Sunday, May 10, 2015

Fakta Santan yang mungkin mengejutkan anda !



pendapatanda.com

Dengan membaca fakta tentang santan yang mengejutkan ini, anda mungkin akan mengubah persepsi anda terhadap santan. Selama ini ada berbagai Mitos terhadap penggunaan santan dalam makanan kita.
Santan King

Berikut beberapa mitos berkenaan santan dan masalahnya:

  1. Berbagai pandangan diberikan berkaitan obesiti dan isu memakan nasi lemak ditunding sebagai salah satu puncanya. Hinggakan terdapat ura-ura Kementerian Pendidikan Malaysia tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Puncanya hanyalah kerana penggunaan santan dalam penyediaan nasi lemak.
  2. Nasi lemak yang mengandungi santan dikatakan melemahkan pemikiran kanak-kanak. Jika ada murid tertidur dalam kelas cikgu terus menunding nasi lemak sebagai penyebabnya. Sehingga kini mitos santan itu masih berterusan.
  3. Ada juga dikalangan profesional termasuk pakar permakanan yang menasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan. Santan dikatakan mengandungi kolestrol yang tinggi.

Benarkah santan banyak kolestrol ?

Analisis saintifik mendapati kolestrol dalam santan kelapa adalah tersangat rendah berbanding lemak dari sumber lain, terutamanya haiwan.

Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak kelapa. Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak haiwan.

Berikut adalah kandungan kolestrol (dalam mg/kg) dalam sumber minyak yang berbagai untuk perbandingan anda:

  1. Minyak kelapa:  5-14 mg/kg
  2. Minyak bunga matahari 8-44 mg/kg
  3. Minyak isi rong sawit 9-40 mg/kg
  4. Minyak sawit 13-19 mg/kg
  5. Minyak soya 20-35 mg/kg
  6. Minyak biji kapas 28-108 mg/kg
  7. Minyak jagung 18-95 mg/kg
  8. Minyak biji rape 28-108 mg/kg
  9. Lemak haiwan Beef tallow 800-1400 mg/kg
  10. Mentega 2200-4100 mg/kg
  11. Lemak babi 3000-4000 mg/kg

Santan dicemuh sebagai punca kepada masalah obesiti dan penyakit jantung

Persoalan kini ialah sama ada telah dijalankan kajian saintifik mengenai kesan pengambilan santan dalam makanan harian ke atas pengguna. Saya belum menjumpai sebarang kertas kerja santifik berkaitan perkara ini lagi.

Santan kelapa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa mengandungi lebih kurang 92% asid lemak tepu.

Kemungkinan kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada wujudnya mitos tentang minyak kelapa.

Pada suatu ketika dulu pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi isu besar di Amerika Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran.

Kempen anti-minyak tropika dan Program Piramid Makanan (Food PyramidProgram) telah dilancarkan dalam tahun 1992 secara besar-besaran oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (United States Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan Penanam Kacang Soya (American Soybean Association, ASA).

ASA mencegah pengambilan minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang tinggi. Asid lemak tepu pada masa itu dipercayai penyebab kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan.  

Akibat dari kempen tersebut, penduduk AS telah mengubah cara permakanan di mana pengambilan minyak soya dan minyak jagung digunakan sepenuhnya dalam diet mereka.

Program ini ternyata membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS. Selepas 20 tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS menghadapi masalah kegemukan (National Health 3 / 4 and NutritionExamination Survey 1999-2000).

Selain itu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang mendadak di AS. Ternyata Program Piramid Pemakanan ini membawa musibah kepada penduduk AS.

Punca obesiti dan masalah jantung bukan dari santan

Kini pendapat yang mengaitkan penyakit jantung dengan asid lemak tepu dipertikai ramai saintis. Kajian terkini menunjukkan penyakit jantung bukanlah disebabkan pengambilan asid lemak tepu tetapi disebabkan pengambilan asid lemak perlu (essential fatty acids) yang berlebihan (Time’s March 1, 2004 dan Fortune’s October 23, 2003).

Tubuh manusia tidak dapat mensintesis asid lemak perlu dan hanya diperoleh dari diet pemakanan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak bunga matahari mengandungi asid lemak perlu, omega-6 iaitu asid linoleik (C18:2, ?6), yang tinggi.

Tubuh manusia akan menukar asid linolenik kepada asid arakidonik (C20:4, ?6). Asid arakidonik akan bergabung dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan (membrane) plasma sel-sel badan.  

Bila diperlukan asid ini akan dipisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan akan membentuk sebatian aktif eicosanoids (prostaglandins) yang mempunyai pelbagai fungsi.

Kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan keradangan dan penyakit alahan (allergic).

Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak jagung, minyak soya, minyak bunga matahari) 20 kali ganda lebih tinggi berbanding asid omega-3 (minyak ikan).

Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang melampau dalam pengambilan asid omega-3 dan omega-6.

Prostaglandins yang dihasilkan secara berlebihan menyebabkan keradangan seterusnya penyakit kronik kepada rakyat AS.

Asid trans penyumbang masalah jantung dan obesiti

Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan. Asid trans bukanlah asid yang boleh didapati secara semula jadi.

Asid ini terbentuk semasa proses penghidrogenan (hydrogenation process). Proses penghidrogenan ialah tindakbalas kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak kacang soya, jagung dan bunga matahari pepejal atau lemak pada suhu bilik.

Gas hidrogen ditambah semasa proses ini untuk menukarkan minyak kepada lelemak. Proses ini bertujuan mempelbagaikan kegunaan minyak tersebut dalam industri makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan lelemak.

Marjerin dan lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan minyak jagung perlu melalui proses penghidrogenan.

Lelemak ini digunakan secara berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, aiskrim, piza, coklat dan sebagainya.

Food and Drug Administration (FDA) AS akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat dari penggunaan asid trans ini. Pada Januari 2006, FDA telah mewajibkan pengusaha makanan melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang dihasilkan.

Kesan pengambilan minyak kelapa

Terdapat beberapa kajian di AS mengenai kesan pengambilan minyak kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandungan kolestrol dan LDL (low density lipoprotein) dalam darah tikus meningkat.

Walau bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan dalam kajian ini telah dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa yang diguna dalam ujian ini dicemari asid trans.

Keputusan ujian ini tidak seharusnya diterima sebagai tindakbalas sebenar tikus terhadap pengambilan minyak kelapa.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya khazanah alam yang dikurniakan kepada kita.

Fakta berkenaan  minyak kelapa

Teknologi yang canggih telah banyak membantu kita membongkar rahsia 4 / 4 alam.

Asid lemak tepu boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu,

  • asid lemak tepu berantai karbon pendek (C 4:0-C 6:0), 
  • sederhana (C 8:0-C 12:0) dan 
  • panjang (C 14:0 >).
Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan masing-masing dan kita memerlukan kesemuanya.

Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida berantai sederhana (Medium Chain Trigliseride, MCT).

Banyak kajian klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di negara maju termasuk Eropah dan Jepun. Kajian mendapati asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan badan secepat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi.

Tenaga yang terhasil dari asid lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm berbanding 4 kcal/gm dari glukosa.

Santan bekalkan tenaga segera

Pengambilan santan membekalkan tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid lemak tepu rantai sederhana.

Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa yang terdapat di kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai produk minuman pembekal tenaga segera.

Dengan bukti saintifik di atas, sudah sampai masanya rakyat Malaysia diberi maklumat tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan pemilihan makanan harian mereka.

Masalah obesiti perlu dilihat dari sudut yang lebih menyeluruh dan tidak sahaja dari sudut pemakanan.

Juga bagi menjaga kesihatan rakyat, sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan peratusan asid trans dalam produk makanan.

Santan buat minyak kelapa dara

Sejak kebelakangan ini pula terdapat banyak pengusaha kelapa mendapatkan santan untuk dijadikan minyak kelapa dara.

Minyak kelapa dara mengandungi pelbagai khasiat kerana ia boleh dikategorikan sebagai makanan berfungsi.

Meminum santan sama seperti meminum minyak kelapa dara. Dua sudu besar minyak kelapa dara (30 ml) menyamai setengah biji kelapa.

Khasiat mengenai minyak kelapa dara banyak tersebar, terutama dalam internet. Sudah sampai masanya persepsi terhadap santan diperbetulkan dan diletakkan pada pespektif sebenar.

Setiap khazanah alam anugerah Allah SWT kepada hambaNya mempunyai peranan tersendiri, yang diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana dalam apa juga perkara.

Sumber asal oleh: Kamariah Long (PhD), Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI
    comments:
  1. Anonymous
    I have long known that cocunut oil and its by products are suitable for human consumption. Lets face it...before the campaign by the west to condemn coconut oil and promote their soya and related oils what were our mothers & grandmothers using...coconut oil. In his publication The coconut oil miracle earlier published as The healing miracles of coconut oil, Bruce Fife puts everything you need to know about coconut oil in its proper perspective. Let it not be said that the rest of the world is ignorant about the agenda of the western world...
    1. TQ
    2. Anonymous
      Real life scenario. . my brother in his late sixties & a candidate for an angio at IJN due to his heart problem, had an unexpected reprieve afrer taking virgrn coconut oil for three months at the behest of a neighbour.IJN was dumbfounded when a later scan revealed that his clogged/narrowing arteries had returned to normal...so there..
    3. Subhanallah ! good info, thanks for sharing... need to rush for minyak kelapa dara now!
    4. Haron Aton
      All the best ..
__._,_.___

No comments:

INILAH SAHABAT NABI YANG JENAZAHNYA DIMANDIKAN OLEH MALAIKAT

INILAH SAHABAT NABI YANG JENAZAHNYA DIMANDIKAN OLEH MALAIKAT Hanzhalah bin Abu Amir  adalah anak pemimpin suku Aus yang terbilang kay...