Saturday, March 04, 2017

KATEGORI OLIVE OIL YANG ADA DI PASARAN

KATEGORI OLIVE OIL YANG ADA DI PASARAN

6 Jenis Minyak Zaitun yang ada di pasaran.
Sebelum kita bercerita tentang jenis-jenis dan manfaat minyak zaitun dengan lebih lanjut, ada baiknya kita berkenalan dengan beberapa istilah yang biasa digunakan dalam proses pembuatannya, iaitu:
- VIRGIN : maksudnya belum melalui proses kimia & menggunakan kaedah perahan sejuk
- REFINED : maksudnya minyak tersebut sudah melalui proses kimia.
- POMACE : maksudnya minyak sudah diekstrak dengan pelarut dan suhu tinggi (panas).

Berikut adalah ulasan mengenai 6 jenis minyak zaitun:
1. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Minyak Extra Virgin Olive Oil berasal dari hasil perahan pertama buah zaitun.
Minyak Zaitun extra virgin mengandung jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan, jernih, lembut, bertekstur, rasanya memang terbaik dan tahap keasidannya (acidity) kurang dari 1%.
Minyak ini mempunyai pelbagai kelebihan dan khasiat kerana kesempurnaan dan keseimbangan antara rasa, aroma, warna, dan sukatan keasidannya.
Minyak ini juga boleh digunakan untuk memasak, salad dressing, dicelupkan pada roti atau diminum terus  sebanyak 1 atau 2 sudu pagi dan malam.
2. VIRGIN OLIVE OIL
Minyak ini diperoleh dari hasil pemprosesan dan tapisan tahap kedua buah zaitun, memiliki tahap keasidan yang kurang dari 2% dan rasanya amat baik.
Minyak ini juga boleh digunakan untuk memasak, membuat salad dressing dan sebagainya.
3. PURE OLIVE OIL
Minyak ini merupakan campuran dari Refined olive oil dan Virgin olive oil.
Ia mengandungi sedikit vitamin E, sukatan keasidannya kurang dari 2%, kandungan nutrisinya lebih rendah, harganya pun lebih murah.
Tidak sesuai untuk digunakan sebagai salad dressing, tetapi lebih sesuai jika digunakan untuk memasak dengan suhu tinggi.
4. FINE / REFINED OLIVE OIL
Minyak jenis ini merupakan hasil campuran extra virgin dan virgin.
5. POMACE OLIVE OIL
Minyak jenis ini merupakan grade paling rendah dari minyak zaitun. Ia dihasilkan dari minyak yang tersisa di pomace zaitun.
Ia dicampur dengan berbagai variasi jumlah virgin oil supaya boleh diterima oleh pengguna.
Kebiasaannya, ia digunakan untuk memasak dengan suhu yang agak tinggi.
6. LITE/EXTRA LITE OLIVE OIL
Lite Olive Oil hanya mengandungi sejumlah kecil virgin oil. Rasa dari minyak ini ringan dan warnanya pun cerah.
Jumlah kalori dan lemak yang terkandung sama dengan semua minyak zaitun. Kualiti dari minyak zaitun jenis Lite Olive Oil ini agak rendah.
Peringatan :
Pastikan Minyak Zaitun yang anda dapatkan dari pasaran dan miliki itu 100% Asli dan bebas dari campuran minyak kacang kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada buah pinggang.
Jangan berdasarkan kepada jenama (brand) semata-mata.


#produkberkualitidunia
#zaitunoriginal
#zaitunasli
Sila ke https://www.facebook.com/norsam.wahab.31




No comments:

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri tidak pernah menghulurkan sumbangan pada mana mana Pusat Tahfiz Semoga kita ambil ikti...