Tuesday, August 02, 2011

Tuan Guru Al-Mursyid Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif

TERKINI.........................

PROGRAM BERSAMA TUAN GURU SHEIKH MURSYID DI MELAKA (UMUM)

1.surau ust rosanan , tanjung bidara , melaka  pada 18/8
2.masjid pdg temu , melaka pada 19/8
3.masjid selat , melaka pada 25/8
4.surau kg lapan, melaka pada 26/8
5.surau at takwa , serkam , melaka pada 27/8

........................................................................................................................




As Salam, 

Ramdhan Kareem .


Adalah dimaklumk , bahawa bumi Malaysia , insyallah aakan didatangi oleh  AL-'ALIM 'ALLAMAH
AL-'ARIF BILLAH Al-MURABBI AL-MURSYID AL-SYEIKH PROF. DR. MUHAMMAD ABDUL LATIF BIN MUHAMMAD SOLEH AL-FARFOUR AL-HASANIYY AL-DIMASYQIYY DAN AHLI JEMAAHNYA SERAMAI 13 ORANG dari syria 
di bulan Ramadhan 1432H ini. 

Di sertakan makluman biodata Tuan Guru:-
Al-'Alim Al-'Allamah Al-„Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.

Maka , disini kekuatan yang Allah S.W.T. kurniakan kepada tuan guru, Al-‟Alim Al-Al-‟Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy dalam pembentukan sakhsiyyah diri dan kegiatan ilmu beliau.
Al-Fadhil Al-Alim Al-’Arib billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy
Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha‟ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.
Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Ulamak yang lebih banyak menghulurkan tangan bimbingan ilmu kepadanya ialah bapanya sendiri, iaitu sohibussamahah murabbi agung al-„allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqeh (alim feqah), usuliyy (alim ilmu usul feqah), mutakallim (alim ilmu tauhid) dan nazzor (alim ilmu munazorah) – moga Allah merahmati dan meredhainya – . Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-„allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri „Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, – moga Allah merahmatinya –, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh „Alwi „Abbas Al-Malikiyy – moga Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya keatas mereka dan selain mereka.
Mendapat pengajian awal di sekolah rasmi dengan cemerlang sehingga berjaya menyambung ke peringkat universiti dan menamatkan pengajian dalam bidang syari‟ah melalui penulisan tesis kajian berbentuk ilmiah di Universiti Syria, Damsyik. Seterusnya, tuan guru melengkapkan pengkayaan ilmunya di Universiti Al-Azhar yang ulung, dan berjaya pada peringkat Sarjana Muda (BA) Undang-undang dengan kepujian, Sarjana (MA) Feqah Perbandingan dengan Undang-undang (1972M)
5
melalui satu tesis kajian ilmiah yang dibentang dan dibahasnya dibawah tajuk “Teori Istihsan dalam Perundangan Islam dan Kesannya Terhadap Masolih Mursalah” dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama. Pada tahun 1978M, tuan guru telah membentangkan satu lagi tesis ilmiahnya di bawah tajuk “Ibn ‟Aabidiin dan Kesannya Terhadap Feqah Islami – Satu Kajian Perbandingan dengan Undang-undang”. Tesisnya ini telah dibahas dan diperdebat secara terbuka oleh barisan panel yang diketuai oleh al-„allaamah agung, al-marhum Syeikh Profesor Dr. Abdul Ghani Muhammad Abdul Khaleq – moga Allah merahmatinya –. Panel itu dianggotai oleh beberapa orang ulamak besar universiti yang rata-ratanya merupakan ulamak agung Syari‟ah Islam, dan satu barisan tokoh undang-undang. Senat Universiti pada 26hb. Julai 1978 telah menanugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan keputusan (Kepujian Kelas Pertama, dan permintaan agar dicetak tesisnya itu dengan tanggungan daripada pihak universiti untuk dijadikan tesis tukaran diantara universiti-universiti dunia) oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.
