Friday, August 26, 2011

Kenapa Ramai Muslimah Degil Tidak Mahu Labuhkan Baju Mereka ?

Ini bukan entri lucah. Ini kebenaran yang pedih dan pahit.

Wanita Islam sekalian. Labuhkanlah baju yang anda pakai sehingga ke paras bawah punggung. Sememangnya itulah yang diarahkan di dalam syariat Islam dan juga yang beribu kali ditegur oleh para ustaz ustazah. Namun, apa yang dapat kita lihat di dalam masyarakat Malaysia, ramai wanita Islam, khususnya yang Melayu mengambil ringan akan isu baju sendat dan singkat ini dan tidak berasa risau menayangkan bentuk punggung mereka kepada lelaki bukan muhrim di tempat awam.

Ada hikmah Islam menyuruh setiap Muslimah agar melapangkan dan melabuhkan pakaian yang dipakai mereka. Sebab paling jelas ialah kerana punggung adalah bahagian tubuh wanita yang digilai secara seksual oleh para lelaki yang normal selain daripada buah dada dan faraj wanita. Disebabkan itu, Islam mahu setiap wanita Islam memelihara dan melindungi bahagian itu daripada dinikmati oleh mata-mata lelaki yang bukan suami mereka.

Punggung berisi, sengaja pakai baju yang singkat. Wanita yang lebih gedik pula akan sengaja memadankannnya dengan seluar slack atau jeans sendat untuk lebih menyerlah. Di manakah sensiviti agama dalam soal berpakaian di kalangan wanita-wanita kita hari ini ? Ramai wanita Islam kita mengikutkan rasa hati mereka yang mahu berlumba-lumba mempertunjukkan keindahan rupa bentuk badan masing-masing. "Lihatlah dunia, buah dadaku yang besar dan punggungku yang gebu !" kata hati mereka.

Wanita jenis apakah yang merasa bangga diri apabila ramai lelaki yang berselisih terpaku biji mata dan memfantasikan keseksian bentuk buah dada dan punggung yang mereka sengaja pamerkan di khalayak ramai ? Tidak rasa segan. Tidak rasa malu sebaliknya rasa bangga dan berkeyakinan pabila ramai lelaki di luar memandang mereka dengan penuh nafsu seksual. Adakah wanita yang bermaruah wajar berkelakuan sebegini rupa ?

Biarkan hanya suami yang tersayang sahaja yang boleh melihat keindahan fizikal tubuh badan anda terutama sekali bahagian punggung tersebut. Fikir-fikirkan !

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda