Wednesday, September 28, 2011

Harga Hantaran Kahwin Terkini...


>> Jumaat, September 23, 2011

Lu orang pernah baca harga hantaran kahwin mengikut tahap pendidikan semasa?


UPSR/PMR/SRP : RM1,000-RM3,000

SPM : RM3,000-RM8,000

STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000

DEGREE : RM12,000-RM15,000

2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000

PHD : RM20,000-RM30,000...



mahal ke...????

Tak mahal kannnn.... murah jer... ini jawapan balas pihak lelaki.

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH:

Makcik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan RM20 ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni jelah... Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 10% = RM2 ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua. Kalau barang luar dalam semua bagus, jangan cakap RM20 ribu.... RM200 ribu pun saya berani letak. Tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.... tuihh...!!!! Anak makcik.... sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan....!!!!

Amacam....????

PUNCA MASALAH KHAWIN LAMBAT DI SEBABKAN BUDAYA MELAYU SESAT

PUNCA MASALAH



Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat berlawan dengan syirat Islam . Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri dan Agam Islam  Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu , sebab dipandang perkara utama adalah benda kebendaan,.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

1.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira. Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin. Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.Bila buat jamuan kita tak pernah niat jamuan itu sebagai satu amal jariah dan di hadiahkan kepada orang tua / datuk nenek dan sebaginya ...........kita selalu sebuk pasal APA ORANG KATA ......DAN TAK PERNAH FIKIR PASAL APA ALLAH SWT KATA?


2."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
Wanita adalah salah satu elemen akan menentukan keluarga tersebut diredhai dan di pimpin kehalan surga................calon isteri siang -siang lagi tak tutup aurat ....apa cerita ....itu tak tanya lagi bacaan fatihah dan bacaan lain dalam sembahyang................

3. Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.

Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin, putara bila mana -mana individu nak berkhawin paling hampas / kurang ................calon suami ( sama ada duit sendiri , pinjam bank atau pinjam abang long) semua kena sekitar RM10,000.00 dari hal tunang sampai nikah  ...kalu tak ada jangan nak cerita khawin secara sah di Malaysia , kalau khawin lari lain cerita . Sebab itu, gejala zina menjadi-jadi sehingga Ketua Menteri yang sangat 'pandai' mencadangkan agar di adakan sekolah khas bagi perempuan-perempuan yang sudah terjebak dengan gejala mengandung anak luar nikah. Satu idea yang pelik.

Islam sendiri menggariskan berkenaan keperluan perkahwinan itu sebagai salah satu kaedah menyalurkan fitrah ke jalan yang selamat. Kaedah inilah disebut sebagai 'taysir Az-Ziwaj'.

TAYSIR AZ-ZIWAJ : JALAN PALING SELAMAT

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nur : Ayat 32

KESIMPULAN
Berkahwin itu satu daripada sunnatullah. Ia adalah pembuka jalan kepada rezeki dan keberkatan. Isu yang dikeluarkan ini pula bukanlah isu poligami yang rata-rata memang masing-masing ada pendapat yang lebih kritikal berbanding isu kahwin ini, tetapi isu untuk memudahkan perkahwinan.
 
Sumber : Nina Nurziana , Ustaz Nasaruddin, iluvislam.com


 

Fenomena wanita lambat berkahwin

Sumber : Masjid Al Azim




BERKAHWIN lambat atau tidak berkahwin langsung bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita. Perkara itu kerap dibincangkan dari semasa ke semasa kerana timbul keresahan di kalangan sesetengah pihak mengapa keadaan sebegini berlaku.



Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan pa-da 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda iaitu 20 hingga 34 tahun belum berkahwin.Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin dengan 68.5 peratus daripadanya adalah wanita.Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita.Pada 1991, lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun). Pada tahun 2000 pula, lelaki (28.6 tahun) dan wanita (25 tahun).



Fenomena berkahwin lambat ini memberi tekanan yang lebih besar terhadap wanita berbanding lelaki. Ini disebabkan sikap sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan insan lain.Ada pelbagai kes dan peristiwa yang membabitkan wanita bujang ini, termasuk dengan janji manis untuk mencarikan pasangan atau berjanji untuk berkahwin yang akhirnya berakhir dengan tragedi penipuan, penderaan, perkosaan dan sebagainya.



Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita yang lanjut usia, tetapi masih bujang dengan ungkapan andartu (anak dara tua) dan andalusia (anak dara lanjut usia), di samping cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka.

Mengaitkan golongan ini dengan maksiat secara membuta tuli juga adalah tindakan yang tidak rasional.Namun, masih ramai yang prihatin dengan nasib golongan ini.



Mereka termasuk kepemimpinan negara, badan bukan kerajaan (NGO), tokoh agama dan masyarakat turut menyuarakan kebimbangan terhadap kadar wanita membujang yang semakin meningkat. Pelbagai cadangan diberikan termasuk menubuhkan agensi mencari jodoh dan poligami.Yang pasti antara kebimbangan yang diutarakan ialah golongan ini terjebak dengan pelbagai gejala maksiat, ditipu atau diperdaya dan menghadapi tekanan jiwa.



Di antara faktor yang disebut oleh sesetengah pihak terhadap fenomena wanita hari ini yang lambat berumah tangga ialah revolusi pendidikan,peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga untuk menyara ahli keluarga dan kriteria yang terlalu ideal terhadap calon suami.



Faktor lain ialah tiada desakan berkahwin oleh keluarga, kepuasan dalam kerjaya yang menganggap perkahwinan satu kongkongan dan terpengaruh dengan kisah keruntuhan dan penderaan dalam rumah tangga.



Sikap ramai lelaki yang curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta,kurang yakin dengan lelaki yang dikatakan kurang berkualiti dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin.



Dalam hal ini renungi firman Allah maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isterimu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang..." (Surah ar-Rum, ayat 21).



Sabda Rasulullah, maksudnya: "Wahai sekalian pemuda (pemudi)! Sesiapa di kalangan kamu hari ini sudah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana yang demikian itu mampu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan..." (Hadis riwayat Mottafaq’ Alaih).



Ayat al-Quran dan hadis di atas dalil yang menunjukkan kepentingan dan hikmah di sebalik perkahwinan. Bagaimanapun, sebagai insan kita juga tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.



Manusia sama sekali tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah.Manusia disuruh berusaha dan ketentuan adalah di atas kehendak Allah.Kita diperintahkan Allah untuk berusaha sedaya upaya dan barulah bertawakal kepada-Nya.



Daripada kita menuduh atau membuat andaian sendiri terhadap fenomena lambat berkahwin ini atau memandang serong terhadap golongan wanita itu adalah lebih baik sekiranya:



- Ada satu badan, unit atau individu yang bersesuaian, sama ada dari jabatan kerajaan atau NGO mengkaji dan membuat analisis yang lebih tepat dan bersepadu terhadap faktor yang memungkinkan berlakunya fenomena ini.Seterusnya, mencadangkan langkah berkesan untuk mengurangkan fenomena ini.



- Masyarakat dapat memainkan peranan positif dengan menjauhkan pandangan serong dan bersangka baik terhadap golongan wanita yang lambat berkahwin. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan, selain membujang.



Sebagai manusia kita tidak boleh menafikan ada insan yang ditakdirkan berkahwin pada usia muda, lewat atau langsung tidak sempat berkahwin kerana dipanggil pulang awal menghadap Allah.



- Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung akan hikmah dan kebaikan dalam perkahwinan. Seterusnya pada usia yang sesuai, contohnya, apabila anak gadis memasuki usia awal 20-an, ibu bapa harus berusaha menjodohkan anak perempuan masing-masing.



Sabda Nabi maksudnya: "Kanak-kanak itu disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh daripada kelahirannya dan diberi dengan nama yang baik-baik, dan dihindarkan dia daripada perkara yang memudaratkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pendidikan akhlak, apabila sampai umurnya sembilan tahun hendaklah diasingkan tempat tidurnya. Apabila dia meningkat ke umur 13 tahun hendaklah dipukul bilamana dia meninggalkan solat dan puasa, dan apabila sampai umurnya 16 tahun, eloklah bapanya mengahwinkannya."(Hadis riwayat ibnu Hibban; lihat buku karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan bertajuk Tarbiyyatul Aulad jilid 1).



- Wanita sendiri harus mempelajari dan memahami hikmah atau kemuliaan di sebalik perkahwinan. Antara kelebihan itu ialah:



Menjauhkan diri daripada zina, maksiat dan fitnah. Sabda Rasulullah,maksudnya: "Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat (demikian) akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas." (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).



Ada banyak kelebihan dan pahala menjadi seorang isteri. Sabda Nabi maksudnya : "Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana- mana pintu yang kamu sukai." (Hadis riwayat Ahmad).



Zuriat penyambung perjuangan perkahwinan adalah satu ibadat yang darinya akan menghasilkan zuriat penyambung perjuangan dan warisan.



Dapat meningkatkan kematangan, di samping meringankan bebanan. Ia juga membantu dari sudut fizikal, minda dan jiwa pasangan suami dan isteri.



Bagi wanita bujang yang berusaha tetapi masih belum ditemukan jodoh disarankan supaya:



- Bersangka baik terhadap Allah dan melihat masa bujang sebagai masa lapang yang dianugerahkan oleh Ilahi.



- Bersabar dengan ketetapan Ilahi dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.



- Membanyakkan zikir dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.



- Memelihara diri daripada maksiat dengan mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat. Contohnya, menghadiri kuliah agama, menjadi ahli mana-mana persatuan yang berdaftar dan menawarkan kegiatan kemasyarakatan atau nahi mungkar.



- Memahami ciri jodoh seperti yang digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami.

Berprasangka baik terhadap wanita lambat berkahwin

BERKAHWIN lambat atau tidak berkahwin langsung bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita. Perkara itu kerap dibincangkan dari semasa ke semasa kerana timbul keresahan di kalangan sesetengah pihak mengapa keadaan sebegini berlaku.



Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan pa-da 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda iaitu 20 hingga 34 tahun belum berkahwin.



Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin dengan 68.5 peratus daripadanya adalah wanita.



Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita.



Pada 1991, lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun). Pada tahun 2000 pula, lelaki (28.6 tahun) dan wanita (25 tahun).



Fenomena berkahwin lambat ini memberi tekanan yang lebih besar terhadap wanita berbanding lelaki. Ini disebabkan sikap sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan insan lain.



Ada pelbagai kes dan peristiwa yang membabitkan wanita bujang ini, termasuk dengan janji manis untuk mencarikan pasangan atau berjanji untuk berkahwin yang akhirnya berakhir dengan tragedi penipuan, penderaan, perkosaan dan sebagainya.



Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita yang lanjut usia, tetapi masih bujang dengan ungkapan andartu (anak dara tua) dan andalusia (anak dara lanjut usia), di samping cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka.



Mengaitkan golongan ini dengan maksiat secara membuta tuli juga adalah tindakan yang tidak rasional.



Namun, masih ramai yang prihatin dengan nasib golongan ini.



Mereka termasuk kepemimpinan negara, badan bukan kerajaan (NGO), tokoh agama dan masyarakat turut menyuarakan kebimbangan terhadap kadar wanita membujang yang semakin meningkat. Pelbagai cadangan diberikan termasuk menubuhkan agensi mencari jodoh dan poligami.



Yang pasti antara kebimbangan yang diutarakan ialah golongan ini terjebak dengan pelbagai gejala maksiat, ditipu atau diperdaya dan menghadapi tekanan jiwa.



Di antara faktor yang disebut oleh sesetengah pihak terhadap fenomena wanita hari ini yang lambat berumah tangga ialah revolusi pendidikan, peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga untuk menyara ahli keluarga dan kriteria yang terlalu ideal terhadap calon sua-mi.



Faktor lain ialah tiada desakan berkahwin oleh keluarga, kepuasan dalam kerjaya yang menganggap perkahwinan satu kongkongan dan terpengaruh dengan kisah keruntuhan dan penderaan dalam rumah tangga.



Sikap ramai lelaki yang curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta, kurang yakin dengan lelaki yang dikatakan kurang berkualiti dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin.



Dalam hal ini renungi firman Allah maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isterimu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang...” – (Surah ar-Rum, ayat 21).



Sabda Rasulullah, maksudnya: “Wahai sekalian pemuda (pemudi)! Sesiapa di kalangan kamu hari ini sudah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana yang demikian itu mampu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan...” – (Hadis riwayat Mottafaq’ Alaih).



Ayat al-Quran dan hadis di atas dalil yang menunjukkan kepentingan dan hikmah di sebalik perkahwinan. Bagaimanapun, sebagai insan kita juga tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.



Manusia sama sekali tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah. Manusia disuruh berusaha dan ketentuan adalah di atas kehendak Allah. Kita diperintahkan Allah untuk berusaha sedaya upaya dan barulah bertawakal kepada-Nya.



Daripada kita menuduh atau membuat andaian sendiri terhadap fenomena lambat berkahwin ini atau memandang serong terhadap golongan wanita itu adalah lebih baik sekiranya:



- Ada satu badan, unit atau individu yang bersesuaian, sama ada dari jabatan kerajaan atau NGO mengkaji dan membuat analisis yang lebih tepat dan bersepadu terhadap faktor yang memungkinkan berlakunya fenomena ini. Seterusnya, mencadangkan langkah berkesan untuk mengurangkan fenomena ini.



- Masyarakat dapat memainkan peranan positif dengan menjauhkan pandangan serong dan bersangka baik terhadap golongan wanita yang lambat berkahwin. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan, selain membujang.



Sebagai manusia kita tidak boleh menafikan ada insan yang ditakdirkan berkahwin pada usia muda, lewat atau langsung tidak sempat berkahwin kerana dipanggil pulang awal menghadap Allah.



- Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung akan hikmah dan kebaikan dalam perkahwinan. Seterusnya pada usia yang sesuai, contohnya, apabila anak gadis memasuki usia awal 20-an, ibu bapa harus berusaha menjodohkan anak perempuan masing-masing.



Sabda Nabi maksudnya: “Kanak-kanak itu disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh daripada kelahirannya dan diberi dengan nama yang baik-baik, dan dihindarkan dia daripada perkara yang memudaratkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pendidikan akhlak, apabila sampai umurnya sembilan tahun hendaklah diasingkan tempat tidurnya. Apabila dia meningkat ke umur 13 tahun hendaklah dipukul bilamana dia meninggalkan solat dan puasa, dan apabila sampai umurnya 16 tahun, eloklah bapanya mengahwinkannya.” – (Hadis riwayat ibnu Hibban; lihat buku karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan bertajuk Tarbiyyatul Aulad jilid 1).



- Wanita sendiri harus mempelajari dan memahami hikmah atau kemuliaan di sebalik perkahwinan. Antara kelebihan itu ialah:



Menjauhkan diri daripada zina, maksiat dan fitnah. Sabda Rasulullah, maksudnya: “Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat (demikian) akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).



Ada banyak kelebihan dan pahala menjadi seorang isteri. Sabda Nabi maksudnya : “Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” – (Hadis riwayat Ahmad).



Zuriat penyambung perjuangan – perkahwinan adalah satu ibadat yang darinya akan menghasilkan zuriat penyambung perjuangan dan warisan.



Dapat meningkatkan kematangan, di samping meringankan bebanan. Ia juga membantu dari sudut fizikal, minda dan jiwa pasangan suami dan isteri.



Bagi wanita bujang yang berusaha tetapi masih belum ditemukan jodoh disarankan supaya:



- Bersangka baik terhadap Allah dan melihat masa bujang sebagai masa lapang yang dianugerahkan oleh Ilahi.

- Bersabar dengan ketetapan Ilahi dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.

- Membanyakkan zikir dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.

- Memelihara diri daripada maksiat dengan mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat. Contohnya, menghadiri kuliah agama, menjadi ahli mana-mana persatuan yang berdaftar dan menawarkan kegiatan kemasyarakatan atau nahi mungkar.

- Memahami ciri jodoh seperti yang digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami.



- PENULIS adalah pegawai latihan dan sumber manusia dan boleh dihubungi di wanitajim0@yahoo.com

Kenapa perempuan kahwin lambat??

 Lagi 2 bulan, masuk tahun baru. 2011. Maknanya, umur aku & umur korang gak akan bertambah setahun lagi..Tahun ni umur aku dah masuk 30 tahun, maka, tahun depan 31 tahun lah..(Age is just a number, baby..ceewahhh!)

"Ni anaknya yang mana?" "Owhhh, yang bongsu...kenapa tak kahwin lagi??"

"Eh, kok ada anak dara lagi? Ingatkan semua dah kahwin??"

"Eii..dah andartu nih..dah 30 tahun tak kahwin lagi.."

"Imah, bila nak kahwin..kawan-kawannya semua dah kahwin...anaknya pun dah ramai.."

Tu semua tu soalan2 biasa kat telinga ni..dah lali dah kot? Kalau korang tolong bagi duit nak buat kenduri time aku kahwin tak pe gak..

Kenapa aku tak kahwin lagi? Umur bukan muda remaja lagi..huhuhu..(tak pe, yang penting hati muda)


Dalam family aku, aku ada 4 orang kakak. Semua kahwin muda..paling tua pun masa kahwin tu kakak aku yang sulong, masa tu umur dia baru 23 tahun.

Anak buah sulong aku pon dah kahwin jugak masa tu umor dia 21 tahun, tahun ni adik dia pulak..baru 18 tahun, sempat pergi PLKN seminggu je kot? Lepas tu suruh husband dia jemput balik sebab rindu..

* Lain kali habiskan la PLKN tu dulu baru nak kahwin..tak menyempat kenapa?? (emosi lak aku nih..huhu..tak pe, dah jodoh)

awan-kawan sekolah rendah/menengah aku sorang demi sorang dah kahwin, yang lelaki tak payah cakap lah..masing-masing kahwin muda..paling ramai kahwin masa umur 25 tahun!

Selain aku, ada lagi 1,2,3,4,5 kot yang perempuan tak kahwin lagi.
sebab apa kitorang tak kahwin-kahwin lagi??


Hasil Survey

Ni ada lah hasil daripada survey aku ke atas diri aku sendiri & ke atas kawan-kawan aku..setelah ditapis dari unsur-unsur yang tak sepatutnya, maka aku keluarkan 5 sebab sahaja. Sebab-sebab ini tiada kaitan dengan anda & keluarga anda..Tapi mungkin ada yang akan terkena tempias dia..Opss! Tak sengaja~

Sebab pertama

Susah nak carik lelaki yang sebaya atau lebih tua dari kitorang yang masih single & available. Yang ada pun...hurmmm, suami orang ye..Yang tu ramai offer diri..ish..ish..ish..

Niat mereka ada yang memang ikhlas nak jadikan wife atau nak saja-saja nak menggatal.

Yang nak menggatal tu : Korang ingat kitorang ni desperate sangat nak ada boyfriend sampai sanggup nak jadi kekasih gelap korang? Kalau ada pon, may be sebab kitorang pun tengah boring tak tahu nak buat apa..tapi jangan nak melebih-lebih ok?? Flirting is OK. Sebab kitorang kan single lagi ;-)



Yang nak jadikan wife tu pulak..: Kamu ingat kitorang desperate sangat nak bersuami sampai sanggup jadi isteri ke-2, ke-3? Ok, kalau kitorang nak & wife korang bagi permission, mampu ke nak tanggung kitorang? Boleh ke bersikap adil? Kalau cuma tahu beristeri 2-3 orang tapi serba serbi kurang, baik tak payah. Pasal agama tau cakap, tapi pandai ke nak praktiskan?? (Huish..pesal garang bebenor ni?)





Sebab kedua

Saingan sengit..berapa ramai perempuan single yang muda-muda kat Malaysia ni? Masih bergetah, kulit pun belum berkedut lagi..huhuhu..cam dah nak kena inject vitamin C je nih..~

Plus, sekarang ni, bukan setakat perempuan muda je yang jadi saingan kitorang, budak-budak lelaki yang dah tukar taste pon nak join sekaki..hurmmm..owh donia~





Sebab ketiga

Ramai lelaki takut nak approach lagi-lagi kalau ada antara kitorang yang berjawatan besar, bergaji besar, berkereta besar, berbadan besar...kitorang pun perempuan jugak..bukan semua perempuan yang mata duitan, kalau dia ada ijazah, master, PHD, maka kitorang nak carik yang setaraf tu jugak..

Kalau kitorang jadi manager hatta CEO, COO sekalipon, kitorang nak carik yang macam tu jugak..salah tuh..no no no..

Dah kitorang dikurniakan Allah otak yang bijak, nak buat macam mana kan??



Memang ada yang macam tu, tapi bukan lah semua..& memang ada jugak antara kitorang yang tak kisah, tapi EMAK BAPAK kitorang yang kisah..maka, kalau ada kes macam tu, pandai-pandailah bawak berbincang dengan orang tua kita..

"Emak bapak nak tengok anak emak dengan bapak sampai tua kerepot tak kahwin-kahwin ke??" sambil buat muka kasihan...



Tapi, sebagai lelaki..kalau isteri tu gaji lagi besar, jangan lah ambik kesempatan pulak..tak baik tau..

Kitorang ni bekerja sebab nak tolong ringankan beban keluarga & emak bapak kitorang hantar mengaji tinggi-tinggi bukan untuk kahwin dan duduk kat rumah je.. (Kalau yang famili kaya tu tak apa lah kan..) Emak bapak kitorang berpuluh ribu habis untuk support kitorang belajar, so kitorang sebagai anak kenalah senangkan emak bapak kitorang jugak kan? Dan sebagai emak, kitorang pun nak lah sediakan kehidupan yang selesa untuk anak-anak kitorang..tak gitu?


Sebab keempat

Memilih ke?

"Tu lah kau, memilih sangat..tu yang sampai sekarang kau tak kahwin lagi.."

Ok, yang ni aku tak berapa setuju sangat. Korang yang dah kahwin tu, main grab je ke sesapa yang lalu depan mata? Tak kan? Kalau kita nak beli sayur pun kena pilih sayur tu elok ke rosak ke kan..Tak kan nak main ambil & bayar je..Nanti sampai rumah tengok-tengok sayur tu tak elok..dah tak boleh nak makan..membazir je..~

Owh ya, even kalau family yang aturkan jodoh kita tu..emak bapak kita pun sure akan pilih siap-siap kan? Tak kan diorang nak ada anak menantu yang cam anak hantu? Takut nanti kena heart attack! "Aku ingat kau anak menantu yang paling bagus, tapi rupa-rupanya, kau adalah anak hantu yang tak boleh pakai sesen pon!"

Sebab kelima

Semua tu jodoh...

Ada antara kitorang yang lebih 5 kali bercinta. Ada jugak yang 2 kali bertunang. Semua tak menjadi. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi calon yang sesuai. Memang kadang-kadang sunyi tak ada kekasih hati. Kadang-kadang malu nak pergi mana-mana majlis kalau datang sorang-sorang..Bukan malu apa, sebab kadang-kadang kawan-kawan/sedara mara/jiran tetangga kita ni kalau cakap mulut tak ada insurans..dah tu pulak macam tengah pegang mickrofon. Satu kampong boleh dengar..cam halilintar menusuk ke telinga soalan-soalan tu kan..ish..ish..ish..

"Makcik, jodoh tu kat tangan Allah..bukan kami mintak umur dah meningkat macam ni kami tak kahwin lagi..tapi jodoh kami belum sampai..bersyukurlah jodoh anak makcik tu sampai awal..tapi bila anak makcik tu dah kahwin, bahagia ke dia? Kahwin tu tiket untuk dapat kebahagiaan sampai ke akhir hayat ke? Ni bila saya belum kahwin, makcik tanya saya bila saya nak kahwin, besok lusa saya kahwin, makcik tanya lagi, bila nak dapat anak..Bila saya dah dapat anak, tanya pulak bila anak nak kahwin...ish..ish..ish..Kami kahwin bukan untuk tutup mulut orang yang suka bertanya atau pun nak bahagiakan hati orang lain tapi hati kami yang menderita..bukan macam tu...kami nak kahwin sebab kami memilih untuk berkahwin..dan si dia boleh membahagiakan kami & keluarga kami..Jodoh maut, ajal pertemuan di tangan Allah..jika ditakdirkan kami kahwin lambat, maka lambat lah..siapa lah yang tak nak kahwin makcik oiii...Makcik doakan je lah ye banyak-banyak saya cepat kahwin..Makcik jangan risau teruk sangat, makcik tu ada darah tinggi..nanti makcik stress..nanti dah tiba masa saya kahwin, saya jemput makcik datang wedding saya, siap mintak makcik tepung tawar lagi ye...nak tangkap gambar sekali pon tak pe ye makcik.."


Tak ada siapa nak hidup sorang-sorang sepanjang hayat..Bila tengok program SINGGAH SAHUR kat TV3 tahun lepas, sedih tengok ada sorang atuk tu duduk sorang-sorang kat rumah usang..Menghabiskan sisa usia sendirian..makan minum sakit pening, tak ada siapa yang nak ambil peduli..

Ataupun ada satu berita kat akhbar, seorang atuk yang hayatnya berakhir di dalam van usang tanpa ada famili di sisi..

Ya Allah...jauhkan lah kami daripada bersendirian sampai hujung hayat kami..

Wednesday, September 21, 2011

Apa bila Islam di hina , Allah SWT memuliakan .............sehingga hari kiamat

Ini kerana kalau di awal 80an, masyarakat Islam mulai sedar akan kegagalan sekularisma, di abad ke 21 ini, orang bukan Islam pula mulai sedar akan kegagalan sekularisma.


Baru minggu lepas, seorang pengacara TV terkenal di Amerika bernama Glenn Beck menganjurkan perhimpunan yang berjaya mengumpulkan ratusan ribu orang di perkarangan "Capitol Hill" di Washington DC. Tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk memulakan gerakan supaya rakyat Amerika kembali kepada cara hidup keagamaan.

Glenn Beck menyatakan sepanjang 50 tahun Amerika membuang agama ke dalam longkang (yang bermula dengan gerakan "Hak Asasi" yang dipimpin Martin Luther King), Amerika telah membuang agama dari kehidupan sehari-hari mereka atas nama sekularisma.

Setelah 50 tahun membuang agama, apa yang rakyat Amerika dapat hanyalah kehancuran dan kemusnahan semata-mata. Amat sedikit yang mendapat keuntungan dan ramai yang merana dan menderita.

Maka di Malaysia pun trend ini menular juga dan ada pula menjadi sebati di jiwa mereka sehingga ada orang terang - terang menghina ...............umat islam di malaysia buat bodoh je..........habis kuat bila kes kecoh minta maaf .

 Rakyat bukan ISlam di Malaysia juga merasa akan kesan dari kegagalan Sekularisma.

APA TINDAKAN KITA..........

Thursday, September 15, 2011

Syair Perahunya

Inilah gerangan suatu madah

Mengarangkan syair terlalu indah

Membetuli jalan tempat berpindah

Di sanalah i'tikad diperbetuli sudah



Wahai muda kenali dirimu

Ialah perahu tamsil tubuhmu

Tiadalah berapa lama hidupmu

Ke akhirat jua kekal diammu



Hai muda arif budiman

Hasilkan kemudi dengan pedoman

Alat perahumu jua kerjakan

Itulah jalan membetuli insan



Dengan penggunaan bahasa indah dan perumpamaan yang sederhana, 'Syair Perahu' ini pada suatu masa menjadi sebutan orang ramai. Ia digunakan oleh ibu bapa untuk menasihati anaknya agar mentaati ajaran Islam.

Karya Hamzah Fansuri..

Syair Hamzah Fansuri

Munkar Nakir bukan kepalang
Suaranya merdu bertambah garang
Tongkatnya besar terlalu panjang
Cabuknya banyak tiada terbilang

Kenal dirimu hai anak Adam!
Tatkala dunia terangnya alam
Sekarang dikubur tempatmu kelam
Tiada berbeza siang ataupun malam

Kenal dirimu hai anak dagang!
Di balik papan tidur terlentang
Kelam dan dingin bukan kepalang
Dengan siapa lawan berbincang

La ilaha illallah itu firman
Tuhan itulah pergantungan alam sekelian
Iman tersurat dihati insan
Siang dan malam jangan dilalaikan

La ilaha illallah itu tempat musyahadah
Menyatakan tauhid jangan berubah
Sempurnakan jalan iman yang mudah
Pertemuan Tuhan terlalu susah


Posted at 12/11/2006 3:16:38 pm by putrihanan

Tuesday, September 13, 2011

Berhati-hatilah Dengan Dunia

Al-Hasan Al Basri telah menulis kepada khalifah Umar ibn Abdul Aziz, katanya:

Maka sesungguhnya dunia itu adalah kampung persinggahan, bukan kampung yang kekal. Sesungguhnya Nabi Adam a.s diturunkan dari syurga ke dunia sebagai satu hukuman kepadanya. Maka awasilah dirimu wahai Amirul-mu'minin, kerana sesungguhnya bekalan yang kamu raih di dunia itu akan kamu tinggalkannya juga, segala kekayaan akhirnya akan memiskinkanmu, setiap masa ada sahaja mangsa yang terbunuh kerananya, akan terhina siapa yang membesarkannya, akan fakir siapa yang mengumpulkannya, ia seperti racun yang dimakan oleh orang yang tidak mengetahi, lalu ia mati.

