Saturday, May 16, 2015

Ini di antara sebab mengapa anak-anak suka internet.

Ini di antara sebab mengapa anak-anak suka internet.
[ Anak Suka Internet, Ini Mungkin Punca-Puncanya ]
1. SAMA
Anak mempunyai minat atau hobi yang tidak ‘ngam’ dengan kehendak ibu bapa. Akhirnya, anak-anak beralih kepada internet dan berjumpa dengan individu yang mempunyai minat yang sama. Mereka menubuhkan kumpulan untuk menghabiskan masa bersama. Sokongan yang sepatutnya datang daripada ibu bapa diperolehi daripada rakan internet.
2. POPULARITI
Di sekolah dan di rumah, mereka tidak mempunyai pencapaian yang boleh dibanggakan. Di internet, mereka menyorok di sebalik apa sahaja watak yang diingini. Contoh, artis-artis popular. Mereka berasa yakin untuk ‘melakonkan’ watak popular kerana yakin tidak dikenali.
3. PERHATIAN
Apabila anak-anak ingin mengadu sesuatu, ibu bapa yang sibuk tidak dapat memberi sepenuh perhatian. Di internet, mereka boleh berinteraksi secara pantas dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki. Apabila aduan mendapat ‘reply’, itu adalah sesuatu yang mengujakan.
4. SERONOK
Games tidak perlu lagi CD atau DVD seperti dulu. Di internet, terdapat ribuan games dalam talian yang memberi hiburan kepada anak-anak yang mencari keseronokan. Mereka malah boleh berkomplot untuk memenangi games (contohnya, pinjam nyawa).
5. SAKSAMA
Ada anak-anak yang disebabkan faktor fizikal, tidak mempunyai kawan yang ramai di sekolah. Rakan-rakan lain kadangkala mengejek dan membuli mereka. Internet memberikan perasaan sama rata kepada mereka. Tiada siapa yang boleh melihat fizikal mereka, dan mereka diterima baik oleh rakan-rakan baru di internet. Mereka menjadi orang yang berbeza.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda