Wednesday, January 28, 2015

SUFI DAN RELEVENSI MODEN
MENGHIDUPKAN PEMIKIRAN & AMALAN SUFI:
RELEVENSI DAN KEPENTINGANNYA DALAM DUNIA MODEN
Makna Ringkas Sufi
Bisyr ibn al-Harits mengatakan: “Sufi adalah orang yang hatinya tulus (safa) terhadap Tuhan. Ulama lain menyatakan: “Sufi adalah orang yang tulus terhadap Tuhan dan mendapat rahmat tulus dari Tuhan. “
Nabi Muhamad SAW Contoh Utama
Tidak syak lagi Nabi Muhamad merupakan contoh unggul dalam membicarakan pemikiran sufi dan alamnya. Hidup Rasulullah yang penuh dengan penderitaan, pengorbanan demi menyampaikan risalah Islam ini menggambarkan ciri-ciri kesufian dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah.
Hampir semua kitab yang menulis tentang baginda menceritakan bagaimana keadaan rumahtangganya. Bukan sahaja tidak terdapat perabot-perabot yang mewah dan makanan yang enak malah alas tidurnya hanya berbekalkan tikar yang apabila tidur di atasnya, bekasnya terlekat di pipinya. Bukan sahaja sajian roti kering yang dibuat dari tepung kasar dengan segelas air minum, sebutir atau dua butir kurma yang sememangnya telah diketahui umum.
Hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari menceritakan bahawa Saiditina Aisyah pada satu ketika mengadu kepada Urwah dengan katanya: “Lihatlah Urwah, kadang-kadang berhari-hari dapurku tidak bernyala..”
Ibnu Mas`ud menerangkan bahawa beliau pernah masuk ke rumah Rasulullah dan didapatinya Nabi sedang berbaring di atas sepotong anyaman daun kurma yang membekas kepada pipinya. Dengan sedih Ibn Masud bertanya: “Ya Rasulullah apakah tidak baik aku mencari sebuah bantal untukmu?”. “Nabi menjawab: “Tidak ada hajatku untuk itu. Aku dan dunia adalah laksana seorang yang sedang bermusafir, berteduh sebentar di kala hari sangat terik di bawah naungan sepohon kayu yang rendang, kemudian berangkat dari situ ke arah tujuan lain yang kekal”.
Dalam sebuah riwayat lain bahawa pada suatu hari Nabi teringat dalam sembahyangnya, bahawa di rumahnya masih tersimpan satu pundi-pundi emas yang belum disampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya. Lalu diringkaskan sembahyangnya dan dengan tergesa-gesa baginda pergi membahagi-bahagi sedekah itu kerana baginda tidak ingin sepotong emas pun tinggal di rumahnya.
Terdapat juga dalam cerita bahawa pada suatu hari pernah diletakkan orang di depannya sekaligus tujuh puluh ribu dirham emas. Semua wang itu emas itu seketika itu juga dibahagi-bahagikan dan sebutir pun tidak ada yang tertinggal. Abdul Rahman bin ‘Auf menceritakan ketika Nabi Suci SAW wafat tidak ada yang tinggal padanya kecuali sepotong roti, sebilah pedang, seekor kaldai tunggangan dan sebidang tanah untuk anaknya Fatimah Az-zahra’.
Demikianlah keadaan pemimpin agung dunia ini yang menjadi contoh berzaman untuk membuka mata sahabat dan pengikutnya melihat, apa tujuan sebenar manusia itu hidup. Untuk membuka hati keluarga dan umatnya lebih luas daripada perutnya, daripada mulutnya, daripada mata, hidung dan telinganya, sehingga tubuh yang kasar itu dapat menerima percikan cahaya Ilahi yang lebih tinggi tentang wujud, sehingga dengan demikian dapatlah manusia merasai tujuan hidup yang sementara ini untuk menuju akhirat yang kekal abadi.
Rumahtangganya menjadi contoh, pakaiannya menjadi ikutan, makanannya menjadi teladan dan sabar serta toleransinya pun menjadi panduan.
Zaman Selepas Rasulullah
Golongan sahabat merupakan golongan sufi. Mereka bersama Rasulullah bangun berjuang menentang kekufuran dan kemunafikan. Mereka tidak segan menyatakan pendirian bersama Rasulullah. Merekalah petunjuk sepanjang zaman menerangi alam yang gelap, mewarnai kehidupan manusia menyusun susur atur masyarakat, menjiwai kemurnian yang luhur dan prinsip yang tegar.
Setelah zaman sahabat, munculnya zaman para tabien yang memunculkan ramai golongan yang mempunyai sifat dan personaliti anggun yang mencirikan kehidupan Rasulullah SAW.
Saidina Ali yang namanya begitu dominan dalam silsilah tareqat, bukan sahaja tokoh kezuhudan dan hikmah, malah beliau juga adalah negarawan ulung dan pemerintah dan syahid kerana keadilannya. Surat beliau kepada sahabatnya, Malik Asytar merupakan kod etika bertulis untuk panduan pemimpin negara. Dia adalah wujud yang merealisasikan ‘rahban fi al-lail wa fursan fi an-nahar”
Begitu juga Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi pemerintah yang mengekalkan kezuhudan walaupun sekelilingnya penuh kekayaan dan kemewahan. Sehingga terdapat kisah yang memperakui bahawa pada waktu tersebut tidak ada seorang pun rakyatnya yang layak menerima zakat lantaran kekayaan dan kemewahan umat. Sungguhpun demikian, style dan cara hidup pemimpin Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah disebut sebagai pemboros, pengaut kemewahan negara, tidak pernah dicatatkan tentang ketamakan harta, rasuah, penyelewengan wang rakyat, penyalahgunaan harta rakyat dan seumpamanya.
Zaman Moden
Penyakit hubbun dunya dan hubbul jaah telah menjadi satu macam penyakit yang disukai, diburui tanpa menghiraukan dosa dan pahala. Keegoan dalam diri manusia untuk menerima kebenaran juga merupakan penyakit hati yang melanda masyarakat pada hari ini.
Kebejatan sosial, politik dan ekonomi yang melanda kita pada hari ini kadang-kala memberikan kita satu konklusi bahawa lantaran pengabaian terhadap usaha menyucikan jiwa, usaha mengislahkan diri, manusia terkapai dalam medan kehidupan malah seringkali lemas mencari petunjuk kebenaran lantas tersadai di pinggir khayalan.
Apakah ciri-ciri kesufian yang memancarkan jiwa zuhud, qanaah, kesederhanaan, redha, mahabbah, syukur dan sebagainya itu hanya relevan dengan zaman silam yang hanya layak untuk dipaparkan dalam sejarah semata-mata?
Apakah dengan realiti kita pada hari amat sukar rasanya untuk sekurangnya kita mencontohi mereka dalam kehidupan kita? Apakah zaman sekarang tidak relevan untuk membicarakan sufi dan kepentingan tentangnya sedangkan kesufian inilah yang memberikan kegemilangan dan kecemerlangan kepada tamadun umat Islam malah melahirkan jiwa kental, jiwa berani, teguh dan sabar menghadapi penderitaan dan cabaran malah berasa teguh dalam menyelusuri peredaran zaman menongkah arus cabaran.
Apakah zaman kini yang disebut zaman moden amat janggal untuk kita bicarakan kesufian lantaran canggihnya teknologi yang kita miliki, majunya kehidupan duniawi yang kita huni ini. Tetapi dalam masa yang sama umat manusia pada hari ini sedang terkepung dalam bahaya Jahiliyyah abad baru. Budaya cintakan kebendaan sudah menjadi paparan kehidupan manusia, saban waktu malah setiap detik kita didendangkan dengan alunan pembangunan kebendaan yang tidak segan silu memaparkan personaliti-personaliti mazmumah. Bahkan lebih parah mereka bukan sahaja berbangga dengan corak kehidupan yang ‘maju’ ini malah menuding telunjuk menyatakan pihak lain sebagai penghalang kemajuan, kolot dan pemecah belah umat.
Al-hasilnya dapat dilihat, kemajuan IT, pembangunan kebendaan telah dijadikan alat untuk membina kekayaan secara individu. Yang miskin dan lemah terus terancam. Kemurnian akhlak, keluhuran budi dan tingkahlaku telah dipinggir dan dipisahkan dalam agenda pembangunan. Tokoh revolusi dan sufi, Abu Dzar Al-Ghifari ketika berteriak di hadapan mahligai mewah Muawiyah, beliau berkata: “Jika istana ini kamu bina dengan hartamu sendiri, kamu berlebih-lebihan. Sekiranya engkau dirikan istana ini dengan harta rakyat sesungguhnya kamu telah khianat.”
Runtuhya institusi politik yang berorientasikan ism-ism hubbun dunya dan hubbul jaah telah dapat kita saksikan kini. Percakaran dan perpecahan sesama mereka menjadi isu yang tidak sudah-sudah penghujungnya.
Sifat mazmumah yang tertanam dalam hati masyarakat bukan lagi perkara baru yang didedahkan. Sifat hasad dengki, tamak, pentingkan diri sendiri adalah paparan cerita yang saban hari menjadi penyakit hati dalam masyarakat.
Lantaran itu seluruh masyarakat dan negara bergelut dengan masalah yang tidak-tidak sudah-sudah jalan penyelesaiannya.
Kegersangan Dunia Moden
Ketika modenisasi datang ada beberapa reaksi kaum muslimin. Pertama kagum dengan modenisasi sehingga mereka mellihat kembali kesesuaian Islam dalam dunia sekarang. Lalu timbullah gejala sekularisme yang memisahkan agama dan dunia kerana mereka merasakan hukum hakam Islam sudah tidak relevan.
Kelompok kedua ialah mereka yang menjauh diri daripada apa saja yang bernama kemodenan. Segala bentuk pemodenan dianggap Barat dan jahat. Akhirnya mereka sendiri terperosok dan terpisah daripada masyarakat. Hasilnya mereka bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kontemporari bahkan mereka juga gagal memahami kenyataan hidup.
Kelompok ketiga ialah mereka yang bereaksi dengan penuh kritis dan meneliti modenisasi dari segala aspeknya-positif dan negatif. Misalnya, kita mahu ulama-ulama yang dibesarkan di bawah bimbingan pondok dan asuhan hauzah mampu membuat kritikan terhadap sistem dan fahaman sekularisme, nasionalisme, kapitalisme dan bermacam isme lagi. Murtadha Muthahhari misalnya sangat pakar dalam menganalisa akar-akar pemikiran marxisme, Prof. Syed Naquib al-Attas pula pakar menganalisa akar-akar sekularisme dan lain-lain.
Orang-orang moden, terutama Barat dan para pendokongnya, dalam dunia moden kecewa terhadap modenisasi kerana kegersangan rasional yang dibawanya. Maka masyarakat mula menginginkan sesuatu yang tidak logik, tidak rasional. Sehingga lahirlah apa yang disebut post-modernisme. Di dalam filem lazimnya, logika banyak dilempar jauh kerana mereka sudah jemu dengan logik, kecewa dengan rasionalisme dalam kehidupan.
Lalu mereka mula memasuki hal-hal yang mistikal, yang di luar rasional. Maka di sinilah peranan para sufi dan tasawwuf itu perlu memainkan peranan bagi mengisi kekosongan masyarakat moden kini. Ibnu Arabi atau Syed Naquib al-Attas misalnya, selain berpegang kepada rasional yang kuat, juga berpaut kepada dimensi mistikal-tasawwuf. Sekali lagi tasawwuf harus memberi kekuatan terhadap kerinduan-kerinduan yang digersangkan oleh rasionalisme moden.
Jika kita soroti kedatangan dan perkembangan Islam di Malaysia khususnya Kelantan, Islam muncul kepada kita dengan wajah yang menyenangkan masyarakat pada waktu itu. Majlis tahlil, sambutan Maulid Nabi, ziarah kubur dan sebagainya begitu cocok dengan mereka. Dan tradisi ini terus berkembang dan sentiasa dipelihara oleh para tok lebai, tok ayah, para ulama silam dan diwarisi oleh generasi berpendidikan agama hari ini. Kesannya Islam terus mendapat sambutan dan terbukti pemupukan bi’ah Islamiyyah lebih ketara di Kelantan. Dan inilah juga faktor mereka terus ingin mengekalkan kepimpinan ulama.
Relevansi Sufi Dalam Dunia Moden
Cahaya iman yang terpancar daripada jiwa mukmin yang bersih sahajalah yang mampu memberi sinar kepada kehidupan kini.
Lantaran itu apabila kita berbicara mengenai perkara ini tidak ada formula yang ampuh dan berkesan melainkan kita mengembalikan diri kepadaNya yang Maha Esa, mengembalikan kepada penginsafan bahawa dunia yang bersifat sementara ini bukan segalanya yang kita cari. Bahawa dunia yang mengilusikan waktu yang sedetik ini tidak mungkin untuk pergunakan untuk kepuasan diri dan hawa nafsu kerana natijah daripada perkara tersebut adalah sesal dan binasa.
Sebab itu Allah sebut dalam Al-Quran: (Surah An-Naazi’at: 37-39)
Ertinya: Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya.
Apabila kita berbicara mengenai Sufisme di tengah masyarakat moden, ada suara sumbang yang menyatakan bahawa ini adalah satu usaha memutarkan jarum jam ke belakang, menyelusuri zaman silam dengan segala kemunduran. Menyingkapkan tirai kemiskinan dengan segala kesusahan dengan pelbagai bayangan yang terjelma di minda kepala mereka untuk memencilkan pengertian dan penghayatan sufi ini.
Relevansi Sufism pada hari ini, dilihat dari persepsi dan pandangan yang keliru. Kini apabila istilah sufism diketengahkan ramai yang memahami bahawa Sufi merupakan cara hidup golongan tertentu yang mengamalkan zikir-zikir tertentu, tidak suka keluar untuk bergaul bersama masyarkat, berperilaku tidak rasional, memencilkan diri dari kehangatan bermasyarakat dan seumpamanya.
Tasawwuf dianggap anti sains, anti kemajuan dan anti kemodenan. Bagi para pembencinya tasawwuf difahami sebagai suatu usaha menghindari dunia, menyibukkan diri dalam zikir dan doa. Biarlah tasawwuf dipelajari oleh orang tua dan uzur sebelum mati. Kadang kala seorang aktivis menganggap tasawwuf menurunkan semangat juang seseorang untuk menentang kezaliman. Tasawuf hanya ubat untuk menghalau hantu raya dan santau. Selain bank Islam, sains Islam, universiti Islam, ada juga klinik Islam iaitu tasawwuf.
Namun perlu disedari bahawa jiwa sebenarnya walau apapun disebut tentangnya kita memerlukan pentazkiyahan. Walau macamana zaman berubah sekalipun jiwa perlu diubati dari penyakit. Kerana penyakit ini jika tidak diubati akan menjadi barah merosakkan manusia.
Lantaran itu alim ulama’ yang silam seperti Imam Al-Ghazali mengungkapkan pengertian penjernihan jiwa bukan setakat mengamalkan amalan tertentu dan aktiviti tertentu semata-mata. Tetapi sebenarnya apa yang perlu dilihat adalah Imam Ghazali telah menetapkan dasar sufi secara keseluruhan untuk diamalkan.
Bukan apabila disebut mengenai sufi, ia adalah satu juzu’ dengan juzu yang lain tetapi sebenarnya apa yang disebut pentazkiyahan nafs adalah satu usaha untuk menjadikan diri kita sebagai hamba kepada Allah, yang benar-benar patuh kepada perintahNya, menjadikan hidup di dunai ini sebagai jambatan ke akhirat. Menjadikan hidup ini sebagai tempat berteduh dari perit matahari buat sementara waktu bagi meneruskan perjalanan yang panjang dan abadi. Mereka menjadikan dunia ini sebagai tempat untuk mencari bekalan akhirat. Menjadikan dunia ini sebagai tempat membina kemakmuran dan pengislahan. Oleh sebab itu mereka teguh dengan prinsip dan keyakinan semata-mata dengan nama Islam-walau karihal kafirun.
Sebaliknya sufi dengan ciri-ciri yang ada padanya merupakan nadi kekuatan, menjadi penjana segala kemajuan malah menjadi intipati kepada pembangunan masyarakat yang ampuh dan terjamin.
Perlu difahami di sini ialah sebenarnya sufi berasal daripada makna penyucian jiwa. Penyucian jiwa daripada penyakit hati, keegoan, ketamakan dunia, harta, pangkat dengan menginsafi bahawa dunia yang bersifat sementara ini bukan segalanya yang dikejarkan. Bukan matlamat utama yang hendak dicapai. Tetapi dunia ini adalah jambatan menuju akhirat. Tasawwuf yang sebenarnya ialah gaya hidup yang meliputi sikap, pandangan dan tingkah-laku. Tasawwuf bukan mekanisme pelarian dan persembunyian. Para sufi bukan meninggalkan dunia. Bahkan mereka ingin menggoncangnya. Tasawwuf juga tidak menafikan syariat. Tasawwuf berpijak pada syariat untuk menjalani tareqat agar mencapai hakikat.
Penutup
Masyarakat harus sedar bagaimana seorang sufi mampu berperanan dalam pembangunan dan perkembangan ummah kerana seseorang sufi yang sebenar adalah mereka yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik dan seikhlas mungkin. Zuhud dalam tasawwuf bukan kependetaan yang menolak dunia tetapi memiliki dunia. Keserakahan dan rakus terhadap kekuasaan dan kekayaan didorong oleh hilangnya rasa takut kepada Allah dan lupanya manusia dengan azab nerakaNya. Kezaliman dalam masyarakat juga berpunca daripada sirnanya rasa mahabbah sesama insan. Manusia sanggup bertuhankan manusia lain disebabkan tidak ada kebergantungan dan pergharapan kepada Allah.
Maka sufisme pada hari ini perlulah diungkapkan sebagai satu usaha untuk menuju redha Allah, cinta dan patuh kepada perintahNya dengan menempuh perjalanan Ilahiyyah seperti taubat, khauf wa raja’, zuhud, mahabbah, sabar dan sebagainya yang dengannya manusia akan lebih memakmurkan dunia ini menjadi ‘baldatun thaiyibatun wa rabbun ghafur’.
Wallahu ‘a’lam
 ustaz Iqbal Zain

Monday, January 26, 2015

KEJADIAN LIDAH

KEJADIAN LIDAH
Di Sebalik Kejadian Lidah
Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya
Tapi hati ramai manusia sudah buta,
tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya

Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya
Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa
Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak
Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa
Ada yang dimakan merasa manisnya,
ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit

Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar
Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya
Rasanya yang banyak oleh satu lidah
Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum
Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah

Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap

Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat
Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang
 
Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah

Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
Dari kejadian lidah?
Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya

HIKMAT BERLAPAR

HIKMAT BERLAPAR
1. Membersihkan hati dan menyinarkan akal.
2. Menghilangkan penyakit malas dan mengurangkan tidur.
3. Memudahkan diri untuk banyak beribadah kepada Allah swt. dan tekun bekerja.
4. Menahan nafsu syahwat agar dapat menggelakkan diri dari perbuatan maksiat dan mungkar.
5. Meringankan perbelanjaan supaya dapat selalu bersedekah kepada orang miskin dan yang memerlukannya.
6. Menyihatkan badan dan menolak penyakit.
7. Sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah swt dan ingat orang yang tidak memperolehinya.
 
 AKIBAT KEKENYANGAN
1.  Hati buta dan mewarisi kebodohan kerana wap menyerupai gula berkumpul di otak.
2. Timbul penyakit malas dan banyak tidur.
3. Rasa berat untuk bekerja dan tidak lazat untuk berzikir disebabkan kesesatan hati yang menjadi hijab antara hati dan zikir.
4. Nafsu tidak tertahan kepada dunia dan bercita-cita untuk berbuat perkara mungkar dan maksiat.
5. Perut sentiasa berhutang."Apakah yang engkau akan makan pada hari ini. ?"
6. Timbul sifat kedekut pada harta.
7. Banyak penyakit kerana ia berpunca daripada sisa makanan di dalam perut.
8. Lupa kepada orang yang lapar dan susah.  Nasihah90
 
  PENILAIAN MASA BAGI SESEORANG
SATU :  Bagi manusia yang  belum mempunyai kesedaran; dibiarkannya masa berlalu dengan percuma. Dia tidak merasa dikejar, lalu terbuanglah masa dengan sia-sia.
DUA :  Bagi manusia yang ada sedikit kesedaran tentang erti waktu dalam kehidupan beragama.  Ia mengatur kehidupannya supaya terlaksana setiap tugas dan kewajibannya.
TIGA : Bagi manusia yang sanngat mendalam kesedarannya terhadap waktu dan penuh tanggungjawab akan bersungguh-sungguh memelihara kehidupannya. Ia akan berkorban apa saja untuk Allah dan suka berbuat kebajikan kepada orang lain walaupun terpaksa bersusah payah.

Sunday, January 25, 2015

Adab – Adab Dalam Islam

Adab – Adab Dalam Islam
Umat Islam kini makin alpa dengan adab dan aurat yang sepatutnya dijaga malah dituntut oleh Islam. Dan bagi wanita pula ramai yang keliru tentang aurat yang mana boleh atau tidak boleh didedahkan. Malah masih ramai yang keliru dengan SIAPA aurat ini perlu dijaga. Mari kita hayati adab-adab serta batas aurat yang sudah lama dilupakan. Perkara asas dan fardhu ini, walaupun telah diasuh sejak sekolah rendah, namun perkara ini akan dianggap sudah tidak releven bila meningkat dewasa. Lebih-lebih lagi dengan trend terkini pakaian yang patut dimuntahkan apatah lagi dipakai oleh seseorang yang bergelar Islam.
Adab berpakaian
  1. Menutup aurat
  2. Bentuk pakaian lelaki tidak meyerupai pakaian wanita atau sebaliknya
  3. Sebaik-baik pakaian adalah yang meniru sunnah rasulullah s.a.w. Haram bagi
    lelaki memakai sutera atau emas seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya
  4. Pakaian bukan dari sumber pendapatan haram
  5. Pakaian longgar, tidak menampakkan bentuk badan
  6. Pakaian dari jenis kain yang tebal, tidak jarang dan tipis menampakkan warna
    kulit
  7. Bagi lelaki elok berwarna cerah dan tidak berbunga - bunga
  8. Memakai pakaian yang bersih
  9. Sunat memakai wangi=wangian bagi lelaki. Bagi wanita hanya sunat bila bersama-sama
    suami atau muhrimnya
  10. Memakai baju dengan mendahulukan tangan kanan
  11. Haram memakai pakaian dari sutera asli atau emas khususnya bagi laki-laki
    seperti mamakai rantai emas , cincin emas dan sebagainya tapi tidak mengapa
    jika cincin perak sebab bukan lagi emas tulen
  12. Tidak melabuhkan pakaian/seluar sehingga menutup dua buku lalinya bagi lelaki.
    Ertinya tidak melabuhkan pakaian sampai menyapu jalan
  13. Bagi perempuan hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumitnya
    dan melabuhkan sehingga kedadanya
Aurat lelaki
  1. dihadapan lelaki ialah menutup sekurnag-kurangnya antara pusat dan lutut
  2. di hadapan wanita yang halal dinikahi, sekurang-kurangnya antara pusat dan
    lutut. Sebaik-baiknya menutup sebahagian besar badannya
  3. di dalam solat, sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Afdhalnya berpakaian
    lengkap yang sebaik mungkin kerana mengadap Allah
  4. bersama isteri tiada batas auratnya
  5. ketika bersendirian menutup dua kemaluannya
Aurat wanita
  1. di dalam solat seluruh tubunya kecuali muka dan tapak tangan
  2. bersama wanita kafir, menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan
  3. di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka dan
    tapak tangan
  4. dihadapan suami tiada batasnya
  5. ketika bersendirian antara pusat dan lutut
Wanita dilarang mendedahkan perhiasannya
Perhiasan wanita itu biasanya seperti gelang tangan , gelang kaki,kalung, anting-anting. Barang-barang kemas ini biasanya dipakai pada anggota tubuh yang wajib ditutup iatu lengan, betis, dada, leher dan kepala. Justeru itu wanita hendaklah menutup leher dan dada dan berdosa membukakannya kepada lelaki yg bukan muhrimnya.
Mendedahkan perhiasan hanya boleh dilakukan kepada : (bila sebut perhiasan, kadang2 ada yang lupa bahawa perkara itu terlibat secara langsung dengan aurat seseorg wanita itu juga)
  1. suami
  2. ayah
  3. ayah mertua
  4. anak-anak
  5. anak tiri
  6. adik dan abang
  7. anak saudara laki-laki
  8. wanita rakan sejawat
  9. hamba sahaya
  10. kanak-kanak kecil yang belum bernafsu
Moga diberi kekuatan kepada kita semua untuk menjaga adab dan aurat sebaik mungkin.

38 kesilapan umum solat

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat

33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.

sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya

TV3 Bersama Pelajar Madrasah Ar-Rabbaniyah, Merlimau Melaka

TV3 Bersama Pelajar Madrasah Ar-Rabbaniyah .Siaran akan berlansung pada hari Sabtu @ jam 9.00 malam , 27hb Mei 2017 sempena Ramadan 1438H ...