Tuesday, May 24, 2011

NABI SAW SAYANGKAN ANAK KECIL

bagaimana ada orang boleh pukul anak kecil sampai mati?


 
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
 


 
nadhratunnaim


Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam bersabda :
( أحب الأسماء إلى الله تعالى، عبد الله وعبد الــرحــمـن ) ( مسلم )
“Sebaik-baik nama disisi Allah ialah ABDULLAH dan ABDURRAHMAN” (Riwayat Muslim)

Ia membawa maksud bahawa pemilihan nama-nama yang baik bagi anak itu memang satu kewajipan kepada si bapa. Ini juga adalah dakwah yang pertama kepada si anak kecil.
 Seiring dengan pemilihan nama tersebut, aqiqah juga dianjurkan sesuai dengan sabda baginda :
( مع الغلام عقيقة، فأهريقوا عنه دما وأميطوا عنه الأذى ) ( البخاري ).
“setiap anak kecil itu dilakukan aqiqah, tumpahkan darah (haiwan aqiqah) dan peliharanya daripada perkara yang menyakitkan” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah seorang yang kaya dengan nasihat dan hikmahnya, pada satu hari baginda pernah menasihatkan kepada Ibn Abbas dengan katanya :
( يا غلام، احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك، ولو اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف )( أحمد ).
 “Wahai anakku, jagalah Allah (dari melakukan perkara yang dilarang) dan Allah pasti menjagamu dan Allah sentiasa berada disisimu, jika kamu minta sesuatu Allah akan perkenankan, jika kamu minta bantuan Allah akan hulurkan bantuan, dan ketahuilah bahawa jika satu umat ingin memberikan manfaat kepada kamu, tidak akan berfungsi kemanfaatan tersebut kecuali dengan izin Allah, begitulah juga jika satu kumpulan yang ingin memberikan mudharat kepada kita, mudharat itu tidak terkena kepada kita kecuali jika diizinkan oleh Allah, perkara itu sudah tertulis” (Riwayat Ahmad)

Baginda juga berpesan juga kepada Amru bin ‘As :
(مروا أولادكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع ) : ( أحمد ).
“suruh anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka (apabila mereka tidak bersolat) apabila usia mereka mencecah sepuluh tahun, dan asingkan bilik tidur mereka (yang berlainan jantina)” (Riwayat Ahmad)

Anak-anak kita sudah bersedia untuk bersolat? Beberapa tahun dahulu, saya pernah diamanahkan untuk mengajar seorang anak kecil mengaji AlQuran, fardhu ain dan Bahasa Arab secara individu dirumahnya, ibunya lebih dahulu mengatakan “ustaz, jangan ajar banyak-banyak sangat, maklumlah anak kecil, tak dapat serap ilmu banyak-banyak tu” ujar ibu tersebut. Ketika itu, saya sedang mengajarkan kepada anaknya ilmu fekah iaitu jenis air yang suci dan cara berwudhuk. Sebenarnya, anak-anak kecil inilah yang dapat menyerap ilmu lebih banyak berbanding dengan orang dewasa seperti kita yang sinonim dengan peribahasa ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’.

Baginda juga menyuruh kita adilkan kasih sayang kepada semua anak kita. Dalam satu riwayat alBaihaqi, ada seorang lelaki didatangi anak lelakinya, lalu dicium dan diletakkan di pangkuannya. Kemudian, datang pula anak perempuannya dan diletakkan terus ke pangkuan (tanpa dicium seperti dilakukannya tadi), lalu Baginda menegur “kamu tidak adil kepada kedua anak kamu” (Riwayat alBaihaqi)

“ha, tengok abang kau! Dia rajin, kau malas! Nanti ummi belikan abang kau hadiah, kau duduk la dirumah” bentak ibunya yang sudah geram dengan karenah anak bongsunya.
Adakah itu sebahagian dari dialog kita dirumah?

Begitulah kasihnya Baginda kepada golongan yang comel lagi kecil ini dan dinasihatkan kepada umatnya agar memberikan kasih sayang yang seadil-adilnya kepada anak-anak kita. Bagaimana dengan kita? Adakah kita lakukan sama seperti Baginda sabdakan?

Ataupun kita menganggap itu remeh dan tak penting sedangkan itulah juga wasiat nabi kepada kita sebagai umatnya.