Oleh itu hiduplah engkau di dalamnya seperti seorang pesakit yang cuba menyembuhkan lukanya, terpaksa berpantang sebentar kerana bimbang akan merderita panjang, ia terpaksa menanggung pahitnya ubat kerana takut lama menderita penyakit. Lantaran itu hendaklah awas dari dunia yang terkenal sebagai penipu pengeliru yang menghiaskan dirinya dengan penuh tipudayanya, yang selalu memfitnahkan ramai dengan perdayaannya dengan beraneka macam cita-cita serta memujuk rayu dengan kata bicaranya, dia adalah umpama pengantin yang menarik mata untuk memandangnya, melalaikan hati untuk mengingatkannya, semua jiwa terpesona kepadanya, dan dia pula amat benci kepada semua berkawan dengannya. Orang yang hidup sekarang tidak pernah mengambil tauladan dari orang yang terdahulu, yang terkemudian tidak mahu serik dari orang yang berlalu, dan orang ramai tidak mahu mendengar apa diberi tunjuk oleh si Arif yang mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan. Orang yang mendapat dunia terus asyik dengan dunianya untuk memenuhi segala keperluannya, lalu dia terpedaya dan melewati batas, lupa dari hal mati kerana fikirannya terlena dengannya, sehingga tergelincir kakinya, maka amat besarlah kerugiannya dan banyak penyesalannya. Nanti apabila menghadapi sakaratul maut barulah terasa berat sakitnya, terasa luput banyak amalannya, dia kira dapat menebus dirinya dengan apa yang ditinggalkannya dari dunia, tetapi semua itu adalah sesia belaka, lalu tentulah dia akan menghadapi hal-hal yang sangat menyesalkan.

Sebab itu hendaklah, engkau menjaga dirimu dari dunia itu, duhai Amirul-mu'minin, ambillah dari dunia dengan berhati-hati, kerana orang yang punya dunia setiap dia merasa tenteram kepadanya dan bergembira dengannya, akan menariknya kepada apa yang dibencinya, yang bahaya bagi ahli dunia pedih dan yang manfaat bagi mereka semuanya tipu dan membahayakan, keseronokan yang dikecapkan membawa bala, yang kekal baginya akan membawa binasa, seegala kegembiraannya bercampur dengan dukacita, yang hilang daripadanya tidak akan kembali, lalu tiada siapa yang tahu apa yang datang selepas itu, semua cita-citanya hanya dusta belaka, segala harapan mengenainya bathil, yang bersih daripadanya sama dengan keruh, dan yang hidup dengannya tidak pernah lepas daripada susah dan derita.

Setengah para salaf mengatakan:

Wahai sekalian manusia! Beramallah sedikit-sedikit, takutlah Allah, janganlah terpedaya dengan memanjangkan cita-cita lalu melupakan ajal yang menanti. Janganlah berusaha semat untuk dunia, sesungguhnya dunia itu penipu, ia menghias dirinya untuk memperdayakan kamu, ia bercita-cita untuk memfitnah kamu, ia berhias indah untuk tunangnya maka jadilah ia seperti seorang pengatin yang cantik rupawan, semua mata tetumpu kepadanya, hati-hati tertarik kepadanya, ramai jiwa menjadi terpegun kepadanya. Berapa ramai orang yang asyik kepadanya, akhirnya binasa, jiwa yang tenteram dengannya kesudahannya tertipu.

Maka pandanglah kepada dunia dengan pandangannya yang berhati-hati kerana dunia itu banyak karenahnya, Penciptanya sendiri mencelanya, yang baru padanya terbala, kerajaannya akan binasa, pembesarnya akan hina, terdapat padanya segala macam yang kurang, orang yang dikasihi akan mati, kebaikannya akan pupus.

Maka bangun dan sedarilah! Moga-moga Allah merahmati kamu dari kelalaian kamu, berjagalah dari tidur kamu sebelum dikatakan si fulan itu sakit berat kronik, lalu ditanyakan adakah obat yang dapat menyembuhkannya, atau dimanakah doktor yang dapat menawarkannya. Maka dipanggilkan semua doktor tetapi tiada harapan baginya untuk sembuh lagi. Kemudian dikatakan, hendaklah si fulan ini berwasiat, segala hartanya harus dikira, kemudian dikatakan, sudah terasa berat lidahnya, ia tidak dapat berbicara lagi dengan saudara-maranya, dan ia tidak dapat mengenal jiran tetangganya.

Di waktu itu dahimu mula berpeluh, semua anggotamu bergoncang, keyakinanmu tetap menghadapi maut, kelopak matamu mula tertutup, sangkaanmu tidak salah lagi, lidahmu pun kelu. Saudara-maramu menangis lalu dikatakan kepadamu: Lihatlah ini anakmu, ini saudaramu tetapi engkau pada waktu itu tertahan dari bicara, tidak dapat berkata-kata lagi. Qadha' Allah yang ditetapkan pun sudah sampai masanya, maka tercabutlah nyawamu dari badanmu lalu diangkat ke langit.

Pada waktu itu, kaum keluargamu berkumpul menghadiri jenazahmu, mereka memandikanmu lalu mengkafankanmu. Orang yang sering menziarahmu, sudah tiada lagi, orang yang selalu hasad kepadamu akan beristirehat dengan pemergianmu, ahli keluarga pula berpaling kepada harta peninggalanmu. Dan tinggalkanmu bersendirian di dalam kubur bergadai dengan amalan kamu.

Setengah ahli Sufi mengatakan kepada para penguasa:

Sesungguhnya manusia yang paling berhak untuk mencela dunia dan membencinya ialah siapa yang dibentangkan dunia baginya dan diberikan semua keperluannya dari dunia itu, kerana dia menjangka kemungkinan bahaya akan datang menimpa hartanya itu lalu memusnahkannya, ataupun siapa yang mengumpulkan harta dunia itu, lalu ia membahagi-bahagikannya kepada orang yang memerlukannya, ataupun siapa yang terpengaruh dengan habuannya lalu ia mencabutnya dari akar umbinya, ataupun ingatan kepada dunia itu menyerap ke dalam jasmaninya sehingga menjadikannya sakit kerana terlalu memikirkannya, ataupun ia datang secara mengejut sedangkan tabiat lokek tetap ada bersama teman taulannya. Sebab itulah dunia ini memang patut dicela kerana ia akan merampas kembali apa yang diberikannya, dan akan menuntut semula apa yang telah diserahkannya, kadang-kadang tatkala ia sedang menyenangkan tuan punya tiba-tiba ia berhenti lalu menyenangkan orang lain. Adakalanya ia menangisi kesusahanmu sebentar lagi kamu menangisinya. Adakalanya ia membukakan tangannya untuk memberi, sebentar lagi ia menadah tangan meminta-mintamu semula, umpama mahkota yang diletakkan di atas kepala seseorang hari ini lalu esoknya ia menyembamkan mukanya ke perut tanah. Sama sahaja baginya, apa yang kamu belanjakan dan apa yang kamu simpan. Sama sahaja kamu menambah apa yang sisa di tanganmu dan apa yang engkau belanjakan, ataupun engkau rela menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Pendek kata dunia itu kesemuanya tetap tercela juga.

Sumber:

Kitab Mukashafah Qulub

Imam Ghazali

Siapakah itu Mujaddid dan apa peranan mereka?

Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja. Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka. Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola. Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekali gus hilang kekuatan umat Islam.

Siapa itu Mujaddid?

Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.' Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dab Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.

Peranan Mujaddid.

Setiap Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang paling utama dizaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz masaalah besarnya ialah kepimpinan. Maka Beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan. Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula bekaitan dengan memahami hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh. Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai penggabungan ilmu atau menyatukann ilmu. Dan begitulah seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah swt.

Kita berada diawal kurun ke 15.

Seorang Mujaddid telah muncul diawal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat. Mujaddid akhir atau Mujaddid bongsu ini ada keistimewaan tersendiri. Diantaranya Mujaddid bongsu ini diberi kuasa pemerintahan. Perjuangannya bensambung kezaman empayar Islam pimpinan Al Mahdi. Beliau juga adalah orang kanan Al Mahdi bergelar Putera Bani Tamim(PBT). Perjuangan PBT bersama Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel. Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid termasuk PBT yang sangat tidak difahami oleh para ulama sezaman kecuali diri Mujaddid itu sendiri faham kerana difahamkan secara ilham oleh Allah swt. Di kalangan Mujaddid hanya dua orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid bongsu Putera Bani Tamim di kurun ke 15 ini. Peranan PBT ini amat besar kerana dizamannya umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah dizaman Mujaddid terdahulu semuanya terhimpun dizaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid bongsu ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masaalah yang banyak serta berbagai jenis itu.

Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu ini namun gagal?

Yahudi gagal memusnahkan Putera Bani Tamim kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal perjuanganya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan PBT itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap PBT serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid PBT ini. Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka PBT serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi.

Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah dizaman ini. Kerana melalui pimpinan PBT serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan.


Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh PBT dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan PBT. Malang sungguh umat Islam termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga Bush juga berusia panjang agar dia dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan PBT dan kebenaran Islam. Juga agar Bush dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Bush sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel

Hijrah, Tajdid dan Mujaddid


Matan hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا.

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kepada umat ini pada awal setiap seratus tahun orang yang akan memperbaharui (mengislah/mentajdid) baginya agamanya." (Hadith riwayat Abu Dawud: 3740, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain: no. 8592. Al-Baihaqi, Al-Bazzar, At-Tabarani, Abu Nu’aim dan lain-lain).


Huraian hadith:
Proses memperbaharui (islah atau tajdid) dalam hadith berkenaan adalah bertujuan bagi mengembalikan umat Islam kepada pegangan Islam yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, dan mengeluarkan mereka dari kepincangan dan kekotoran yang menyelaputi agama mereka. Maka sejak berzaman kita saksikan, setiap kali umat Islam mengalami kemunduran, maka Allah s.w.t. akan melahirkan individu atau golongan dalam umat Islam yang mewakafkan hidup mereka demi membaikpulih umat Islam, memulihara dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Definisi yang sebenar kepada perkataan tajdid sebagaimana yang dibawa oleh sunnah dan diperkatakan oleh ulama' Islam dan para fuqaha' ialah: ”Menghidupkan batu tanda agama setelah ia tertimbus, menyambung apa yang terburai, menerangkan sunnah daripada bidaah, dan menghidupkan amalan yang dipelajari daripada al-Quran dan sunnah”.

Berkata Syeikh al-Ghazali dalam menerangkan makna sebenar istilah ini: "Tajdid ialah mempertahankan usul daripada apa yang merobeknya, menggilapnya daripada kesamaran yang menyelubung, menjernihkannya daripada kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian sehingga hilang segala kotoran atau menyapu debu yang melitupi gambar yang terbiar lama tanpa penjagaan."

Tajdid dalam Islam ialah kembali kepada asal yang unggul yang menjadi sumber kemuliaan manusia iaitu al-Quran dan sunnah. Ia tidak mungkin difahami kecuali dengan mendekatkan diri dengan tokoh-tokoh ikutan yang membebaskan diri hanya untuk kebenaran, serta menjulang panji-panji ini. Mereka adalah pelopor kebaikan dan sebagai rahmat kepada manusia. Mereka adalah ukuran keadilan dan neraca kemuliaan kepada umat manusia. (Rujukan: protajdid.blogspot.com )

Penentuan Mujaddid

Hadith di atas ini menyatakan kepada kita bahawa Allah akan membangkitkan kepada umat ini di awal setiap seratus tahun orang yang akan memperbaharui (mengislah atau mentajdidkan) baginya agamanya. Apabila para ulama di zaman tabi’in mengangkat Khalifah ’Umar bin ’Abdul ’Aziz yang lahir pada tahun 60H dan wafat pada tahun 101H sebagai mujaddid tanpa ada pertikaian mengenainya, maka dapat kita fahami bahwa kefahaman ulama salaf terhadap hadith ini ialah seorang mujaddid itu mestilah hidup di akhir suatu kurun sehingga ia meninggal dunia di awal kurun yang berikutnya.

Bagaimanapun sebahagian ulama yang terkemudian meluaskan lagi kefahaman dalam menentukan siapa mujaddid ini sehingga ulama yang meninggal dunia di pertengahan kurun berikutnya pun masih dianggap mujaddid, bukan sekadar di awal kurun. Misalnya Syeikh Badruddin al-Hasani (w. 1354H) di Syam disebut oleh ramai ulama Syam sebagai tokoh mujaddid dalam kurun ke-14H. Jika demikian, antara 1 – 60 tahun pertama dalam suatu kurun itu adalah tempoh kemunculan mujaddid. Tempoh yang lama ini nampaknya memberi peluang kepada ramai tokoh untuk dapat diangkat sebagai mujaddid!

Kefahaman yang luas demikian mungkin dapat dipertikaikan, kerana tokoh-tokoh yang cemerlang sentiasa muncul dalam setiap masa dan sepanjang zaman yang mungkin dapat diangkat sebagai mujaddid, sama ada di awal kurun, pertengahan separuh pertama, pertengahan kurun, pertengahan separuh kedua dan juga akhir kurun. Ini bersesuaian dengan hadith:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ. [رواه البخاري (6767) عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، ومسلم (3544) عَنْ ثَوْبَانَ، واللفظ له]

Terjemahan: “Sentiasa ada satu kumpulan di kalangan umatku yang zahir di atas kebenaran, tidak memudaratkan mereka orang yang meninggalkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah (hari kiamat) sedang mereka tetap berkeadaan demikian”.

Justeru, kefahaman ulama salaf terhadap hadith tersebut perlu diambil kira. Berdasarkan kepada penelitian umum, kebanyakan ulama mengangkat seseorang tokoh itu sebagai mujaddid di antara 1 – 30 tahun pertama sahaja atau lebih sedikit dalam sesuatu kurun itu. Ketika penulis menulis huraian ini (1hb. Muharram 1431H), kita sudahpun melangkaui 30 tahun pertama kurun ke-15H ini. Ia bermakna, tokoh-tokoh mujaddid ummah ini sudahpun muncul serta telah meninggal dunia dan bakinya mungkin masih hidup pada masa ini. Antara tokoh yang masih hidup yang dikatakan sebagai mujaddid ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi.

Kebanyakan ulama juga berpendapat bahawa mujaddid itu tidak semestinya satu orang sahaja. Bolehjadi mujaddid itu ramai bilangannya. Bolehjadi juga ia mewakili berbagai bidang keilmuan seperti bidang fiqh, hadith, tafsir, akidah, usul, tasawuf dan sebagainya. Bolehjadi juga ia mewakili sudut politik, ekonomi, sosial, sains dan lain-lainnya. Bolehjadi juga ia mewakili sesuatu tempat atau suatu negeri. Dan bolehjadi juga ia mewakili suatu mazhab atau suatu kelompok. Pendapat ini adalah lebih tepat, kerana ketokohan individu seperti Khalifah ’Umar bin ’Abdul Aziz yang memiliki kesemua kriteria mujaddid dari segi politik, sosial, ilmu, kerohanian dan pembangunan ummah adalah sukar dicari tolok bandingnya sehingga sekarang.

Seperkara yang selalu juga bermain difikiran saya ialah jika Imam al-Mahdi yang akan muncul diakhir zaman itu juga adalah mujaddid, maka berkemungkinan masanya untuk muncul pada awal kurun ke-15 ini sudah berlalu (Allah lebih Maha Mengetahui). Walaupun setengah golongan yang tersesat sudahpun menentukan Imam al-Mahdi mereka sendiri seperti golongan Syiah dan al-Arqam di Malaysia. Jika benar demikian, bermakna Imam al-Mahdi mungkin akan muncul di akhir kurun ini dan terus lanjut hingga awal kurun berikutnya, iaitu kurun ke-16H (yakni sekitar tahun 1500H). Lintasan minda ini hanya sekiranya kita mengambil kira pendapat Imam al-Suyuti - berdasarkan riwayat-riwayat hadith - bahawa tempoh umur umat Islam ini ialah sekitar lebih kurang 1500 tahun atau lebih sedikit sahaja!!! والله أعلم

Ya Allah, ampuni kami...ampuni kami... tetapkan kami di atas jalan-Mu.

Login or register to post comments Feed: http://sawanih.blogspot.com/ Original article

Monday, September 12, 2011

Program Halaqah bersama iaitu Al-'Alim Al-'Allamah Al-Arif Billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy.

As Salam,



Program Halaqah bersama  iaitu Al-'Alim Al-'Allamah Al-Arif Billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy.

Program Majlis Ilmu - Umum 
Tarikh : 13/09/2011(Selasa)
Selepas ini tiap-tiap hari Selesa pada setiap minggu.
Tempat : Pondok Padang Temu , Melaka 
Semua muslim / muslimat di jemput hadir.

Marilah kita menjayakan program ini. Minta sebarkan kepada rakan-rakan musliam di tempat anda dan moga-moga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bersama-sama menjayakannya.

Sekian
Otam

Thursday, September 08, 2011

Halaqah bersama Al-'Alim Al-'Allamah Al-Arif Billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy.

 As Salam,

Tuan , Puan , Saudara , Saudari

Di sini saya ingin memanjangkan Program Halaqah yang akan diadakan bersempena kehadiran salah seorang orang ulama yang TERALIM di dunia buat masa kini iaitu Al-'Alim Al-'Allamah Al-Arif
Billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy.

Maklumat lengkap tentang program ini, seperti berikut :-
Program Halaqah 1 – Tarikh : 6/09/2011(Selesa)
Masa : Lepas Sembahyang Maghrib
Tempat : Dewan Bistari , AsmaVilla , MITC . Air Keroh , Melaka
(DAH SELESAI DIJALANKAN ) ,TAHNIAH KEPADA YANG DATANG

Program Halaqah 2 – Tarikh : 9/09/2011(Jumaat)
Masa : Solat Subuh - Majlis Zikir , Selawat & Majlis Ilmu
Tempat : Banglow Cheng Perdana , Jalan BJ 2 , Cheng Perdana ( Belakang Stesyen Petronas , Cheng)
Tel : 019-3478968


Penganjur Program :-
PERTUBUHAN MURID-MURID KITAB TURATH NEGERI MELAKA (www.pmkt.com.my)
Pentadbir Pondok Pdg Temu . Pondok Kemenkang , Pondok Alai
Pondok Bukit Durian & Pondok Batu Gajah – dalam Pembinaan , mohon bantuan kewangan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ustaz Mazlisan Bin Mustafa 019-3478968.

Marilah kita menjayakan program ini. Minta sebarkan kepada rakan-rakan musliam di tempat anda dan moga-moga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bersama-sama menjayakannya.

Sekian
Otam

Tuesday, September 06, 2011

Generasi Rabbani

TARBIAH DAN PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI


July 26th, 2008 Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Kalimah Rabbani digunakan oleh Syeikh Said Hawa dalam satu risalah kecilnya “إحياء الربانية” (Menghidup kembali generasi Rabbani)[1] bagi menggambarkan generasi yang akan menyelamatkan Islam pada masa kini. Beliau berpandangan, hanya generasi Rabbani yang mampu diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam di zaman moden ini setelah sekian lama ia mengalami keruntuhan.



Siapakah generasi Rabbani ?



Kalimah Rabbani( الرباني ) bersandar kepada kalimah Rabb ( الرب) yang bermaksud Tuhan. Rabbani dapat dimaknakan dalam bahasa Melayu dengan “Ketuhanan”. Generasi Rabbani dari segi maknanya bermaksud generasi Ketuhanan.



Secara lebih nyata; generasi Rabbani ialah generasi yang menyandarkan diri mereka kepada Tuhan di mana mereka hidup untuk melaksanakan matlamat yang ditetapkan Allah, mencari kerdhaanNya semata-mata, mereka menjalani kehidupan di atas manhaj Allah (yakni Islam) dan mereka bermati-matian memperjuangkan manhaj tersebut dengan mengorbankan apa sahaja yang ada pada mereka sama ada harta, tenaga dan jiwa raga mereka.



Generasi rabbani adalah generasi muslim sejati. Mereka bukan sekadar beramal dengan Islam tetapi juga bekerja untuk menegakkan Islam (yakni menjadi Amilin Islam). Mereka tidak hanya menjadi penyokong kepada Harakah Islam, tetapi juga adalah pendokong dan tunggaknya. Contoh unggul bagi generasi Rabbani ini ialah para sahabat yang dididik dan ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w..



Ciri-ciri golongan Rabbani



Golongan Rabbani (ketuhanan) di dalam al-Quran diungkapkan Allah tentang mereka dengan memakai beberapa istilah antaranya; al-Mukminun[2], al-Muttaqun[3], al-Muflihun[4], Hizbullah[5], Ansarullah[6], ‘Ibadur Rahman[7], Orang-orang yang bersama Muhammad[8] dan sebagainya.



Antara ciri-ciri mereka -sebagaimana yang dibentangkan Allah di dalam al-Quran- ialah;

1. Beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lainnya.

2. Mendirikan Solat dan menjaganya.

3. Membayar zakat dan bersedekah.

4. Yakin dan beramal dengan al-Quran.

5. Nenjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia.

6. Menjaga kehormatan dirinya (dari zina dan sebagainya).

7. Menjaga amanah dan janjinya.

8. Berjalan di muka bumi dengan sopan santun (yakni tidak angkuh dan bongkak).

9. Tekun mengerjakan ibadah di malam hari.

10. Berdoa kepada Allah agar dijauhkan azabnya.

11. Bersederhana dalam membelanja harta (tidak boros dan tidak bakhil).

12. Tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

13. Tidak membunuh tanpa hak.

14. Tidak menghadiri tempat-tempat maksiat.

15. Memberi perhatian kepada peringatan Allah.

16. Berdoa kepada Allah agar dikurniakan pasangan dan anak yang baik dan menjadi ikutan kepada orang bertakwa.

17. Dicintai Allah dan menyintai Allah.

18. Bersifat lemah-lembut (kasih sayang) kepada orang beriman.

19. Bersikap tegas kepada musuh Islam.

20. Berjihad di jalan Allah tanpa takut celaan sesiapapun.

21. Memberi wala’ sepenuhnya kepada Allah, Rasul dan kepimpinan orang beriman.

22. Sabar dalam berhadapan dengan segala kesukaran dalam mentaati Allah.

23. Al-Musabarah (meningkatkan ketahanan dalam menghadapi musuh).

24. Ar-Ribath (Sentiasa berjaga-jaga dan bersiap-sedia menghadapi musuh).

Monday, September 05, 2011

Belasungkawa: Tuan Guru Haji Hashim, Pondok Pasir Tumboh












Ahad, 4 September 2011


إِنَّا للَّهِ وَإِنَّـآ إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Selepas sholat dzuhur, 1 Syawwal 1432H, al-fagir menerima sms yang membawa khabar sedih. Tuan Guru Haji Hashim, Pasir Tumboh telah kembali kerahmatuLlah sebentar tadi …...., begitulah ayat sms yang diterima. Terkedu seketika, perasaan sebak menyelubungi diri. Airmata terus mengalir tanpa dipaksa. Allahu Allah …..

21 Syawwal tahun lalu, Tuan Guru Haji ‘Abdul Lathif @ Pak Teh Kroh pergi meninggalkan kita. Hari ini kita mendapat khabar pemergian Tuan Guru Haji Hashim pula. Seorang demi seorang ulama kita berpergian, sampai pada akhirnya tidak ada lagi yang dapat mengantikan mereka, kerana hilangnya mereka amat susah untuk mendapat penggantinya.

Ya, kita mampu mengeluarkan ribuan sarjana, kita mampu mengeluarkan beratus-ratus pemikir Islam, tapi apakah kita mampu mengeluarkan ulama-ulama yang alim dan rabbani? Maka akhirnya nanti tinggallah orang-orang bodoh yang mengaku ulama, berpakaian seperti ulama, bergaya persis ulama, tetapi tidak memiliki ilmu dan akhlak seperti seorang ulama, lalu mereka akan menjawab segala pertanyaan masyarakat awam yang haus dengan ilmu pengetahuan, sehingga mereka sesat lagi menyesatkan.

Benar sekali sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sepertimana yang diriwayatkan oleh Sayyiduna Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)


Pemergian mereka ini merupakan musibah bagi kita dan umat Islam seluruhnya. Di dalam sebuah hadits yang di riwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim (yang ber’amal dengan ilmunya) adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu qabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.


Kata Sayyiduna ‘Umar رضي الله عنه: Kematian 1000 abid (ahli ‘ibadah - yang jahil -) yang bangun di malam hari dan berpuasa di siang hati, lebih ringan daripada kematian seorang ulama yang memahami hal-hal yang dihalalkan dan yang diharamkan oleh Allah.


Para ulama yang berjasa ini, walaupun mereka telah pergi, namun jasa dan sumbangan mereka, kenangan bersama mereka tetap segar di dalam ingatan. Mereka tetap hidup dihati-hati para pencinta mereka.


قدمات قوم وماماتت مكارهم * ومات قوم وهم في الناس أحياء
فالجاهلون مواتي قبل موتهم * والعالمون وإن ماتوا فأحياء



Telah mati satu kaum namun tidak mati kemuliaan mereka
Dan telah mati satu kaum, namun mereka hidup diantara manusia
Maka orang-orang yang jahil, mereka adalah mayat sebelum kematian mereka
Sedangkan para ulama (orang-orang 'alim), walaupun telah mati mereka itu namun tetap hidup - di hati manusia


Sebagai kenangan, al-Fagir bawakan sedikit biografi Tuan Guru Haji Hashim untuk tatapan bersama.


Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar lahir di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada tahun 1923. Ayahanda beliau berasal dari Fathani Darus Salam, berhijrah ke Kedah Darul Aman dan berkahwin dengan anak tempatan. Pada tahun 1935, ketika berusia 12 tahun, beliau dihantar oleh keluarga beliau untuk belajar di Darul Ulum, Makkah al-Mukarramah. Beliau belajar di Makkah sehingga tahun 1939. Selain belajar di Darul Ulum, beliau juga mengambil peluang belajar di Masjidil Haram, Makkah daripada ulama-ulama terkenal ketika itu. Guru beliau ketika belajar di Makkah, antaranya, Syeikh Yasin al-Fadani, Syeikh Hasan Masyath, Syeikh ‘Abdul Qadir al-Mandili dan lain-lain.


Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1939, beliau menyambung pengajiannya di pondok Tuan Guru Haji Ghazali, Batu 26, Bagan Datoh, Perak Darul Ridhwan atau di kenali dengan Madrasah Irsyadiah. Namun beliau tidak sempat belajar lama disana kerana kehadiran tentera Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1941. Beliau kembali ke Kedah. Seterusnya beliau belajar pula di pondok Tuan Guru Haji ‘Abdul Rahman bin Haji ‘Abdullah di Merbok, Kedah atau di kenali dengan nama Madrasah Sa’adah ad-Darain, pada tahun 1942. Kemudian pada tahun 1944 beliau belajar di Pondok Lebai Idris, Kampung Air Hitam, Jitra, Kedah selama 2 tahun. Beliau seterusnya menyambung pengajiannya di pondok Bunut Payong. Pondok ini diasaskan oleh Tuan Guru Haji ‘Abdullah Thahir bin Haji Ahmad pada tahun 1931 dan merupakan diantara pondok terbesar di Kelantan dan melahirkan ramai tokoh ulama. Pengasas pondok ini adalah merupakan murid kepada Tok Kenali. Ketika di pondok inilah beliau belajar kepada 2 orang guru yang kemudian muncul sebagai ulama besar dan pengasas kepada pondok terbesar di Kelantan, iaitu Tuan Guru Haji Musthafa bin Haji Abu Bakar dan adik beliau, Tuan Guru Haji ‘Abdul ‘Aziz bin Haji Abu Bakar.

Pada tahun 1953, Tuan Guru Haji Hashim berkahwin dengan adik Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji ‘Abdul ‘Aziz bin Abu Bakar. Tuan Guru Haji Hashim mengambil alih kepimpinan menerajui pondok Pasir Tumboh pada tahun 1987 iaitu setelah kewafatan Tuan Guru Haji ‘Abdul ‘Aziz bin Haji Abu Bakar yang meninggal dunia pada 17 Jun 1987/20 Syawwal 1407. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hashim, Pondok Pasir Tumboh mengalami pembangunan fizikal yang selari dengan arus kemodenan, namun tetap mengekalkan pengajian secara tradisional.

Oleh kerana sumbangan yang besar Tuan Guru Haji Hashim dalam memartabatkan institusi pondok dan melahirkan ramai ulama pelapis, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 1428H peringkat negeri Kelantan Darul Na’im. Dan pada Mac, 2010, beliau dianugerahkan gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) yang mebawa gelaran Dato’ Paduka, oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kini menjadi sultan Kelantan Darul Na’im dengan gelaran Sultan Muhammad V).


Selasa, 1 Syawwal 1432H, Tuan Guru Haji Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah lebih kurang 2 tahun terlantar sakit. Ribuan yang datang menziarahinya dan menyembahyangkan jenazah beliau dengan diimamkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Turut serta menyembahyang beliau adalah Sultan Kelantan Darul Naim, Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim.
الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم والى روح الشيخ الحاج هاشم بن أبي بكر القدحي


الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين


Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.


Semoga patah tumbuh hilang berganti …. Biarpun yang tumbuh atau yang ganti itu tidak sehebat yang telah pergi ……… al-Fagir memohon ampun maaf andaikata ada kesalahan atau kesilapan fakta. Semoga para pengunjung sudi untuk membetulkannya.


Bagi mereka yang ingin untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an untuk al-Marhum Tuan Guru Haji Hashim, bolehlah daftar disini. Foto upacara pengkebumian al-Marhum Tuan Guru Haji Hashim boleh dilihat disini.



Sekian,
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
jum’at, 4 syawwal 1432H
taman seri gombak, selangor darul ehsan

Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki menyuapkan air kepada Tuan Guru Haji Hashim ketika menziarahi beliau.


Guru Mulia Habib Umar bin Muhamad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim menziarahi Tuan Guru Haji Hashim di kediamannya di Pondok Pasir Tumboh

Tuan Guru Haji Hashim diziarahi oleh as-Sayyid Ahmad bin Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani dan Tuan Guru Haji Haji 'Abdul 'Aziz al-Fathani

INILAH SAHABAT NABI YANG JENAZAHNYA DIMANDIKAN OLEH MALAIKAT

INILAH SAHABAT NABI YANG JENAZAHNYA DIMANDIKAN OLEH MALAIKAT Hanzhalah bin Abu Amir  adalah anak pemimpin suku Aus yang terbilang kay...