Monday, November 11, 2013

KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI KE 5 2013



KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI KE 5 TAHUN 2013

Keruntuhan akhlak dikalangan remaja Malaysia kini dikatakan amat meruncing. Krisis moral membimbangkan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Ini dapat dilihat daripada kes-kes sumbang muhrim,penagihan dadah,pembuangan bayi,perhubungan seks bebas, bohsia/bohjan, lari dari rumah, rasuah, pecah amanah, peminum arak, ecstasy dan kes jangkitan HIV/AIDS. Kesemuanya menunjukkan angka pertambahan dari tahun ke tahun.

“Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat”

Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan.

Maka , Kem Bina Insan Cemerlang (Sesi ke 5 - Tahun 2013) ini memfokuskan kearah “Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia” dan bermatlamatkan kearah pembangunan Rohani, Jasmani, Intelektual, Emosional dan Sosial golongan remaja.

Modul program akan diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup  agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian,  penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA(Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti kecergasan serta kepimpinan.

Para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Rohani” bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI 

Program Kem Bina Insan Cemerlang" Sesi Ke 5

  • Remaja muslim & muslimat diantara berumur dari 8 tahun hingga 21 tahun

·         Tempat di Pondok Padang Temu beralamat di Madrasah AI-Hasanah, Kampung Padang Temu,Melaka

·         Tarikh mula kursus pada 23/11/2013 (Sabtu) hingga 21/12/2013 (Sabtu) sekitar 4 minggu

·         Pendaftaraan semua peserta jam 10.00 pagi pada 23/11/2013 di Pondok Pdg Temu,Melaka 

·         Yuran seorang peserta adalah RM 500 termasuk tenaga pengajar, kitab,makanan dan tempat tinggal.

·         Hubungi Ustaz Zaharuddin Tel: 014-7191674, Ustaz Mohd Adlee Majid Tel: 013-4123699,Ustaz Khairul Azman Tel: 017-7010501, Ustaz Nezam Ismail Tel: 012-3419683, Ustaz Zulkifli Tel : 012-7005469 dan Norsam Wahab Tel :012-6298546

·         Sebarang sumbangan bagi membantu pembangunan pondok amat dialukan , sebarang pertanyaan sila hubungi penama diatas.Sila lawat kami di www.pmkt.com.my atau di facebook : pmkt melaka dan mohon untuk di wawarkan kepada rakan muslim anda.

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri tidak pernah menghulurkan sumbangan pada mana mana Pusat Tahfiz Semoga kita ambil ikti...