Sunday, May 10, 2015

Kerajaan sasar RM142 bilion kutipan cukai 2015



Kerajaan sasar RM142 bilion kutipan cukai 2015
Dilulus untuk paparan oleh 
KetamBatu

tranungkite.net

 CYBERJAYA 3 Nov. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM142 bilion pada tahun hadapan iaitu pertambahan RM2 bilion berbanding sasaran pada tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehingga September lalu LHDN telah berjaya mengutip RM134 bilion dan kutipan tersebut diyakini bertambah menjelang akhir tahun ini.


Beliau berkata, sekiranya tidak berjaya mencapai sasaran RM140 bilion pada tahun ini, kutipan sebanyak RM134 bilion sudah memadai kerana telah melepasi kutipan pada tahun lalu iaitu seba­nyak RM129 bilion.
"Kutipan cukai oleh LHDN sentiasa meningkat pada setiap tahun, situasi ini menunjukkan perkembangan positif kepada negara selain dapat memastikan golongan yang layak dapat menerima sesuatu yang lebih baik.
"Pada tahun hadapan kita letak sasaran RM142 bilion, ini adalah sasaran Kementerian Kewangan dan saya percaya LHDN mempunyai sasaran tersendiri, apa yang penting adalah terdapat peningkatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi LHDN 2014 di ibu pejabat LHDN, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar dan Pe­ngarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN, Asriah Shaari.
Menurut Ahmad, beliau berharap rakyat melihat tanggungjawab membayar cukai sebagai satu kewajipan kepada negara dan tidak seharusnya dianggap sebagai beban.
"Kita mahu semua pihak melihat pembayaran cukai sebagai perkara positif dan pembayar cukai sebagai orang yang patriotik, rakyat juga perlu memahami bahawa setiap ringgit yang dibayar melalui cukai dikembalikan kepada mereka dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan," katanya.
Selain itu, katanya, kepelbagaian pembaharuan yang dilaksanakan oleh LHDN juga sedikit sebanyak dapat menyenangkan pembayar cukai untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara.
"Hasil inovasi LHDN seperti e-Filing dan eZ-Hasil sememangnya telah banyak membantu pembayar cukai, selain menyenangkan hasil pembaharuan itu juga menjimatkan masa," katanya.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kejatuhan harga minyak di peringkat global, Ahmad berkata, dalam situasi itu kerajaan tidak menolak kemungkinan akan berlaku pengurangan pemberian dividen oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
"Dalam segi harga bahan api yang dijual di negara ini pula biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperhalusinya sebaik mungkin kerana Malaysia telah merancang pelbagai agenda yang terbaik kepada rakyat termasuk memperkenalkan subsidi dan mengecualikan petrol RON95 dan diesel daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST)," katanya.
__._,_.___

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda