Saturday, March 05, 2011

10 Penyebab Keracunan Makanan.

Keracunan makanan selalu berlaku akibat daripada memakan makanan yang tercemar atau tidak cukup masak. Terdapat pelbagai makanan yang boleh menyebabkan anda mendapat cirit-birit, sakit perut atau penyakit lain-lain.

Sayur-sayuran hijau. Diakui sememangnya sayuran banyak memberi nutrient kepada badan. Tetapi sekiranya sayur-sayuran kegemaran anda yang tercemar ia mendatangkan keburukan. Selalunya ia tercemar daripada najis, air yang kotor ketika membasuh sayur atau tangan peniaga yang kotor. Pastikan anda cuci tangan sebelum memasak, gunakan air yang bersih dan peralatan dapur yang bersih.

Telur. Bakteria senang membiak dalam telur, terutamanya Salmonella sp. yang menyebabkan cirit-birit. Kalau boleh elakkan daripada memakan telur secara mentah.

Ikan tuna. Senang tercemar dengan scombrotoxin yang menyebabkan panas badan, sakit kepala dan kejang otot. Ikan tuna yang ditangkap dan tidak disimpan di peti sejuk untuk jangka masa yang lama akan menghasilkan toxin yang mana tidak boleh dihapuskan walaupun ikan tuna itu dimasak.

Tiram. Tiram tinggal didasar laut dan makan secara ‘filter’. Jika air yang di ‘filter’ tercemar, maka tiram akan turut sama tercemar. Keburukan yang akan menimpa akan terjadi sekiranya ia dihidangkan mentah atau tidak cukup masak.

Kentang. Kentang yang dimakan sebagai side dish boleh menyebabkan sakit perut. Semuanya disebabkan oleh bakteria yang dipindahkan daripada pekebun yang tidak menjada kebersihan.

Keju. Keju yang dimakan dirumah selalunya boleh memberi keburukan. Ia dicemari oleh bakteria Salmonella sp. yang mana bukan sahaja menyebabkan sakit perut tetapi juga keguguran bayi. Ibu-ibu mengandung tidak digalakkan untuk makan keju ketika hamil.

Aiskrim. Truck aiskrim yang dicemari bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit adalah punca kepada masalah ini. Hati-hati ketika membeli aiskrim yang dijual oleh penjaja yang menaiki motorsikal.

Tomato. Senang tercemar ketika berada di pasar. Tetapi jika ada dirumah pastikan ia disimpan dalam peti sejuk serta merta. Jangan biarkan bakteria yang ada terus membiak.

Taugeh. Secara praktiknya taugeh sangat bagus untuk tumbesaran kanak-kanak kerana sumber protein yang banyak. Tapi ia juga senang tercemar dan menyebabkan penyakit. Bakteria mudah membiak ketika di kebun kerana mendapat sumber air dan keadaan sekitarnya.

Strawberry. Pernah dikaitkan dengan Hepatitis di Mexico kerana tercemar.

Kesemua makanan yang disenaraikan hanyalah sebahagiaan daripada sumber makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Tidak semestinya makanan yang lain tidak akan mendatangkan keburukan. Kesemua makanan diatas senang untuk tercemar. Pastikan anda betul-betul menjaga kebersihan diri sendiri dan juga sekitar. Khidmat pesanan masyarakat dibawakan khas kepada anda semua./farmasi

Posted by tok_aji

1 comment:

Zaitun Palestine said...

Kes e-coli di Eropah ada kaitannya dengan taugeh.

Taugeh yang dihasilkan oleh orang-orang bukan Islam amat meragukan kerana mereka akan guna tangan mereka semasa proses pembuatan dan pembungkusan.

MAHAR BERUPA HAFALAN SURAH AN-NUR

Ketika Wanita Palestin Ini Sign Sijil Nikah. Pengantin Lelaki Tutup Muka. Ini Puncanya Buat Ramai TERDUDUK Pernah viral gambar akad nik...