Wednesday, November 16, 2011

KEM BINA INSAN CEMERLANG ....KEM CUTI SEKOLAH SESI KE 3

As Salam .
 
Remaja makin bangga, seronok buat jenayah
 
Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah
 
Statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, MENAKUTKAN, Pada 2007, 1836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 2008 yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.
 
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.
 
Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.
 
Statistik kes Juvana Malaysia 2006-2010
update on 11 mei 2011

Statistik kes juvana yang dilaporkan 2006-2010
sumber: Harian Metro 8 mei 2011
 
Negeri
2006
2007
2008
2009
2010
Johor
851
972
489
617
454
Kedah
899
441
526
311
460
Kelantan
247
189
197
215
229
Melaka
284
293
159
196
162
Negeri Sembilan
308
197
170
181
214
Pahang
25
362
423
431
368
Perak
396
494
381
264
325
Perlis
140
159
125
158
92
Pulau Pinang
439
434
383
334
332
Sabah
0
326
212
113
46
Sarawak
228
335
88
28
89
Selangor
911
1114
736
562
138
Terengganu
509
327
218
242
411
WP Kuala Lumpur
718
1099
1424
192
158
WP Labuan
0
21
34
18
6
Jumlah
5955
6763
5562
3862
3484
 
PENDIDIKAN REMAJA MENURUT AL-QUR'AN DAN AL-SUNNAH
 
Pendidikan merupakan asas yang penting dalam Islam. La diberi perhatian serius oleh Islam sejak manusia berada di alam kandungan hingga ke akhir hayat. Keunggulan sistem pendidikan Islam telah dibuktikan oleh sejarah.,sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga ke hari ini. Ia membentuk individu, keluarga, masyarakat dan negara yang membangun dalam semua aspek.
Sehubungan itu Islam memberi perhatian yang tinggi kepada remaja.. la merupakan kumpulan atau ejen yang amat penting menentukan rebah bangun, maju atau mundur sesebuah masyarakat. Kedudukan masyarakat adalah banyak bergantung kepada mutu keunggulan golongan ini. Sedangkan keunggulan mutunya pula ditentukan oleh  keberkesanan pendidikan yang membentuk mereka. Oleh itu, Islam memberi penekanan yang jitu kepada remaja dalam aspek pendidikan agar akal, rohani dan fizikal mereka mantap dengan konsep Tarbiyah Rabbani.
 
Remaja Islam hari ini mengalami kekurangan daya tahan dalam menghadapi serangan budaya yang negatif,
yang bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan, ketimuran apa lagi dengan nilai keislam.
 
Pendidikan Islam berperanan untuk membina atau membentuk keperibadian yang sempurna
dalam berbagai-bagai aspek yang berhubung dengan jasmani, rohani, akal, amalan dan sosial bagi mendapat
kebahagiaan dunia dan akhirat.
 
Sehubungan tersebut , PMKT melalui keadah Tarbiyah Rabbani akan menganjurkan Kursus Kem Bina Insan Cemerlang bagi sesi ke 3 pada 20/11/2011 (Ahad) hingga  18/12/2011(Sabtu)
 
Pertanyaan sila hubungi :-
 
Ustaz Zulkifli Mohd Amin                                        Tel: 012-7005469
Ustaz Mohd Adlee Majid                                       Tel: 012-2934146
Ustaz Mohd Taufik                                                   Tel: 013-3273070
Ustaz Khairul Azman                                               Tel: 017-7010501
Ustaz Zaharuddin                                                    Tel: 014-7191674

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda