Monday, January 27, 2014

Ciri-Ciri Khusus Islam Rabbaniyyah

Ciri-Ciri Khusus Islam : Rabbaniyyah

Rabb adalah perkataan arab yang dinisbahkan kepada Allah. Perkataan manusia rabbani, contohnya, membawa maksud, manusia yang berpengetahuan tentang Allah, berpegang teguh dan beramal dengan ajaran Allah. Firman Allah yang bermaksud : Akan tetapi (ia berkata), ‘hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajar al-kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya’ (ali-Imran 79)

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-khashoish al-ammah lil Islam menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah itu adalah meliputi empat aspek :

i. Rabbaniyyah al-ghoyah (tujuan/matlamat)

Rabbaniyah al-ghoyah atau rabbaniyyah dari sudut tujuan, mengambarkan betapa setiap matlamat atau tujuan sesuatu usaha, amal, cita-cita, sasaran, perjuangan, pengorbanan dan halatuju kehidupan manusia haruslah dalam acuan dan kerangka menuju dan mencapai keredhaan Allah.

Firman Allah : Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Rabbmu, maka pasti kamu akan menemuinya’ (al-Insyiqaq 6)

Firman Allah : Dan tiadalah Aku mencipta jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Ku (adz-Dzariyyat 56)

Firman Allah : Katakanlah : ‘sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku, hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam, tiada sekutu bagi Nya, dan demikian itulah aku diperintahkan dan aku adalah orang yang pertama menyerah diri (kepada Allah) (al-An’am 162-163)

ii. Rabbaniyyah al-wijhah (persepsi)

Rabbaniyyah al-wijhah membawa maksud : Sesuatu persepsi, tanggapan dan worldview adalah dilihat melalui kerangka kacamata atau acuan yang dipandukan oleh Allah. Sebagai contohnya bagaimana Allah menyebut dalam al-Quran bagaimana persepsi dan worldview rabbaniyyah berkaitan dengan tentang kehidupan dunia dan akhirat.

Firman Allah : Katakanlah : Matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja (dan ahkirnya akan lenyap), dan balasan hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang yang bertaqwa dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikitpun (an-Nisa’ 77)

Firman Allah : Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahgiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu dari dunia. Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah engkau melakukan kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan (al-Qasas 77)

Firman Allah : Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya (hartabenda, pengaruh). Sehinggalah kamu masuk ke lubang kubur. Jangan sekali-kali (bersikap sedemikian), kamu akan mengetahui kelak (akibat buruknya). Sekali lagi (diingatkan), jangan sekali-kali, kamu akan mengetahuinya kelak. Demi sesungguhnya kamu akan mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Demi sesungguhnya kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Selain dari itu, sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmati) (at-Tahaathur 1-8)


iii. Rabbaniyyah al-masdar (sumber)

Rabbaniyyah al masdar bermaksud : segala sumber dan akar umbi kepada kehidupan di seluruh alam ini adalah berpunca dari acuan Allah dan mengembalikan sumber yang menjadi rujukan serta sandaran peraturan kehidupan manusia seluruhnya kepada ketetapan Allah.

Firman Allah : Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah lah (datangnya)… (an-Nahlu 53)

Firman Allah : Dan Kami turunkan kepada mu (Muhammad) al-Kitab (Quran), untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang yang berserah diri. (an-Nahlu 89)

Friman Allah : Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri dari kalangan kamu, sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya, sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Firman Allah : Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu … (Yunus 94)


iv. Rabbaniyyah al-manhaj (sistem)

Rabbaniyah al-manhaj bermaksud setiap sistem, peraturan, kaedah, dan undang-undang bagi menyempurnakan kehidupan insaniah manusia adalah berteras dan berasaskan kepada acuan Allah.

Firman Allah : Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (ad-din) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (al-Jaatsiyah 18)

Firman Allah : Barangsiapa yang mencari selain dari Islam sebagai ad-Din , nescaya akan ditolak (oleh Allah) dan di akhirat ia akan termasuk ke dalam golongan yang rugi.

Perayaan Memperingati Maulid Nabi Yang Mulia

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath, Negeri Melaka &Maahad Tajdid Islami

Dengan taufiq daripada Allah ta`ala

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath, Negeri Melaka (PMKT) dan Maahad Tajdid Islami menjemput semua ke majlis Perayaan Memperingati Maulid Nabi Yang Mulia yang akan dilaksanakan dengan izin Allah dibawah bimbingan  Prof. Dr. Al-Imam Muhammad Abdul Latif  Shalih Al-Furfur Al-Hasani Hafidhahullah.

Keterangan Majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh         : Pada 29 Rabi`ul Awwal 1435 H bersamaan 31 / 1 / 2014 M.
Hari            : Jum`at malam
Masa           : 7.15 Petang hingga pukul 11 : 30 malam.
Tempat        : Dewan  Bestari Asmavilla, Air Keroh, Melaka.

Kami menjemput Tuan / Puan dan semua yang ingin menghadirkan diri bersama-sama dalam perayaan  Islam Nabawi  yang hadhari ini, dan jemputan ini bersifat umum kepada semua muslim dan muslimat.

Persembahan nasyid-nasyid dan secara kelompok, melantunkan pujian kepada Rasulullah S.A.W daripada Kumpulan Tajdid Islami bersama Penasyid Masyhur Al-Ustaz Asy-Syaikh Sayyid Arsyid.

Sehubungan tersebut, kami merayu tuan / puan untuk menyumbang seberapa ikhlas bagi membayai bersama kami dan segala sumbangan tuan / puan yang dirahmati Allah s.w.t boleh disalurkan kepada akaun PMKT seperti dibawah:-

1. No Akaun :   2-54068-0000014-5
Nama       :   Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath 
        Bank         :  RHB BANK BERHAD


2. No Akaun : 039-202-200447-6
Nama        :  Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka 
Bank         :  BANK AMISLAMIC

3.
No Akaun :04015010061846
Nama        :  Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka(PMKT) 
        Bank         :  BANK ISLAM

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath, Negeri Melaka (PMKT) dengan ini mendoakan agar tuan / puan di berkati Allah SWT dan dibuka pintu rezeki , di penuhi segala hajat didunia dan akhirat dan semoga isteri / suami dan anak-anak menjadi penyejuk mata hati

Sebarang pertanyaan sila lawati web kami di www.pmkt.com.my atau di fb : pmkt melaka

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1435


  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda