Tuesday, February 16, 2016

Kisah Penyair yang cinta kepada Rasulullah SAW


Sebuah kisah benar, seorang penyair hebat yg sangat terkenal, Farazdaq dimana beliau selalu asyik memuji Rasulullah ﷺ, Beliau pada setiap Tahun, akan menunaikan ibadah haji.
Pada Suatu ketika, sedang Beliau melakukan haji, kemudian menuju ke Madinah menziarahi makam Rasulullah ﷺ, lalu Beliau membaca sebuah Nasyid, Syair disisi maqam Baginda ﷺ dan ketika itu ada seseorang yang mendengarkan qasidah pujian yang dilantunkannya.
Setelah selesai membaca qasidah lalu orang itu menemui Farazdaq dan mengajak beliau untuk makan tengah hari ke rumahnya, lalu Farazdaq pun memenuhi ajakan orang tersebut.
Setelah berjalan jauh keluar dari Kota Madinah Al Munawwarah, sampai di rumah orang tersebut, orang tersebut memegangi Farazdaq lalu berkata: “Aku sangat membenci orang yang memuji-muji Muhammad, dan kubawa engkau kesini untuk kugunting lidahmu”, maka orang itu menarik lidah Farazdaq lalu mengguntingnya dan berkata : “ambillah potongan lidahmu ini, dan pergilah untuk kembali memuji Muhammad”,
Farazdaq menangis kesedihan kerana tidak lagi dapat membaca syair untuk Sayyidina Muhammad ﷺ. Kemudian beliau datang ke makam Rasulullah ﷺ lalu berdoa : “ Ya Allah jika Sohibul makam( empunya Makam ) ini tidak suka atas pujian-pujian yang aku lantunkan untuknya, maka biarkan aku tidak lagi mampu untuk berbicara seumur hidupku, kerana aku tidak memerlukan kepada lidah ini kecuali hanya untuk memujiMu dan memuji NabiMu, namun jika Engkau dan nabiMu redha maka kembalikanlah lidahku ini ke mulutku seperti sediakala”, Lalu Beliau terus menangis hingga tertidur dan didalam mimpinya itu, Rasulullah ﷺ hadir dan berkata, “aku suka mendengar pujian-pujianmu, berikanlah potongan lidahmu”,
Maka Rasulullah ﷺ mengambil potongan lidah itu dan mengembalikannya pada tempatnya semula, dan ketika Farazdaq terbangun dari tidurnya lalu beliau mendapati lidahnya telah kembali sambung semula, maka beliaupun bertambah Asyik, seronok memuji Rasulullah ﷺ, Hingga di tahun kemudiannya, ketika beliau datang menziarahi Rasulullah ﷺ dan kembali membaca nasyid untuk Rasulullah dan di saat itu datanglah seorang yang masih muda dan gagah serta berwajah cerah menemui beliau dan mengajak beliau untuk makan siang di rumahnya, beliau teringat kejadian tahun yang lalu namun beliau tetap menerima ajakan tersebut sehingga beliau dibawa ke rumah anak muda itu, dan sesampainya di rumah anak muda itu beliau dapati rumah itu adalah rumah yang dulu beliau datangi lalu lidah beliau dipotong, anak muda itu pun meminta beliau untuk masuk yang akhirnya beliau pun masuk ke dalam rumah itu hingga mendapati sebuah kurungan besar terbuat dari besi dan di dalamnya ada kera yang sangat besar dan terlihat sangat beringas, maka anak muda itu berkata : “engkau lihat kera besar yang di dalam kandang itu, dia adalah ayahku yang dulu telah menggunting lidahmu, maka keesokan harinya Allah ubahnya menjadi seekor kera”.
Perkara ini boleh terjadi, telah terjadi pada ummat terdahulu, firman Allah “Maka setelah mereka bersikap sombong terhadap segala apa yang dilarang, Kami katakan kepada : “mereka jadilah kalian kera yang hina”. ( Al A’raf : 166 )
Kemudian anak muda itu berkata: “jika ayahku tidak mampu sembuh maka lebih baik Allah matikan saja”,
maka Farazdaq berkata : “Ya Allah aku telah memaafkan orang itu dan tidak ada lagi dendam dan rasa benci kepadanya”, dan dengan serta merta Allah mematikan kera itu dan mengembalikannya pada wujud yang asalnya.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda