antarabangsa (Jedah). Tuan guru merupakan salah seorang anggota pengasas, dan ahli tetap akademi di atas kapasitinya sebagai wakil Republik Arab Syria dan Ketua Bahagian Perancangan Akademi yang disandangnya sejak awal tahun 1404H / 1983M lagi. Forum Pemikiran Islam Antarabangsa, Algeria sebagai Profesor Pembentang dengan kedudukannya sebagai tetamu rasmi Kerajaan Algeria selama beberapa siri. Pada tahun 1988M pula, tuan guru dijemput sebagai Profesor Pelawat ke Jabatan Pengajian Peringkat Sarjana, Universiti Algeria. Tuan guru juga – atas jemputan rasmi – telah melawat negara Mesir, Jordan, Palestin, Lubnan, Arab Saudi, Algeria, Brunei, Oman, Kuwait, Turki, Iran, Sudan, Maroco, Bahrain, dan Qatar sebagai Profesor Pelawat ke universiti-universiti mereka dan sebagai anggota kepada beberapa persidangan ilmiah yang pelbagai, dan menyampaikan kuliah di beberapa buah universiti negara Arab. Tuan guru juga – beberapa kali – telah menghadiri beberapa siri persidangan ulamak sufi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh beberapa buah negara lain, antaranya negara Malaysia.
PERTUBUHAN MURID-MURID KITAB TURATH
NEGERI MELAKA (PMKT)
NO. 236-1, KM 5, KAMPUNG PADANG TEMU,
75050 MELAKA.
Tel : 06-2841695 Fax : 06-2841698
Nota : 08-09/11/2011 akan diadakan majlis berbuka puasa , Solat Terawih , Hadarah dan Bai'ah di Pondok Pdg Temu , Melaka

Subscribe to:
Posts (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...