Tuan guru sentiasa mengajar dalam kelas-kelas ilmu dan kelas-kelas umum, dan menyampaikan kuliah ilmu tentang syari‟ah, Bahasa Arab dan Usuluddin. Tuan guru telah mengasaskan satu pergerakan ilmu yang telah melahirkan barisan pekerja yang terpilih dan membuahkan hasil yang cukup baik. Tuan guru mempunyai kelas-kelas ilmu untuk orang awam di beberapa buah masjid, antaranya Masjid Jami‟ Al-Saadaat Aqsob, Damsyik dan Masjid Jami‟ Al-Darwisyiyyah, Damsyik .
Kegiatan tuan guru amat banyak, antaranya ialah:-
1. Gerakan ilmu seperti pengasasan Mujamma, Masjid Al-Aqsoob Al-Islami.
2. Majma‟ Ilmiyy ‟Aali telah diwujudkan di bawah Mujamma‟ ini pada tahun 1410H / 1990M, dimana sekitar 80 orang profesor daripada serata dunia Islam dan Arab telah menjadi ahli anggota majlis tertingginya.
3. Pembentukan sebuah akademi ilmu peringkat pengkhususan dengan nama “Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam” telah dilahirkan di bawah Mujamma‟ ini.
4. Maahad al-Quran dan Pusat Qiraat dengan nama “Pusat Qiraat Al-Quran Al-Allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy”.
5. Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam mempunyai tiga peringkat pengajian, iaitu Ijazah pertama atau Sarjana Muda (BA), Ijazah Pengkhususan atau Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D).
6. Menulis tesis dan artikel dalam pelbagai bidang dan tajuk, dan tulisan-tulisannya itu kebanyakannya telah diterbitkan oleh beberapa majalah, seperti:- Majalah Majma‟ Al-Lughah Al-Arabi, Damsyik. Majalah Al-Faisal dan Majalah Al-Arabiyyah, Saudi Arabia. Majalah Nahj Al-Islam, terbitan Kementerian Agama, Republik Arab Syria. Majalah Ath-Thaqafah Ad-Dimasyqiyyah (bulanan). Majalah At-Tamaddun Al-Islami, Damsyik.
6
Majalah Al-Mauqif Al-Adabi, Syria. Majalah Tisyriin (Mingguan). Majalah Tisyriin Timur Tengah.
7. Memberi ucapan dan membuat pembentangan dalam beberapa Persidangan Antarabangsa yang dihadirinya seperti:-
Persidangan Penubuhan Akademi Feqah Islam Antarabangsa Mekah Al- Mukarramah pada bulan Jun, 1983M. Tuan guru menjadi ketua rombongan (lantikan khas daripada Presiden) yang terdiri daripada beberapa orang menteri dan ketua-ketua kementerian negara menghadiri persidangan ini. Akademi Feqah Islam Antarabangsa (Jedah). Tuan guru merupakan salah seorang anggota pengasas, dan ahli tetap akademi di atas kapasitinya sebagai wakil Republik Arab Syria dan Ketua Bahagian Perancangan Akademi yang disandangnya sejak awal tahun 1404H / 1983M lagi. Forum Pemikiran Islam Antarabangsa, Algeria sebagai Profesor Pembentang dengan kedudukannya sebagai tetamu rasmi Kerajaan Algeria selama beberapa siri. Pada tahun 1988M pula, tuan guru dijemput sebagai Profesor Pelawat ke Jabatan Pengajian Peringkat Sarjana, Universiti Algeria. Tuan guru juga – atas jemputan rasmi – telah melawat negara Mesir, Jordan, Palestin, Lubnan, Arab Saudi, Algeria, Brunei, Oman, Kuwait, Turki, Iran, Sudan, Maroco, Bahrain, dan Qatar sebagai Profesor Pelawat ke universiti-universiti mereka dan sebagai anggota kepada beberapa persidangan ilmiah yang pelbagai, dan menyampaikan kuliah di beberapa buah universiti negara Arab. Tuan guru juga – beberapa kali – telah menghadiri beberapa siri persidangan ulamak sufi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh beberapa buah negara lain, antaranya negara Malaysia.


PERTUBUHAN MURID-MURID KITAB TURATH
NEGERI MELAKA (PMKT)
NO. 236-1, KM 5, KAMPUNG PADANG TEMU,
75050 MELAKA.
Tel : 06-2841695 Fax : 06-2841698

Nota : 08-09/11/2011 akan diadakan majlis berbuka puasa , Solat Terawih , Hadarah dan Bai'ah di Pondok Pdg Temu , Melaka 

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda