Tuesday, June 28, 2011

Subhanallah...

Subhanallah...
 
 
 

I found these interesting facts to be shared among us.. Read on, it's interesting especially if you just realized it.......
 
 
 
  
 







Mana buah ilmumu? Mana tanda ubudiyyahmu?

Mana buah ilmumu?
Mana tanda ubudiyyahmu?
Oleh : Sheikh Abdul Qadir Al Jailani


Saudara! Dahulukan kepentingan akhirat atas kepentingan dunia.  Nescaya kau akan mendapat keuntungan dari kedua-duanya.  Bila kau mendahulukan kepentingan dunia atas kepentingan akhirat,  maka kau akan rugi.  Rugi dunia,  dan rugi akhirat.  Ini, merupakan seksaan bagimu.  Mengapa kau sibuk dengan sesuatu yang tidak diperintahkan?  Jika kau tidak sibuk dengan urusan dunia, nescaya Allah s.w.t. akan melimpahkan Ma'unah (pertolongan) kepadamu.  Juga akan memberikan Taufiq, dan kesempatan mengambil sebahagian kecil daripadanya.  Nescaya akan menjadi berkat.
Orang mukmin beramal untuk kepentingan dunia dan akhiratnya, Amal dunianya akan dapat menghantarkannya ke darjat yang ia inginkan.  Ia menerima sedikit dunia, sebesar bekal untuk naik kenderaan.  Ia tidak ingin mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya.
Orang jahil, kepentingan utamanya adalah Syurga.  Sedangkan orang Arif, kepentingan utamanya adalah akhirat, kemudian Allah Azza Wajalla. Bila kau telah menghasilkan sepotong roti, lalu nafsumu berusaha merebutnya dan syahwat-mu juga ingin memintanya, maka fikirlah, siapa kira-kira mampu memecahnya.  Engkau tidak akan beruntung, selagi belum berhasil memerangi nafsumu, di sisi Allah Azza Wajalla.  Orang-orang yang jujur, satu sama lain saling bantu membantu, saling bertolak ansur dan bertanggungjawab.
Hai orang yang berpaling dari Allah Azza Wajalla!!.  Hai orang-orang yang berpaling dari Shiddiqin!!!   Hai orang yang berkiblat kepada makhluk dan dengan yang bersekutu dengan mereka!!!.  Sampai bila kau menghadap mereka?  Apa yang memberi manfaat kepadamu?  Tiada manfaat itu dengan segala sesuatu yang jumud.
Zat Yang Merajai segala-galanya adalah Wahid (Esa).  Zat Yang Memberi Mudhorat adalah Wahid.  Zat Yang Memberi Manfaat juga Wahid.  Demikian pula
  • Yang Menggerakkan,
  • Yang Menenangkan,
  • Yang Mengusahakan,
  • Yang Manaklukkan,
  • Yang Memberi,
  • Yang Mencegah,
  • Yang Menciptakan dan
  • Yang Memberikan Rezeki.
  • Dialah Allah Azza Wajalla.  Dia Zat Yang Qadim, Azali dan Abadi.
  • Dia Wujud sebelum makhluk, sebelum ayah ibu mu dan orang-orang kayamu.
  • Dia jualah Pencipta langit, bumi dan seisinya:
Firman Allah s.w.t.:
"Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Asy-Syura, 1).
Sungguh sayang!!!.  Hai makhluk Allah, mengapa kamu tidak mengenal Penciptamu dengan sebenarnya?  Bila aku di hari Qiyamat kelak memiliki sesuatu di sisi Allah s.w.t. Sungguh aku menanggung beban-beban beratmu,dari orang pertama sampai orang akhirmu.  Hai pembaca!!!  Bacakanlah aku.  Tanpa ditunjukkan kepada penghuni langit dan bumi.  Setiap  orang yang beramal soleh, tentu akan dibukakan pintu yang ada di  antaranya dan antara Tuhannya.  Sehingga ia dapat dengan mudah memasukkan Qalbunya ke dalam pintu itu.  Sedang kau, hai orang Alim, selalu sibuk berdebat !!!, berbantah-bantah!!!,  memupuk kekayaan!!!, sehingga lupa mengamalkan ilmumu!!!  Hal itu akan jatuh di hadapan/ditanganmu dalam bentuk lahir tanpa batin.
Jika Allah Azza Wajalla menginginkan salah seorang hamba-Nya menjadi baik, maka ia tentu Mengajarnya, kemudian Mengilhamkannya dengan amal dan ikhlas li-wajhillah.  Dia akan mendekatkan, mengenalkan dan mengajarkan kepadanya ilmu hati sirri yang telah dipilihkan untuknya, sebagaimana memilih Musa a.s.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan Aku telah memilihmu untuk diriku".(Surah.Thaha, 41)
  • Bukan untuk selain-Ku.
  • Bukan untuk syahwat dan hal-hal yang tidak berguna,
  • bukan untuk bumi dan bukan untuk langit.
  • Bukan untuk kerajaan, juga bukan untuk kerosakan.
  • Tiada suatu pun yang mengikatmu dari-Ku,
  • tiada sesuatu selain-Ku yang menyibukkanmu,
  • tiada suatu gambar atau benda lain yang menghalangimu dari-Ku.
  • Juga tidak ada syahwat yang menyebabkan kau tidak memerlukan sesuatu dari-Ku.
Saudara!, Janganlah kau putus asa dari rahmat Allah Azza Wajalla, akibat melakukan maksiat.  Tetapi, basuhlah pakaian agamamu dengan air taubat secara bersambungan dan ikhlas.  Berilah pakaian agamamu itu minyak makrifat.  Waspadalah terhadap kedudukan yang kau sandang ini.  Sebab, bila saja kau berpaling, di sekitarmu pasti ada haiwan buas yang siap menyerbumu.  Di mana saja kau berada, di situlah datang berbagai fitnah di sekitarmu.  Kembalilah kepada Allah Azza Wajalla dengan Qalbumu.
Janganlah kau makan dengan tabiatmu, syahwat dan kesenanganmu.  Janganlah kau makan, kecuali ada dua saksi adil yang mengawasimu.  Yakni kitab Allah dan Sunnah Nabi.
Kemudian, carilah dua saksi lain, iaitu Qalbumu dan Perbuatan Allah Azza Wajalla.  Jika Al-Kitab, As Sunnah dan Qalbumu telah mengizin, maka lihatlah saksi yang keempat.  Iaitu Fi'lullah (perbuatan Allah Azza Wajalla). Janganlah kau seperti pencari kayu bakar di waktu malam.  Ia mencari kayu ke sana ke mari, tapi tidak mengetahui apa yang jatuh ditangannya.
Hanya Pencipta Yang Diciptakan saja yang Ada.  Ini, suatu "hal" yang tidak akan datang dengan
  • berhias
  • Tamanni (lamunan),
  • Takalluf (memperberat beban) dan
  • Tasannu' (mengada-ngada).
Tetapi, ia adalah sesuatu yang bersemayam dalam dada dan dibuktikan dengan amal.  Yakni, amal yang dilakukan karana Allah Azza wajalla semata.
Saudara! Kesihatan akan datang tanpa di cari.  Kekayaan akan datang tanpa dicari-cari, ubat pun demikian.  Ubat segala penyakit adalah berserah diri kepada Allah Azza Wajalla dan memutuskan sebab-sebab lahir dengan Qalbumu.   Ubat segala penyakit terletak pada Mengesakan Allah s.w.t. dengan Qalbu,  bukan dengan lisan saja.  Tauhid dan Zuhud terletak pada Qalbu.  Demikian pula Makrifat kepada Allah, Mahabbah dan Qurban kepada- Nya.(Semuanya terletak pada Qalbu)
Jadilah kau orang yang berakal.  Janganlah kau gila.  Dan jangan memperberat beban.  Kau gila,  cerewet,  dusta,  riak dan munafik.   Semua kepentinganmu hanya untuk menarik perhatian kepada dirimu.  Tidakkah kau tahu,  setiap kau melangkah kepada makhluk dengan Qalbumu,  tentu kau akan jauh dari Tuhanmu?  Kau mengaku sebagai pemohon Allah Azza Wajalla.  Tetapi,  kenyataannya,  kau bermohon kepada makhluk sesamamu.  Gambaranmu seperti orang yang mengatakan,  "Aku ingin pergi ke Mekah,"  tetapi ia menuju ke Khurasaan.
Dengan demikian,  ia justeru jauh dari Mekah.  Kau mengatakan,  bahawa Qalbumu telah keluar dari lingkungan makhluk,  padahal,  kau masih saja takut dan mengharapkan segala keperluanmu kapadanya.  Lahirnya zuhud,  tetapi batinmu rakus.  Lahirmu cinta Allah Azza Wajalla,  tetapi batinmu cinta makhluk.  Ini suatu "hal" yang tidak dapat datang dengan ocehan lidah.  Keadaan ini tidak mengenal makhluk,  dunia,  akhirat dan segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla.
  • Dia Esa,  tidak menerima sesuatu kecuali Esa,
  • Dia Maha Esa,  Tidak Menerima Sekutu.
  • Dialah Yang Mengatur segala urusanmu.
Kerana itu,  terimalah apa yang difirmankanNya.  Semua makhluk itu lemah.  Tidak boleh memberi mudhorat dan manfaat terhadap dirimu.  Allah yang mengutuskan hal itu,  Dia mengatur hal itu untuk dirimu dan untuk diri mereka.  Segala sesuatu yang manfaat dan yan g mudarat bagimu sudah dicatat oleh Ilmu Allah s.w.t.
Orang-orang yang Mengesakan Allah Azza Wajalla dan yang Sholeh adalah 'hujjah Allah' atas seluruh makhluk.  Di antara mereka ada yang lahir dan batinnya sunyi dari kesibukan duniawi.  Ada yang hanya batinnya saja.  Dalam batinnya tidak terlihat sesuatu .  Inilah hati yang bersih dan suci.  Barang siapa dikurniakan hati seperti ini, bererti telah diberi kerajaan dari makhluk.  Ia dikategorikan pahlawan yang gagah berani.
Orang yang gagah berani ialah orang yang hatinya suci dari sesuatu selain Allah Azza Wajalla.  Orang yang selalu berdiri di atas pintu-Nya dengan membawa pedang Tauhid dan senjata syarak'...... .Syarak dapat membersihkan lahir.  Sedangkan Tauhid dan Makrifat dapat membersihkan batin.
Saudara,  apa yang dikatakan mereka dan yang kita katakan,  tidak akan memberi pengaruh sama sekali,  kau mengatakan,  "Ini haram",  tetapi kau lakukan.  Kau mengatakan,  "Ini halal",  tetapi tidak kau lakukan,  engkau gila!!!.
Dari Nabi Muhammad s.a.w,  Baginda bersabda yang bermaksud:  "Orang bodoh celaka sekali.  Orang alim celaka tujuh kali".
Celaka sekali untuk orang bodoh,  kerana ia tidak tahu.  Celaka tujuh kali untuk orang alim ini,  kerana ia tahu tapi tidak mahu mengamalkan ilmunya.  Berkat ilmunya hilang,  yang masih ada hanya hujjah-hujahnya.
Berlajarlah,  kemudian amalkan.  Lalu,  menyendirilah di tempat yang sunyi.  Sibuklah dengan Mahabbah(cinta) Allah Azza Wajalla.  Bila Muhabbahmu dan Uzlahmu telah benar-benar beres,  nescaya Allah Azza Wajalla akan mendekatkan dirimu kepada-Nya.  Jika berkenan,  ia akan Memperkenalkan dan Mengorbitkan dirimu kepada seluruh makhluk.  Juga akan menolakmu untuk menuntut bahagian-bahagian duniawi.  Ini menurun angin ketentuan takdir dan ilmunya untukmu.  Kemudian,  meniup pagar tembok 'khalwat'mu.  Lalu kau menujunya dan Allah s.w.t. melihat urusanmu kepada makhluk.
Engkau terpengaruh hak-hakmu,  tanpa bersikap ceroboh,  buruk dan teruk.  Allah Azza Wajalla mengembalikanmu, kepada bahagian-bahagianmu,  agar undang-undang ilmu-Nya mengenai dirimu tidak batal.  Engkau terpenuhi semua bahagianmu.  Sedangkan Qalbumu masih tetap bersam Allah Azza Wajalla.  Dengarlah!  ketahuilah!  hai orang-orang bodoh terhadap Allah Azza Wajalla dan kekasih-kekasih-Nya.
Hai orang-orang yang selalu mencerca Allah Azza Wajalla dan Wali-wali-Nya!!!  Yang Maha Benar adalah Allah swt.   Yang batil adalah kamu,  hai makhluk.  Kebenaran terletak pada kalbu,  Sanubari dan batin.  Sedang kebatilan terletak pada nafsu,  kesenangan,  tabi'at adat istiadat,  dunia dan segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla.
Qalbu ini tidak akan beruntung,  selagi belum sampai ketingkatan Qurban dengan Allah Azza Wajalla Yang Maha Qadim,  Azali dan Abadi selamanya.  Janganlah suka mendesak hai munafik!!!.  Apakah yang kau miliki itu lebih baik daripada yang dimiliki selainmu???  Engkau adalah hamba rotimu,  hamba lauk paukmu,  manisanmu,  kudamu,  dan kekuasaanmu Qalbu yang jujur pergi menghindar dari makluk menuju kepada Allah Azza Wajalla.  Ia melihat kepada sesuatu di tengah jalan.  Tetapi,  tidak terliur sedikit pun.  Ia terus berjalan di tengah lembut.  Sampai ke tempat tujuan.
Allah s.w.t.  berfirman;
".........seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal".  (Al-Jumaah:5)
Asfar adalah kitab-kitab tebal yang berisikan ilmu.  Dapatkah keldai memanfaatkan kitab-kitab ilmiah?  Kitab-kitab itu hanya merupakan beban berat yang memayahkannya.  Barangsiapa bertambah ilmu pengetahuannya,  hendaklah bertambah pula ketaatannya.  Hai orang yang mengaku berilmu!!!
  • Mana tangis kerana takut kepada Allah Azza Wajalla?
  • Mana kewaspadaanmu?
  • Mana pengakuan dosa-dosamu?
  • Mana usahamu menghapuskan kegelapan dengan cahaya taat Allah Taala?
  • Mana didikanmu kepada jiwamu?
  • Mana usahamu memerangi nafsu berahimu?
Kepentinganmu terletak pada gamis dan serban,  makan,  minum,  nikah,  rumah,  kedai dan bersenang-senang bersama makhluk.  Singkirlah dirimu dari himmah seperti itu.  Kalau memang kau memiliki bahagian daripadanya,  tentu akan datang tepat pada waktunya.  Hatimu terlepas dari keluh kesah menanti kedatangannya.  Hatimu selalu tertuju kepada Allah Taala.  Apa yang menjadi milikmu tiada hubungannya dengan keluh kesahmu.  Jadi...kepayahannmu adalah sia-sia.
Saudara!!!  Khalwatmu belum benar!!!  Masih najis,  belum suci.  Apa yang kau amalkan?  Tauhid dan ikhlasmu  belum ada di dalam hatimu.
  • Wahai orang-orang yang lalai!!!
  • Hai orang-orang-orang yang berpaling!!!
  • Hai orang-orang-orang yang meninggalkan segala-galanya!!!
  • Hai orang yang tidak mengenal Allah Taala dan Rasul UtusanNya!!!
  • Hai orang-orang yang tidak mengenal ulama Mutakaddimin dan Ulamak Mutakhirin!!!
Kamu bagaikan kayu balak yang melintang di tengah jalan.  Tidak dapat dimanfaatkan sama sekali.
.