Kasihnya nabi terhadap anak kecil tergambar dalam sebuah hadith lagi :
( إني لأدخل في الصلاة وأنا أريد إطالتها، فأسمع بكاء الصبي، فأتجوز في صلاتي(أي أسرع) مما أعلم من وجد أمه من بكائه )( البخاري )
“aku mendirikan solat dan aku ingin memanjangkan solat ku (berjemaah), tiba-tiba aku dengar tangisan budak kecil, lalu aku terus ringkaskan solatku kerana aku tahu bahawa siibu akan terganggu (khusyuknya solat) dengan tangisan anaknya” (Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadith lagi, Rasulullah tidak berpura-pura menyatakan kasihnya terhadap anak kecil. Pada satu ketika, apabila berjumpa dengan Abu Umair, lalu Baginda berkata “Abu Umair,apa yang sedang dilakukan oleh si Naghir (burung pipit) (kiasan kepada anak kecil)?

Baginda seorang pemerintah, panglima perang, ketua tentera, ketua polis,  ketua segala ketua, tetapi baginda sanggup menyapa sahabat-sahabatnya dengan gurauan yang penuh dengan kasih sayang. Bukan sahaja terhadap mereka tetapi kepada anak-anak kecil mereka. Dahsyatnya cinta Baginda kepada umatnya…

Baginda memang contoh teladan. Umar bin Abu Salamah menceritakan :
( كنت غلاماً في حجر النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ : يا غلام، سم الله، وكل بيمينك، وكل مما يليك، فما زالت طعمتي بعد )( البخاري )..
“ketika aku kecil dipangkuan Rasulullah, ketika itu tanganku mula mencapai pinggan, kemudian Rasulullah terus berkata “wahai anak kecil, sebut nama Allah (baca bismillah), makan dengan makanan yang hampir pada kamu” sehinggalah cara makan itu aku lakukan sehingga kini” (Riwayat Bukhari)

Itulah kehebatan cintanya Baginda kepada anak-anak kecil. Bagaimana pula dengan kita? Dapatkah kita ajar dan berusaha serapkan ilmu solat mulai umur 7 tahun, dapatkan kita adilkan ciuman kita pada setiap anak-anak?, dapatkah kita lakukan semua itu? Mudah-mudahan Allah mempermudahkan usaha kita semua apabila kita sudah niatkan ‘aku akan lakukan sepertimana yang Baginda telah lakukan…’
AMIN…

http://mesrarakyat.wordpress.com/page/3/

Jenis-jenis cinta

Begitu banyak peluang yang ALLAH SWT berikan, yang Rasulullah SAW tunjukkan, untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina dan terpuruk, kerananya. Semoga hadis-hadis cinta ini bisa mengantarkan kita untuk sedikit demi sedikit memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang menerbangkan kita ke syurgaNya, insyaALLAH.
CINTA YANG MEMBERIKAN CAHAYASesungguhnya di kalangan hamba-hamba ALLAH itu ada satu golongan, mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada', tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka, tempat mereka di sisi ALLAH SWT. Kata para sahabat: "Khabarkan kepada kami siapa mereka?"  Rasulullah SAW bersabda: "Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana ALLAH, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi ALLAH, di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut, mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak bersedih. Dan mereka berkata, sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak takut dan tidak sedih." - HR Abu Daud.
CINTA YANG MENGGUGURKAN DOSASesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut.- HR Tabrani.
CINTA YANG MEMBERIKAN KETEDUHANSesungguhnya ALLAH SWT pada hari kiamat berfirman: Di manakah orang yang cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.- HR Muslim.
CINTA YANG BERBALAS CINTAALLAH SWT berfirman: Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku. - Hadis Qudsi.
KERANA CINTA, DICINTAINYABahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu ALLAH SWT mengutus malaikat untuk mengekorinya. Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata: "Kamu mahu ke mana?"
Ia menjawab: "Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini. "
Malaikat terus bertanya: " Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu? "
Ia menjawab: "Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana ALLAH SWT. "
Malaikat berkata: " Sesungguhnya aku diutus ALLAH kepadamu, bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut keranaNya." - HR Muslim.
TIGA CINTA YANG MANISTiga perkara, yang barangsiapa memilikinya, ia dapat merasai manisnya iman, iaitu cinta kepada ALLAH dan Rasul melebihi cintanya kepada selain kedua-duanya, cinta kepada seseorang kerana ALLAH dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakan ke dalam api neraka. - HR Bukhari dan Muslim.
Dipetik daripada: La Tahzan.

Aku Bukannya Malaikat

Aku Bukannya Malaikat

 Nur Aisyah Zainordin | Editor: nurilla88
alt
Bukankah kita ini manusia biasa sahaja?
Manusia biasa.
M.a.n.u.s.i.a.
Bila dikatakan manusia, maka ia akan penuh dengan :
1) Kelemahan
2) Perasaan
3) kealpaan.

Kerana itu ia berbeza dengan malaikat.
Malaikat tiada perasaan. Malaikat tiada belas kasihan.Dan malaikat itu tidak lemah.
Pernah aku terasa down apabila seorang anak usrah aku, jatuh hormat padaku hanya kerana aku suka menyanyi di rumah. Mungkin gambaran kakak naqibah pada dirinya adalah akak yang sangat 'tsiqah' dan penuh kenaqibahan.
Pernah juga kebanyakan dari akhawat geram, mengapa ikhwah selalu memilih akhawat yang comel-comel dan cantik-cantik sebagai calon isterinya.
Pernah juga kita sendiri jatuh perasaan hormat kita pada seorang murabbi ataupun ustaz, hanya satu atau dua kesalahan kecilnya pada kita.
Atau kita menghukum manusia-manusia yang tidak sebulu dengan kita dikalangan ikhwah akhawat.
Bila kita lihat seorang itu syadid, kita mengatakan itu dan ini. Bila melihat ikhwah akhwat kita terlalu bermudah-mudahan, kita kata itu dan ini. ( seolah-olahnya kita selalu sahaja yang sempurna!)
Ataupun kita langsung tak respect pada ikwah akhwat kita yang tak membawa usrah. Ataupun tidak aktif di medan lapangan dakwah. malah kita selalu mengungkit-ngungkit kisah silam:
'dahulu, punyalah aktif, sekarang senyap sahaja!'
tanpa kita meneliti masalahnya, memuhasabah dirinya dan membantunya membaiki keadaan yang ada.
Sehinggakan kita sendiri lupa, yang kita sendiri adalah manusia. Kita sendiri lupa, di saat kita sendiri berbuat kesalahan, kita menjadi down dan sangat lemah, kerana kita berbuat kesalahan yang sama, kesalahan yang pernah kita sendiri teguri satu masa dahulu.
Surah at-tahrim, menunjukkan betapa manusianya seorang rasul bernama Muhammad. Menunjukkan baginda sendiri terpegun dengan kecantikan Zainab. Pernah dahulu saya amat jengkil melihat borang-borang ikhwah yang diberikan oleh mutarabbi saya untuk disemak mereka. Ternyata kebanyakkannya meletakkan ciri fizikal, kriteria utama dalam pemilihan.
Namun , apabila fasa telah berlalu. Pengalaman sendiri dilalui, ternyata bahawa kemanusiaan manusia itu tidak salah. Itu sebahagian dari fitrah manusia. Dan bagaimana islam tidak memenjarakan fitrah itu, tetapi memandunya menjadi manusia dan makhluk yang lebih hebat dari malaikat.
Dalam surah itu sendiri, Allah menceritakan betapa Rasulullah juga kecil hati dengan tindakan aisyah dan hafsah yang mahu 'mengkenakan' baginda.
Kalau kita fikirkan,
' helllo???? Rasulullah kot?? takkanlah nak terasa hati dan sensitif dengan isteri dia? kenalah toughkan?'
Kerana Rasulullah itu adalah manusia.
Dan kita pelik dan terkejut, manusia paling dekat dengan Nabi, Aisyah dan Hafsa, periwayat hadis, sebaik-baik wanita di zaman itu, boleh ada perasaan cemburu, ada perasaan nak 'mengenakan' madu dia.
dan kita berfikir: ' hellloooo? aisyah dan hafsah kot??? takkanlah nak jeles??? tolonglah! dahlah jadi isteri rasulullah kan ?Takkanlah nak kenakan madu dia sendirikan?'
tapi itulah dia manusia. Manusianya isteri rasulullah.
Sebulan peristiwa itu berlaku sebelum Allah datangkan jawapannya.Menegur Rasulullah. Menegur Aisyah dan Hafsah. Dan Allah mengampuni dosa mereka.
Mereka berdua berpakat untuk menjauhkan rasulullah dari zainab. Kerana cemburunya mereka pada zainab. Satu hari bila rasulullah pulang pada mereka, mereka kata pada rasulullah: Bau mulutmu macam maghafir ( bau getah yang busuk)' . Sedangkan ketika itu rasulullah baru sahaja makan madu di rumah zainab. Sedangkan Rasulullah sangat sukakan madu.
Di tika itu, Rasulullah terus katakan pada mereka: 'aku haramkan madu untuk diriku!'
Sehinggalah Allah turunkan surah at-tahrim dan juga menegur Aisyah dan Hafsah. Peristiwa kegoncangan rumah tangga rasulullah ini sangat besar, sehinggakan dikatakan kepada Umar, ini adalah lebih besar dari malapetaka datanganya tentera Ghassan ke Madinah. Menunjukkan impak yang besar, akan sekecil-kecil benda yang berlaku dalam rumah tangga Rasulullah.
Kerana itu, daie ataupun mana-mana murabbi, mereka itu bukanlah malaikat.
Apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga.
Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.
Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.
There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.Begitulah juga dengan kita.
Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia.
Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.
Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri.
Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.
Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia.
Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.

Berimbanglah.
' I tak suka bila orang ada high expectation, we can never be ourselves' pernah aku mengadu pada mutarabbiku,za.
' Sebab itulah kak, kita buat kerana Allah, bukan kerana manusiakan?'
Sejak dari itu, kurang sedikit tekananku untuk menjadi diriku sendiri dihadapan mereka yang mengenali diriku.
Kerana kita buat semua perkara kerana Allah. BUKAN UNTUK MEMENUHI EXPECTATION  MANUSIA.
Jadilah manusia, dan hargailah manusia itu.
Dan ternyata, kehidupan Rasulullah, contoh seorang manusia yang tajarud, merupakan cerminan terindah buat kita.
Kerana kita, selamanya takkan menjadi seperti malaikat.
- Artikel iluvislam.com

Monday, May 23, 2011

LIVE = 3 DAYS + 2 BREATH

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:


Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti.



Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua

Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.



HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.



Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut

Adalah pemberian Allah secara percuma Dan

Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.



Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu

Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama

Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.



HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.



HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.



Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan

Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila

Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.



Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.

Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya

Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu

Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai

Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,

Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,

Tetapi tidak mempunyai boarding pass.



Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,

Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .

Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai

Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata

Setemnya akan dihantar kemudian.



Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.



Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur

Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara

Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya

Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali

Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .

Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan

Kita redha Dan Allah meredhai.



Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa

.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta

Di dalam rahmat Allah s.w.t.



(nota-harap dapat dipanjangkan email ini)

Tanya balik diri sendiri... adakah cukup bekalan yang akan mengiringi pergi nanti??

Ya Allah berikan lah petunjuk kepada kami agar kami tidak sesat buat selama2nya!!

*******************************************************************************
"WE LIVE IN ONLY 3 DAYS:


Yesterday ~ It is now history.

Today ~ What are we doing.

~ Today is not tomorrow for sure.



Hisablah first day of the second day I hope

We are better because we might die on the second day.



ONLY IN THE BREATH OF LIFE 2:

Take a breath.

Take a breath.



Breath Appreciate the rise because the air is sucked

Is a free gift of God and

Look for His good pleasure ~ in use.



Turn in the second breath because it might

The last breath out of the body together

Life and spirit to leave this mortal world.



LIFE IS ONLY 2 OPTIONS:

Living in God's pleasure.

Living in God's wrath.



LIFE ENDOWMENT IS ONLY 2 PLACES:

Remain in hell.

Remained at the Garden.



Remember that terrible fire accident

And we only persuaded by the confidence we to rule FAITH.

There are Five Pillars of Faith is 6 and when

Missing any one of them then disappeared IA.



And the passion for the welfare of heaven is all GREAT.

We think not unexpected by Dan to get

Translate the five pillars of Islam is

The peak is PRAYER .. . It was difficult to believe

For those who want to go to HEAVEN, but not to pray,

Like a person who wants to fly,

But no boarding pass.



And those who deliberately neglect their prayers,

Like posting a letter without affixing stamps .. .

When asked how the letter will reach

At the receiver .. . Then he said

Setemnya will be sent later.



There are two solutions in this case:

He might be fine .. . Or, in his letter in the trash.



Will we be thankful

For all the blessings God has bestowed on We .. .

At least God has given air

We are free to his remembrance remembrance ~

Every moment And while, until we return

To God in the soul of calm .. .

Then go to the Garden in

We are pleased with Allah meredhai.



May we all be happy + peace always

.. . In all the world and the hereafter

At the Mercy of Allah s.w.t.



(Note-please be forwarded to this email)

Ask yourself back ... is there enough supply to be escort to go later?

Ya Allah give guidance to us is that we do not stray selama2nya!

ListenRead phonetically

Thursday, May 19, 2011

Orang Lupa Bila Islam telah mencipta pada 1400 tahun lepas

As Salam,

Semua org tahu pasal 5S yang di cipta di jepun ....semua org memakai hattta mat salleh dan dengan bangga berkata itu kejayaan Jepun

Namun, ramai yang tak tahu ........................

Namun , Islam ...1400 lepas telah mencipta modul  Takhalli, Tahalli, Tajalli

Takhalli, sebagai tahap pertama dalam mengurus hati, adalah membersihkan hati dari keterikatan pada dunia

Tahalli, sebagai tahap kedua berikutnya, adalah upaya pengisian hati yang telah dikosongkan dengan isi yang lain, yaitu Allah (swt).

Setelah tahap ‘pengosongan’ dan ‘pengisian’, sebagai tahap ketiga adalah Tajalli. Yaitu, tahapan dimana kebahagian sejati telah datang. Ia lenyap dalam wilayah Jalla Jalaluh, Allah subhanahu wata’ala. Ia lebur bersama Allah dalam kenikmatan yang tidak bisa dilukiskan. Ia bahagia dalam keridho’an-Nya.


Maka tindakan S pertama adalah nafsu :-
1. Nafsu Ammarah


Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Saya anak jantan.” Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

2. Nafsu Lawwamah

Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan din sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagi tapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahat bukan kerana seronok tapi lemah melawan nafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buat lagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.

3. Nafsu Mulhamah

Erti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana barn dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan (border).

Kalau tidak ada ribut atau ujian, jika mati insyaAllah selamat. Sebab sudah di atas border tapi belum sampai ke seberang. Namun masih dalam bahaya kerana apabila datang ribut, dia mungkin berbalik semula. Atau bila ujian datang, walaupun tidak jatuh tetapi sudah mula goyang. Orang di atas border ini tidak dikatakan tenang, masih dalam keadaan bahaya. Baru diberi ilham. Bila sudah sampai ke seberang barulah, masuk kawasan selamat dan barulah dikatakan tenang.

4. Nafsu Mutmainnah

Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya. Orang ini sudah menjadi wali kecil, sudah naik di atas border orang soleh. Nafsu peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat, tidak tergugat lagi.

Maka Tuhan mengalu-alukan ketibaannya, dengan ayat:

Maksudnya: “Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)

Dari ayat ini, seolah-olah Tuhan tidak sabar hendak menyambut tetamu-Nya: “Mari-mari, cepat-cepat Aku tidak sabar, Aku hendak jumpa engkau ini.”

Kemudian, dalam ayat tadi, Tuhan berfirman:

Maksudnya: “Kembalilah dalam keadaan redha kepada Aku, dan Aku redha dengan engkau.” (Al Fajr: 28)

Tuhan mengalu-alukan dan kalau mati pada waktu itu, dia selamat. Oleh kerana dia sudah selamat, sebab itulah Tuhan menyeru. Manakala bagi orang yang nafsunya belum selamat, dia akan mati dalam keadaan jikalau Tuhan hendak azab pun boleh, hendak diampunkan pun boleh.

Semuanya atas sebab keadilan Tuhan. Kalau kita hendak mengharapkan kekuatan diri sendiri, bimbang tidak selamat. Sebab itu kita mesti mencari kekuatan lain. Di antaranya perbanyakkan selawat, berbuat baik, bertawasul dengan guru-guru dan lain-lain, mudah-mudahan itu menyelamatkan. Allah berfirman:

Maksudnya: “Bergaullah dengan hamba-hamba-Ku (iaitu para rasul, para nabi dan wali-wali), dan masuklah ke Syurga.Ku.” (Al Fajr: 29-30)

Ertinya, cari-carilah sebab untuk mendapatkan rahmat dan Allah SWT. Bila mencapai peringkat nafsu mutmainnah, barulah selamat. Nafsu-nafsu di bawah daripada peringkat itu tidak selamat.

5. Nafsu Radhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia me redhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di maqam ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi malaikat.

6. Nafsu Mardhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: “Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan.”

Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

7. Nafsu Kamilah

Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau peningkatan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.

Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham macam mana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia.

Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah ulama mana sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Ayat Al Quran dan Hadis yang dibaca dan dipelajari di sekolah pun tidak ada ayat-ayat yang berkaitan dengan nafsu dan kejahatannya.

Usaha memerangi nafsu tidak diaplikasikan dalam tindakan. Bila sebut musuh, yang mula-mula nampak ialah Yahudi dan Amerika sahaja. Sedangkan Yahudi dan Amerika itu budak mainan nafsu. Orang jahat itu hanyalah budak mainan nafsu.





Di sini terdapat beberapa jenis penyakit yang selalu bermain-main dalam hati dan diri kita. Marilah bersama-sama kita kaji, mencari punca dan sekaligus mencari cara untuk menghindarkan diri kita daripada wabak penyakit itu.

Penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kita, termasuklah pada diri saya sendiri.

Antaranya ialah :

1. Bahaya lidah 2. Marah 3. Hasad dengki 4. Bakhil 5. Sukakan kemuliaan dan kemegahan 6. Riak 7. Sombong (takabur) 8. Ujud (hairankan diri) 9. Tipu daya (ghurur)

Tuesday, May 17, 2011

Punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004

Assalamualaikum warahmatullah,

Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rumusan itu diperolehi daripada kajian Jakim yang dijalankan pada 2005. Bahagian Penyelidikan Jakim mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004.

Di pihak suami, tiada persefahaman merupakan punca utama perceraian iaitu 43.33%; tidak bertanggungjawab (32.93%); masalah akhlak dan sosial (12.03%); masalah pihak ketiga (5.54%) dan masalah ekonomi (2.62%). Bagi pihak isteri pula, punca perceraian kerana tiada persefahaman 69.44%; tidak bertanggungjawab (17.68%); masalah akhlak dan sosial (5.84%); masalah pihak ketiga (4.42%) dan masalah seksual (1.38%). Rekod menunjukkan 135,136 umat Islam berkahwin pada 2009 sementara bilangan yang bercerai pula 27,116 orang. (Utusan 9/12/2010)

Dalam kehidupan berumahtangga, kita takkan dapat lepas daripada berhadapan dengan konflik mahupun pertelingkahan. Sering kali juga keadaan menjadi makin panas bila antara mereka berdua tidak mahu mengakui kesalahan lantaran keegoan diri. Selain apa yang digariskan oleh Jakim itu, saya ingin menambah satu lagi iaitu ego. Sama ada ego seorang suami atau ego seorang isteri atau kedua-duanya sekali, hal ini bukan olok-olok untuk dipandang remeh begitu sahaja.

Maklumlah, zaman sekarang ramai orang berpendidikan tinggi. Apabila kelulusan tinggi jawatannya juga jadi tinggi. Suasana di pejabat selalu dibawa-bawa ke rumah. Apabila sama-sama berjawatan tinggi dan berkelulusan tinggi, cara bercakap pun menjadi begitu tinggi. Sepatutnya apa pun kedudukan anda di tempat kerja, di rumah anda adalah suami isteri. Cara suami isteri berbicara tidak sama seperti seorang bos berbicara kepada orang bawahannya.

Kalau sayangkan rumah tangga kurang-kurangkanlah rasa ego. Bertukarlah sewaktu berada di rumah, sebagaimana iguana menukar warnanya mengikut warna di mana ia berada. Untuk selamat banyak haiwan kecil menukar warna masing-masing; ada yang berupa daun, berupa ranting, kulit kayu dan sebagainya, lalu selamat.

Apabila pulang ke rumah, biarpun anda seorang bos paling besar letakkan kembali diri anda pada heiriki rumah tangga sebenar. Jika suami, jadilah suami bukan bos besar lagi; jika isteri, jadilah isteri penyayang bukan pengarah yang hanya tahu mengarah.

Ketahuilah, ego juga boleh meningkat disebabkan:
  • Kecurangan atau wujudnya ‘kekasih gelap’.
  • Jahil dalam agama.
  • Terlebih keperluan asas dunia, dalam kata lain banyak harta.
  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, selalunya juga terdiri daripada ibu bapa dan kawan karib.
Malah, situasi ego ini jugalah yang menyebabkan banyak hubungan suami isteri berantakan hingga akhirnya mereka memilih perpisahan. Sekiranya ada kalangan suami isteri yang bersikap keras kepala, maka sewajarnya ia dikikis. Tiada salahnya untuk tunduk dan mengakui kesalahan diri demi keharmonian dan kelangsungan rumahtangga.

Namun begitu, ramai juga antara pasangan yang lembut hati dan takkan senang bila melalui konflik rumahtangga apatah lagi kesalahan itu terang-terangan adalah berpunca dari diri mereka. Lalu apa yang mesti dilakukan? Jangan terus keras kepala atau keras hati mengakuinya, kali ini Laman-Seri kongsikan beberapa tips di bawah :

1 – Jujur menghadapi

Jangan bertangguh atau lari dari masalah meskipun mengetahui ia berpunca dari kesilapan sendiri. Sikap tersebut hanya akan membuatkan masalah bertambah serius. Ungkapkan dengan jujur tanpa berselindung dengan pasangan. Cara ini mempamerkan anda jujur dan membantu pasangan memahami isutasi yang anda hadapi.

2 – Berani akui kesalahan

Kalau sudah silap, jangan pula takut untuk mengakuinya. Walau apa jua masalah yang anda timbulkan, jangan takut atau malu mengakui kesalahan tersebut. Sebagai contoh, sikap anda yang cuai iaitu lupa menutup pintu rumah telah menyebabkan kediaman dimasuki pencuri dan anda mengalami kerugian yang besar. Berani mengakui kekurangan dan kesalahan adalah ciri-ciri orang berjiwa besar.

3 – Memperlihatkan penyesalan

Selepas mengakui kesalahan diri, maka perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memperlihatkan penyesalan. Tapi jangan pula ia hanya sekadar lakonan bagi menyedapkan hati pasangan anda. Katakan betapa anda sangat menyesali tindakan menyakiti hati suami atau isteri. Rasa penyesalan yang mendalam dan tulus akan dapat dibaca dari sikap yang anda tampilkan.

4 – Mahu berubah

Jiwa besar untuk mengakui dan menampakkan penyesalan wajib diikuti perubahan sikap dan perilaku. Jika setelah meminta maaf anda tetap melakukan tindakan yang sama dan menyakitkan hati pasangan, permohonan maaf anda ibarat tidak akan memberi apa-apa makna.

Sekiranya kesalahan yang anda lakukan berkaitan dengan kekurangan perhatian terhadap keluarga kerana memberi lebih tumpuan pada pekerjaan, maka usahakan agar ia tidak berlaku lagi. Caranya sama ada anda mengurangkan kerja lebih masa atau pun peruntukanlah masa sepenuhnya pada pasangan dan anak-anak di hujung minggu.

5 – Menyenangkan hatinya

Selepas meminta maaf, bukan bermakna selesailah segala-galanya. Bagi menunjukkan bahawa anda benar-benar menghargai tindakan pasangan memaafkan kesalahan anda, maka lakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya. Tidak salah jika anda memberikan lebih perhatian dan layanan kepada pasangan, menghadiahkan sejambak bunga atau menunjukkan kecintaan anda yang mendalam terhadap dirinya.

6 – Tidak mengulangi kesilapan yang sama

Berusahalah untuk berpegang pada janji yang telah anda lafazkan pada pasangan untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi kesalahan. Tekad yang sebegitu sebenarnya akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam melangkah.

Terutama sekali jika kesalahan yang anda lakukan itu melibatkan kecurangan. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda kembali bermain kayu tiga selepas beriya-iya memohon maaf. Tentunya selepas ini kata-kata anda tidak akan dipercayai lagi.

7 – Sedia menerima kritikan

Kalau sudah berada di pihak yang salah, maka bersedialah untuk menerima kritikan. Inilah lumrah kehidupan, oleh itu jangan erasa marah atau pun sakit hati. Sebaliknya anda harus berlapang dada dan berfikiran terbuka unutk menerima kritikan tersebut kerana tentunya terdapat kebenaran di situ.

Reaksi pasangan

Meskipun hati berasa kecewa malah juga sakit hati kerana kesalahan yang dilakukan pasangan, tapi berfikirlah secara matang. Jangan terus menyerang atau berdendam dengan pasangan sesudah ia mengakui kesalahannya. Carilah kekuatan dan lakukan tiga langkah berikut :-

1 – Menerima permohonan maaf

Sedangkan Nabi maafkan umatnya, apalah kita sebagai manusia. Lagi pun yang membuat kesalahan itu adalah pasangan sendiri, justeru berilah kemaafan. Katakan dengan terang bahawa anda memaafkan dirinya supaya tidak timbul pula keraguan tentang keikhlasan anda oleh pasangan.

2 – Berikan peluang

Beri peluang untuk pasangan memperbaiki diri terutama jika kesalahan itu pertama kali dilakukannya. Jangan terus memandang negatif dan tidak meyakini dirinya. Sebaliknya sebagai pasangan, anda hendaklah memberikan semangat untuk dirinya berubah jika dia bersungguh-sungguh melafazkan janji.

3 – Jangan keterlaluan

Ada suami atau isteri yang sengaja ‘mendera’ pasangan setelah kesalahan diakui dan permohonan maaf dibuat. Mereka sengaja jual mahal atau tarik tali, dalam memberi respons. Alasannya supaya pasangan dapat pengajaran atas perbuatannya.

Memang benar pasangan melakukan kesalahan, namun anda tidak seharusnya berbuat demikian hingga menyebabkan pasangan berasa jauh hati. Bimbang pasangan membuat tindakan yang kemudian anda sesali.

Buang ego, bangkitkan intim

Dari Aisyah r.a. katanya, "Pada suatu waktu ketika aku sedang haid, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada Nabi saw, baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haid, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada Nabi saw lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku."(Hadis riwayat Muslim)

Jadi, apa pendapat anda sekarang? Sekarang buanglah ego, bangkitkan intim! Yang untung anda juga. Renung-renungkan, semoga bermanfaat....

Rujukan : MW

Sunday, May 15, 2011

BANTULAH KAMI DI PONDOK PDG TEMU , MELAKA

 As Salam,


Dengan izin Allah SWT , mereka nie terdiri daripada ustaz pondok dan para pelajar menubuhkan PERSATUAN MURID - MURID KITAB TURATH (PMKT).

Dengan inzin Allah SWT , berbekal tanah sewa selama 12 tahun dan tapak pondok seluas 1.5 ekar , mereka berjaya membangun sebuah musaalla untuk kapasiti 300 orang ( Tapak Kekal telah diwakafkan) , 4 unit rumah ustaz/ ustazah dan 40 pondok , sebuah asrama pelajar muslimat. kantin , dapur masak , 4 buah wakaf ( Tapak sewa) dengan sumbangan muslim dan muslimat sahaja dari segi wang tunai ,bahan binaan , kayu terpakai (roboh rumah lama), peralatan & terpakai .

Kini pondok pdg temu (pusat Operasi PMKT) berjaya menempatkan hampir 80 pelajar terdiri daripada kalangan anak yatim, fakir miskin. (Ada kalangan pelajar telah tidak diterima sekolah kebangsaan , nakal , bergaduh ,  lari pada rumah , pergaulan sosial ...kini mereka menjadi hamba Allah ).....maaf kat sini ..hand phone akan di rampas , tiada TV , Tiada hiburan melalaikan .....mereka akan dibelai dengan kasih sayang ..kerja-kerja amal.....Selawat , Zikir selain pengajian.


Kini, bagi menyelamatkan warga emas / tua dari hanyut urusan dunia / anak - anak mencampakan makbapa mereka / tak peduli ..................PMKT sedang membina beberapa pondok seperti berikut :-
1.Pondok di Kemenkang Jasin, buta masa kini akan diisikan untuk 30 -50 pelajar , kawasan pondok sedang di kepung ..................selepas nie apabila pondok batu gajah siap ..........pondok ini akan diisikan dengan golongan usia emas yang akan diajarkan ilmu Al Quran , Hadis ,  fekah , tauhid , tasawuf .......ini bukan rumah org tua 

2. Pondok Alai (pusat latihan kepada pelajar pondok untuk mengasah bakat mereka bagi mengajar untuk pengajian Al Quran untuk penduduk setempat......fokus kepada kanak-kanak dan golongan dewasa ...Kini sedang dibaik pulih 2 unit rumah usang......

3. Pondok Batu Gajah , merlimau melaka , yang akan menempatkan hampir 500 pelajar ( Keluasan tanah 3 ekar) , tepi highway dari Melaka/ Merlimau - Muar/ Johor.Segala bentuak bantuan adalah dihargai......Fokus Pelajar adalah Anak2 Yatim , Fakir Miskin ...dan selebihnya pelajar biasa ....yang mana berjaya akan ditemuduga tauliah mengajar di Melaka atau ke Indonesia , Mesir dan Syria.



Keterangan sila rujuk http://www.pmkt.com.my/


Segala sumbangan kewangan , peralatan , kayu - kayan , bahan binaan, kayu terpakai , kenderaan dan sebagai yang boleh meneruskan amal jariah tuan / puan adalah sangat - sangat dialukan.


Sekian
Otam67

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda