Saturday, January 01, 2011

Tazkirah Hati - Kita tidak suka, tapi kenapa kita buat juga?

Waktu begini Saya ingin tarik perhatian sahabat dalam menyusuri tazkirah hati ini. Marilah kita renungkan bersama-sama semoga yang kurang akan dapat kita perbaiki, yang baik akan di permolekkan lagi yer.
Tazkiah Bagi Hati

* Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?

* Kita suka bila kita disanjungi, tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
* Kita tidak suka di caci, tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?
* Kita tidak suka dikhianati, tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
* Kita tidak suka dibenci, tetapi kenapa kita suka membenci orang?
* Kita tidak suka disakiti, tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?
* Kita tidak suka dipersalah, tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
* Kita tidak suka dikritik, tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?
* Kita tidak suka hak kita dirampas, tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?


untitled

Kalau kita ingin dihormati, kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain dahulu.

Kalau kita ingin dihargai, kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain.

Kalau kita ingin difahami, kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain.

Kalau kita ingin dikasihi, kita juga mesti belajar untuk mengasihi orang lain.

Kalau kita ingin disayangi, kita juga mesti belajar untuk menyanyagi orang lain.



* Kita suka bila kita dipercayai
* Kita suka bila kita dihargai
* Kita suka bila kita dihormati
* Kita suka bila kita dikasihi
* Kita suka bila kita difahami
* Kita suka bila kita disayangi
* Kita juga suka bila kita dipuji


Tetapi, kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan Pentadbir alam ini??

Kita juga sangat suka bila kita dicintai, tetapi kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati, Allah yang Maha Mengasihani?

Kenapa kita jadi begini? Ketuklah hati, tanyalah diri, koreksi peribadi. Salah orang lain atau diri sendiri?

Sekian.

Tulisan : Tuan Amir Adili Mohd Noor Al- Bashuqi (Tasik Huffaz DQ)

p/s- Ke semua jawapan itu ada pada diri sendiri. Maka ketuklah hati masing-masing.

No comments:

kenapa nazi marah sangat dengan bangsa yahudi

ADMIN 1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel? 2. Tahukah anda ...