Keikhlasan yang Menguntungkan Mukmin Sejati

Assalammua'laikum Warrahmatuhllahi Wabarakatuh..
 
Keikhlasan yang Menguntungkan Mukmin Sejati
Untuk mendapatkan keikhlasan sejati, seseorang pertama-tama harus memahami mengapa keikhlasan itu penting. Ia harus memiliki keinginan untuk mendapatkan tingkat keikhlasan tersebut. Hal ini karena siapa pun yang gagal memahami keikhlasan, ia dapat selanjutnya mencari kekuatan dan kekuasaan dengan hal-hal yang bersifat keduniawian. Ia akan mengejar dunia untuk mendapatkan martabat sosial. Orang seperti itu mencari ketenaran, reputasi, kemuliaan, kekayaan, kecantikan, ijazah pendidikan, dan kehormatan lainnya. Akan tetapi, tak ada satu pun hal di atas yang dapat memberikan kekuatan dan kekuasaan yang sesungguhnya, tidak di dunia ini ataupun di hari akhir.
Demikianlah, Badiuzzaman Said Nursi mengingatkan para mukmin sejati bahwa kekuatan di dunia dan di akhirat itu hanya didapatkan melalui keikhlasan. Ia menyatakan, "Engkau harus tahu bahwa semua kekuatanmu ada dalam keikhlasan dan kebenaran. Ya, kekuatan ada di dalam kebenaran dan keikhlasan. Bahkan, bagi mereka yang salah mendapatkan kekuatan dari keikhlasan dalam kesalahan mereka. Bukti bahwa kekuatan ada di dalam kebenaran dan keikhlasan adalah apa yang kita kerjakan untuk Allah ini. Sedikit keikhlasan di dalam karya kita membuktikan pernyataan ini dan bukti keikhlasan itu sendiri." 7 - Karena itulah, siapa pun yang melupakan prinsip ini dan mengejar materi-materi yang disebutkan di atas, ia tidak murni mencari keridhaan Allah.
Sebagai cotoh, mari kita misalkan bahwa sebuah tugas yang disangka baik oleh muslim dikerjakan oleh empat atau lima orang. Mari juga kita bayangkan bahwa salah seorang di antara mereka dipercayai untuk mengerjakan sebuah tugas yang pasif, tidak penting, dan berada di balik layar, tetapi begitu sulit dikerjakan.
Sementara itu, orang yang lainnya ditugaskan dalam tugas yang aktif, tampak di depan, yang langsung menarik perhatian dan pujian dari orang lain. Jika orang pertama menolak untuk mengerjakan tugas tersebut hanya karena ia akan berada di belakang dan tidak akan mendapatkan pujian, dan ia ingin menukar tugasnya dengan kesempatan yang lebih besar dan menjanjikan untuk mendapatkan pengakuan dan kehormatan, maka hal ini akan merusak keikhlasannya.
Dalam kondisi demikian, orang tersebut akan terbawa pada pikiran-pikiran yang tidak tulus, seperti, "Walaupun saya berusaha keras, nama saya tidak akan disebutkan. Terlebih lagi, orang lain akan lebih banyak mendapatkan balasan sekalipun ia bekerja lebih sedikit dari saya." Maka dari itu, cara yang paling mulia untuk diikuti dalam situasi seperti ini adalah bekerja hanya untuk mendapatkan pengakuan dan pujian Allah, untuk mencari keridhaan-Nya. Jika pekerjaan itu tampaknya memberikan manfaat, tidaklah penting siapa yang ikut serta di dalamnya. Bahkan, jika ia tampaknya tidak memperoleh pengakuan dari orang lain dan tetap tidak dikenal, ia tetap harus mengerjakan kesempatan tersebut dengan antusias untuk mendapatkan keridhaan Allah. Inilah yang dimaksud dengan ikhlas.
Seseorang yang selalu melakukan sesuatu dengan ikhlas, tidak hanya akan sukses dan menikmati kedamaian pikiran di dunia ini, tetapi juga mendapatkan balasan di hari akhir. Hal ini karena orang yang demikian tidak bergantung pada harta duniawi, kekuasaan, kepemilikan kekayaan, dan kehormatan sosial, tetapi hanya bergantung pada Allah, keimanan, hati nurani, dan keikhlasannya. Sebagaimana digambarkan di dalam ayat berikut, Allah selalu menolong mereka yang berpaling kepada-Nya dengan pengabdian yang murni.
"... Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Mahakuat lagi Mahaperkasa." (al-Hajj [22]: 40)
Karena itu, tidak ada suatu kekuatan pun yang dapat melawan keimanan dan keikhlasan. Melalui keikhlasan, seseorang dipastikan akan mendapatkan bantuan, dukungan, dan kekuatan dari Allah.
Rujukan :- 7-Badiuzzaman Said Nursi, Kumpulan Risalah an-Nur, Kumpulan “Cahaya”, Cahaya Ke-21

Penemuan-penemuan muslim yang mengubah dunia



Kehidupan moden tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1000 tahun warisan muslim yang terlupakan.

“Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Renaisans langsung kepada Yunani,” ujar Chairman Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan.

Saat ini Penemuan 1001 sedang pameran di Museum Sains London. Hassani mengharapkan pameran tersebut akan menegaskan kembali kontribusi peradaban non-barat, seperti kerajaan muslim yang suatu waktu pernah menutupi Spanyol dan Portugis, Italia selatan dan terbentang seluas daratan China.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Operasi Bedah
Sekitar tahun 1000, seorang dokter Al Zahrawi mempublikasikan 1500 halaman ensiklopedia berilustrasi tentang operasi bedah yang digunakan di Eropa sebagai referensi medis selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemu, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan menciptakan sepasang alat jepit pembedahan.

2. Kopi
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Kairo oleh sekelompok pelajat yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Italia oleh pedagang Venesia.

3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencoba membuat konstruksi sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mendesain sebuah perangkat sayap dan secara khusus membentuk layaknya kostum burung. Dalam percobaannya yang terkenal di Cordoba Spanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Desain yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universitas
Pada tahun 859 seorang putri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universitas tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universitas al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar
Kata aljabar berasal dari judul kitab matematikawan terkenal Persia abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem pemersatu untuk nomor rasional, nomor tidak rasional dan gelombang magnitudo. Matematikawan lainnya Al-Khwarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang bisa menjadi kekuatan.

6. Optik
“Banyak kemajuan penting dalam studi optik datang dari dunia muslm,” ujar Hassani. Diantara tahun 1.000 Ibn al-Haitham membuktikan bahwa manusia melihat obyek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, mengacuhkan teori Euclid dan Ptolemy bahwa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Fisikawan hebat muslim lainnya juga menemukan fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan koneksi antara optik dan otak.

7. Musik

Musisi muslim memiliki dampak signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah lute dan rahab, nenek moyang biola. Skala notasi musik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Sikat Gigi
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopulerkan penggunaan sikat gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Miswak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan napas. Substansi kandungan di dalam Miswak juga digunakan dalam pasta gigi modern.

9. Engkol
Banyak dasar sistem otomatis modern pertama kali berasal dari dunia muslim, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan mengkonversi gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinkan obyek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan sepeda hingga kini

10. Penemuan Sabun di Dunia Islam
Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Is lam di era keemasan ada lah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Muslim te lah mengembangkan se bu ah gaya hidup higienis yang mu takhir. Menurut Ahmad Y Al-Hassan da lam bukunya berjudul, Tech nology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestina), Kufah (Irak), dan Basrah (Irak) telah menjadi sentra industri sabun.‘’Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Is lam,’’ papar Al-Hassan. Menurut Al-Hassan, sabun yang terbuat da ri minyak sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, perta ma kali diproduksi para kimiawan Muslim di era kekhalifahan. Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu menciptakan formula sa bun adalah Al-Razikimiawan legendaris dari Persia.

‘’Hingga kini, formula untuk mem buat sabun tak pernah ber ubah,’’ cetus Al-Hassan. Sabun yang dibuat umat Muslim di zaman ke jayaan sudah menggunakan pe warna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun ba tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut. Harga sabun pada 981 M berki sar tiga Dirham (koin perak) atau setara 0,3 Dinar (koin emas). Resep pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang dokter terkemuka dari AndalusiaSpa nyol Islambernama Abu Al-Qa sim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

11. ROBOT
Patung-patung bergerak al-Jazari
Banyak yang menyangka Robot pertama diciptakan oleh sang genius Leonardo da Vinci di tahun 1495. Tapi lihat ini di Wikipedia. Di tahun 1206, seorang ilmuwan bernama Al-Jazari sudah menciptakan sebuah ”mesin” yang bisa bergerak-gerak menggunakan tenaga air berbentuk manusia.

Ini, adalah salahsatu Robot pertama dalam sejarah manusia. Khususnya adalah robot pertama yang diprogram secara mekanis, the first programmable humanoid robots. Robot-robot ini berbentuk musisi yang secara otomatis bisa memainkan alat musik bila dihidupkan. Lihat di Wikipedia : Robot, History of Robots. Para ilmuwan Islam sudah membuatnya jauh sebelum Leonardo Da Vinci.

12. Rumus gravitasi universal
Penemuan "Hukum Gravitasi Universal" oleh Newton (Principia, 1687) dianggap sebagai salahsatu puncak tertinggi dari seluruh eskalasi kecerdasan spesies manusia. Tapi lihat juga ini di Wikipedia. Seorang ilmuwan bernama Muhammad Ibn Musa di abad 9 sudah menciptakan hipotesis akan adanya suatu Daya Tarik raksasa dalam pergerakan benda-benda luar angkasa. Ilmuwan Islam bahkan sudah mendahului Newton.

13. Angka 0, 1-9
Bayangkan saja angka-angka standar 0, 1-9 yang sekarang digunakan di seluruh dunia. Angka-angka ini diperkenalkan pertamakalinya oleh ilmuwan Islam. Nama ilmuwan genius itu adalah Al-Khwarizmi.

Dia juga menciptakan sistem penghitungan aljabar, yang dalam bahasa Inggris internasional dikenal sebagai Algebra, yang diambil dari judul buku Al-Khwarizmi, Hisab al-jabr w’al-muqabala. Al-Khwarizmi dianggap sebagai Bapak Aljabar Dunia.

Dan Algoritme (algorithm) yang tentu menjadi inti flowchart pemecahan masalah dan sistem sebuah program komputer, berasal dari nama Al-Khwarizmi. Al-Khawrimi adalah seorang genius yang merubah seluruh dunia.

 
Sumber: http://www.kaskus.us/showthread.php?t=4714008

Iktibar Dari Penciptaan Atom

"(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." Surah Al Baqarah [2] : [255] Atom
Zarah yang paling kecil dimana ia tidak boleh dibahagikan . Walaubagaimanapun, atom didapati mempunyai zarah-zarah yang lebih kecil lagi. Kajian mengenai struktur atom dan aktivitinya telah membawa banyak manfaat kepada kesejahteraan hidup manusia menerusi penghasilan tenaga elektrik dan sebagainya. Tidak kurang pula keburukannya kepada alam sejagat akibat penghasilan tenaga nuklear. Semua benda dalam alam semesta ini termasuk tanah, api, air, dan udara terdiri daripada atom. Malah diri kita dan sekitarnya juga adalah terdiri daripada atom. Maha Suci Allah, sungguh menakjubkan yang atom-atom ini tersangat kecil, umpama perbandingannya; berjuta kali lebih kecil daripada ketebalan sehelai rambut manusia.

Gambarajah Struktur Atom
Gambarajah di atas merupakan struktur atom, sesuatu yang kita tidak nampak dengan mata kasar, akan tetapi kewujudannya adalah pasti. Bukanlah struktur atom yang hendak dibincangkan, tetapi yang dibincangkan adalah perkara yang kita tahu kewujudannya tetapi tidak nampak dengan mata kasar kecuali dengan menggunakan ilmu dan akal yang dianugerahkan oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Az Zumar [39] : 21
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.

Pengetahuan Manusia Terbatas
Di dalam Al-Quran telah dijelaskan akan kewujudan atom ini, seperti di dalam;
Surah Yunus [10] : 61
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).

Allah yang Maha Mengetahui telah berfirman akan pengetahuan-Nya dalam setiap sesuatu baik di langit mahupun di bumi walaupun sebesar zarah. Manusia walau sehebat mana akalnya, seberapa banyak ijazahnya, sebanyak mana pengetahuannya, tidak mengetahui berapa helai rambutnya sendiri; apatah lagi mengetahui segalanya tentang atom yang berjuta kali lebih kecil dari sehelai rambut. Pengetahuan manusia itu terbatas. Segala sesuatu telah pun berada dalam takdir-Nya yang tercatat dalam Lauh Mahfuz. Menerusi firman Allah yang Maha Agung yang bermaksud :
Surah al-An'am [6] : 115
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari kalimah-kalimah-Nya; dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Seluruh alam semesta tertakluk di bawah ayat ini, samada perkara yang kita tidak nampak (tidak sedar), juga perkara yang kita nampak (sedar), iaitu hukum-hukum perintah dan larangan dan kesan-kesan yang muncul daripadanya.Oleh sebab pengetahuan manusia itu terbatas, maka diturunkan kepada manusia al-Quran, bagi petunjuk dan rahmat untuk kita (manusia) dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan menuju kehidupan yang sebenar, iaitu di akhirat. Sekiranya Allah yang Maha Berkuasa tidak menetapkan takdir ini, maka porak-perandalah manusia tanpa arah tujuan. Alhamdulillah.
Surah al-A'raaf [7] : 52
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.

Maka apa sahaja yang telah kita lakukan, sedang lakukan dan akan lakukan, atau baru terfikir atau belum lagi terfikir mengenai sesuatu, semuanya tertakluk dalam pengetahuan dan di dalam takdir Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana walaupun perkara itu umpama sekecil zarah.
Kebaikan dan Kejahatan
Di dalam ayat ayat yang lain mengenai atom ini Allah yang Maha Agung berfirman dalam;
Surah al-Zalzalah [99] : 7-8
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Rasulullah SAW (sallahu 'alaihi wa sallam) menamakan ayat ini sebagai al-jami'ah al- fazzah yang bermaksud rumusan serba lengkap sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang dinukil dari Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Munir;
Rasulullah SAW bersabda :
.....Allah tidak menurunkan mana-mana ayat mengenainya melainkan ayat al-jami'ah al-fazzah ini (rumusan serba lengkap) (Surah al-Zalzalah [99] : 7-8).

Ayat ini (Surah al-Zalzalah [99] : 7-8) diturunkan kerana perbezaan tanggapan dua orang lelaki. Salah seorang dari mereka didatangi peminta sedekah. Peminta sedekah itu meminta sebiji tamar, secebis roti dan sebiji kacang, lalu salah seorang dari mereka mengatakan kebaikan itu sangat kecil dan ganjarannya (pahala) juga sedikit. Manakala seorang lagi memandang remeh dosa kecil dan mengatakan, dosa yang kecil tentu tidak dikenakan hukuman apa-apa. Jadi Allah yang Maha Penyayang menurunkan ayat ini agar memberi galakan pada manusia supaya jangan memandang perkara yang kita anggap dosa kecil itu sebagai mudah, dan jangan pula kita menganggap kebaikan yang kecil itu walaupun sebesar zarah (iaitu tidak terlihat kebaikannya di mata), tidak memberi ganjaran yang besar. Mungkin dengan kebaikan yang sikit dan berterusan itulah menempatkan kita di syurga, InsyaAllah.
Begitulah kita beramal dengan ayat ini, walau sekecil zarah sekalipun (tidak ternampak oleh mata kita) kebaikan yang kita lakukan pasti akan diberi ganjarannya. Walaupun kebaikan itu belum kita buat, hanya terniat di dalam hati, ganjarannya telah pun kita dapat. Seperti di dalam sebuah hadis;
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
"Allah 'Azza wa Jalla berfirman (kepada malaikat-Nya) : 'Apabila hamba-Ku berniat hendak melakukan kejahatan, janganlah kamu tuliskan. Apabila telah dilakukannya, tulislah baginya satu kejahatan. Apabila dia hendak berbuat kebajikan, tetapi belum dilaksanakannya, tulislah satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya tulislah untuknya sepuluh kebajikan." [Hadis Sahih Bukhari No.102]

Berbeza dengan kejahatan, apabila kita melakukan, baru dapat satu dosa. Namun jangan sesekali kita memandang remeh pada dosa yang kecil, mungkin kerana dosa itulah kita ditempatkan di neraka. Naudzubillah.
Manusia Tidak Dianiaya
Pernahkah kita berasa teraniaya, atau berasa susah hendak melaksanakan perintah Allah yang Maha Berkuasa dan menjauhi larangan-Nya? Adakah Allah yang Maha Penyayang sengaja menghendaki itu semua dengan bertujuan menyusahkan hamba-Nya?
Surah An Nisaa' [4] : 40
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.

Apa sahaja perintah dan larangan oleh Allah yang Maha Bijaksana itu kepada kita (manusia), sebenarnya adalah perkara yang diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan semua perintah dan larangan itu dalam menjalani kehidupan di dunia ini supaya kehidupan menjadi lebih teratur. Kita cuma boleh nampak akan keperluannya menerusi kesan-kesan perintah dan larangan itu sahaja.
Contoh perintah: kita disuruh membayar zakat. Antara kesannya, wang zakat dapat  membela nasib mereka yang tidak berkemampuan dan seterusnya menjana ekonomi negara. Lainnya, tangan pencuri hendaklah dipotong. Antara kesannya perbuatan kecurian, ragut dan sebagainya dapat dibanteras. Masalahnya kita masih belum cukup percaya bahawa Al-Quran dapat menyelesaikan segala masalah kehidupan.
Contoh larangan: diharamkan manusia meminum arak. Antara kesannya, arak boleh menghilangkan kewarasan hingga menyebabkan berlakunya kekacauan dan mengganggu ketenteraman orang ramai.
Bukankah kita yang memerlukan perintah dan larangan-Nya? Ini bermakna perintah dan larangan itu adalah suatu kurniaan rahmat kepada seluruh manusia.
Kesimpulan
Surah Ali 'Imran [3] : 190-191
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Rujukan : Al-Quran, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Munir, Sahih Bukhari dan Muslim, Fiqh Tasawwuf (Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah), Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri (Za'ba), Ensiklopedia Fizik dan Kesempurnaan Penciptaan Atom (Harun Yahya).


Malaikat Menurut Perspektif Sains

 

Salah satu Rukun Iman adalah percaya kepada Malaikat. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bagaimana caranya kita mendatangkan kepercayaan kepada Malaikat? Keimanan tidak datang secara bergolek. Keimanan kepada Allah boleh datang dengan meneliti, menghayati dan memikirkan tentang ciptaan-Nya di alam ini. Keimanan kepada Nabi boleh datang dengan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tapi bagaimana pula keimanan kepada Malaikat? Apakah tanda-tanda kewujudan Malaikat?
Sebelum menjelaskan tentang kewujudan Malaikat, seseorang itu perlu tahu sifat-sifat Malaikat itu sendiri. Al-Qur'an dan Hadis banyak menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat Malaikat.

1. Malaikat dicipta daripada cahaya

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah RA :
"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]
2. Malaikat tidak berkehendak, tiada nafsu.
Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?" [Al-Furqaan : 7]
3. Malaikat taat melaksanakan perintah Allah tanpa sedikitpun membantah.
"Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud." [Al-A'raaf : 206]
4. Malaikat dikurniakan Allah kekuatan.
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka." [Al-Haaqqah : 17]
5. Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah.
Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit" [Huud : 77]
Malaikat Satu Bentuk Daya
Malaikat merupakan jamak kepada perkataan Arab iaitu 'malak' yang bermaksud daya (force). Dalam hadis Rasulullah, ada dinyatakan bahawa Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya merupakan sinaran elektromagnet yang membawa tenaga dan momentum dan kesannya dapat dilihat apabila berinteraksi dengan jirim. Hal ini selari dengan makna Malaikat itu sendiri yang membawa maksud forces atau daya.
Penciptaan Malaikat tidak seperti Manusia. Manusia dicipta hasil dari tindak balas biokimia. Justeru, Manusia perlu patuh kepada hukum (sunnatullah) biokimia iaitu emosi, makan dan berkahwin (mempunyai jantina). Sebaliknya sinaran elektromagnet dicipta dari tindak balas fizik. Maka itu sinaran elektromagnet tidak tertakluk kepada hukum biokimia dan hal ini selari dengan sifat Malaikat itu sendiri iaitu tiada emosi, tidak bernafsu (tuntutan biologi) dan tiada jantina.
Menurut kajian, cahaya dapat bergerak di dalam vakum dengan kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Hal ini selari dengan firman Allah dalam Al-Qur'an:
"..dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya." [Al-Mursalaat : 2]
Patuh Hukum Alam
Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat disiplin, patuh dan tidak pernah membantah perintah-Nya. Malaikat boleh diinterpretasikan sebagai utusan atau alatan Allah dalam mentadbir alam ini. Menjadi sifat sesuatu alat untuk patuh kepada pemiliknya. Seperti komputer yang diprogramkan untuk patuh menerima arahan oleh pembuatnya, Malaikat juga diprogramkan untuk patuh dan taat kepada perintah Allah. Kita melihat sinaran elektromagnet juga sentiasa 'patuh' kepada hukum fizik yang telah ditetapkan Allah. Sekiranya sinaran elektromagnet ini tidak 'patuh', Albert Einstein tidak akan memasukkan nilai c (halaju cahaya) dalam formulanya; E=mc2 sebagai pemalar (constant).
Di segenap penjuru alam ini, terdapat banyak bukti kepatuhan Malaikat terhadap perintah Allah. Sebagai contoh, antara tugas Malaikat ialah menurunkan hujan. Tugas Malaikat ini boleh dijelaskan secara saintifik. Menurut hukum fizik, pemindahan haba berlaku melalui tiga cara iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Melalui sinaran cahaya, matahari dapat memindahkan haba (tenaga) ke atas air di lautan Bumi. Setelah memperoleh tenaga, air di lautan mengewap ke udara lalu terkondensasi membentuk hujan.
Tanpa sinaran cahaya, tidak mungkin proses kitaran hujan berlaku kerana Hukum Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, ia hanya boleh berubah bentuk. Maka secara saintifik, air tidak boleh secara tiba-tiba mengewap ke udara tanpa ada tenaga yang dipindahkan. Maka Allah menetapkan supaya tenaga dari Matahari untuk menjadi sumber tenaga untuk air di Bumi dapat mengewap dan Allah memberi tugas kepada Malaikat (sinaran cahaya) untuk menjadi perantaraan pemindahan tenaga ini. Maka terjadilah kitaran hujan. Subhanallah!
Penjelmaan Hologram
Al-Qur'an pernah menceritakan kepada kita bahawa Malaikat pernah diutuskan kepada para Nabi menjelma dalam bentuk manusia. Hal ini tidak mustahil dan dapat difahami dengan mudah. Teknologi kini membolehkan kita mencipta imej 3D dengan hologram. Imej 3D hologram dapat dibuat dengan menggunakan pancaran laser dan pancaran cahaya yang mana kedua-duanya adalah sinaran elektromagnet. Hologram bukan sekadar mencipta imej 3D, akan tetapi hologram juga digunakan sebagai ciri-ciri keselamatan dalam kad kredit, kad pengenalan, lesen kereta atau VCD/DVD original untuk membezakan antara palsu dan tulen. Sifat hologram yang membezakan kepalsuan dan ketulenan selari dengan sifat Malaikat dalam firman Allah:
"..dan (malaikat-malaikat) yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya." [Al-Mursalaat : 4]
Bagaimana pula dengan komunikasi? Sinaran elektromagnet boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis bergantung kepada frekuensi gelombang. Jenis-jenisnya termasuklah gelombang radio, gelombang mikro, sinaran terahertz, sinaran infrared, cahaya, sinaran UV, X-rays dan sinar gamma. Komunikasi dapat dilakukan menerusi gelombang radio atau gelombang mikro kerana keduanya adalah satu bentuk sinaran elektromagnet. Kini, terdapat pelbagai alat komunikasi yang menggunakan gelombang radio atau mikro seperti television, radio, telefon bimbit, dan wireless LAN. Maka tidaklah mustahil Malaikat dapat berbicara dengan Nabi dalam keadaan ia merupakan sinaran elektromagnet.
Penutup
Saya berpendapat bahawa tiada salahnya untuk menterjemahkan rupa bentuk Malaikat melalui pendekatan sains. Malaikat adalah salah satu makhluk Allah dan sudah pastinya ia sebahagian dari sunnatullah. Selagi kita tidak melampaui keterbasan akal dengan mengkaji Zat Allah, bagi saya tidak salah sekiranya mengkaji ciptaan Allah termasuk Malaikat sendiri. Bukankah Allah sendiri menggalakkan kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya dengan mengkaji alam-Nya?
Daripada saya mengkaji sama ada Allah itu berada di atas arasy atau tidak bertempat, atau mempunyai tangan atau tidak mempunyai tangan, yang akhirnya tidak mendatangkan jawapan sebaliknya kekeliruan demi kekeliruan yang menatijahkan perdebatan sia-sia, lebih baik saya mengkaji ciptaan-Nya untuk memerhatikan tanda-tanda kekuasaan-Nya. Bagi saya, perkara itu lebih menambah iman.
Wallahua'lam.

Lamakah Kita di Kubur?

Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.
Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;
Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965
"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"
 Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.
"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "
Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.
Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910
"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.
"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" Mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?" Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah  dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?" Jiwanya penuh dengan monolog.
"Ya Allah..."
Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
"Allahumma as aluka khusnul khootimah"
Berulang kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.
Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.
"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."
-artikel-iluvislam

Warkah Hati Buat Wanita

Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.
Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.
Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.
Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.
Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.
Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.
Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.
Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.
Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.
Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.
Wanita muslimah yang dikasihi.
Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah dan amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??
Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..

Kekuatan Bicara dan Dakwah Bil Lisan

Kekuatan Bicara dan Dakwah Bil Lisan
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" [Surah Fusillat (41) : 33]
Inilah contoh, qudwah dan role model yang diketengahkan untuk kita jadikan iktibar. Jika dilihat kepada mereka, terdapat beberapa ciri yang boleh kita jadikan panduan dan tips untuk peningkatkan diri :
(1) Keikhlasan dan kejujuran mereka dalam menyampaikan kalimah al-Haq. Kesungguhan, ke'serius'an dan penuh dengan sifat kasih sayang kerana Allah S.W.T menjadikan siri penyampaian mereka menyentuh perasaan dan mengerakkan rasa untuk melakukan perubahan dalam diri pendengar.
(2) Kefasihan dan kelancaran mereka dalam mengungkapkan ayat-ayat al-Quran dan selalu menyandarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W sebagai hujah dan rujukan utama penyampaian mereka, membuatkan bicara mereka hidup dan segar. Inilah tali penghubung yang mengikat jiwa-jiwa manusia kepada keimanan dan keyakinan yang benar kepada Allah S.W.T.
(3) Memiliki kepakaran dalam bidang sastera sehingga barisan-barisan kalimah yang ada dalam tutur bicara mereka begitu indah, sangat menarik dan memikat untuk didengari. Gaya bahasa yang sederhana tetapi memukau serta penuh dengan nada-nada yang menakjubkan sehingga kisah-kisah, sirah-sirah dan cerita-cerita yang disampaikan benar-benar hidup di mata pendengar.
(4) Mereka mempunyai kualiti yang tinggi : Mampu menghidupkan bicara mereka di dalam hati, fikiran dan perasaan mereka. Mereka sentiasa memelihara hubungan hati dengan Allah S.W.T, sentiasa melakukan persiapan jiwa, emosi, fikiran dan rohani sebelum memulakan penyampaian ceramah, tazkirah atau khutbah.
(5) Mereka selalu membuat latihan kendiri untuk proses pengamalan, pengoperasian dan pembumian dalam kehidupan. Mereka hidup di dalamnya dan selalu berlatih dan berlatih. Ini juga adalah rahsia untuk menjadi seorang khatib, pemidati dan juru bicara yang petah berkata-kata.
Sebenarnya, umat ini sangat-sangat memerlukan khatib, dai dan sang penyeru yang pakar, memiliki perasaan dan menguasai keadaan. Tujuan keberadaan mereka adalah untuk menyampaikan risalah kebenaran dengan pengaruh yang kuat dan mengesani perasaan insan. Ia mampu memberikan penerangan yang jelas tentang manhaj al-Quran dengan ruh kehangatan yang memuncak, daya tarikan yang mendidik dan semangat yang membara. InsyaAllah.
Penutup – Komentar seorang hamba.
(1) Apa perasaan kita apabila membaca artikel di atas? – Seharusnya kita memasang azam dan tekad untuk bergerak menuju ke arah itu. Boleh dan mampukah diriku? Tepuk dada, tanyalah Iman kita. Kita lakukan dengan kemampuan yang ada.
(2) Perkara yang terpenting ialah kita berkeupayaan untuk mengamalkan apa yang kita perkatakan. Allah S.W.T sangat murkai, mereka yang banyak menasihati, berbicara dan berkata-kata tetapi ia tidak berbekas pada hatinya. Positifkan hal ini, akulah yang pertama yang akan melaksanakannya.
(3) Marilah kita meluruskan niat dan perasaan untuk sentiasa mempertingkatkan diri kita. Dan salah satu kemahiran yang perlu ada di dalam diri ummat Muhammah ialah kemahiran public speaking, pengucapan awam, dan berkhutbah dengan baik. Ayuh kita gerakan wawasan ini.

KEKUATAN HATI ( QOLBU )

allahu2.jpg

Kalau fikiran manusia ada di otak yang terletak di kepala, dimanakah letak hati manusia? Pada zaman dahulu para pakar Sumerian Asyirian berpendapat bahwa manusia berfikir dan merasa menggunakan organ hati (liver). Hal ini dibantah oleh Aristoteles yang menganggap manusia berfikir dan berperasaan dengan jantung (heart). Kedua pendapat tersebut mempunyai pengikut masing masing, penggunaan istilah liver berkembang di daerah selatan terutama Asia, dan heart berkembang di utara terutama Eropa. Namun didaerah selatan kini pengertian hati (liver) telah menjadi rancu, mereka mengatakan hatiku sangat sakit tapi yang diurut bagian dada (lokasi jantung).
Dalam Al Qur’an A Al Hajj 46 dengan jelas dinyatakan bahwa qalbu itu berada dirongga dada ( mungkin jantung?).
al-hajj_46.png
46- maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. ( Al Hajj 46)

Rasulullah mengatakan bahwa didada manusia ada segumpal darah, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh manusia itu jika dia buruk maka manusia itupun menjadi buruk pula.
didalam hati (qolbu) manusia terdapat empat ruangan yaitu:
  1. Yang diinginkan.
  • Ingin senang, kaya, bahagia, sukses, aman , nyaman, nikmat, serba cukup, sehat, kuat.
  1. Yang di takuti
  • Takut mati, miskin., susah, sengsara, melarat, hina, sakit, lemah.
  1. Penyakit hati
  • Musyrik, kafir, dengki, hasud, dendam, ria, sombong, takabur, malas, khianat.
  1. Kekuatan hati
  • Iman, Taqwa, Ikhlas, sabar, jujur, amanah, santun, syukur, ridha, pemaaf, pemurah, penyayang.
kekuatan-kelemahan-hati.jpg
Empat ruang dalam hati yang mempengaruhi jalan hidup Manusia Dan tujuh tingkatan nafsu manusia menurut ajaran tasawuf.
Manusia ingin bahagia, kaya, senang, sejahtera dan takut mati, miskin, sengsara ataupun melarat. Untuk mencapai yang diinginkan dan menjauh dari yang ditakuti manusia dirongrong oleh penyakit hati yang berupa kemusyrikan, kafir, sombong, dengki, ujub, takabur, ria sifat ini ditiupkan oleh syetan kedalam hati manusia.
Jika sifat buruk yang ditiupkan syetan itu merajalela dalam hati dan hati mejadi busuk penuh penyakit maka manusia akan gagal mencapai yang diingini bahkan sebaliknya akan terjerumus kelembah yang ditakuti tersebut.
Sebaliknya jika hati dipenuhi kekuatan Iman, taqwa, tawakkal sabar, iklas, jujur, amanah dan sifat lainnya yang mendapat ridha Allah niscaya ia akan menemui apa yang diinginkan yaitu bahagia, kaya, senang, aman sejahtera.
Hati atau Qolbu adalah bagian penting dari manusia yang tetap berfungsi sejak hidup didunia sampai terus di akhirat kelak. Fungsi hati atau Qalbu tidak berhenti atau putus akibat datangnya kematian. Bagian tubuh lain seperti mata, telinga, otak dan seluruh tubuh tidak berfungsi lagi setelah datangnya kematian. Namun hati akan tetap berperan dialam barzakh, dihari berbangkit sampai dihari berhisab kelak. Hati yang jernih dan bersih akan membawa kita pada kehidupan yang sejahtera dan kekal selamanya di sisi Allah baik didunia maupun diakhirat. Hati yang kotor, busuk dan penuh penyakit akan membawa kita kepada kesulitan dan kesengsaraan abadi selama hidup didunia dan di akhirat kelak.
Perhatikan do’a Nabi Ibrahim yang didalam S. As Syu ‘ara ayat 87-89

as-syuaraa-87-89.gif


87- dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan,
88- (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,
89- kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih

Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar jangan dihinakan pada hari berbangkit, dihari yang tiada bermanfaat harta dan anak anak, pangkat dan jabatan, karib dan sanak famili, kecuali orang yang datang menghadapNya dengan hati yang bersih. Disini tergambar bahwa hati tetap memegang peranan penting sampai dihari berbangkit kelak, dikala bumi telah lenyap dan diganti dengan kehidupan lain diakhirat kelak.
Orang yang hatinya busuk, kotor penuh penyakit juga akan merasakan akibat kekotoran hatinya itu kelak diakhirat, seperti digambarkan Allah dalam S Al Baqarah ayat 10 dan An Naazi’aat 6-9:
al-baqarah_10.png
10- Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. ( Al Baqarah 10)


annaaziat-6-9.gif
6- (Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama mengguncangkan alam,
7- tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua.
8- Hati manusia pada waktu itu sangat takut,
9- pandangan tunduk. ( An Naazi’aat 6-9 )

Dari beberapa keterangan diatas jelas bahwa hati tetap memegang peranan sampai dihari berbangkit kelak. Fungsi hati tidak berhenti dengan datangnya kematian. Ia tetap memegang peranan selama hidup didunia, setelah datang kematian, dialam barzakh, dihari berbangkit bahkan sampai hari berhisab kelak.Karena itu jagalah hati jangan sampai dipenuhi penyakit dan kebusukan yang akan mencelakakan kita didunia dan akhirat kelak. Bersihkan hati dari kotoran dan penyakit, tanamkan Iman, Taqwa, Tawakkal dan berbagai sifat baik lainnya didalam hati, hingga dapat dicapai berbagai kebaikan selama hidup didunia dan di akhirat kelak.


Tujuh tingkat nafsu menurut ahli tasawuf
Selama menjalani kehidupan didunia hati manusia akan mengalami perubahan dari keadaan keruh menjadi jernih melalui tujuh tingkat nafsu.
Para ahli tasawuf membagi nafsu manusia menjadi tujuh tingkatan , yaitu
  1. Nafsul Amarah, ini adalah tingkatan yang paling rendah. Nafsul amarah cenderung mendorong manusia untuk melakukan perbuatan keji dan rendah. Keberadaan nafsu ini disebutkan dalam s. Yusuf ayat 53
yusuf-53.gif
Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf 53)
Sifat orang yang mempunyai nafsul amarah antara lain mudah marah, sombong, takabbur, tamak, kikir , dengki dan hasud, sering memperturutkan keinginan syahwat secara berlebihan.

  1. Nafsul Lawwamah, tingkat yang lebih tinggi adalah nafsul lawwamah. Nafsu ini sering mengkritik dan menyesali tindakan yang tidak patut yang dilakukan atas dorongan nafsul lawwamah. Keberadaan nafsu ini disebutkan dalam S Al Qiyamah ayat 2:
al-qiyamah-2.gif

dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri) (Al Qiyamah 2)

Pada tingkatan ini seseorang akan menyesali perbuatan buruknya, dia sering merenung dan mengkritik semua perbuatannya yang keliru. Selanjutnya dia berusaha agar perbuatan buruk yang telah dilakukan tidak terulang lagi.
  1. Nafsul Mulhammah, tingkat nafsu yang ketiga adalah nafsul mulhammah. Keberadaannya disebutkan dalam S Asy Syam ayat 7-10.
as-syam-7-10.gif
7- dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
8- maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,
9- sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,
10- dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
( Asy-Syam 7-10)

Orang yang telah mencapai tingkatan ini telah mampu mengendalikan dirinya dari keingainan nafsu yang rendah. Ia bisa membedakan yang hak dan batil. Ia selalu menjaga dirinya dari melakukan perbuatan tercela dan selalu berusaha untuk meningkatkan iman dan taqwanya. Berusaha mengerjakan amal soleh sebanyak banyaknya.

4. Naffsul Muthmainnah, tingkat nafsu yang kempat adalah nafsul Muthmainnah, keberadaan nafsu ini disebutkan dalam S Al fajr 27-31.
al-fajr-27-31.gif
27- Hai jiwa yang tenang.
28- Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya.
29- Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
30- dan masuklah ke dalam surga-Ku.
Orang yang telah mencapai tingkat ini jiwanya jadi tenang , penuh rasa tawakkal, ridho dengan semua ketetapan Allah , tidak disentuh rasa duka , sedih dan cemas.
5. Nafsul Radhiah , orang yang mencapai tingkat ini selalu merasa puas dengan apa yang diterimanyadari Allah . Bagi mereka sama saja kejadian baik maupun buruk yang menimpanya. Hatinya tidak terpengaruh oleh kehidupan dunia. Mereka selalu kembali pada Allah dan ridho dengan semua keputusannya.
6. Nafsul Mardhiyah, Tingkat ini lebih tinggi daripada Nafsul Radhiyah. Ia adalah orang yang sangat dekat dan dicintai Allah. Merekalah yang dimaksud oleh salah satu hadist Qudsi:
“SENANTIASA HAMBAKU MENDEKATKAN DIRI KEPADAKU DENGAN MENGERJAKAN IBADAH IBADAH SUNAH HINGGA AKU CINTA PADANYA. MAKA APBILA AKU TELKAH MENCINTAINYA, JADILAH AKU PENDENGARANNYA YANG DENGANNYA IA MENDENGAR, PENGLIHATANNYA YANG DENGANNYA IA MELIHAT,PERKATAANNYA YANG DENGAN YA IA BERKATA KATA, JADILAH AKU TANGANNYA YANG DENGANNYA IA BERBUAT, JADILAH AKU KAKINYA YANG DENGANNYA IA MELANGKAH, DAN AKALNYA YANG DENGANNYA IA BERFIKIR”
Semua langkah dan perbuatannya dilakukan atas bimbingan dan petunjuk Allah, seperti apa yang telah dilakukan Nabi Khidir dan tidak dipahami oleh Nabi Musa .
Dia tidak bertindak dengan kemauan sendiri, melainkan dengan bimbingan dan kehendak Allah
7. Nafsul Kamilah, ini adalah tingkatan para Nabi dan Rasul, manusia suci dan sempurna, yang selalu berada dalam pengawasan dan bimbinganNya. Terpelihara dari perbuatan yang tercela.
Untuk meraih tingkatan nafsu dari level rendah sampai yang tinggi seperti tersebut diatas diperlukan perjuangan yang gigih dan ulet. Tidak bisa didapat dengan santai tanpa usaha yang maksimal. Untuk naik dari satu tingkat ketingkat yang lebih tinggi dibutuhkan waktu yang cukup lama sampai bertahun tahun.
Insya Allah dengan hati yang bersih dan jernih kita bisa meraih kemenangan dunia dan akhirat. Menjalani hidup berbahagia didunia dan akhirat , tidak ditimpa kesedihan dan duka yang berlarut larut. Kelak ditempatkan Allah di taman syurga yang abadi dan hidup kekal selamanya disana.


Orang yang memperturutkan hawa nafsu
Orang yang mengikuti nafsul amarah berusaha memenuhi keinginan rendahnya dengan berbagai cara .Ia sangat rakus terhadap kebutuham syahwat, harta , makan , pujian , dan lain sebagainya. Hidupnya hanya untuk mengabdi pada pemenuhan kebutuhan nafsunya. Ia tidak perduli dengan peraturan halal atau haram , baginya memenuhi semua kebutuhan hawa nafsu nya adalah segala galanya.
Syetan mendoronganya untuk memenuhi kebutuhan nafsunya dan memperlihatkan indah semua perbuatannya yang buruk Mereka merasa mereka adalah orang yang benar dan mendapat petunjuk , setan telah menipu mereka, tapi mereka tidak menyadari. Firman Allah dalam S Az Zukhruf 36-37:
az-zukhruf-36-37.gif
36- Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
37- Dan sesungguhnya setan-setan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. ( Az Zukhruf 36-37)
Bagi manusia hanya ada dua pilihan , mengabdi pada kepentingan hawa nafsu atau mengabdi Pada Allah. Orang yang mengabdi pada kepentingan hawa hawa nafsu dia akan lupa kepada Allah, sebaliknya orang yang mengabdi pada Allah harus rela mengalahkan kepentingan hawa nafsunya. Dua kepentingan yang berbeda ini tidak mungkin dijadikan satu . Seseorang tidak mungkin mengabdi kepada Allah sambil memuaskan kepentingan hawa nafsunya, Kita harus memilih satu diantara dua , mengabdi pada Allah atau pada kepentingan hawa nafsu.
Orang yang memperturutkan hawa nafsunya hatinya telah mati terkunci, dan tidak peduli dengan peringatan dan nasehat yang disampaikan padanya. Bagi mereka hal paling penting adalah memenuhi semua hasrat dan kebutuhan nafsunya.
muhamad-16.gif

16- Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan (sahabat-sahabat Nabi): “Apakah yang dikatakannya tadi?” Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka.
( Muhammad 16)
Orang yang mengendalikan diri
Orang yang menginginkan kemuliaan bersama Allah berusaha mengendalikan dirinya dari memperturutkan keinginan hawa nafsu. Mereka menghadapkan hati ndan fikirannya pada Allah, mereka berusaha patuh pada syari’at dan aturan yang telah ditetapkan Allah, mereka tidak memperturutkan keinginan hawa nafsunya.
jatsiyah-18.gif
18- Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.
( Jatsiyah 18)
Baginya Allah adalah segala galanya , ia tidak segan mengorbankan kepentingan hawa nafsunya untuk kepentingan di jalan Allah. Mereka rela mengorbankan kepentingan hawa nafsunya untuk mencari ridha Allah. Mereka itulah orang orang yang mendapat petunjuk dan kemenangan dunia dan akhirat.
Hati yang rusak ,penuh penyakit dan mati
Orang yang selalu memperturutkan keinginan hawa nafsunya hatinya akan menjadi rusak dan penuh penyakit. Jika tidak ada usaha untuk mengobati dan membersihkan nya dari penyakit akhirnya hati akan menjadi keras membatu dan akhirnya mati.
al-baqarah-10.gif
10- Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta
.( Al Baqarah 10)
al-baqarah-7.gif
7- Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.
( Al Baqarah 7)
an-nahl-108.gif
108- Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai. ( An Nahl 108)
Orang yang hatinya telah rusak dan mati, hidup dalam kegelapan dan kekalutan. Hatinya sulit untuk menerima hidayah dan petunjuk Allah, hatinya tertutup tidak mampu menerima kebenaran. Seluruh hidupnya hanya untuk mengabdi pada setan dan memperturutkan hawa nafsu. Dia berada dalam kekuasaan setan laknatullah, Diakhirat kelak ia berada dalam penderitaan abadi selama lamannya dalam neraka jahannam
Hati yang bersih dan jernih
Orang yang mampu mengendalikan diri dari mengikuti bisikan setan dan memperturutkan keinginan hawa nafsu, serta mampu membersihkan hatinya dari sifat sifat tercela. Banyak ingat dan kembali pada Allah serta mohon ampun atas segala dosa dan kesalahannya. Hatinya menjadi bersih dan jernih, bersinar dengan cahaya ilahi. Itulah hati Qolbun salim yang dimaksud Nabi Ibrahim dalam do’anya yang disebutkan dalam surat Asy Syuara ayat 87-89.
as-syuaraa-87-89.gif

87- dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan,
88- (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,
89- kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih,
Hati yang bersih dan jernih memberi rasa nyaman sepanjang masa baik di dunia maupun di akhirat. Bebas dari rasa cemas dan takut sebagai disebutkan dalam S . Yunus ayat 62:
yunus-62.gif
62- Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Merawat dan Memelihara Hati
Kita menyadari bahwa hati merupakan unsur paling penting dalam kehidupan kita yang tetap berfungsi sampai akhir zaman. Karena itu kita harus merawat dan memeliharanya dengan baik agar tidak rusak dan dipenuhi penyakit yang dapat menyengsarakan kita selama lamanya.
Hati yang bersih dan jernih adalah hati yang selalu ingat pada Allah, setiap saat melakukan komunikasi dengan Allah, sehingga selalu berada dalam bimbingan dan hidayah-Nya. Matanya dibimbing oleh hatinya untuk selalu memandang kebesaran Allah, telinganya dituntun oleh hatinya untuk selalu mendengar kan nasihat dan ayat ayat Allah. Hatinya selalu terbuka untuk menerima nasihat dan ajaran kebaikan.
Beberapa cara untuk menjaga dan merawat hati agar tetap bersih dan jernih antara lain
1. Selalu ingat pada Allah dimanapun berada
2. Selalu memuji kebesaranNya
3. Selalu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan Allah
4. Selalu bertasbih mensucikanNya
5. Selalu mohon ampun atas kekhilafan dan dosa yang dilakukan
6. Selalu mohon perlindunganNya dari godaaan Syetan dan tipu daya dunia yang melalaikan
7. Selalu mohon bimbingan dan tutunan Allah dalam menjalani kehidupan ini
8. Selalu membaca atau mendengarkan ayat suci Al -Qur’an dan mentadabburinya setiap hari
9. Melatih hati untuk bersifat Taqwa, tawakkal, sabar, ikhlas, jujur, amanah,ridho,kasih sayang menahan amarah, menahan nafsu dari keinginan rendah dan lain sebagainya
10. Bersihkan hati dari penyakit Kafir, musyrik, sombong, takabbur, riya, dengki, dendam, khianat, kikir,loba dan tamak, memperturutkan hawa nafsu dan lain sebagainya

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda