Sunday, January 25, 2015

17 Kesalahan Berkaitan Solat



17 Kesalahan Berkaitan Solat

1. Meninggalkan sembahyang.


Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam
Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak Termasuk Orang
yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)


Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah
solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).


2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)


Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak
adalah berdosa besar.


Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu
matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia
tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).


3. Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecualibagi orang yang memiliki uzur yang
dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan
seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya,
kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).


Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk."
(Surahal-Baqarah, ayat 43).


Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang
tidak solat berjemaah, hingga akubakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).


4. Tidak thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah
ertinya tenang ketika sedang rukuk,iktidal, sujud dan duduk antara dua
sujud.Tenang maksudnya sampai tulang kembali
pada posisi dan persendiannya, tidaktergesa-gesa dalam penggantian darisatu rukun ke rukun lainnya.



5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.


6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solatbatal.


Makmum hendaklah mengikuti imam, tidakmendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir,bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan
kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam
selesai dari salam kedua.


8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika
solat. Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklahorangmu
berhenti daripada mendongakkanpandangannya ke langit ketika solat atau
Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat
Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia
adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.


Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.


10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan
telapak tangan.


Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
"Hendaknya dia solat dengan kerudung,dan baju kurung panjang yang
menutupi kedua-dua telapak kakinya."


11. Melintas di depan orang yang sedang solat.


Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat
itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).



12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang
rukuk. Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan
berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.


13. Tidak langsung mengikuti keadaan Imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika
itu sedang duduk, sujud atau lainnya.


Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud,
maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).


14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menontontelevisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa
melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat9).


15. Makruh mmejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi
tidak mencontohkan solat dengan

memejamkan mata.


Tetapi, jika memejamkan mata

diperlukan, misalnya, kerana di

hadapannya

ada

lukisan atau sesuatu yang menghalangi

kekhusyukannya maka hal itu tidak

makruh.



16. Tidak melurus atau merapatkan

barisan ketika berjemaah.



Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian

mahu meluruskan barisan kalian

atau

Allah akan membuat perselisihan antara

hati kalian." (Hadis riwayat

Bukhari

dan Muslim).




17. Tidak memperhatikan sujud dengan

tujuh anggota.



Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud


dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya

sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

No comments:

TV3 Bersama Pelajar Madrasah Ar-Rabbaniyah, Merlimau Melaka

TV3 Bersama Pelajar Madrasah Ar-Rabbaniyah .Siaran akan berlansung pada hari Sabtu @ jam 9.00 malam , 27hb Mei 2017 sempena Ramadan 1438H ...