Sunday, May 10, 2015

Taqlid Buta Kerana Jahil & Kepentingan Politik

greenboc.blogspot

Posted by Green Boc

Zakat tak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?' 
KUALA LUMPUR - "Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman. 

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.
 

"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba panduan dari Tabung Haji tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan. 

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini. 

Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya. 

Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil. 

"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan. 

"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit. 

"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu habis ceritalah," katanya.

Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi. 

"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu. 

"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya. 

"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya. -SH 

ULASAN GB
GB melihat isu ini timbul akibat dari dua perkara. Pertama jahil keduapolitik.

Jahil kerana dijahilkan oleh sistem pendidikan agama di negara ini sekian lama. Menanamkan pendidikan agama hanya dari satu aliran iaitu mazhab Syafie. Tidak diketengahkan pandangan dan pendapat imam-imam ahli sunnah wal-jamaah yang lain seperti Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Proses penjahilan ummah ini telah berlaku zaman berzaman sehingga ajaran dari Imam Syafie saja yang dianggap "Islam" manakala yang lain tidak. Maka kesannya jadilah penganut Islam di Malaysia ini sebagai pentaksub Syafie. Sedangkan Imam Maliki adalah guru kepada Syafie. Tidak pernah mereka bertelagah, Syafie sendiri tidak menyuruh mengikut beliau membuta-tuli. Katanya: 

“Apabila kamu mendapati di dalam kitabku sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka berkatalah kamu dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggalkanlah apa yang aku kata.” Dan dalam riwayat lain: “Maka ikutlah ia (Sunnah Nabi) dan janganlah kamu berpaling-paling kepada perkataan seseorang yang lain.” 

Kedua ialah politik. Hanya semata-mata program itu berlaku di negeri Selangor maka disernag habis-habisan. Sedangkan program pelajar sekolah agama memegang anjing di negeri Johor tidak pula dihebahkan.

Tiba-tiba bangun sekalian ulamak, sekalian ustaz, sekalian mufti menghentam proram sentuh anjing di Selangor. Sehingga surat kebenaran yang dikeluarkan sendiri pun dinafikan, dituduh pula penganjur memanipulasi surat berkenaan.

Dituduhkan pula program itu konopnnya sebagai agenda "liberalisme". Bukankah jelas serangan itu bermotif politik?

Jika "liberalisme", apakah puak yang menuduh itu sanggup menuduh Imam Maliki dari ahli sunnah wal-jemaah sebagai penganjur "liberalisme" semata-mata hanya menyatakan menyentuh anjing itu tidak haram?

Ada pula mufti siap suruh peserta program itu bertaubat. Habis Imam Maliki dan para pengikutnya perlu bertaubat jugakah wahai sang mufti?

Kejahilan dan kepentingan politik menyebabkan sehingga ada pihak sanggup mengancam dan mengugut untuk membunuh penganjur program berkenaan. Konon akulah saja pembela ajaran Islam sebenar dinegara ini.

Inilah paradoks di dalam pengamalan agama di negara kita. Ini baru perbezaan pendapat ulamak di dalam kelompok "Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sendiri sudah menampakkan gejala TAQLID BUTA untuk kepentingan politik. Jikalah Imam Maliki yang berijtihad tidak haram menyentuh anjing itu bukan dari kumpulan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, (dari mazhab Syiah umpamanya), sudah tentu dah dikafirkan oleh sebilangan umat Islam di negara ini. Itupun sudah ada yang menuduh dan memfitnah penganjur program berkenaan sebagai Krisitian. 
comments:

bukan ustaz said...
Banyak lagi perkara di malaysia orang tak ikut Mazhab Syafi'e terutama bab-bab muammalat.

mengikut pendapat di dalam Mazhab Syafie, menutup muka (pakai purdah) bagi perempuan di luar rumah itu wajib...tetapi di Pejabat kerajaan, sekolah, universiti Malysia haram pula...apa macam?
IbnAbdHalim said...
Org Melayu bab agama main ikut2 saja. Mazhab Syafiepun tak kenal. Banyak yg Imam Syafie tak buat tapi diamal oleh org Melayu. Islam membaka didada org Melayu dgn tanpa ilmu.
Anonymous said...
Kita di Malaysia berpegang kpd Mazhab Imam Shafie. Jadi tak boleh sesuka hati untuk berpegang kpd mazhab yg lain kecauli dalam keadaan tertentu atau darurat. Contohnya semasa menunaikan haji. Tak batal wuduk hanya semasa melakukan ibadah tawaf sahaja, bagi memudahkan jemaah melakukan ibadah tersebut, bukan sepanjang masa berada di Mekah. Begitu juga dengan membayar zakat fitrah. Bayar dengan wang bagi menggantikan beras adalah untuk memudahkan pembayar, penerima dan pihak yang menguruskannya . bayangkan jika setiap orang yang membayar zakat fitrah, menggunakan beras, bagaimanakah keadaannya, bagaimana pihak Amil hendak menyimpannya dan bagaimana hendak diagih-agihkan, tentu akan menyusahkan.Lagipun semua orang termasukyang menerima zakat fitrah itu ada mempunyai beras. Sebabtu digantikan beras tu dengan wang ringgit. Ini berbeza dengan program Sayang Anjing, Sentuh anjing, belai anjing. Dimana daruratnya porgram itu. Memang Imam maliki tidak mengharamkan anjing, tapi Imam Maliki malah nabi Muhammad SAW juga tidak pernah menyuruh umat nya memegang dan membelai anjing dengan sengaja seperti yang dilakukan oleh penganjur.
Anonymous said...
Umat melayu mr. Beanlah katakan. Kalau umat islam sealiran dgn kita ahli sunnah wal jamaah di negara lain tahu diaorang for sure ketawa dan jadi bahan lawak kpd diaorang, nak tunjukkan disini betapa bodohnya umat islam di malaysia.

Bagi umat melayu mr. Bean, mengikut mazhab syafie bayaran zakat harus dibuat menggunakan beras beb bukan RM, so lu pertikaikan sangat lu bayarlah guna beras. Mampus amil nak angkat bertan - tan beras hasil bayaran zakat. So guna otak fikirlah mana lagi mudah nak guna beras sampai mampus amil mengangkut hasil bayaran zakat atau guna wang seperti yg kita amalkan sekarang menggunakan mazhab lain. Ingat agama islam nak permudahkan umatnya bukan nak menyusahkan umatnya.
Anonymous said...
hahaha...ambik pen dan kertas tanpa izin dari ofis..kira halal..ikut mazhab melayu
Anonymous said...
Anon 12:14

Kenapa bab lain blh guna mazhab lain dan konsep dharurah bab anjing tidak? Sedangkan negara kita negara majmuk yg ramai bukan Islam bela anjing? Bukankah elok jika umat Islam dididik jgn zalimi dan jgn takut dgn anjing?
Mat Bon said...
"... Memang Imam maliki tidak mengharamkan anjing, tapi Imam Maliki malah nabi Muhammad SAW juga tidak pernah menyuruh umat nya memegang dan membelai anjing dengan sengaja seperti yang dilakukan oleh penganjur."

Err ... kalau ikut logik di atas, bela hamsters pun tak boleh lah. Apatah lagi bela labah-labah dan ular. Hujahnya, mana ada pernah Imam mana-mana dan Nabi Muhammad SAW expressly suruh kita memegang hamsters bagai. ;)
Anonymous said...
Dalil dimana,keterangan kitab mana yg larang berpegang pada mazhab lain sesuka hati?
Adakah jatuh haram,bedosa dan masuk neraka jika berpegang pada mazhab lain sesuka hati?
Mazhab dlm pembicaraan ini adalah yg diakui oleh aliran ahli sunnah wal jamaah,iaitu shafie,hambali,hanafi dan maliki.
Kalau takdak ilmu,jgn komen..
Anonymous said...
Nabi saw penah menyuruh sentuh arnab dan burung dengan sengaja tak?
Ada otak,pakai la.
Kalau sentuh tak najis,air liur pun bkn najis) pada mazhab maliki,sengaja sentuh jadi dosa pulak ke???
Buu said...
Hohoho mana sudah anon yg pernah tinggalkan komen dgn mberi kata ngatakan pasal orang kafir dan amalan mereka hanya sia2 tu? Mana kau ea? Menurut artikel di atas, kau trgolong dlm kategori ketiga...meninggalkan ayat membuta tuli. Malu la sikit wei, ada prbezaan antara bodoh dan bodoh sombong tau. Siapa la kau dan aku nak mghakimi pasal orang kafir dan amalan org kafir, hanya Allah swt yg boleh mghukum, pesanan dri aku jgn ingat kita orang islam semua bakal ahli syurga. Dan jangab ingat orang kafir semua bakal ahli neraka, hidayah itu milik Allah. Bukan kau! So jangan suka hati kepala otak kau nak guna ayat utk myindir org.
Anonymous said...
sah anon 12:14 tu jenis x pernah pergi ke luarnegara.

Dia kata hanya guna mazhab maliki ketika tawaf saja. Itu bukan pilih-pilih ker?

Dia tak pernah pergi ke Uzbekistan lagi. Di sana di dalam masjid pun ada kaum wanita sambut tetamu.. x berlapik tangannya. Abis kena angkat wudhu setiap kali bersalam?

Ada satu cerita satu rombongan Melayu Malaysia ke negara Cina di daerah Guang zhou dimana umat Islam ramai di sana. Tiba-tiba ada satu orang Melayu kata... ramainya muallaf dalam masjid ni.. 

Aku ketika itu ketawa mendengarnya dan kasihankan dia kerana dia tidak tahu nmereka di guangzhou itu lebih lama memeluk Islam dari Melayu di Malaysia.

Serupalah dengan anon 12:14 tu... nak ketawa bila membaca komennya..
zab said...
Sejak bila haram tukar mazhab? Bila lihatkan komen kata tak boleh tukar mazhab dalam ahli sunnah wal jamaah sesuka hati, saya rasa kasihan. Tidak jatuh murtadnya bila tukar mazhab kerana semua imam yang 4 tu berdalilkan al quran dan sunnah. 
Isu ini telah membuka mata untuk melihat betapa jahilnya umat Islam mazhab melayu kita ni. 
Mazhab tu hanya school of thought. Kita boleh guna mana-mana yang sesuai dengan kita. 
Nanti ada umat melayu ni pergi amerika atau kanada kata orang amik wudhu tak sah sebab sapu pada kasut aja sedangkan umat melayu ni jahil.
Anonymous said...
Anjing, anjing .. popular betul kau ye sekarang.

Selama ni kebanyakan kita orang Melayu takut anjing. Takut digigit & takut kerana dikatakan najis (pada air liur, kulitnya bila ketika basah, & of course pada tahinya/darah/anggota dalaman lain), yg mana kalau tersentuh kena samak.

Bab samak tu le yang kadang2 ornag Melayu malas nak layan sangat anjing ni. Sebab bila nak solat salah satu syarat mesti bersih dari najis.

Cuci berak kencing manusia, atau kucing ke, tu lain beb, mudah aje..tak perlu cari tanah. Itu le yang kami diajar sejak kecik2/dulu2 , tak berubah2 sampai sekarang ni.

Bab kena gigit pulak, dikatakan anjing ni pembawa anjing gila, gigitannya agak bahaya beb.

Jadi bertahun2lah, turun temurunlah, kbnyakan org Melayu ni buat tak layan pada anjing.
Tak layan bukan bermakna memusuhinya & tak de ilmu. Cuma malas nak layan, tu saja.

Yang suka dera, sepak anjing tak pasal2 tu, tu cerita lain beb. Orang sepak anak, isteri, suami, ibu bapa pun ramai . 

Soalan aku , 'sapa nak bela anjing mulai sekarang ni sebagai pet. Sila angkat tangan'.
Anonymous said...
Apa buat susah susah bila terkena anjing saja Niat nak samak lalu ambil basuh 1 kali(gayung) air campor dengan tanah dan 6 kali( gayung) air bersih.Anjing dan babi pun makhlok Allah SWT, tetapi di larang memakan nya dan sekira terpegang samak saja.Tapi kalau nak sholat kan susah tiap kali pegang kena samak sebab kita nak jaga wuduk.
Anonymous said...
Anda mahu tanah untuk kegunaan samak 
Kami membekal tanah yang boleh di gunakan tanpa ragu ragu dan tanah tersebut di sahkan halal 

okay ..
Bagi yang ikut mahzab Maliki no problem Bagi yang mahzab Syafie untuk memudahkan anda simpan lah tanah mengikut keperluan sebulan dua bulan utk di gunakan selepas memegang anjing 

Apa yang susah cuma samak pada bahagian badan yang kena anjing Bukan kena mandi dari atas ke bawah Lagi tidak jadi masalah kalau kita pakai seluar dan baju yang khusus ketika bersama anjing Jangan benarkan anjing masuk rumah dan kita bukan pun hari hari pegang anjing mungkin seminggu sekali 

Saya angkat tangan
Anonymous said...
kalau beras boleh tukar ke duit untuk bayar zakat makna nya ada kelonggaran dan boleh berubah jugak lah 

sekarang amil makin bertambah Pergi mana mana sampai pasar malam pun ada amil Dan bila guna beras amil tak tamak Bila beras dah terlalu banyak amil kena lah hantar beras ke pejabat zakat 

Beras yang bertan tu boleh di ekspot dan sebahagian nya di simpan bila banjir atau kemarau 

Beras ada lah makanan asasi maka sebab itu zakat atas beras lebih berkat lebih baik dari duit (duit dipegang oleh orang kafir) Kalau ada amil yang guna beras maka saya pilih yang guna beras Ini pun tak tahu ke?
Anonymous said...
Menyentuh memegang anjing tidak ada sekatan sehingga lah anjing membawa wabak yang di panggil anjing gila yang datangnya dari mulut anjing 

Sekira nya anjing masih pembawa wabak penyakit gila maka Kjaan kena lah hapuskan semua anjing seperti mana Kjaan menghapus lembu dan ayam yang membawa wabak termasuk babi satu ketika dahulu

No comments:

Hantaran 25k

Ok la tu. Hantaran tu sebenarnya boleh cari. Yang tak boleh cari tu skilss. Tetiba Pak Cik Semangat. Hahaha Tun Follow ...