Sunday, May 15, 2011

BANTULAH KAMI DI PONDOK PDG TEMU , MELAKA

 As Salam,


Dengan izin Allah SWT , mereka nie terdiri daripada ustaz pondok dan para pelajar menubuhkan PERSATUAN MURID - MURID KITAB TURATH (PMKT).

Dengan inzin Allah SWT , berbekal tanah sewa selama 12 tahun dan tapak pondok seluas 1.5 ekar , mereka berjaya membangun sebuah musaalla untuk kapasiti 300 orang ( Tapak Kekal telah diwakafkan) , 4 unit rumah ustaz/ ustazah dan 40 pondok , sebuah asrama pelajar muslimat. kantin , dapur masak , 4 buah wakaf ( Tapak sewa) dengan sumbangan muslim dan muslimat sahaja dari segi wang tunai ,bahan binaan , kayu terpakai (roboh rumah lama), peralatan & terpakai .

Kini pondok pdg temu (pusat Operasi PMKT) berjaya menempatkan hampir 80 pelajar terdiri daripada kalangan anak yatim, fakir miskin. (Ada kalangan pelajar telah tidak diterima sekolah kebangsaan , nakal , bergaduh ,  lari pada rumah , pergaulan sosial ...kini mereka menjadi hamba Allah ).....maaf kat sini ..hand phone akan di rampas , tiada TV , Tiada hiburan melalaikan .....mereka akan dibelai dengan kasih sayang ..kerja-kerja amal.....Selawat , Zikir selain pengajian.


Kini, bagi menyelamatkan warga emas / tua dari hanyut urusan dunia / anak - anak mencampakan makbapa mereka / tak peduli ..................PMKT sedang membina beberapa pondok seperti berikut :-
1.Pondok di Kemenkang Jasin, buta masa kini akan diisikan untuk 30 -50 pelajar , kawasan pondok sedang di kepung ..................selepas nie apabila pondok batu gajah siap ..........pondok ini akan diisikan dengan golongan usia emas yang akan diajarkan ilmu Al Quran , Hadis ,  fekah , tauhid , tasawuf .......ini bukan rumah org tua 

2. Pondok Alai (pusat latihan kepada pelajar pondok untuk mengasah bakat mereka bagi mengajar untuk pengajian Al Quran untuk penduduk setempat......fokus kepada kanak-kanak dan golongan dewasa ...Kini sedang dibaik pulih 2 unit rumah usang......

3. Pondok Batu Gajah , merlimau melaka , yang akan menempatkan hampir 500 pelajar ( Keluasan tanah 3 ekar) , tepi highway dari Melaka/ Merlimau - Muar/ Johor.Segala bentuak bantuan adalah dihargai......Fokus Pelajar adalah Anak2 Yatim , Fakir Miskin ...dan selebihnya pelajar biasa ....yang mana berjaya akan ditemuduga tauliah mengajar di Melaka atau ke Indonesia , Mesir dan Syria.



Keterangan sila rujuk http://www.pmkt.com.my/


Segala sumbangan kewangan , peralatan , kayu - kayan , bahan binaan, kayu terpakai , kenderaan dan sebagai yang boleh meneruskan amal jariah tuan / puan adalah sangat - sangat dialukan.


Sekian
Otam67

1 comment:

ツ Nur Arifah ツ said...

Assalammualaikum..

Saya mahu bertanyam harap ustaz dapat membalasnya,

Saya ingin masukkan anak saya kesini kerana anak saya tidak pandai sangat membaca al-quran dan membaca jawi.
Jadi boleh kah saya memnghantarnya kesini ? Ustaz terima tak pelajar macam anak saya ini dengan kekurangannya ?
Dan lagi satu saya mahu bertanya, di pondok ini,ada tak mengajar mata pelajaran yang lain dan mengambil peperiksaan ?
ada ?

MAHAR BERUPA HAFALAN SURAH AN-NUR

Ketika Wanita Palestin Ini Sign Sijil Nikah. Pengantin Lelaki Tutup Muka. Ini Puncanya Buat Ramai TERDUDUK Pernah viral gambar akad nik...