Saturday, January 01, 2011

MENGAPA TIDAK PEDULIKAN MATI

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh

Satu perkara yang pasti kita akan hadapi tetapi kita tidak berapa pedulikan ialah MATI.Semua orang dulu dulu, Nabi, Rasul, raja, presiden, menteri, profesor,orang miskin, orang kaya sudah merasai mati.Tetapi mereka tidak berpeluang kembali untuk menceritakan kepada kita pengalaman mereka.Giliran kita bila pulak? Dan apakah persediaan yang patut kita lakukan?

Al Quran dan Hadis banyak sekali menceritakan tentang MATI dan kebangkitan dari MATI dengan sejelas jelasnya.

1. "Apakah manusia menyangka, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dipertanggungjawabkan dan di hidupkan kembaliuntuk menerima balasan)? Bukankah dia berasal dari air mani yang di pancarkan (kedalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis (sepasang): lelaki dan perempuan.Adakah (Tuhan Yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang mati? (Tentulah berkuasa)! (Surah Al Qiyamah Ayat 36-40)
2. " Tidak kah dia mengetahui, apabila di bangkitkan apa yang ada di dalam kubur.Dan didedahkan segala yang terpendam di dalam dada? Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikan Nya kepada) mereka pada hari itu. (Surah Al'Adiyat Ayat 9-11).
3. "Mereka (yang ingkar) berkata,"Apakah benar kita dikembalikan hidup saperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah kita (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang hancur? Mereka berkata lagi, "Kalau berlaku yang demikian, sudah tentu kembalinya kita itu satu perkara yang merugikan!". (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanya lah dengan satu tiupan (dari sangkakala yang kedua) sahaja.Maka dengan serta merta mereka berada hidup di muka bumi.(Surah Al Nazi'at Ayat 10-14)
4. Pada masa Jibril dan malaikat malaikat yang lain berdiri bersaf saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata kata melainkan sesiapa yang diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta dia berkata benar. Itulah hari yang pasti akan berlaku, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, nescaya dia mengambil jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya Kami telah memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa tibanya), iaitu hari seseorang akan melihat apa yang telah diusahakan nya dan orang yang kafir akan berkata, "Alangkah baiknya kalau aku dahulu adalah tanah." (surah Al Naba' Ayat 38-40)
5. Maka apabila malapetaka yang sangat dasyat (Hari kiamat) telah datang.Iaitu pada hari ketika manusia akan mengingati apa yang telah dikerjakan; Dan nerak di perlihatkan kepada sesiapa yang dapat melihatnya.Adapun orang yang melampaui batas.Dan dia lebih mengutamakan kehidupan dunia semat mata.Maka sesungguhnya neraklah tempat kediaman nya.Dan apapun orang yang takutkan kebesaran Tuhannya dan dia menahan dirinya daripada menurut keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya." (Surah Al Nazi'at Ayat 34-41)


Melalui Ayat Ayat Al Quran di atas kita di peringatkan dengan sejelas jelas tentang apa yang bakal berlaku kepada kita semua.

Apa pendapat Anda?

Rasulullah SAW menjawab ketika di tanya.Maksudnya "Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Rasulullah SAW menjawab "Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati MATI.
(Riwayat Ibnu Majah).

Yang mana kita perlu utamakan, nasib di dunia atau nasib di akhirat.Sebab orang yang kaya di dunia tetapi tidak bertaqwa akan miskin di akhirat.Miskin di dunia masih ada ruang untuk berikhtiar.Masih boleh mencari makan dan tempat tinggal.Tetapi kalau miskin di akhirat, dah tidak boleh buat apa apa.Tidak seorang pun yang akan simpati.

Maka kemiskinan dan penderitaan yang mana yang patut kita takut.Bertungkus lumus untuk dunia atau untuk akhirat yang kita mesti utamakan?

Kita patut utamakan urusan urusan akhirat.Sebab MATI boleh datang bila bila masa.Jika dia datang di kala kita belum bersedia maka menderita lah kita selama lamanya.Sedangkan hal hal dunia kalau tidak selesai hari ini esok boleh sambung lagi.Tidak mengutamakan dunia tidak akan menyebabkan kita rugi selama lamanya.
Contohnya kalau kita lewat lewatkan solat dengan sengaja kerana buat kerja dunia, tiba tiba sakaratul maut cabut nyawa kita ketika itu, Allah akan humbankan kita selama 40 tahun dalam neraka.Dunia perlu juga tetapi berpada pada saperti yang di ingatkan Rasulullah SAW yang maksudnya, " Berusahalah untuk duniamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya.Dan berusahalah untuk akhiratmu seolah olah kamu akan mati esok hari." (Riwayat Ibnu Asakir)

Demikian lah hal nya tentang KEMATIAN.Akibatnya mengerikan dan menakutkan!

SEBUT SAHAJA PASAL MATI ORANG YANG TIDAK BERIMAN SANGAT MEMBENCINYA.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda