Friday, May 15, 2015

Malaysia di tangga ke-52 penarafan Sains dan Matematik OECD - Laporan Astro Awani | Kemas kini: Mei 14, 2015


\
KUALA LUMPUR: Dalam penarafan (ranking) terbaharu Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi Sains dan Matematik, Malaysia berada di tangga ke-52 dalam kalangan 76 buah negara.

Perkembangan itu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya tentang kualiti pembelajaran dan pengajaran subjek tersebut.

Perkara tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming hari ini yang menyatakan bahawa senarai tersebut didahului lima negara Asia lain iaitu Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Di Asia Tenggara, ranking Malaysia bukan sahaja berada jauh di belakang Singapura malah Vietnam berada di tangga ke-12 dan Thailand di tangga ke-47.

Malaysia juga berada di bawah Ukraine (tangga ke-38), Turki (41), dan Kazakhstan (49).

Perincian mengenai kajian ini hanya akan dikeluarkan dalam Forum Pendidikan Seunia 2015 minggu depan di Seoul, Korea.

Dalam forum berkenaan, pihak UNESCO akan membentangkan agenda pendidikan pasca 2015 untuk menggantikan sasaran dan objektif yang dibuat dalam  Millennium Development Goals (MDG).

“Hasil kajian itu sepatutnya menjadi isyarat jelas kepada Menteri Pelajaran bahawa kita berada jauh daripada sistem pendidikan kelas dunia sama ada di peringkat rendah, menengah dan juga tertiari,” ujar Kian Ming.

Menurutnya, Sweden sepatutnya menjadi pengajaran buat Malaysia. Negara tersebut pernah pada suatu ketika mempunyai sistem pendidikan yang baik dalam kalangan negara-nagara OECD namun mengalami kejatuhan ketara dalam markah Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) sejak tahun 2000.

Penurunan itu, kata Kian Ming, membuatkan kerajaan Sweden meminta pihak OECD menilai semula sistem pendidikannya pada tahun 2014. Dalam ranking terkini, Sweden berada di tangga ke-35.

“Dalam kes Malaysia, jika pembuat polisi tidak mengenal pasti kelemahan dalam sistem pendidikan semasa, kita akan berada lebih jauh di belakang jiran-jiran Asia dan terus berada dalam kedudukan yang tidak memiliki daya saing dalam ekonomi,” ujar Kian Ming.

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani di App Store atau /malaysia-di-tangga-ke-52-penarafan-sains-dan-matematik-oecd-59909?cp

No comments:

Tuhan Itu Wujud.

Mohd Ali Majis Yesterday at 9:44pm · Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukan...